BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 25, 2013

Kucing Ambang 2014

As salam wbt,
tak tau la pesaipa Cik Mai rasa nak edit gambar kucing plak pagi nih...hehhe


:D

Tuesday, December 24, 2013

24 Disember Ini

As salam wbt,
tarikh hari ni di skrin komputer Cik Mai tertera 25 Disember tapi Cik Mai bukan nak cerita pasal hari ini tapi semalam, 24 Disember.

1. Ikan naik ke pantai Lahad Datu


Ada pendapat yang katakan ini tanda2 tsunami (memang sebelum bencana alam, haiwan-haiwan akan jadi lain macam sikit dalam ilmu geografi. So, pendapat ini boleh diterima)

Ada juga penduduk tempatan yang komen macam ni:

Cik Mai sertakan sekali pesanan ekoran kejadian ini daripada founder Rusydee Art

Jadi, kita doakan keselematan negara kita ini. Ameen. Itu yang sebaik-baiknya daripada kita cakap perkara yang tak elok, takut jadi doa. Tapi, yang terbaik ialah, marilah kita kembali kepada Allah. Dia Maha Tahu segala-galanya. Kepada Dialah kita semua akan kembali. Mungkin inilah peringatan daripada Allah.

2. Banjir Kilat di Rawang

Cik Mai tak sangka pula hari ini banjir kilat menimpa Rawang. Doakan keadaan di sana segera pulih. Ameen.
(credit to page FB "King Jason")

Cik Mai nak bagi pendapat pula pasal isu semasa sekarang ini... harap tak ada pihak yang anggap Cik Mai cuba berpolitik... Ini sekadar pendapat, anda boleh menyangkal Cik Mai atau sebaliknya.

Kita semua sayangkan negara kita. Bukan bermakna kita racist, kan? Begitu juga dengan isu hangat sekarang ini, segala barang naik... bukan kita tak bersyukur, tapi selagi kita boleh bantah/ minta perkara tersebut tak dijalankan, itu adalah hak kita. Umpamanya, kalau kita nak beli barang, harga mahal, kita berhak minta dikurangkan harga, kan? 

Dengar cerita ada himpunan 31 Dismeber ni. Harapnya tak jadilah rusuhan atau perbalahan yang mengancam keselamatan negara. Harap kedua-dua pihak tak cetuskan perkara ini. Rakyat, berhimpunlah dengan aman. Kerajaan, polis dan pihak berkuasa, selagi mereka tak melampaui batas, janganlah dileraikan dengan semburan gas pemedih mata. Kita tak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi.


24 Disember juga, ada lagi berita tergembar dari Gaza. Daerah Khan younis dibom! Menurut berita yang Cik Mai dapat, 4 orang syahid termasuk seorang kanak-kanak perempuan. Doakan mereka!


A Palestinian man cradles the lifeless body of his niece, 3-year-old Hala Abu Sebakha, who medics said was killed by shrapnel during an Israeli air strike on the Al Maghazi camp, at the morgue of Al-Aqsa hospital in Deir Al Balah, central Gaza Strip, Tuesday, Dec. 24, 2013. Israeli air and ground forces launched a series of attacks Tuesday on targets across the Gaza Strip, killing the young girl and wounding 10.

Di samping kita mendoakan keselamatan negara, jangan lupa Syria, Mesir, Palestin dan seluruh umat Islam hari ini. Sekian-Cik Mai

Friday, December 20, 2013

Syeikh Abdul Qadir Mulla


Wednesday, December 18, 2013

Isu Semasa Menggegar Malaysia

As salam wbt,
Alhamdulillah, ada kesempatan nak update blog lagi.
 Cik Mai sekarang ni tengah pening kepala taktau nak kata la... adoii...

Tak mau pi PLKN tapi kalau masuk UTP(kalau dapat la...) macam rugi banyak bena la jugak.
Bukan senang nak apply scholarship Petronas nih... mau straight A SPM...hoho...
Dah la nak kena korek RM 6K kot untuk first sem... malas la nak menyusahkan mak ayah.

Better go with the flow. Cik Mai ada la jugak try2 guna khidmat KLC Placement. Cik Mai pilih bidang ICT. Tapi tu la... dia bagi foundation free setahun tapiiiii.... sambung double degree kat Poland. Huh? Poland?

Hmm.... luar negara pulak... Cik Mai decide taknak ambikla offer tu.

Okay, balik kepada topik asal entri kali ni.
Ada isu yang sangat hangat sekarang ini, sudah tentunya Isu Syiah & Kenaikan harga barang.

Haihh... kalaulah ekonomi Malaysia gawat kembali macam zaman Tun Dr. Mahathir dulu... susah kot nak sambung pengajian di IPTA walaupun result SPM gempak. Mohon dijauhkan, AMEEN!!! Mari doakan kesejahteraan ekonomi negara kita. Entahlah apa yang jadi di negara kita ini, semakin hari semakin teruk.

Ini pula tentang Isu COMANGO. Jap Cik Mai copy paste daripada FB ISMA.

Jom sign petisyen tolak COMANGO!!!


Semoga usaha kecil kita ini membuahkan hasil. Ini bukan sekadar isu bangsa, tapi secara realitinya, COMANGO mengancam kedudukan suci agama Islam di Malaysia!

Sekian, wassalam-Cik Mai

Saturday, December 7, 2013

Kala Banjir melanda Malaysia

As salam wbt,
Al fatihah untuk mangsa banjir yang maut akibat lemas.


