BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 29, 2014

Ceriakan Pagi Kita!

As salam wbt,
selamat pagi semua!!


Hehe...

Cik Mai tak taulah orang lain macam mana tapi setiap kali bangun pagi dengan tidur yang cukup itu satu nikmat yang sangat ebst bagi Cik Mai.

Alhamdulillah,
Allah hadirkan orang-orang yang membimbing Cik Mai dalam hidup ini.

Mereka lah yang memberi tips yang sangat menceriakan pagi-pagi Cik Mai ini.

1. Tidur Cukup
Benda yang Cik Mai paling tak suka tapi tetap hadir dalam hidup sehari-hari ini (tambah-tambah zaman sekolah asrama dulu!)... MENGANTUK!! haha! Ya, mengantuk boleh rosakkan mood dalam hari-hari kita. Jadi, tidurlah cukup-cukup. hehe.

2. Lepas subuh baca Al-Quran
Ini tips daripada ustaz Cik Mai. Al-Quran itu kalam Allah. Jadi, insyaAllah, hari-hari kita akan indah sekiranya perkara yang pertama yang kita buat ialah mendekatkan diri pada Allah. Kita selalu berdoa pada Allah, selalu bercakap kepada Allah. Jadi, kan bagus kalau kita pula yang mendengar firman Allah pada permulaan hari kita, kan? :) Sesungguhnya Allah itu dekat, kita je yang selalu lari daripada-Nya.

3. Sunat Dhuha
Inilah solat sunat yang dicintai Nabi SAW. Masihkah kita ingat bagaiman turunnya Surah Dhuha? Ketika para musyrikin Makkah menuduh bahawa Allah telah melupakan baginda, Surah ini yang menjadi bukti betapa Allah tidak meninggalkan hamba-hamba yang dicintaiNya.

Cik Mai dapat tips ini daripada motivator zaman SPM dulu. Tapi, tak adalah selalu amal masa tu. Sejak masuk Universiti ni, kita berdamping dengan orang-orang soleh, jadi, kita pun terikut sekali. Alhamdulillah. Bagi Cik Mai, solat dhuha macam bagi semangat untuk kita terus bekerja/belajar setiap hari. Tak silap Cik Mai, solat sunat dhuha ini akan murahkan rezeki kita. Dengan izin Allah. :)

4. Sarapan
Bagi Cik Mai, 'a happy tummy is a happy soul'. Hehe. Cik Mai paling ringan pun minum kopi pagi-pagi. Tak silap Cik Mai juga, minum kopi pun salah satu sunnah Nabi (betulkan kalau silap) tapi yang pastinya para ulama silam suka kopi. Cik Mai pernah terbaca blog junior Cik Mai dulu,, yang kopi ni dalam bahasa arab ialah 'Qahwah'.

Ini syair seorang ulama yang Cik Mai jumpa.
"
Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir kantuk
Dengan pertolongan Alloh, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.
[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir kantuk).
Janganlah kau mencelaku karena aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia."

5. Dengar lagu yang menaikkan semangat

Bagi Cik Mai, lagu-lagu yang menaikkan semangat memang menjadi kegemaran Cik Mai. Masa nak pergi kelas pagi-pagi Cik Mai suka dengar lagu. hehe. Series rasa bersemangat. Ni Cik Mai punya tips la. Mungkin korang punya lain-lain kan. Ada sesetengah orang tak boleh bising-bising waktu pagi.

Apa-apa pun, Cik Mai ambil pesan Ustaz Don. Dia kata, kalau boleh, lakukanlah sesuatu yang akan mengingatkan kita pada baginda SAW setiap hari. Jadi, insyaAllah, doakan Cik Mai istiqamah dengan pesan ini, ya?

Sekian, salam pagi, salam ceria~ Cik Mai

Monday, October 27, 2014

Apa Yang Kita Perjuangkan Sebenarnya?

