BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 28, 2013

Part 2: Water In Plant

 
 

Di sebalik Al-Matsurat

As salam wbt...

InsyaAllah, dalam dua hari lagi Cik Mai akan balik asrama semula.
Jadi, Cik Mai teringat pulak kat Al-Matsurat yang selalu dibaca budak-budak asrama petang-petang...
Dulu, tiap-tiap hari pagi dan petang baca... sekarang ni petang je.. mungkin kesuntukan masa, kot?
Entahlah...
Cik Mai akui, Cik Mai kadang-kadang je join baca sekali... selalunya dengar jelah... tak tau la kenapa jadi macam tu..hehe.. Tapi, setakat ni jarang lagilah tertidur masa bacaan Al-Matsurat berkumandang dalam surau setiap petang...Alhamdulillah...

Cik Mai mula kenal Al-Matsurat dalam darjah 5 atau 6 dulu la...
Itu pun melalui novel "Salju Sakinah". Dan Cik Mai masih ingat lagi pemberian seorang kawan lama, Nadzirah... Cik Mai panggil dia Nad je..

Dia suka bagi sesuatu yang bermakna kat Cik Mai.
Antaranya, Al-Matsurat & buku "Tafsir Surah Ar-Rahman & Fakta Saintifik"
Semoga Allah merahmatinya sebab buku-buku yang dia bagi kat Cik Mai juga dibaca oleh ahli keluarga Cik Mai. Walaupun Cik Mai dah habis baca, tapi hadiah tu dibaca pula oleh orang lain. MasyaAllah...

Ok, berbalik pada kisah di sebalik Al-Matsurat.
Di sebalik Al-Matsurat, Cik Mai kenal tokoh penyusunnya, Imam Hassan Al-Banna.

Sebelum ni, Cik Mai memang series la tak kenal beliau kan. Apa-apa pun, Cik Mai 'respect' la Imam Hassan Al-Banna sebab dalam usia yang muda, beliau mampu menggerakkan pemuda-pemuda Islam di bawah satu organisasi "Ikhwanul Muslimin".


Beliau syahid kerana dibunuh. Tentang kisah kesyahidannya, Cik Mai ingat-ingat lupa la. Tapi, kalau tak silap beliau dibunuh oleh satu pakatan yang rasa terancam dengan perkembangan pemuda-pemuda Islam di Mesir. Hurmm, benarlah orang kata:
"Jadi baik pun orang benci tapi kalau jahat orang tutup mata pulak"
Apabila syiar Islam nak ditegakkan, maka orang yang mengikut jejak langkah Iblis takkan senang duduk.

Imam Hassan Al-Banna juga ada mewasiatkan 10 perkara. Dan Cik Mai jumpa video yang comel ni di FB hasil perkongsian kawan-kawan FB.



InsyaAllah, dengan inisiatif yang diambil Pertubuhan IKRAM-Mesir ni dapat menarik minat lebih ramai orang untuk melaksanakan cara hidup Islam.

Kalau ada yang layan novel Ustazah Fatimah Syarha, mesti akan jumpa kata-kata hikmah Imam Hassan Al-Banna ni:
"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya"
 Lebih kurang begitulah kata-katanya.
Hurmm...

Kalau kita imbas kembali dalam sejarah ummah ni, golongan muda memberi impak yang sangat besar seperti Imam Hassan Al-Banna, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Saidina Ali KW dan lain-lain lagi...

Sebab itu, musuh-musuh Islam menyerang golongan muda secara halus melalui hedonisme.
Mesti ayat ni kita selalu dengar, kan?
"Ala, muda-muda enjoy dulu... nanti dah tua-tua baru taubat..."
Sayangnya, sehingga hari ini, orang-orang muda yang berpendirian begini apabila dah menginjak usia senja pun masih leka...  jadi, bila janji "taubat bila dah tua" itu akan terlaksana?
Tidak semua yang begitu tapi tetap ada yang begitu...

Sebab itu, pada hari ini,
Kita dapat lihat usaha dakwah lebih tertumpu pada generasi muda...
Lihat sajalah berapa ramai anak-anak muda berkonvoi semata-mata hendak mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus?

Hari ini zaman sudah berubah, anak-anak mudah juga begitu...
Sayangnya, kenapa masih ada pihak yang tidak senang dengan perubahan ini?

Sekian-Cik Mai

Sunday, March 24, 2013

Saat Kau Terluka :(

As salam wbt,

Cik Mai nak mencatat sebuah kisah dari hati yang Cik Mai harap dapat menjadi sumber insiprasi buat sesiapa yang dalam keadaan hati terluka.

