BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 26, 2013

Cuti lagi walau tiga hari

As salam wbt.

Cik Mai rasa dah lama sangat tak update blog sebab dah lama tak balik rumah... (tak lama man kot rasanya... Cik Mai je yang rasa lama kot...)

Apa-apa pun, Alhamdulillahi robbal 'alamin dapat juga balik kali ni...
SPM tak lama je lagi, lebih kurang 7-6 bulan lagi...
Cik Mai tengah sedih ni... photoshop dah habis trial...huhu... tak mampu nak teruskan projek "Water: A Gft From God"

Mudah-mudahan, ada peluang dan kesempatan lagi untuk meneruskan projek tersebut... Amin...

Alang-alang musim PRU tengah panas sekarang ni....
Sebagai bakal pengundi pada PRU akan datang, Cik Mai agak teruja la jugak nak ambil kisah PRU kali ni...

Antara pandangan tokoh-tokoh untuk PRU kali ini



Teringat pulak kisah ujian lisan Cik Mai aritu...
Sepatutnya giliran kumpulan lain tapi diorang tak bersedia kan... jadi Cikgu Haslida (Cikgu BM Cik Mai) panggil kumpulan Cik Mai...

Dah la tak hafal teks bagai...
Terketar-ketar tangan ni pegang teks... nasib baik masa Cik Mai tengok teks Cikgu tengah tanda kertas penilaian... Dalam keadaan tak bersedia Cik Mai cuma guna gaya yang ntah apa-apa jelah... hentam je... Teks pon bukan Cik Mai baca penuh.... suara pon saja-saja buat semangat padahal hati nervous gila kot...

Habis je ujian tu... Cikgu mula la nak komen... Cik Mai dalam hati dah rasa macam ni "mesti aku buat teruk nih!"

Tapi sebaliknya pula komen cikgu...

"Maisarah... kalau kamu jadi calon PRU, mesti orang pangkah kamu ni! Dengan gayanya dan suara yang kuat bersemangat... "

Eh, ke situ pulak... oh, tak sangka pulak terbawa-bawa dalam ujian lisan... ni semua salah surat khabar yang dok berpolitik sangat...hehe...

Apa-apa pon, sebagai rakyat M'sia.... Cik Mai harap selepas PRU ni, Malaysia will be a better country... Amin- Cik Mai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...