BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 30, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 1

Dia menangis sedang aku hanya memerhati. Kala itu sepertiga malam. Bilik gelap lagi suram. Dia tak sedar aku sedang memerhatinya, mungkin sangkaannya, aku sudah lena. Kutahu dia sebenarnya sedang rindu. Rindu yang teramat.

Siapa yang tidak rindu pada insan yang paling kita cinta, tapi pergi meninggalkan kita? Ibunya sudah pergi. Saat ini, kalau aku di tempatnya, kakiku takkan sekuat dia untuk melangkah kembali ke sini menghadapi final exam, semester akhir.

Dalam sayup kedengaran suaranya, kudengar rintihan dalam doa kudusnya. Hatiku sebak. Tapi aku tak mampu buat apa-apa. Aku tak nak ucapkan ucapan dan perkataan yang sama buatnya. Dia tabah. Dia tenang di hadapan kami semua, teman serumah, teman sekuliah.

"Be strong, yayah"
"Tabahkan hati, yayah. Kami sentiasa dengan kau"

Tak... aku tak sanggup paksa dia untuk terus kuatkan hati ketika saat ini, kekuatan itu sedang diuji. Entah kenapa malam ini, aku terjaga seketika. Aku tahu dia sedaya upaya mengawal dirinya daripada membiarkan aku terjaga.

Betapa tersentuhnya hatiku pabila dia menuturkan ayat cinta ini;

"Ya Allah, kutahu kau rindu padaku, pada kami semua Ya Allah, imanku tak sempurna. Aku belum mencintai kekasihMu sehebat aku cinta pada ibuku.Ya Allah, aku malu padaMu, pada kekasihMu... Ketika kekasihMu merinduiku sedang aku belum lagi wujud, aku pula menyanjung cinta terhadap manusia selainnya.Ya Allah, ampuni aku kerana selama ini aku menganggap ibuku segala-galanya...."
 Aku tak mampu lagi bertahan. Kukalihkan badan ke arah lain. Yayah, bagaimana kau sehebat ini?

--------------------------------------------------------

Bak kata orang putih, 'turning point'. Ya, memori aku pada malam itu menjadi 'turning point' dalam hidup aku. Kejadian empat atau lima tahun lepas, ketika zaman pra universiti dulu (asasi). Aku percaya, malam itu aku terjaga bukan secara kebetulan, tapi itulah saatnya Tuhan menyedarkan aku tentang hakikat iman dan cinta.

Aku rindu Yayah. Bagaimana agaknya dia sekarang ini? Hari ini, hari graduasiku. Cepat benar masa berlalu.Suasana sekeliling meriah dengan para graduan bersama keluarga mereka. Aku yang baru keluar dari dewan masih tercari-cari di mana keluargaku.

"Ira," sapa seseorang bersama senyuman di wajahnya. Mungkin dia bangga denganku. Entah, aku sendiri tak pasti. Dia menghulurkan tangannya padaku. Kusambut tangannya, lalu kusalam. Dia mengalihkan 'mortarboard' di atas kepalaku seketika. Dia kucup dahiku.

"I am proud of you, my love," aku terkesima. Dia meletakkan kembali mortarboard itu. Bahuku diraih. Ternyata. Ya rabbi, inilah insan yang tak pernah lelah mencintaiku.

Air mata terharu bertakung di tubir mata. Bermula dengan peristiwa malam itu yang menjadikan aku yang sekarang. Aku, yang suamiku cinta... walaupun sehingga saat ini aku masih berusaha membalas kasih sayangnya itu.

Hidup ini bukan mudah. Ya, aku berkahwin muda. Saat aku masih lagi dahagakan ilmu, dan cinta Ilahi. Aku ingin menjadi seperti Yayah. Tapi, aku sedar bagaimana aku hendak meraih cinta Allah, sedang aku seorang anak derhaka?

