BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, March 17, 2012

Standard Remaja


Siapa remaja?
Kalau mengikut pemahaman Cik Mai, remaja ialah golongan yang usianya sekitar belasan tahun. Pertembungan antara usia kanak-kanak dengan dewasa. Golongan yang kadangkala gila-gila. Golongan yang penuh idea. Golongan yang mempunyai pendapat dan mula mempunyai pendirian. Golongan yang mula berdiri di atas kaki sendiri sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi seorang belia.

Hmm... kalau cakap pasal remaja, mesti tak lari daripada senarai di bawah...

1. Kawan-kawan sekepala
2. Cinta Monyet
3. Adik-beradik angkat

Kan?

Ya, mungkin ada lagi... tapi cukuplah 3 senarai teratas tersebut. Semua senarai di atas bukanlah keluarga kita. Remaja sifatnya lebih terbuka kepada orang luar (bukan keluarga).

Dan, sudah semestinya yang paling dekat dengan mereka ialah rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih senang dengan rakan-rakan berbanding keluarga. Mungkin kerana faktor usia. Memang tidak dinafikan. Ada keluarga yang mengambil inisiatif menjadi rakan kepada anak-anak remaja. Tapi, mungkin tidak ramai. Jadi, majoriti remaja lebih rapat dengan rakan-rakan mereka.

Sahabat vs Cinta 


Kawan-kawan...
Apa yang nak di'highlight'kan dalam entri ini, bukanlah semua benda di atas. Tapi, pertembungan antara ketiga-tiganya.

Percayalah,
sebelum remaja mengenali cinta, remaja kenal dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan atau sahabat kita baik, mesti dia akan pimpin tangan kita ke arah kebaikan. Tapi, kalau bukan... mungkin sebaliknya.

Ada ketikanya, bila remaja dah kenal cinta, lupa kepada rakan-rakan atau sahabat yang dahulunya dalam ranking teratas dalam hati digantikan dengan cinta hati. Apabila kenal cinta, rakan-rakan atau sahabat turun ke bawah sedikit. Cik Mai pernah dengar kakak senior cakap tentang benda nih.

Kalau orang perempuan, selalunya lebih mementingkan cinta berbanding kawan-kawan, rakan-rakan mahupun sahabat mereka. Tapi, kalau orang lelaki lain sangat...

Apa kakak senior kata? Dia kata begini:

"Dulu, masa kem di gunung Jerai kan... kita dapat lihat perbezaan sikap setiakawan budak-budak lelaki dengan perempuan. Budak lelaki, masa daki gunung...dia orang sanggup tunggu kawan-kawan yang tak larat. Ada yang sanggup angkat kawan dia orang sama-sama walaupun depa sendiri tak larat. Tapi, orang perempuan, tak kisah pun kalau kawan-kawan diaorang penat pun. Diaorang lebih banyak dengan geng sendiri dan sahabat karib dia orang jerr...."
Itulah kenyataan. mungkin tidak semua... tapi, memang berbeza antara nilai persahabatan lelaki dan perempuan.

Kakak senior tu kata lagi... budak-budak lelaki cakap sendiri kat dia:
"wei, awek boleh kutip mana-mana... tapi, kawan, susah nak cari... itulah prinsip kami,"
 Wahai kawan-kawan,
Antara kasih cinta terhadap kaum adam, tidakkah hati ini terasa dengan kenyataan budak lelaki seperti di atas...

"Awek boleh kutip mana-mana...."
Sebagai kaum hawa yang masih muda ini, usahlah kita menjatuhkan maruah kita di depan mereka. Lebih baik, kita hargai kawan di depan mata. Kerana kawan, rakan-rakan, sahabat itu jauh lebih penting...

Menghargai kaum sejenis, tanggungjawab bersama


Ada satu lagi situasi yang pernah Cik Mai dengar. Seorang jiran dorm sebelah. Dia tidak rapat dengan budak-budak perempuan... dan dia sangat rapat dengan budak lelaki...

Katanya:
"Hang tau sebab apa aku tak rapat dan tak suka kawan dengan budak perempuan? Sebab depa lebih banyak memandang serong berbanding budak lelaki... hang tengok sendiri, budak lelaki style rileks ja... peduli apa baik buruk orang... bukan macam budak perempuan, tau kutuk ja!"
Bagi Cik Mai, memang benar katanya... Tapi, dalam hal macam ni, budak perempuan memang mengutuk orang... tapi, disebabkan kita sejenis dan tinggal di bawah satu bumbung asrama, kita tau siapa kutuk kita, kan?

Tapi, mungkin dia tak nampak budak lelaki kalau mengutuk budak perempuan, tak jauh bezanya dengan budak perempuan mengutuk orang lain...

Ya, betapa dahsyatnya impak sebuah kutukan dan persepktif serong terhadap seseorang individu, kan? jadi, sepatutnya kita seharusnya menghargai kaum sejenis kita... jangan biarkan mereka hilang percaya terhadap kaum sejenis...

Kesimpulannya,


Cik Mai harap tak ada heart feeling dalam entri ini. Bukanlah niat Cik Mai nak banding-bandingkan kaum sejenis... tapi, supaya kita sama-sama menghargai dan menjaga maruah kaum sejenis. Entri kali ini sekadar nak mengajak remaja seperti Cik Mai menghargai sahabat dan rakan-rakan. Utamakan Apa Yang Lebih Penting.... Terserah kepada kita siapa yang lebih penting... bagi Cik Mai, kawan yang baik, dialah yang lebih penting~

Adik-beradik angkat?
Tak salah menjalinkan ukhwah, tapi, biarlah berpada-pada... lebih baik kita eratkan silaturahim dalam keluarga, kemudian, barulah jalinkan ukhwah saudara mara angkat ini tidak dialnda obsesi... dan, lebih baik kaum sejenis...

Tapi, ingatlah, walaupun kita lebih rapat dengan bukan keluarga kita, keluargalah insan yang PALING
PENTING mengatasi semua list tadi...kerana, orang lain bukan keluarga kita, bukan darah daging kita walau siapa pun mereka... hargailah keluarga sebelum terlewat~

Salam Sayang,
Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...