BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 16, 2012

Ringkas tapi padat!

Salam wbt.
Dah tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai... sesungguhnya masa sangat cepat berlalu...tak sedar pun Cik Mai...

hmm, kali ni, sekadar terdetik di hati nak menulis entri selepas ada perkongsian ilmu dengan rakan-rakan facebook tentang Yahudi, Kristian dan Islam.

Apa yang membezakan kita dengan mereka walaupun ketiga-tiga agama ini digelar agama Samawi (agama langit)?

Sebenarnya banyak, tapi cukuplah Cik Mai ulas tentang salah satu daripadanya ialah konsep akidah. Orang yahudi dan nasrani (yakni kristian) telah mencemarkan agama mereka dengan mengatakan bahawa Allah ada anak. Tetapi Islam telah menolak sekeras-kerasnya dengan dalil dalam surah Al-Ikhlas.

Surah Al-Ikhlas: surah yang ringkas. Pada hakikatnya, tafsir dan intipatinya sangatlah luas. Subhanallah....
buat renunagn bersama, Cik Mai kongsikan status fb dalam entri kali ini..

Antara perkara yang membezakan Yahudi, Kristian dengan Islam ialah: Surah Al-Ikhlas

yang mana tafsir dan intipati surah tersebut menolak fahaman yahudi dan kristian bahawasanya Allah mempunyai anak.... semoga surah yang ringkas ini, mampu menjadi pegangan akidah kita... no wonder kenapa even surah seringkas ini mampu membuatkan para muallaf yg agama asalnya yahudi atau kristian menitiskan air mata... kalau kita? imam baca surah ini, kita anggap imam ni "tak majulah, tak hebatlah... nampak sangat imam pemalas...imam tau nak cepatlah..."

pada hakikatnya, surah-surah yg kita anggap ringkas sebenarnya, intipati di sebaliknya sangat luas spt surah al-fath, surah al-asr...

renung2kan wahai diri sendiri yg masih lg terkapai-kapai dalam solat berjemaah...-Status FB
Jadi, seharusnya kita bersyukur kerana pada hari ini, kita dinaungi kasih sayang Allah dengan akidah dan agama yang benar... kenapa masih ada antara kita tidak menghargainya? Hargailah, walaupun sekadar Surah yang sangat ringkas~ sekian-Cik Mai

Salam Aidilfitri, selamat kembali kepada fitrah.
 

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Kali Ini




Alhamdulillah~
tahun berpeluang pulang bermalam setiap minggu kecuali minggu exam yang akan berlangsung dua minggu sebelum cuti raya.

Tahun ini:
sebelum Ramadhan, Allah telah beri peluang kepada Cik Mai untuk menunaikan Umrah, mewakili sekolah ke Nadwah Kepemimpinan Islam SBP 32...

Semoga ramadhan kali ini bermakna buat diriku yang sering alpha lagi lalai ini.

Cuma,
Cik Mai kesal dengan senario di negara kita... kalau di negara bukan Islam, umat Islam di sana berusaha meraikan ramdahan sehabis mungkin, kita meraikan dengan pesta makanan. Umat Islam di Rohigya ditindas, umat Islam di Somalia kebuluran... Umat Islam di Syria masih menanti kemenangan untuk menumbangkan rejim Bashar Al-Assad....

Rupa-rupanya,
di sebalik kesenagan kita, di situ letaknya ujian Allah...

Semoga kita sedar akan realiti Ramadhan kali ini
sekian-Cik Mai

Ukhuwwah Terindah


Salam.
Lama sungguh tak update blog ni. Sebenarnya, NKI-32 ni dah lama dah. Baru sekarang terasa nak update. Hehe...

Alhamdulillah, pengalaman yang ditimba bersama rakan-rakan BADAR SBP seluruh Malaysia, insyaAllah akan dimanfaatkan di sekolah. Pulang saja daripada kem ini, wakil SMSKB yang terdiri daripada Cik Mai dan lima orang pelajar lagi dah bermesyuarat untuk Pelan Tindakan BADAR tahun depan. Semoga dapat berjalan lancar.

Oh ya,
Nak cerita pasal NKI kali ini, alhamdulillah, sangat bermakna buat Cik Mai. Kami dibahagikan kumpulan. Dan, di situlah ukhuwwah erindah terjalin. Bermula dengan LDK, tazkirah spontan, forum spontan dan Rehlah Berfokus... kami dapat memahami apa ertinya pemimpin.

Cik Mai tak bawa kamera ke sana. Tapi, tak mengapalah, semoga Allah pertemukan Cik Mai dengan rakan-rakan NKI nanti.

Di kem ini juga, Cik Mai dapat berkonsi ilmu dengan wakil KISAS ketika makan malam sempena perasmian NKI. Memang diaorang berpengetahuan luaslah. Tak rugi pergi ke sana.

Dan, dapat seorang kawan dari SMAP Kajang yang sangat peramah, Izzati. Tapi sayang, cari kat facebook tak ada pulak... adalah add seorang budak SMAPK ni, tapi tak approve pon lagi...ntang NKI... malas nak cerita dari A-Z... cukuplah sekadar berkongsi perasaan tentang pengalaman di sana. Sekian-Cik Mai

Setakat itu saja te

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...