As salam wbt,
Hari ini Cik Mai nak kupaskan sedikit tentang isu malam tadi. Apa lagi kalau bukan isu tentang politik.

Bagi Cik Mai, suka Cik Mai nak ambil pandangan Dr Maszlee Malik tentang isu ini.


Walaubagaimanapun, ada sedikit pandangan Cik Mai yang mungkin berbeza daripada orang lain.

Cik Mai sebagai rakyat biasa, baru bergelar seorang mahasiswa melihat isu ini dengan satu persoalan "Sampai bila kita hendak berjuang atas nama seorang tokoh? Kita perjuangkan hak dan nasib kita atau hak dan nasib tokoh?"

Bagi Cik Mai, semua tokoh ada sumbangannya. Dato Seri Anwar Ibrahim ada sumbangannya. Tuan Guru Nik Aziz ada sumbangnya. Tun Dr Mahathir ada sumbangannya. Mereka sudah pun berkhidmat untuk kita dengan cemerlangnya. Zaman mereka sudah berlalu.

Berkaitan isu keadilan, Cik Mai sendiri sokong keadilan patut ditegakkan, tidak kira untuk sesiapa pun, sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. 

Tapi soalnya sekarang, bagaimana anak muda sekarang? Kalau seorang 'Anwar Ibrahim' hilang, sepatutnya kita melahirkan lebih ramai 'Anwar Ibrahim'. Kalau seorang 'Nik Aziz' bersara sepatutnya lebih ramai 'Nik Aziz' yang lahir menggantikannya. Kalau seorang 'Tun M' meninggalkan kerusi Perdana Menteri, sepatutnya lebih ramai 'Tun M' yang lahir menggantikannya.

Tapi lihatlah pemimpin mahasiswa sendiri pada hari ini. Lihatlah mahasiswa hari ini. Manifesto apakah yang dijanjikan oleh para calon? Atas dasar apakah mereka mengundi calon-calon pada pilihan raya kampus?

Cik Mai percaya mereka mengundi atas dasar rupa dan gaya, bukan atas karisma calon pemimpin mahasiswa. Mungkin tidak semua tetapi kebanyakannya.

Banyak isu yang boleh diselesaikan di tangan pemimpin mahasiswa. Tapi, di mana kepemimpinan mereka menguruskan isu-isu ini? Sebagai contohnya, isu sticker parking yang sangat terhad dan saman-menyaman yang bermaharajalela di dalam kawasan kampus. Kenapa pemimpin mahasiswa tidak cuba untuk berunding dengan pihak pentadbiran kampus? Kenapa dibiarkan kebajikan rakan-rakan anda sedemikian rupa? Ini sekadar contoh. (Contoh ye. Cik Mai memang tak tahu kalau isu ini benar-benar wujud).

Jadi, persoalannya, di samping kita asyik melaungkan keadilan, kenapa kita sendiri tidak berlaku adil pada nasib kita sendiri? Maksud Cik Mai, dalam konteks seorang mahasiswa, kenapa kita tidak mengundi calon yang berwibawa (bukan atas dasar rupa)? Kenapa sebagai seorang calon kita tidak peka akan isu semasa dan kebajikan warga kampus?

Tidakkah kita sedar bahawa kita yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang? Adakah sikap sebegini yang akan membela nasib kita? Nasib anak-anak kita?

Kesimpulannya, hari ini kita melihat satu demi satu tokoh yang hilang. Tapi, kenapa kita tidak bertekad untuk optimis melahirkan tokoh yang baru? Tidak salah membela seorang tokoh, tapi atas dasar apa? Taksub? Atau harapan yang diberikan oleh tokoh itu? Sekiranya harapan agar seseorang tokoh itu mampu membela nasib kita, itulah yang sepatutnya menjadi matlamat kita. Bukan taksub.

