BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 20, 2012

Penyubur Rezeki


Salam wbt. Rasanya sudah hampir sebulan tak update blog ini.
Hmm...
Semalam, Cikgu Cik Mai ada satu kisah menarik tentang rezeki.

Ada sepasang suami isteri mempunyai seorang anak. Anak mereka ini terpaksa dimasukkan ke hospital. Doktor yang merawat si anak tak dapat kesan apa sebab si anak ini sakit. Sampai tiga hari berturut-turut si anak tak boleh makan. Kalau makan pun kena berhati-hati. Setiap kali makan malam, mesti dia akan muntah dengan sangat teruk.

Sebagai ibu bapa, siapalah yang tidak risau, kan? Sewaktu berada di luar wad, ada seorang pakcik datang menegur si pasangan ibu bapa itu.

"Kenapa anak berdua ni nampak susah hati jer?"

"Anak kami ni, pakcik... Sejak tiga hari lepas masuk hospital tapi doktor tak dapat kesan apa penyakitnya..."

"Ni pak cik tanya tak pe ke?"

"Ape dia pakcik??"

"Anak berdua ni selalu tak bersedekah? Kalau jarang, buatlah selalu... insyaAllah, sedekah ni umpama kita keluarkan rezeki ke jalan Allah dan Allah ber'hutang' kepada kita...Kalau Dia berhutang, dah tentu Dia akan membayar lebih... percayalah janji Dia, ye nak?"
-----------------
Oleh sebab pesanan pak cik itu, pasangan suami isteri tersebut pun pergilah bersedekah ke masjid dan beberapa tempat .

Alhamdulillah, selesai saja daripada bersedekah, mereka datang kembali ke hospital keesokan harinya. Dan, entah kenapa, doktor dapat kesan bahawa si anak terkena jangkitan kuman dalam darah. Mujurlah, dapat dikesan segera sebelum merebak ke paru-paru. Setelah selesai segala urusan rawatan, si anak dah dibenarkan pulang ke rumah sehari kemudian.

Benarlah kata pakcik tadi. Si suami isteri mengakui bahawa sebelum ini mereka memang agak berkira kalau hendak bersedekah. Tapi, mujurlah Allah 'menegur' hamba-hambaNya dengan ujian sedemikian rupa. Menurut Cikgu Cik Mai, sekarang mereka berdua menjalankan perniagaan dan setiap keuntungan, 5% daripadanya akan diinfakkan ke masjid dan madrasah. Walaupun baru setahun berniaga, perniagaan mereka sudah berkembang dengan pesat...

p/s: Sesetengah orang kalau berniaga mesti nak pakai 'pelaris'... pada hakikatnya, menginfakkan harta ke jalan Allah itu lebih mudah dan mujarab...Islam itu syumul sifatnya, jadi, mengapa memilih cara yang tidak islamik bahkan mampu menggadai akidah sendiri?

Jadi, marilah sama-sama kita amalkan sedekah tanpa berkira!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...