BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 17, 2012

Standard Remaja


Siapa remaja?
Kalau mengikut pemahaman Cik Mai, remaja ialah golongan yang usianya sekitar belasan tahun. Pertembungan antara usia kanak-kanak dengan dewasa. Golongan yang kadangkala gila-gila. Golongan yang penuh idea. Golongan yang mempunyai pendapat dan mula mempunyai pendirian. Golongan yang mula berdiri di atas kaki sendiri sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi seorang belia.

Hmm... kalau cakap pasal remaja, mesti tak lari daripada senarai di bawah...

1. Kawan-kawan sekepala
2. Cinta Monyet
3. Adik-beradik angkat

Kan?

Ya, mungkin ada lagi... tapi cukuplah 3 senarai teratas tersebut. Semua senarai di atas bukanlah keluarga kita. Remaja sifatnya lebih terbuka kepada orang luar (bukan keluarga).

Dan, sudah semestinya yang paling dekat dengan mereka ialah rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih senang dengan rakan-rakan berbanding keluarga. Mungkin kerana faktor usia. Memang tidak dinafikan. Ada keluarga yang mengambil inisiatif menjadi rakan kepada anak-anak remaja. Tapi, mungkin tidak ramai. Jadi, majoriti remaja lebih rapat dengan rakan-rakan mereka.

Sahabat vs Cinta 


Kawan-kawan...
Apa yang nak di'highlight'kan dalam entri ini, bukanlah semua benda di atas. Tapi, pertembungan antara ketiga-tiganya.

Percayalah,
sebelum remaja mengenali cinta, remaja kenal dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan atau sahabat kita baik, mesti dia akan pimpin tangan kita ke arah kebaikan. Tapi, kalau bukan... mungkin sebaliknya.

Ada ketikanya, bila remaja dah kenal cinta, lupa kepada rakan-rakan atau sahabat yang dahulunya dalam ranking teratas dalam hati digantikan dengan cinta hati. Apabila kenal cinta, rakan-rakan atau sahabat turun ke bawah sedikit. Cik Mai pernah dengar kakak senior cakap tentang benda nih.

Kalau orang perempuan, selalunya lebih mementingkan cinta berbanding kawan-kawan, rakan-rakan mahupun sahabat mereka. Tapi, kalau orang lelaki lain sangat...

Apa kakak senior kata? Dia kata begini:

"Dulu, masa kem di gunung Jerai kan... kita dapat lihat perbezaan sikap setiakawan budak-budak lelaki dengan perempuan. Budak lelaki, masa daki gunung...dia orang sanggup tunggu kawan-kawan yang tak larat. Ada yang sanggup angkat kawan dia orang sama-sama walaupun depa sendiri tak larat. Tapi, orang perempuan, tak kisah pun kalau kawan-kawan diaorang penat pun. Diaorang lebih banyak dengan geng sendiri dan sahabat karib dia orang jerr...."
Itulah kenyataan. mungkin tidak semua... tapi, memang berbeza antara nilai persahabatan lelaki dan perempuan.

Kakak senior tu kata lagi... budak-budak lelaki cakap sendiri kat dia:
"wei, awek boleh kutip mana-mana... tapi, kawan, susah nak cari... itulah prinsip kami,"
 Wahai kawan-kawan,
Antara kasih cinta terhadap kaum adam, tidakkah hati ini terasa dengan kenyataan budak lelaki seperti di atas...

"Awek boleh kutip mana-mana...."
Sebagai kaum hawa yang masih muda ini, usahlah kita menjatuhkan maruah kita di depan mereka. Lebih baik, kita hargai kawan di depan mata. Kerana kawan, rakan-rakan, sahabat itu jauh lebih penting...

Menghargai kaum sejenis, tanggungjawab bersama


Ada satu lagi situasi yang pernah Cik Mai dengar. Seorang jiran dorm sebelah. Dia tidak rapat dengan budak-budak perempuan... dan dia sangat rapat dengan budak lelaki...

Katanya:
"Hang tau sebab apa aku tak rapat dan tak suka kawan dengan budak perempuan? Sebab depa lebih banyak memandang serong berbanding budak lelaki... hang tengok sendiri, budak lelaki style rileks ja... peduli apa baik buruk orang... bukan macam budak perempuan, tau kutuk ja!"
Bagi Cik Mai, memang benar katanya... Tapi, dalam hal macam ni, budak perempuan memang mengutuk orang... tapi, disebabkan kita sejenis dan tinggal di bawah satu bumbung asrama, kita tau siapa kutuk kita, kan?