Sekian-Cik Mai

Sunday, October 26, 2014

Islam: Hakikat Sebenar

As salam wbt

berikut merupakan babak daripada filem-filem yang menerangkan hakikat sebenar Islam. Islam bukan agama pengganas. Sebaliknya, makna Islam sendiri bermaksud 'damai'.

Jadi, sebagai muslim, janganlah kita tambahkan lagi pandangan negatif terhadap Islam dengan akhlak mazmumah yang melampau!


Ya, perbuatannya salah. Tapi dia dah minta maaf. Semua dah maklum pun tentang permohonan maafnya.(link : permohonan maaf penganjur 'I want to touch a dog' )Kenapa sampai hendak ancam bunuh? Islam tidak mengajar kita begini. Janganlah bertindak melampau sebegini.

Dunia semakin buka mata tentang Islam. Makin ramai yang sedar akan hakikat sebenar Islam bukan seperti yang dicanang-canangkan media barat. Tidakkah kita akan menanggung dosa sekiranya kita yang mejadi faktor 'Islamophobia' ini?

Lihatlah dengan mata hati. Lihat bagaimana mereka pun berperikemanusiaan. Aneh ya, zaman sekarang yang mengamalkan akhlak muslim bukan muslim sendiri tetapi golongan yang belum bergelar muslim. Tidakkah kita rasa malu?







Muslim semua, mari menjadi Muslim yang sebenar-benar Muslim

Sekian, wassalam-Cik Mai

Tuesday, October 21, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 3

"Ira, nak tau 'something' tak?" suamiku menyoal ketika dia mengajak aku keluar.

"Taknak. Nak tau ke mana awak nak bawa saya ni, je," balasku. Muka toya. Tak adalah geram sangat cuma aku tak suka berada dalam keadaan tertanya-tanya macam ini. Sudahlah waktu-waktu macam ini, aku cepat naik angin. Biasalah, wanita. PMS mungkin.

"Marah ke?" usiknya. Aku tak hiraukan. Dia senyum segaris.

"Umi tak pernah cerita pasal anak-anak usrah dia kecuali Ira," katanya, menarik perhatian aku.

"I pun pelik. Kenapa umi tetiba cerita pasal you. Suka tolong orang, sentiasa cari jalan untuk perbaiki diri, dan yang paling penting, tak macam gadis-gadis lain. Mungkin penampilan sesetengah anak usrah umi tu bertudung labuh, menutup aurat sempurna, dari sekolah agama, tapi ada sesuatu yang tak ada pada diorang ada pada diri you. Umi cakap, you tak pernah sentuh topik cinta islamik ke, baitul muslim ke. Umi kata the only thing yang berkaitan cinta pun, cinta pada Allah yang you buru. I was impressed to hear that." sambungnya lagi.

Aku diam untuk mendengar. Papan tanda di tepi jalan yang menjadi  tumpuan utamaku dari tadi diabaikan saja. Perhatianku bukan lagi pada lokasi yang kami akan sampai tapi pada cerita suamiku itu. Ya Allah, aku rasa sukar nak percaya kata-katanya. Selama ini aku rasa kerdil sangat pada pandangan semua orang.

"Umi tanya, dah ready ke nak bina masjid," dia cerita sambil tersengih. Aku faham bagaimana keadaannya apabila kita terimbau kenangan lalu.

"Mesti tak, kan?" aku meneka.

"Eh, mana tau?"

"Yelah, awak kan handsome, mesti ramai makwe. Mestilah taknak pilihan keluarga," aku membuat andaian secara rambang.

"Eh, suka-suka hati je teka macam tu. Tak, itu bukan sebab utama..."

"Habis tu, sebab apa?" aku begitu teruja nak tahu.

"Lagu ni lah. Kita turun dulu naaa?" dia cuba bercakap telor utara. Sebelah mata dikenyitkan.

Eh, dah sampai? Pantai? Ya Allah, ni nak buat drama romantika macam lagu Cinta Kita Di Pantai Merdeka ke?