Ketika kita sedang cuba untuk bangkit daripada lelah ujian Allah,
Saat itulah hati kita sering terluka dengan ragam manusia.

Ini kisah Cik Mai selepas baru sembuh daripada pembedahan appendix...
Ya, pembedahan yang minor je... tapi, masa MC selama dua minggu tu dah cukup buat Cik mai rasa gelisah... Yelah kan, Cik Mai dok rumah je, kawan-kawan lain dah struggle exam seminggu, kemudian exam pulak seminggu lagi... Jadi, masa Cik Mai balik semula ke asrama, orang lain dah habis exam... 

Cik Mai memang dok pening kepala la nak fikir nak cari cikgu buat exam...
Hurmm... Cik Mai just kuatkan semangat jelah, takpe ambil exam lewat pun...
Tapi, jauh di sudut hati... bila tinggal kita seorang diri je yang ketinggalan, kita akan rasa down...
Orang lain dah sambung silibus, kita merangkak lagi nak ambil exam...

Tambah-tambah pulak, waktu prep memang full sebab minggu tu cikgu buat seminar cara menjawab soalan SPM semua subjek...bayangkan kena balik stay up lagi untuk exam esoknya...

Al-kisah, waktu prep malam tu...
Cik Mai selak-selak buku Bio sebab esok nak exam, kan...
Adalah dua orang hamba Allah ni cakap kat Cik Mai..
Wei, hang tak payah study laa... Hang kan dah pandai... 
Sinis. Hati Cik Mai betul-betul tersentap. Waktu tu air mata dah bertakung di mata... Semua orang dah bersurai untuk ke program malam tu di library... Cik Mai tak mampu nak bendung air mata daripada jatuh... akhirnya, setitik dua jatuh atas buku Bio tu...

Cik Mai bawa hati yang penuh sebak yang cuba ditahan ni untuk terus melangkah ke library. Waktu tu mungkin ada yang perasan.. tapi Cik Mai cover kata pening kepala sikit...

Bila kita terasa down, kemudian ada orang sindir-sindir pulak...
Tak ke kita rasa bertambah-tambah down?

Sakit hati Cik Mai serah kat Allah je...
Tak mampu nak kata apa-apa...

Sewaktu nak jawab exam tu... yang Cik Mai ingat exam yang antara paling susah waktu tu, Add-Math... yang lain susah jugak tapi Add-Math ada special case sikit.
Malam sebelum exam Add-Math, Cik cuma sempat study satu topik je...

Paham-pahamlah bila kita tak mampu nak cover topik-topik lain, masuk exam soalan-soalan maut tu memang pasrah jelah...
Ada 4-5 soalan yang Cik Mai betul-betul tak tahu nak buat macam mana...
Dah la satu soalan tu markah banyak! Hati Cik Mai dah mula nak menangis dah...
Cik Mai cuma doa, "Ya Allah, bantulah hambaMu ini... gerakkanlah tanganku ini conteng apa-apa jalan kerja yang bagi markah"
Dan tanpa sedar, seolah-olah ada satu naluri yang menggerakkan tangan Cik Mai untuk tulis je jalan kerja atas soalan-soalan tu...

Alhamdulillah,
benarlah Allah takkan membiarkan hamba-hambaNya yang dalam kesusahan...
Dan, bila dapat je kertas Cik Mai... alhamdulillah, walaupun tak dapat markah penuh untuk 4-5 soalan tu, sekurang-kurangnya tak la dapat kosong dan Add-Math Cik Mai dapat A....Alhamdulillah...

Dan satu je yang Cik Mai nak kongsikan...
Bila kita tak ada sesiapa melainkan Allah, cukuplah Allah bagi kita

 Sekian saja Bicara Hati Cik Mai kali ini- Wassalam.

Saturday, March 16, 2013

Berjuang Cukuplah kerana Allah saja!

-Ustaz Nazmi Karim-

Friday, March 15, 2013

Poster 2 tahun Revolusi Syria


Thursday, March 14, 2013

Genap 2 tahun kebangkitan Syria

Semoga Kemenangan Akan Segera Tiba! Allahuakbar!!


Kita hidup untuk apa?

Kenapa kita hidup hari ni??? (Gambar Hiasan)
As salam wbt.
Ada persoalan yang pernah terlintas dalam hati Cik Mai dulu...