Tapi, mungkin dia tak nampak budak lelaki kalau mengutuk budak perempuan, tak jauh bezanya dengan budak perempuan mengutuk orang lain...

Ya, betapa dahsyatnya impak sebuah kutukan dan persepktif serong terhadap seseorang individu, kan? jadi, sepatutnya kita seharusnya menghargai kaum sejenis kita... jangan biarkan mereka hilang percaya terhadap kaum sejenis...

Kesimpulannya,


Cik Mai harap tak ada heart feeling dalam entri ini. Bukanlah niat Cik Mai nak banding-bandingkan kaum sejenis... tapi, supaya kita sama-sama menghargai dan menjaga maruah kaum sejenis. Entri kali ini sekadar nak mengajak remaja seperti Cik Mai menghargai sahabat dan rakan-rakan. Utamakan Apa Yang Lebih Penting.... Terserah kepada kita siapa yang lebih penting... bagi Cik Mai, kawan yang baik, dialah yang lebih penting~

Adik-beradik angkat?
Tak salah menjalinkan ukhwah, tapi, biarlah berpada-pada... lebih baik kita eratkan silaturahim dalam keluarga, kemudian, barulah jalinkan ukhwah saudara mara angkat ini tidak dialnda obsesi... dan, lebih baik kaum sejenis...

Tapi, ingatlah, walaupun kita lebih rapat dengan bukan keluarga kita, keluargalah insan yang PALING
PENTING mengatasi semua list tadi...kerana, orang lain bukan keluarga kita, bukan darah daging kita walau siapa pun mereka... hargailah keluarga sebelum terlewat~

Salam Sayang,
Cik Mai

Thursday, March 15, 2012

Ada apa di sebalik burung?

Tuesday, March 13, 2012

Sindrom Budak Asrama


Inilah gambar asrama puteri Sains Kepala Batas, tahun pertama.

Berbicara mengenai kehidupan di asrama, sudah tentu kita dapat agak sindrom yang paling serius di asrama, kan?

Tidur Dalam Kelas

Kalau tak tidur dalam kelas, bukan budak asramalah namanya. Walaupun budak cemerlang top ten pon akan tidur dalam kelas juga. Kenapa ya?

Walaupun tidur awal, bangun lambat.
Tetap sama...

Mungkin, penat? Ya, sememangnya penat. Bayangkan, kalau di rumah, pergi ke sekolah dengan bas atau berjalan kaki atau dihantar dengan kereta oleh ibu bapa. Di asrama, bangun awal-awal. Pergi solat subuh di surau. (Kalau yang malas tu, sodorm jer =P ). Kemaskan dorm, sarapan di dewan makan,  pergi ke sekolah. Walaupun jarak antara asrama dan sekolah tidaklah jauh mana, tapi, jika dibandingkan aktiviti sekolah harian dan sekolah berasrama, seawal pagi sudah sibuk. Tidak dikira lagi jikalau waktu petang dan malam. Jikalau sekolah harian, balik sekolah, rileks... malam buat homework. Mungkin, ada yang ke tuisyen.

Kalau yang tinggal di tingkat dua atau tiga asrama, mungkin lebih lagi exercise yang dilakukan secra tidak langsung. Kalau di rumah?

Ya, budak asrama penat. Apabila teringat sindrom ini, hanya mampu menggeleng dan tersenyum sendirian. Sindrom ini memang tidak ada ubat, kan?

Teringat pula kata-kata kawan satu dorm,

"Tidur kat dorm tak syok, tak femes macam tidur kat kelas... tidur kat dorm siapa heran? Tidur kat kelas semua pakat tengok..."
Mungkinkah kata-kata ini ada kebenaran atau sekadar gurauan? Hah, ape-ape jelah~


Study Last Minute/ Stay Up

Ya, ini satu lagi.  Kalau tak study last minute atau stay up... memang bukan budak asrama la. Kalau yang memang Allah kurniakan otak genius jer jarang-jarang atau tak buat langsung macam ni. Sebab? Yelah, tak study teruk-teruk pun boleh score... Stail rileks saja...