"Kak Irah, awat tercegat lagi dengan abang kat situ? Mai sini kita tangkap gambaq," panggil Sya, satu-satunya adik aku yang semangat bukan main lagi. Aku yang dapat ijazah, dia pula terlebih gembira. Aku menuju ke arah keluargaku dan mentua bersama suamiku.

Hari ini, hari bahagiaku. Ermm, walaupun aku tak pernah sangka akan bersama dua buah keluarga dalam satu gambar sempena graduasiku.

-------------------------------------
Hujan gerimis di luar rumah. Angin dingin berhembus ke dalam ruang dapur dari tingkap yang sedikit terbuka. Aroma Nescafe Caramel Latte menyapa deria bauku. Kegemarannya. Juga kegemaran Yayah. Ah, kenapa sejak akhir-akhir ini, aku asyik teringatkan Yayah?

Pukul 4.30 pagi. Mimpi apakah aku terbangun... bancuh nescafe pula... Aku tak berniat hendak minum nescafe pun. Entahlah, kenapa ya?

"Assalamualaikum, cinta," bisiknya kepadaku.

"astaghfirullah!! ya Allah, kut yer pon janganlah bagi salam macam nih!" terkejut aku dibuatnya. Dan, aku terr-bebel pula. 'Ter'...maksudnya tak sengaja.

"Buat apa tengah-tengah malam ni?" Sengihnya. Bersih pula mukanya. Baru cuci muka agaknya. Dalam aku tak sedar, wajahnya ini buat aku rasa sejuk pula mata memandang.
"Terjaga..." balasku sepatah. Tanganku menghulurkan nescafe yang sudah dibancuh.

"Eh, tak nak minum ke?" dia hairan melihat responku. Siapa yang tak hairan, dah bancuh kopi tak nak minum pula.

"Saya tahu awak suka air ni." Aku senyum segaris. Aku ingin meminta diri tapi dia sempat menghalangku.

"Nak ke mana?"soalnya sambil kening sebelah terangkat.

"Nak ke syurga," selorohku. Saja berkias. Sebenarnya nak tahajud.

"Kenapa nak ke syurga seorang diri je? Taknak pergi dengan I?" alahai... dia pun nak berkias. Sengih lebar pula tu.

"Jomlah.Sekejap lagi dah nak azan subuh dah,"sahutku. Malas nak melayan babak romantik ala-ala drama cinta Islamik TV3 ini. Segera aku mengambil wudhu' tanpa menghiraukan ketawa kecilnya sambil menggeleng sedikit. Terhibur mungkin?

--------------------------------

Tasik di depan mata sangat damai. Sedamai hati ini. Hujung minggu begini, baru kutahu dia suka ke sini. Kami masih dalam tempoh berkenalan. Aneh bukan? Orang lain sebelum berkahwin dah kenal, malah mungkin ada yang lebih dari kenal.

Dulu, sebelum menggenggam segulung ijazah di tangan, aku dan dia terpisah antara dua benua. Dia bekerja di sana, aku belajar di sini. Mungkin itulah sebabnya dia ingin segera berkahwin... entahlah, aku sendiri tidak pasti.

Dia meneguk air mineral setelah penat berjogging. Peluh merenik di mukanya. Aku pula lebih suka melihat panorama alam dengan berjalan saja. Aku dah berhenti berjalan setengah jam yang lalu. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku capai tuala kecil di dalam beg tanganku. Kuhulurkan kepadanya. Senyum saja kerjanya.

"Penat pun boleh senyum, eh?" soalku dengan selamba.

"Hahahahaha..." tergelak pula dia.

"Aik, tanya macam ni pun gelak ke?" berkerut dahiku. Apa-apa jelah.

"Kenapa you ni cute sangat tanya soalan macam tu? Muka pun tak boleh blah," terus terang dia menuturkan kata-katanya.

Aku membuat mimik muka macam emoji dalam whatsapp. Lebih kurang macam ini---> (-_-)

"Emm, terima kasih,"ucapnya setelah habis mengelap muka.

"Sama-sama kasih," balasku. Memang tabiatku ucap begitu kalau orang berterima kasih kepada kita. Ibulah yang ajar jawab begitu. Sya pun akan jawab macam tu.