"Eleh, cakap utagha pon tak jadi! Haha!" sindirku. Tahulah isteri dia ni orang utara. Isk-isk!

"Dah. Turun cepat. Nak tahu cerita penuh kan? Meh sini, kita layan cerita sambil pekena cendol!" Ajaknya. Pintu kereta dibuka. Dia menghulurkan tangan.

"Jom," ajaknya. Kening sebelah terangkat. Aku keluar dari kereta. Tapi, tak menyambut huluran tangannya.

"Ehem-ehem," dia berdehem. Mengharap aku faham isyaratnya.

"Kata nak ke syurga..."usiknya.

"Mestilah!!" Nah, aku terus menyambut dengan teragak-agak. Aku sebenarnya segan. Tempat awam kut!!!

"Kita kan halal. Apa nak risau? Tu kat tepi pantai tu... belum tentu lagi,"ujarnya. Apabila difikirkan balik, benar juga cakapnya.

Kami menjejakkan kaki ke gerai cendol itu. Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa amat mendamaikan. Tenang hati melihat alam. Benarlah kata orang, alam ini sentiasa berzikir kepada Allah. Laut, pokok, haiwan, semuanya setia bersama zikir mereka. Kita yang manusia ini, belum tentu sesetia itu.

"Enjoy ke tengok laut?" soalannya memecah kebisuanku yang terpukau dengan keindahan alam ini.

"Tenang. Alam kan tak pernah berhenti berzikir pada Allah?" soalan berbalas soalan.

"Sebab itulah I taknak kahwin awal-awal sangat. I nak menjelajah dunia ni. Backpack." dia melunaskan janjinya terhadap soalan yang kutanya sebentar tadi.

 Cendol yang sudah dihidang kuhirup perlahan. Sedapnya!

"Jadi, awak dah puas merantau la ni? Kalau tak, takkan kahwin dengan saya, kan?" soalku. Sebenarnya aku sendiri tahu tak logik. Kita takkan pernah habis merantau dunia ini. Hakikatnya.

"Hahaha! Tak adalah. Itu namanya jodoh. Ajal, rezeki, jodoh kan di tangan Allah? Kalau cakap tak bersedia, siapa je yang betul-betul bersedia?" katanya.

"Awak tak menyesal korbankan angan-angan awak tu sebab kahwin dengan saya?" soalan cepumas daripadaku.

"Kenapa kita nak rasa menyesal sedangkan Allah bagi peluang untuk kita lengkapkan separuh agama kita? Ira, sejujurnya, saya nak rasa apa yang saya rasa sekarang lebih daripada kepuasan backpack selama ini," luahnya.

"Rasa apa?"

"Rasa tenang. Rasa sakinah. Lagipun, lepas ni kita boleh backpack berdua, kan? Tak adalah I sunyi macam dulu. Hehe," sengihnya.

Dalam kelekaanku menikmati cendol itu, dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. Dua keping kertas. Aku amati kertas itu. Macam tiket. Eh, tiket kapal terbang? Spain?

"Jom, kita travel?" Dia tersengih lagi. Oh, inikah agendanya bawa cik isteri jalan-jalan petang ni? Aku agak terharu. Tak sangka. Tapi, backpack? Macam menarik. Huhu. Terbayang pula di mindaku, kami mengembara berjalan kaki melihat persekitaran bandar eropah begitu. Seronoknya!!!

"Nak?" kening sebelahnya terangkat.

"Mestilah naaak!!!" Aku teruja. Ya Allah, kalau bukan kami di tempat awam sekarang ini, rasa nak peluk saja Encik Suami ni. Terima kasih ya rabb.

-----------------------------------

Monday, October 20, 2014

Kegilaan Buku

Cik Mai memang tengah gila mencari buku sekarang ini. Tapi, amanah terhadap buku-buku yang dibeli sebelum ini belum terlunas. huhu. apa-apa pon, Cik Mai berhajat memiliki buku-buku ini.


