BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 3, 2011

Fitrah: Hargainya~

Fitrah
Ada apa dengan fitrah? Pernah tak kita dengar tentang fitrah? Pastinya, kita sudah terbiasa dengan ayat seperti ini, bukan?

“Alah, biasalah tu…bla…bla... Dah memang fitrah,”

              Fitrah secara umumnya difahami sebagai kebiasaan. Sebuah ketetapan pada sifat kejadian insan seperti kita semua. Ada beberapa contoh fitrah manusia.
  1. Anak-anak kecil lebih takut dengan ayah secara semula jadi.
  2. Seorang ibu yang suka memberi nasihat atau lebih dikenali sebagai membebel
  3. Remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan isu percintaan.
  4. Seorang lelaki yang mencintai hanya seorang wanita dalam hidupnya.
  5. Seorang perempuan yang sensitif terhadap sekelilingnya. Contohnya; seorang isteri akan cemburu apabila melihat suaminya berurusan dengan perempuan lain.
Itu serba sedikit contoh fitrah. Tapi, tidak semua manusia fitrahnya seperti di atas. Ada yang lebih takut dengan ibu; berkemungkinan ayahnya tidak segarang ibu. Ada ibu yang lebih suka diam dan ayahnya pula yang suka berleter. Ada remaja yang tidak melayan isu percintaan. Dan ada orang perempuan yang rasional dan tidak mudah cemburu buta.
Tapi, ada yang kita tidak boleh nafikan. Walaupun kita cuba mengubah fitrah, kita tidak akan dapat melakukannya.
  1. Seorang perempuan yang cuba-cuba menjadi seperti lelaki, hakikatnya, hatinya tetap seorang wanita; sekeras mana, hatinya tetap akan lembut juga. Bak kata pepatah, hati perempuan nak keras pun setakat keras kerak nasi saja.
  2. Seorang lelaki yang berlagak seperti perempuan; hakikatnya, dia tetap tidak dapat melakukannya. Orang sekeliling tetap dapat mengetahui dia lelaki berdasarkan fizikalnya; lain ceritalah kalau dia mengubah fizikalnya. Nauzubillahi min zalik.
  3. Waktu malam ialah waktu yang paling sesuai untuk tidur. Percayalah walaupun kita tidak tidur semalaman, kita akan tidur pada waktu pagi sehingga tengah hari saja.

Hargailah fitrah kejadian kita. Tidak mungkin Dia menciptakan fitrah kita sia-sia. Ketahuilah, makhluk lain tidak mempunyai fitrah seperti kita yang sangat istimewa. Setiap makhluk fitrahnya berbeza-beza, bukan? Mari kita tadah tangan dan bersyukur kepada Ilahi terhadap nikmat fitrah ini. Bukankah kita dilahirkan suci bersih tanpa noda ibarat kain putih?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...