"Apa guna aku hidup ni??? Kan best kalau tak lahir langsung, tak menyusahkan orang, tak menyakitkan hati orang lain..."



Masa tu,
soalan terbit secara tiba-tiba kerana tekanan perasaan...
Geram dan marah...
Tapi Cik Mai tak ingat sebab-sebab Cik Mai jadi macam tu... mungkin masa tu baru lepas bergaduh kot... Entah lerr...

Soalan yang mungkin kalau orang lain dengar... mungkin diorang akan beranggapan negatif...Mungkin macam kat bawah ni...

"Tau la ko tengah bengang... tak perlu la sampai nak keluar soalan macam tu...."
"Soalan apa nih??? Ko nak mati ke ape yang tanya soalan macam tu? Kenapa? Hidup ko caca-merba sangat ke??"

Tapi soalan tu dah lenyap...
Surut dan pergi bersama tekanan perasaan waktu tu...


Tanpa sedar, dalam meniti usia Cik Mai yang dah makin menganjak dewasa ini, Cik Mai mula mencari arah tujuan hidup.
Alhamdulillah, Al-Quran menemukan jawapan yang Cik Mai cari-cari selama ni...

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)
Kita khalifah...
Walaupun untuk diri sendiri...
Tapi, Cik Mai masih lagi terfikir...
Takkan jadi khalifah saja?
Rupa-rupanya... di sebalik itu, ada lagi tujuan kenapa Allah mentakdirkan kita wujud atas muka bumi ini...

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)
 Simple betul apa yang Al-Quran jawab kepada kita...
1. Kita dicipta sebagai khalifah
2. Kita dicipta untuk menyembahNya & beribadat

Tapi,
apa yang kita faham di sebalik kedua-dua ayat ini?

Ibadat tu... solat, puasa, zakat, & haji saje ke?
Jawapannya, memang semua tu ibadat...
Tapi, bukan itu saja...

Kita belajar, bekerja, makan, minum... semua tu ibadat~!!!

Eh, yeke?

Yup!!!
Semuanya ibadat.... kalau kita buat kerana Allah...

Kita diciptakan sebagai khalifah... tapi jangan lupa Allah itu Tuhan kita...
sebab itu jugalah, kita diciptakan untuk menyembah Allah & beribadat kepadaNya...
Tapi, jangan salah faham konsep ibadat... kerana ibadat itu sangatlah luas...

----------------------------------------------------------------
Info: Para malaikat bertawaf di Baitul Makmur yang berada betul-betul di atas kaabah kerana mereka menyesal mempertikaikan kejadian manusia... Allahu robbi... 



Jadi, Cik Mai sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana Dia telah meberi hidayah kepada Cik Mai untuk terus memahami tujuan hidup ini... Semoga setiap aktiviti yang Cik Mai lakukan bernilai di sisi Allah Taa'la. Semoga Allah menerima amal kebaikan kita semua! Amin!! -Cik Mai

Wednesday, March 13, 2013

Akhlak Yang Mesti Kita Perbaiki (sumber dari Facebook & Twitter)

As salam wbt,
Kali ni Cik Mai nak kongsi sikit printscreen bagaimana akhlak generasi muda, facebooker yang Cik Mai dapat... Harapan Cik Mai agar kita semua dapat doakan masalah kebejatan akhlak ni dapat dirawat sebaik mungkin. Abaikan Tambahan kartun di bawahnya sebab Cik Mai dapat gambar-gambar ni daripada page troll : "Kepala Hotak Kamu"

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak senang dengan apa yang disampaikan oleh admin-admin dalam page tersebut tapi, bagi Cik Mai, kita semua ada pendapat masing-masing. Dan, dengan izin Allah, Cik Mai dapat gambar-gambar ni daripada mereka juga...

1. LGBT



2. Taksub dengan KPOP

3. Ikhtilat yang membarah...






Melihat gejala yang serius macam ni...
Cik Mai terfikir... ada satu pepatah kata :
Mencegah itu lebih baik daripada merawat
Hurmm...
Tujuan entri kali ni hanya untuk kita sama-sama muhasabah, bagaimana kita bendung masalah macam ni, ye? Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak... cuma, kita perlu sedar, asas yang paling penting untuk membina generasi hebat seperti zaman kegemilangan islam dahulu bermula daripada saat kelahiran dan pembesaran anak-anak...

Jom kita bina generasi yang lebih baik...
InsyaAllah, kalau kita hendak tegakkan Islam di atas muka bumi ini, tegakkan dalam diri kita dahulu...

sekian-Cik Mai

Monday, March 11, 2013

Eeew! Anjing!

