BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 11, 2012

Tak Paksa Pun!


Siapa yang suka dipaksa?
Mestilah semua orang tak suka dipaksa...

Dalam Islam,
Sedikit pun tiada paksaan.

Hal ini telah jelas dalilnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 256

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Yang ada dalam Islam hanyalah Amar Makruf Nahi mungkar, yakni, Mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Jikalau orang yang diajak, tidak mahu menerima ajakan tersebut, terserah kepadanya. Tiada paksaan buatnya. Sedangkan Bapa saudara Nabi SAW, Abi Talib sendiri, tak mahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun dia telah banyak membantu Nabi SAW seperti harta dan sebagainya. Walaupun anaknya sendiri merupakan seorang muslim.

Begitu juga dengan Umat Islam kini. Apabila diajak melakukan kebaikan, bukan sahaja menolak, malah mengejek dengan pelbagai ungkapan.

"Bajet la kau. Macam la kau bagus sangat... sedar la diri sikit!"
"Ala, kubur masing-masing pe... yang kau sibuk sangat pehal?!!" 
Tak apa. Jangan ambil hati wahai orang yang menunaikan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar. Hati itu Allah yang pegang. Yang penting, tanggungjawab anda sudah terlaksana. Berdoalah semoga terbuka pintu hati mereka yang enggan menerima seruan kebenaran.

Seperti dalam hadith RasulAllah SAW:
Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau meriwayatkan daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bahawa sesungguhnya baginda telah bersabda: Setiap umatku masuk ke Syurga kecuali yang menolaknya. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang menolak (peluang masuk ke Syurga) itu? Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaatiku, dia masuk ke Syurga, sesiapa yang mengingkariku maka dia itulah yang menolak [Hadith riwayat al-Bukhari]
Ya, jika sudi, masuklah ke syurga, jika tak sudi, tak mengapa. Tak payah masuk syurga~

Sekadar perkongsian. Semoga segala terkasar bahasa dalam entri ini, dimaafkan.  Selamat beramal!
 -Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...