Thursday, October 16, 2014

Hikmah Dhuha

As salam wbt,
hari ini dengan izin Allah, Cik Mai tak jadi burung hantu dah. Hehe

Maklumlah, cuti sem macam ni, tidur siang, malam berjaga tu macam satu bad habit yang tak dapat dielakkan oleh insan serba kerdil macam Cik Mai.

Kadangkala rasa malu dengan mereka yang malamnya ditemani tahajud dan siangnya setia bersama dhuha.


Teringat pula mak Cik Mai pernah cerita tentang waktu dhuha.
Di pejabatnya, ada staf-staf muda yang selalu 'take five' dalam pukul 10 pagi macam tu. Setiap kali 'take five', diorang akan masuk dalam satu bilik kosong berdekatan bilik mak Cik Mai.

Tahu apa diorang buat?
Rupa-rupanya diorang sedang solat sunat dhuha.
MashaAllah, patutlah mereka ini tak pernah nampak sempit hidupnya.
Walaupun gaji tak seberapa, tak pernah lagi nampak diorang berhutang.

Mungkin inilah rahsia mereka.

Kecukupan dalam rezeki itu tak semestinya kemewahan.
Sesungguhnya, di sebalik mentari dhuha yang memancar ada rezeki yang disediakan buat hamba-hambaNya yang soleh.

Kisah ini cukup buat Cik Mai rasa..mungkin tersentap?
Sebab waktu rezeki murah macam ni la asyik nak qada' tidur.

Ya Allah, sungguh aku ini hambaMu yang tidak sempurna amalnya.

Jadi, apa lagi, moh ler kite amalkan dhuha! Hehe

Sekian- Cik Mai

Tuesday, October 14, 2014

Hakikat Rindu Yang Parah

As salam wbt,
apa khabar semua? Moga-moga kita semua dalam perlindungan dan rahmat Allah Taala. Ameen.

Semua orang pernah alami perasaan rindu.
Tapi, rindu yang paling parah, bukanlah merindui orang sedang kita cinta, dan bukanlah juga rindu yang lain.
Hakikatnya, rindu yang amat parah ialah apabila kita pernah rapat dengan seseorang, tetapi, sekarang tak mungkin akan sama dengan dahulu.

Hidup ini, biasalah, mesti ada konflik.
Tapi apa lagi yang lebih menyakitkan selain merindui saat-saat memori bersama mereka terlayar kembali di minda ini?


Benarlah kata-kata ini;
Jangan terlalu sayang, nanti benci. 
Jangan terlalu benci, nanti sayang.
Pentingnya mengeratkan ukhuwwah.
Pentingnya 'Give & Take' dalam hubungan sesama manusia.
Pentingnya sifat 'Forgive & Forget'.
Kadangkala, face-to-face juga perlu. Mengikut keadaan.
Adakalanya lebih baik pendam.


Orang beriman itu, hubungannya dengan Allah erat,
Hubungannya dengan manusia mantap.

Ya rabbi,
Sungguh aku bukan muslim yang baik.
T_T

Sekian-Cik Mai
 

Saturday, October 11, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 2

Imbas kembali.

Usai usrah berakhir, umi mendapatkan diriku. Dia mengajak aku ke cafe berdekatan kolej kediaman. Aku akur lantaran masa yang kumiliki tika itu sangat senggang. Tidak kusangka pada hari itu, umi membawa berita tergempar buatku.

"Umi, saya bukan sempurna. Saya ada masa silam. Saya pernah lalui zaman jahiliyyah," jujur kuakui. Saat itu, umi yang datang kepadaku membawa hasrat daripada anak terunanya. Ingin melamarku.

"Ira, yang penting bukan masa lalu, tapi sekarang. Umi dah kenal Ira lama dah. Sejak pertama kali Ira jejakkan kaki di universiti ini." Umi tersenyum.