"Amboi, dah pandai yer balas kasih-kasih bagai sekarang ni," usiknya. Ya Allah, bertambah-tambah sengihnya. Eee, geram pula aku.

"Saya kan nak ke syurga, kenalah buat cara nak ke syurga Allah. Kena sayang suami saya nih," tuturku dalam nada geram.

"Syurga Allah..." dia mengulang perkataan itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah tasik. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Seketika, kami senyap. Mungkin masing-masing sedang berfikir sesuatu.

"Kenapa awak pilih saya? Okay, saya rasa tak patut saya tanya macam ni... tapi, dari hari pertama saya bergelar isteri awak, inilah soalan yang saya nak sangat tanya..." luahku.

"Kerana Allah," ringkas. Padat. Dia tenung mataku dalam-dalam. Dia menyentuh tanganku. Kemudian digenggamnya dengan lembut.

"Kahwin kan ibadah? I pun nak ke syurga Allah juga, macam you," ujarnya. Aku dapat rasakan keihklasan dalam ucapannya.

Ya Allah, aku percaya Engkau tak pernah silap dalam mengatur hidupku ini. Terima kasih kerana mengurniakan suami sebaik ini untukku.

----------------------------

Monday, September 29, 2014

Sementara Kita Masih Punya Masa...

As salam wbt,
Cik Mai ambil kesempatan sikit nak update blog kali ni, walaupun gelombang final exam tak surut lagi. Hehe. Nak rehatkan minda sekejap.

Sementara kita masih punya masa...

Sebenarnya, batchmate Cik Mai zaman sekolah dulu baru saja kehilangan ayahandanya.
Masih segar di ingatan Cik Mai, bagaimana dia bercerita tentang ayahandanya zaman duduk hostel dulu. Cik Mai suka buku falsafah dan ilmiah, dia cakap ayah dia pun macam tu. Dia cerita lagi pasal gurauan ayah dia, maklumla dia satu-satunya anak perempuan dalam famili. Tapi, hari ini, ayahandanya dah pergi mengadap Ilahi.

Masa terlalu cepat...

Walaupun Cik Mai tak pernah bersua muka, bertegur sapa dengan ayahandanya, tapi ... I am speechless... bila dapat tahu pemergiannya. Seorang yang kita selalu dengar cerita tentang dia...

Cik Mai doakan supaya Allah Taala tempatkan ayahandanya dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Ameen.

Sementara kita masih punya masa...
Kita belum tentu hidup esok, atau mungkin esok kita akan kehilangan orang yang kita sayang...

Tidak kiralah terpisah dengan cara apa pun...
Hargai, syukuri saat ini,

Sekian, Cik Mai.


Sunday, September 21, 2014

Saat Tuhan pertemukan aku :')

Salam wbt,
lama sgt Cik Mai tak update blog. huhu. Maklumla, makin dewasa, makin busy la katakan.

Dan, makin dewasa, makin ramai yang kita akan jumpa.
Ada orang yang mukanya ceria, senyumnya bahagia, sedangkan sepanjang hidupnya, dia tempuhi dengan penuh ujian.

"Mai, hidup aku complicated sebenarnya..."
Dan dia terus cerita sesuatu yang buat Cik Mai rasa... Allahu, sungguh kita tak tahu di sebalik wajah seseorang yang menceriakan kita, wujudnya kisah yang dipendam.

"Hang tau tak sebenarnya, dia tu sangat kuat. Ujian yang di terima saat nak final exam dulu bukan kecil..."
Ini kisah yang abang Cik Mai khabarkan.

Allah, kau hadirkan insan-insan hebat di sekelilingku, membuktikan padaku betapa Engkau mengasihi hamba-hambaMu. Engkau kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka, sedang aku masih merungut di saat rezekiMu melimpah ruah.

Allah, ampuni daku.
Allahu, ampuni aku, selama hayatku...
T_T.

Sekian, Cik Mai.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...