BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 14, 2013

Laknat Allah ke atas As Sisi!


Tuesday, August 13, 2013

TV vs Internet

As salam wbt,
kali ni Cik Mai nak sentuh pasal pendekatan mendidik anak-anak.
Ya, Cik Mai belum anak pun lagi :P (umur pun tak layak lagi nak kahwin, SPM pun tak habis lagi~ haha)
tapi tu tak bermakna Cik Mai tak boleh meneroka alam keibubapaan, kan?

Pernah jumpa tak family yang memang kat rumah dia tak ada TV?
Cik Mai ada mak saudara yang amalkan cara macam tu....

Tapi, bagi Cik Mai...
sorry to say...
Cara tu memang sejujurnya agak kuno la...


Zaman sekarang ni, rasa-rasanya orang dah jarang tonton TV... semuanya di hujung jari...
kan?

Bila zaman dah beredar, daripada zaman TV, sekarang ni dah Zaman Tablet, Zaman Gadjet, Zaman Internet... sampai budak-budak sekarang ni nak tengok cerita boboiboy, Upin Ipin, semuanya ditaip saja di Youtube...

Walaupun tak ada TV, Internet tetap ada...
Ia tak menghalang langsung hiburan buat semua orang dalam rumah... kalau memang nak sangat tengok TV, LiveStreaming TV pon boleh ditonton terus di Internet...

Jadi, adakah bezanya ada atau tidak ada TV di rumah?
Sememangnya, tidak! Kerana hiburan tetap dapat diakses, bahkan pada bila-bila masa...

Adakah ibu bapa zaman sekarang perlu menyekat pula Internet di rumah?
Internet juga menjadi keperluan buat ibu bapa yang bekerja, juga menjadi sumber bahan untuk kerja-kerja kursus anak-anak...

Cara yang terbaik untuk mengurus perkara ini,
bukan dengan cara menyekat terus sumber hiburan...
Tapi, kawal... ya, mengawal...

Sekian-Cik Mai

Monday, August 12, 2013

Adakah mereka ini pemberontak?

Inilah suasana eidilfitri di Mesir... mereka tetap dgn pendirian demi sebuah keadilan yang telah dicabul! Eid Mubarak~

Bungkusan gula2 untuk kanak kanak

Eidilfitri anak anak syria :')

Aidilfitri tetap diraikan. :')


Semoga senyuman kan terukir kembali di wajah mereka melihat kemenangan yang Hak!

"Kami cuba untuk hilangkan kesedihan, kami cuba untuk hentikan tangisan,namun apakan daya, penderitaan kami sangat dahsyat. 
Syiah telah datang membunuh kami dengan kejam."

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya


Monday, August 5, 2013

Dr Morsy


Sekurang-kurangnya?

As salam wbt,
ok, sekarang ni dah masuk bulan Ogos.
Trololo~ Raya lagi berapa hari nak tiba, tak kurang juga trial spm menjelang tiba... jadi, selamat menghadapi Trayal (Trial+Raya) Cik Mai....hoho

Itu bermakna Ramadan kan melabuhkan tirai....
Hmm....

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling kureng pon,
Kalau kita ni jenis tak ambil tahu bila masuknya waktu solat,
Sekurang-kurangnya kita ambil kisah bila masuk Maghrib, kan?

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling tak boleh blah pon,
Kita ingat tarikh bulan Islam hari ini...
Atau mungkin kita tahu berapa hari lagi 1 Syawal, kan?

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling elok sikit suasananya,
Hiburan tak melampau sangat,
ada la juga program ilmiah & agama di kaca TV....

Sekurang-kurangnya.
Ramadan ini,
Kita letih dan penat, serta malas,
banyak tidur dan berehat tapi insyaAllah
dosa-dosa daripada mulut ini pon 'berehat' juga...

Itu sekurang-kurangnya....
Ternyata sekurang-kurangnya Ramadan ini,
Allah gandakan setiap amal kita walaupun sedikit...
Rahmat di bulan berkat ini,
datang setahun sekali...

Semoga kita beroleh paling sikit pon 'sekurang-kurangnya' tu...
boleh tolong di akhirat kelak...

Cik Mai pon lebih kurang juga...
Amal ibadat tak banyak mana,
tapi semoga 'sekurang-kurangnya' itu ada nilai,
InsyaAllah...

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...