BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 29, 2013

Hikmah Kecewa


Salam wbt,
Cik Mai nak kongsi rasa kecewa sejak belakangan ni...

Tau tak kenapa?
1. Cik Mai dah dicalonkan sebagai wakil sekolah untuk kuiz sejarah sejak tingkatan tiga lagi... tapi akhirnya orang lain pulak yang jadi wakil... sedih tak?

2. Cik Mai dah lama sangat tak buat program tayangan video kat surau sekolah... tapi bila tiba je hari tu,Cik mai dah bersedia nak mulakan program... Timbalan Presiden AMAN( sekolah lain digelar sebagai BADAR) kunci bilik imam hilang dan akhirnya tak dapat tayang video...

Tapi semuanya terubat...
untuk kes yang pertama, hari kuiz tu berjalan, Cik Mai ikut rombongan pergi lawatan ke Universiti Teknologi Petronas.... ada la peserta yang tarik diri sebab memang tak nak masuk, dia orang suruh Cik Mai ganti... tapi, Cik Mai tolak sebab kecewa dengan keputusan cikgu tu... alhamdulillah, Allah ubat hati ini dengan peluang yang lebih bermakna dapat keluar sekolah walaupun sehari~~

Untuk kes kedua tu,
Cik Mai geram sangat dah terus keluar surau... yelah, dah tahu kunci hilang, bagitau lerr awal-awal, tak la susah-susah Cik Mai bawa laptop berat tu ke sana sini... dah la Cik Mai tengah terkejar-kejar masa nak habiskan laporan PEKA yang banyak tu... tapi, disebabkan kehilangan kunci tu jugak la (dengan izin Allah), Cik Mai dapat habiskan sisa-sisa kerja yang menimbun tu...

Heh, betullah, setiap perkara pasti ada hikmah...
yang penting, kalau kita berani menaruh harapan,
bersedialah menerima kekecewaan!

sekian-Cik Mai

Thursday, June 6, 2013

Kekaburan Minda

As salam wbt,

Sekarang ni Cik Mai tengah mencari-cari fakta tentang istilah 'Wahabi' dan 'Illuminati'.
Dua perkara ni semakin dicari, semakin terasa 'blur' sungguh~

Aihh~~ hela nafas...


Kenapa?
Cik Mai rasa istilah Wahabi tu macam ciptaan pihak-pihak tertentu.. kenapa? kerana sumber fakta & penerangannya semakin mengaburkan pemikiran Cik Mai terhadap istilah itu. Di mana asalnya? Cik Mai belum jumpa...

Buku-buku dan fakta dari internet pula, belum tentu sahih. Bila Cik Mai cuba merujuk ustaz di sekolah, ustaz pun tak berapa nak tau...

Buku 'Darah Wahabi' pula, Cik Mai belum beli lagi... tak baca pun lagi... tapi mengikut pandangan orang yang dah baca, Cik Mai terasa macam ada fakta yang bertentangan dengan sejarah yang Cik Mai tau... tapi, belum tentu sejarah yang Cik Mai tau tu tepat tapi sekurang-kurangnya sumbernya menyakinkan la jugak...

Bagi Cik Mai,
Sejarah tak boleh ikut pendapat sejarawan tu sendiri... kerana, fakta yang dipengaruhi kecenderungan sejarawan akan berat sebelah dan tidak adil bahkan boleh jadi ketepatan fakta boleh dipertikai!

Jadi Cik Mai ambil keputusan untuk tak lagi mengkaji istilah 'Wahabi' selagi tak bertemu face-to-face dengan ustaz-ustaz yang memang mahir dalam aliran pemikiran Islam. Cuma, Cik Mai harap Allah Taala akan tunjukkan jalan yang benar kepada Cik Mai.

Okay,
Illuminati pula,
Setahu Cik Mai (yang Cik Mai tahu je eh, bukan fakta betul-betul tepat), masyarakat Malaysia ni mula mengambil tahu pasal Illuminati ni melalui sebuah blog yang dah ditutup iaitu the-brofat.blogspot.com dan video 'Akhir Zaman'. Apa yang Cik Mai tahu lagi, organisasi ni start dalam kurun Khilafah Uthmaniyyah...

Dan seriously,
Fakta-fakta tentang Illuminati banyak sangat, tapi, setakat ni, sumber-sumbernya hanya Internet & buku Ibnu Yaacob... dan kaitannya dengan Islam ada la jugak CUMA tak ada sumber yang menyakinkan Cik Mai setakat ni. Sebab banyak fakta yang mengejutkan Cik Mai... cuma bab nak percaya tu kena ada pakar yang boleh dirujuk.

Ya, Cik Mai akui, sejarah yang kita tahu tak semestinya tepat bahkan boleh jadi fakta tu tak betul langsung...
Hmm...
Sejarah itu misteri... sangat misteri... makin dikaji, makin terasa banyak sangat perkara yang tersembunyi di sebalik peristiwa-peristiwa sejarah...

Jadi, niat nak ambil tahu pasal dua perkara ni Cik Mai tangguh atau mungkin dah malas nak fikir dah, berhenti takat tu je kalau memang tak ada pakar yang Cik Mai dapat jumpa...

"Mai, kenapa hang nak kaji sangat... baca yang masuk exam cukuplah, apa susah?""Prinsip aku, aku tak suka ambil ilmu secara buta tuli!" jawab Cik Mai.

Sekian-Cik Mai


Tuesday, June 4, 2013

Ceria Anak-Anak Syria T.T

What did you feel when you see this picture???

Silence is betrayal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...