Mungkin, kalau kita tak duduk di asrama, kita takkan faham apa faedahnya stay up... esok exam buat ngantuk jer, kan? Hakikatnya, percayalah, masa di asrama sangatlah padat. Tak sempat punyer nak ulangkaji sendiri kecuali pada saat-saat menghadapi peperiksaan.

Kalau pada hari-hari biasa, kerja sekolah tak pernah miss. Mesti ada setiap hari. Jarang sangatlah tak ada kerja sekolah langsung. Ok, itu satu hal. Kedua, di asrama ni budak-budaknya aktif sama ada dalam persatuan atau sukan.

Selalunya, yang aktif dalam persatuan jarang aktif dalam sukan.
Yang aktif dalam persatuan atau badan kepimpinan pelajar seperti pengawas, ahli BADAR (Badan dakwah dan rohani), pengawas asrama, ketua dorm dan naqib-naqibah... sudah tentu sibuk dengan tugas harian mereka. Cik Mai merupakan salah seorang ahli BADAR atau di sekolah Cik Mai digelar AMAN (Amar Makruf Nahi Mungkar)... jadi, bila bertugas kena baca Al-Mulk, setiap hari Jumaat bagi tazkirah time usrah aspuri....update papan kenyataan dan sebagainya...

Jadi, hanya saat-saat terakhir saja ada peluang nak ulangkaji sepenuhnya....

Ya, itulah dia duduk di asrama... (Itu yang kurus tuu!!! haha)



 Outing/ PulangBermalam


Ya, peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh penghuni asrama. Kalau kena tahan, faham-faham sajalah bagaimana keadaannya. Mungkin ada yang tidak kisah... tetapi ada juga yang kisah. Kadangkala sampai memberontak, menangis-nangis nak balik....

Kesimpulan
Ya, mereka punya perasaan rindu untuk pulang ke rumah...
Jika anda belum tinggal di asrama, cuba-cubalah memohon ke  sana...

Memang, tak dinafikan, asrama ada pelbagai sindrom... tapi percayalah, alam asrama menjanjikan persahabatan yang indah...

Di asrama, tiada keluarga kita... hanya ada rakan-rakan sebagai keluarga kita. Dan, ada guru-guru sebagai tempat untuk menumpang kasih ibu bapa....
Sesiapa yang sudah keluar daripada alam ini, pasti merinduinya...walaupun kadangkala perit, kadangkala bahagia...

Sekian-Cik mai

Glosari: sodorm:~ solat dalam dorm~
~dorm:bilik~

Sunday, March 11, 2012

Tak Paksa Pun!


Siapa yang suka dipaksa?
Mestilah semua orang tak suka dipaksa...

Dalam Islam,
Sedikit pun tiada paksaan.

Hal ini telah jelas dalilnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 256

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Yang ada dalam Islam hanyalah Amar Makruf Nahi mungkar, yakni, Mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Jikalau orang yang diajak, tidak mahu menerima ajakan tersebut, terserah kepadanya. Tiada paksaan buatnya. Sedangkan Bapa saudara Nabi SAW, Abi Talib sendiri, tak mahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun dia telah banyak membantu Nabi SAW seperti harta dan sebagainya. Walaupun anaknya sendiri merupakan seorang muslim.

Begitu juga dengan Umat Islam kini. Apabila diajak melakukan kebaikan, bukan sahaja menolak, malah mengejek dengan pelbagai ungkapan.

"Bajet la kau. Macam la kau bagus sangat... sedar la diri sikit!"
"Ala, kubur masing-masing pe... yang kau sibuk sangat pehal?!!" 
Tak apa. Jangan ambil hati wahai orang yang menunaikan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar. Hati itu Allah yang pegang. Yang penting, tanggungjawab anda sudah terlaksana. Berdoalah semoga terbuka pintu hati mereka yang enggan menerima seruan kebenaran.

Seperti dalam hadith RasulAllah SAW:
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau meriwayatkan daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa sesungguhnya baginda telah bersabda: Setiap umatku masuk ke Syurga kecuali yang menolaknya. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang menolak (peluang masuk ke Syurga) itu? Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaatiku, dia masuk ke Syurga, sesiapa yang mengingkariku maka dia itulah yang menolak [Hadith riwayat al-Bukhari]
Ya, jika sudi, masuklah ke syurga, jika tak sudi, tak mengapa. Tak payah masuk syurga~

Sekadar perkongsian. Semoga segala terkasar bahasa dalam entri ini, dimaafkan.  Selamat beramal!
 -Cik Mai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...