Umi, insan yang kutemui saat aku ingin mencari cinta Ilahi. Pertemuan tidak sengaja ketika aku hampir dilanggar kereta dalam kawasan kampus. Matahari yang menyegat teriknya seakan satu panahan di kepalaku. Keluar saja dari perpustakaan yang sejuk berhawa dingin, teriknya matahari menyapa diriku. Ya Allah, migraine menyerang lagi! Tanpa kusedar, aku melintas ke tengah jalan dalam keadaan sakit kepala yang menggila. Nasib baik seseorang lekas menarik aku ke seberang.

"Ya Allah, kamu ok ke ni? Kalau sakit, jangan jalan seorang diri!" wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu bersuara.

"Maafkan saya, puan! Saya tak sedar..." kesakitan yang menggila itu buat aku rasa nak ketuk kepala di dinding.

"Kamu ada kelas tak lepas ni?" soalnya lagi.

"Tak ada. Cuma saya nak balik ke kolej," ujarku.

"Kita ke Unit Kesihatan, ya?" aku akur dengan pelawaannya. Saat ini, dengan tak ada ubat, tak ada pilihan lain melainkan ke situ.

Itulah pertemuan pertama dengan Umi. Pada mulanya, aku agak segan bila tahu yang menolongku tempoh hari ialah pensyarah di kampus ini. Professor pula tu! Malunya aku sebab panggil dia dengan gelaran 'puan'. Tapi dia tak kisah. Tambahan pula, dia suruh panggil 'umi' saja. Dia merupakan salah seorang pensyarah yang mengendalikan usrah. Dia mengajak diriku ini yang serba kekurangan. Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku untuk mencari kumpulan usrah yang bertauliah. Bukanlah aku merendahkan kumpulan-kumpulan usrah yang lain, tapi, hatiku lebih tenang sekiranya yang mengendalikan usrah itu, golongan yang bertauliah. Bukan apa, akhir zaman ini macam-macam fitnah boleh datang kepada kita.

 Masih segar di ingatanku betapa segannya diriku nak ikuti usrah, yang semua ahlinya bertudung labuh, sedangkan aku dengan shawl yang sekadar menutupi dada. Tak setanding mereka. Namun, umi tetap meraikan diriku.

"Kita sama di sisi Allah, sayangku," itulah ungkapan Umi yang menguatkan semangatku untuk terus istiqamah mengamalkan sunnah baginda ini, Usrah.

"Ira..." Teguran umi mematikan imbauan masa lalu.

"Umi, Ira rasa..."aku keliru. Aku serba salah untuk memberi kata putus.

"Ira, jangan risau. Umi tak mendesak. Ira fikirkan dulu, ya?" Umi memotong kata-kataku. Dia seakan faham keadaanku saat itu.
_----------

Umi, mana mungkin aku akan menghampakanmu. Tidak mungkin aku tergamak melupakan jasamu membimbing diriku ini. Dulu, selepas sesi usrah yang pertama kalinya, aku ada berbual dengan umi. Masih segar di layar minda ini.

"Keluarga saya biasa-biasa saja. Saya mula pakai tudung pun semasa tinggal di asrama..." Aku memulakan cerita.

"Alhamdulillah, Ira. Baguslah kalau macam itu Tuhan takdirkan hidup Ira,"balas umi.

"Maksud umi?"

"Cuba teka bila umi mula bertudung?" Soalan berbalas soalan.

"Mestilah dari kecil kan?"aku cuma menyangka.

"Tak... Umi mula bertudung semasa mula belajar di kolej dulu. Lebih lambat berbanding Ira," dia tersengih.

"Biar benar..."aku seakan tak percaya. Berkelip-kelip mataku. Susah nak hadam kenyataan umi itu.

"Zaman dulu tak sama dengan sekarang, sayang. Ira bertuah tau, muda-muda dah diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah," ujar umi.