As salam wbt...
Cik Mai terdetik nak cerita pasal anjing ni selepas menonton video yang memang touching la jugak... hurmm... video ni Ustaz Nazmi Karim yang share kat FB dia... ni link video tersebut
 ( https://www.facebook.com/photo.php?v=10151732480474466 )

Ada dua filem yang berkisar tentang Anjing & Tuannya yang memang Cik Mai tabiklah jalan ceritanya.

1. The Tale of Mari ang the three puppies


2. Hachi: A Dog's Tale


Mungkin akan ada yang kata kat Cik Mai:

"Mai, buat apa tulis pasal anjing? Macam tak ada binatang lain kot~"
"Eee! Anjing! Perlu ke buat entri pasal anjing??"

Ehem,ehem,ehem....

Jijikkah Anjing?

Ya, anjing memang najis...
Tapi, dia tetap haiwan, makhluk Allah...
Bukankah Allah mencipta sesuatu tanpa sebab yang sia-sia?

Dalam Islam sendiri, ada kisah-kisah yang berkaitan dengan anjing... Antaranya, Qitmir (anjing Ashabul Kahfi) & Pelacur yang masuk syurga hanya kerana bagi minum anjing dengan kasutnya...

See?

Hmm.... Cik Mai pernah terbaca satu entri pasal penyeksaan terhadap anjing dulu... ini link nya...
http://www.ohtidak.com/oh-anjing-diseksa-dengan-kejam/

Soalnya sekarang, hati kita ni suci sangat ke sampai sanggup seksa anjing yang tak berdosa tu?

Satu lagi... kalau kita sentuh anjing...peluk sekalipun... kita boleh sertu, kan?

Kalau pegang orang bukan mahram... boleh ke nak sertu???

Hurmm... setakat itu sajalah nak cerita pasal Anjing...sekian-Cik Mai

Sunday, March 10, 2013

Awat Makcik Usha Kuku Dulu??

Gambar Hiasan (Mungkin boleh jadi info baru walaupun sekadar "gambar hiasan"?)

As salam wbt...
Hari ni Cik Mai sekadar nak kongsi cerita seorang MakCik yang sedang dalam proses menerima menantu... Al-maklumlah, anak-anak dah keluar U, dah bekerja bagai...

Tapi, setiap kali anak-anak dia memperkenalkan calon pasangan mereka, mesti ada satu perkara yang pelik Makcik ni akan buat...

Kalau untuk calon menantu perempuan, taklah tampak ketara sangat apa yang dia buat...sebab... sewaktu bersalam dengan dia saja dah boleh usha...
hah, usha apa tu?

USHA KUKU!

*usha (dalam bahasa KL= asyik memandang, curi-curi pandang dan sewaktu dengannya)

Dek kerana 'kuku tak cukup syarat'....
Maka, dengan selamba nya Makcik tu akan tolak mentah-mentah calon menantu yang dibawa oleh anak-anaknya.

Pernah juga anaknya bertanya:
"Awat mak tak berkenan kat kawan chek tu? Elok apa... sopan, lemah lembut... bukan loqlaq pon!"

Jawabnya:
"Dah mak tengok kuku pon serupa tak reti jaga jaa... hang jangan buat main-main... Kalau kuku pon tak reti jaga, macam mana dengan solat dia? macam mana dengan kebersihan makanan yang dia hidang kat laki dengan anak-anak dia? Ingat nak oii, sebab apa mak selalu tibai hampa adik beradik sebab tak jaga kuku? Kalau kuku hampa tak jaga, panjang... macam mana wudhu' nak sempurna kalau celah-celah kuku pon ayaq tak sampai? Sah solat ka? Makanan yang kita makan pon akan jadi darah daging kita...bayangkan kalau kuku panjang, kotoq pulak tu... makanan kita bersih ka?"

Kuku----> Penilaian paling 'simple'~ 

Senyum. Ini bukan cerewet. Inilah ketelitian...

Jadi, janganlah kita tunggu nak jumpa bakal mak mertua baru nak jaga kuku yer... hehe... hidup ini bermula dengan sekecil-kecil perkara... kita pon dijadikan daripada setitik air mani, kan?

Sekian-Cik Mai

Saturday, March 9, 2013

Kenapa tak bagi anak tonton Barbie?

