BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 29, 2014

Ceriakan Pagi Kita!

As salam wbt,
selamat pagi semua!!


Hehe...

Cik Mai tak taulah orang lain macam mana tapi setiap kali bangun pagi dengan tidur yang cukup itu satu nikmat yang sangat ebst bagi Cik Mai.

Alhamdulillah,
Allah hadirkan orang-orang yang membimbing Cik Mai dalam hidup ini.

Mereka lah yang memberi tips yang sangat menceriakan pagi-pagi Cik Mai ini.

1. Tidur Cukup
Benda yang Cik Mai paling tak suka tapi tetap hadir dalam hidup sehari-hari ini (tambah-tambah zaman sekolah asrama dulu!)... MENGANTUK!! haha! Ya, mengantuk boleh rosakkan mood dalam hari-hari kita. Jadi, tidurlah cukup-cukup. hehe.

2. Lepas subuh baca Al-Quran
Ini tips daripada ustaz Cik Mai. Al-Quran itu kalam Allah. Jadi, insyaAllah, hari-hari kita akan indah sekiranya perkara yang pertama yang kita buat ialah mendekatkan diri pada Allah. Kita selalu berdoa pada Allah, selalu bercakap kepada Allah. Jadi, kan bagus kalau kita pula yang mendengar firman Allah pada permulaan hari kita, kan? :) Sesungguhnya Allah itu dekat, kita je yang selalu lari daripada-Nya.

3. Sunat Dhuha
Inilah solat sunat yang dicintai Nabi SAW. Masihkah kita ingat bagaiman turunnya Surah Dhuha? Ketika para musyrikin Makkah menuduh bahawa Allah telah melupakan baginda, Surah ini yang menjadi bukti betapa Allah tidak meninggalkan hamba-hamba yang dicintaiNya.

Cik Mai dapat tips ini daripada motivator zaman SPM dulu. Tapi, tak adalah selalu amal masa tu. Sejak masuk Universiti ni, kita berdamping dengan orang-orang soleh, jadi, kita pun terikut sekali. Alhamdulillah. Bagi Cik Mai, solat dhuha macam bagi semangat untuk kita terus bekerja/belajar setiap hari. Tak silap Cik Mai, solat sunat dhuha ini akan murahkan rezeki kita. Dengan izin Allah. :)

4. Sarapan
Bagi Cik Mai, 'a happy tummy is a happy soul'. Hehe. Cik Mai paling ringan pun minum kopi pagi-pagi. Tak silap Cik Mai juga, minum kopi pun salah satu sunnah Nabi (betulkan kalau silap) tapi yang pastinya para ulama silam suka kopi. Cik Mai pernah terbaca blog junior Cik Mai dulu,, yang kopi ni dalam bahasa arab ialah 'Qahwah'.

Ini syair seorang ulama yang Cik Mai jumpa.
"
Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir kantuk
Dengan pertolongan Alloh, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.
[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir kantuk).
Janganlah kau mencelaku karena aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia."

5. Dengar lagu yang menaikkan semangat

Bagi Cik Mai, lagu-lagu yang menaikkan semangat memang menjadi kegemaran Cik Mai. Masa nak pergi kelas pagi-pagi Cik Mai suka dengar lagu. hehe. Series rasa bersemangat. Ni Cik Mai punya tips la. Mungkin korang punya lain-lain kan. Ada sesetengah orang tak boleh bising-bising waktu pagi.

Apa-apa pun, Cik Mai ambil pesan Ustaz Don. Dia kata, kalau boleh, lakukanlah sesuatu yang akan mengingatkan kita pada baginda SAW setiap hari. Jadi, insyaAllah, doakan Cik Mai istiqamah dengan pesan ini, ya?

Sekian, salam pagi, salam ceria~ Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...