"Tapi saya orang biasa je, umi. Ini pun, saya bertekad sebab satu peristiwa yang sangat menyentuh sanubari saya, umi," kataku. Kemudian aku ceritakan tentang insan bernama Yayah.

"Subhanallah. Hebatnya kawan Ira tu." Puji umi.

"Sebab tu lah, umi... Ira sangat harapkan bimbingan umi." Aku meluahkan rasa yang terbuku di hati. Air mata ini tak mampu ditahan lagi.

"InsyaAllah, umi hanya menjadi asbab. Allah Taala jugalah yang memberi segalanya. Ira, selangkah kita dekat padaNya, seribu langkah Dia dekat pada kita," umi menyeka air mataku. Lalu tangannya menggenggam erat tanganku, bersama sebuah harapan, mengejar redho Ilahi.
---------------------
Dan selama empat tahun di alam universiti ini, umilah tempat aku mengadu, tempat meminta pandangan, seolah-olah menggantikan tempat ibu nun jauh di utara tanah air sana. Umi, pensyarah matematik yang berjiwa daie. Semoga Allah memberkahi hidupnya.

Setelah puas bermusyawarah bersama keluarga dan istikharah, ternyata, hati ini tenteram memilih jalan ini. Nikah khitbah. Mengenali umi, cukup untukku yakin bagaimana anak teruna didikannya. InsyaAllah, moga Allah panjangkan jodoh ini sehingga ke syurga. Ameen.

Cuti semester akhir tahun ketiga, aku sah diijabkabulkan. Biarpun kekok, aku cuba untuk menyesuaikan diri. Kami terpisah selama setahun lebih kerana pengajianku dan kerjayanya.

Wednesday, October 8, 2014

Ukhwah Islamiyyah Barbarossa

As salam wbt,
kali ni Cik Mai nak kongsi sikit apa yang Cik Mai dapat daripada hasil bacaan Cik Mai dalam buku "Hayereddin Barbarossa" karangan Al-Ghazali. Sungguhnpun buku tersebut ialah dalam katogeri 'Fiksyen Sejarah', pada hemat Cik Mai, ada ibrah yang boleh kita ambil.


Selama ni, Cik Mai tertanya-tanya juga, ke mana muslim Andalusia selepas peristiwa Reconquista. Pernah dengar pasal 'Sejarah April Fool'? kalau pernah, mesti korang semua dengar pasal yang Muslim di Tanah Espana tu ditipu. Mereka diberi peluang untuk meninggalkan Tanah Andalusia melalui kapal-kapal yang disediakan malangnya, kapal-kapal tersebut dibakar hidup-hidup.

Tapi, setakat ini, Cik Mai belum jumpa sumber, melainkan artikel di internet pasal sejarah april fool tu. 
Walaubagaimanapun, Cik Mai rasa bertuah, alhamdulillah, dipertemukan dengan buku pasal tokoh ini.

Yang paling menarik perhatian Cik Mai dah tentunya kaitan tokoh ini dengan Tanah Andalusia. Ya, Aruj Barbarossa(abang Hayreddin) ialah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Muslim di Tanah Andalusia yang ditindas. Dibantu oleh Hayreddin dan pasukan privatir mereka.

Selepas kehilangan Aruj, Hayreddin meneruskan legasi abangnya. MasyaAllah, indanhnya ukhwah islamiyyah. Muslim dibela saudaranya sendiri. 

Tapi kini....
Masih wujudkah Hayreddin Barbarossa?

InsyaAllah.
Cik Mai perhatikan, Presiden Turki yang baru, Erdogan setakat ini memainkan peranan yang sepatutnya semua pemimpn Islam lakukan. Mungkin sahabatnya, Dr Morsi digulingkan, tapi itu bukan titik noktahnya. Semoga Allah pelihara mereka. Ameen Ya Rabbal Alamin!

Sekian-Cik Mai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...