Ada seorang ibu ditemu ramah oleh beberapa pelajar U yang sedang membuat kajian tentang "hiburan & Anak-anak"

Budak U: Puan, pada pendapat puan, dalam mendidik anak puan, hiburan yang macam mana yang puan dedahkan?

Ibu: Saya paling pantang kalau anak-anak saya layan kartun macam Barbie... kalau macam Madagascar ke, Puss In Boots ke, Kung Fu Panda ke... saya boleh terima lagi....

Budak U: Apa bezanya animasi macam Barbie dengan yang lain? Bukan ke semua yang puan sebutkan tu sumber dari barat?

Ibu: Memanglah... tapi, saya tak mau anak saya terpengaruh dengan cinta moyet ala-ala Princess Barbie tu... sedar tak sedar kartun ala-ala Barbie tu banyak tunjuk contoh tak elok kat budak-budak... sikit-sikit cinta, sikit-sikit ada hero dok suka hati pegang, peluk-peluk, menari dengan heroin dalam tu... eee, tak sanggup saya nak tengok anak saya jadi macam tu...

Budak U: Ooo, macam tu... jadi, puan rasa tak semua animasi barat memudaratkan lah?

Ibu: Yup... sebab macam Puss In Boots, Madagascar, diorang tunjukkan semangat persahabatan yang baik dan saya rasa lagi interesting daripada Barbie dsb... Animasi Malaysia pon apa kurangnya macam Upin & Ipin... Pada pendapat sayalah kan, dah sampai masanya masyarakat kita kena tapis hiburan untuk generasi muda...

Budak U: Terima kasih, puan... pendapat puan memang best laa, lain daripada yang lain... kami minta diri dulu yer...

Syurga: Adakah Aku Ingin Menggapainya?

Hari demi hari, apa yang aku lihat, dan sebarkan... tentang mereka si perindu syurga...

Si perindu syurga yang hari-harinya adalah jihad, membela tauhid walau terpaksa mengorbankan nyawa...
Tidak kira siapa mereka, "syurga itu di depan mereka", cuma jalan di hadapan saja perlu ditempuh...
Hati mereka tetap dan teguh, demi sebuah cita-cita, walau nikmat dunia ini acapkali meninggalkan mereka... walau mereka terpaksa melihat nasib yang menimpa orang yang mereka cintai sampai begini...

Bagi mereka, apalah sangat dunia ini... derita hanya fatamorgana... derita hanya sementara, walau pada pandanganku, penderitaan mereka sangatlah lama!
Ketika jalan ke syurga terbentang luas, wajarkah mereka berputus asa? Wajarkah mereka berpatah balik? Mereka bercita-cita menjadi Nusaibah Pembela Agama... Sedangkan aku?

Adakah aku ingin menggapainya?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Selamat Hari Wanita"
Hari ini, dunia memerangimu, wahai serikandi agama...
Fahaman liberalisme,feminisim, sekularisme memburumu untuk meleraikan tauhid yang yang kaugenggam di dadamu...
Hari ini Barat memperlekehkanmu...
Sedangkan kau sudah tahu, Islam tak pernah melarang kau menggapai syurga...
Sedangkan kau tahu, Islam mengangkat darjatmu, Islam tidak menghalangmu turut sama berjuang, Islam tak pernah menghalangmu mendalami ilmu malah kau sendiri tahu Islam memeliharamu...

Semoga Syurga Segera Menjemputmu...

Sentiasa dalam ingatan, Dr Aafia & mujaheedah di seluruh dunia...
P/s: walaupun Cik Mai dah terlewat beberapa hari selepas Hari Wanita Sedunia, tapi rasanya tak salah kalau Cik Mai nak dedikasikan entri ni semepna Hari Wanita, kan? =D

Friday, March 8, 2013

Liga Kucing Jalanan 2013

=D


This Time (Short Film)

Cerita ini Cik Mai jumpa kat Youtube secara tak sengaja....
Apa yang Cik Mai rasa selepas tengok, ermm... terkelu, terkedu, tak tahulah nak cakap apa... memang rasa sangat mendalam kot...

hurmmm...

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu Hari Ini

Semoga Allah lindungi penduduk Lahad Datu...
Biarlah apa yang nak dikatakan, konspirasi politiklah, dendam sejarah laa...
Realitinya sekarang ni, nyawa yang terkorban tiada pengganti, ye?!
Jom, sama-sama tadah tangan berdoa kepada Allah semoga situasi ini segera berakhir!


Kelly Clarson (versi kucing)

just suka2 ne nak edit gambar ni...hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...