Cik Mai sedih tengok sikap segelintir orang yang tak bertanggungjawab langsung masa banjir macam ni... isk2... mula-mula Cik Mai ingatkan bila dah timpa musibah macam ni, sepatutnya semua pakat berganding bahu... tapi ada juga spesies manusia macam ni... Allah Taala sajalah yang Maha Tahu bagaimana perasaan mangsa banjir ni...



Tapi, dalam keadaan macam ni pun, masih ada yang tabah.... masih tetap mencari rezeki yang halal macam kat bawah ni...
Tak kurang juga yang meraikan perkahwinan dalam suasana bah yang melanda ni...bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana, ye tak?
Dan, paling best, Makcik yang kreatif lagi inovatif ni buat 'rumah rakit'. Tabik springggg ar makcik!

Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk, Jerantut Pahang sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir."

Ko ade? Hehe~

Dan kita sangat hargai keprihatinan pemimpin rakyat yang mengambil berat keadaan mangsa banjir. Tidak kiralah kerabat diraja ke, pembangkang ke, kerajaan ke... yang peenting, amanh yang dipikul hanya Allah yang mampu membalasnya!
Bekas MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz turun padang.
YB Fuziah, MP Kuantan ketika melawat kawasan banjir
YB Dato Shabery Cheek ketika melawat kawasan banjir.



Semoga ujian banjir ini berakhir dengan segera... tanpa kita sedar, di Gaza juga sedang banjir... semoga Allah memakbulkan doa kita semua. AMEEN!!
#Gaza is sinking in #sewage and #rainwater due to#fuel shortage

Thursday, December 5, 2013

Doakan Mangsa Banjir Selamat!


Monday, December 2, 2013

Senyum Si Kecil Syria


Sunday, December 1, 2013

Sultan berjiwa rakyat

As salam wbt, hari ni sukacitanya Cik Mai nak kongsi gambar2 sultan yang berjiwa rakyat... semoga Allah merahmati mereka!

1. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra)


2. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah

beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Read more: http://www.nescafeais.com/sultan-brunei-mengawal-lalu-lintas-ketika-pengiringnya-kemalangan/#ixzz2mIlJ2NxH



Cik Mai minta maaf sangat-sangat sebab tak banyak gambar Sultan Brunei yang Cik Mai dapat tapi cukuplah semua ini menjadi bukti kepemimpinan baginda juga baginda sultan kelantan. 

Sekian,wasalam-Cik Mai


Moga mereka menerima Hidayah Allah

Semoga golongan yang buat perlakuan tak sedap mata memandang, telinga mendengar ni menerima hidayah Allah, Ameen!




Adakah Ini Ujian Allah?

As salam wbt,
Cik Mai tergerak nak kupas isu jenayah dalam negara kita yang semakin menjadi-jadi belakangan ni.
Hmm...terutamanya kes bunuh... entahlah....Cik Mai sendiri terfikir...
adakah ini ujian atau bala?
Kalau bala, kita bermohon supaya dijauhkan daripadanya, insyaAllah!

Inikah bukti negara kita masih aman? Itu baru dari sudut sosialnya, kalau ekonomi pula? Politik bagaimana?


Antara kes tersebut:

1.


2. Kes kehilangan tiga beradik yg berakhir dengan pembunuhan mereka. (http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-kematian-3-beradik-bukan-tragedi-biasa-1.226351)

3. Kes pembunuhan Timbalan Pengarah JAIP
4. Pembunuhan pegawai Ambank oleh Pengawal Keselamatan

Dan banyak lagi...

Apakah punca semua ini?
Bagi Cik Mai, hujah semua ini berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang memperlekehkan hukum Allah ada benarnya...

Marilah kita doakan keselamatan negara kita... InsyaAllah, satu masa akan tiba pabila hukum Allahn akan tetap berdaulat di atas muka bumi secara menyeluruh...

Sekian,wassalam- Cik Mai.


Thursday, November 28, 2013

Bukan lagi budak sekolah, tapi masih lagi seorang pelajar

As salam wbt,
Alhamdulillah, Cik Mai pun habis SPM. dan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi sebab tak ada sakit demam selesema sepanjang SPM.

Cuma,
sekarang ni tengah free. Tapi insyaAllah, 16 Disember ni dapat pergi Educamp UTP. Interview. Cik Mai tak adalah minat sangat nak jadi engineer cuma nak pengalaman. kalau tak ada rezeki nak masuk UTP, kena la juga pergi PLKN. haha.

Hurmm,
walaupun dah jadi alumni dah pon, tapi, kita semua masih tetap akan belajar sepanjang hayat, walaupun sampai ke liang lahad sekali pun, kan?

Jadi, tak ada istilah "I'm no longer a student".

Apa-apa pon, Cik Mai nak hadam puas-puas buku-buku yang Cik Mai teringin sangat daripada dulu lagi.
Sekian- Cik Mai.


Sunday, November 3, 2013

Buku Best~

As salam wbt,
walaupun buku ni dah lama dah pun terbit dan Cik Mai pernah baca la juga sikit-sikit. Cuma ada satu bahagian pasal Barat & Amerika yang Cik Mai baru saja terbaca dalam buku ni. Harap-harap buku ni juga dapat jadi koleksi Cik Mai nanti. Ameen!!


Sunday, October 13, 2013

Kisah Dunia Dan Makanan

As salam wbt.

Hari ini Cik Mai dapat khabar dari Syria tentang fatwa makan anjing dan kucing. Allahu Robbi....
Bacalah keterangannya. Kadangkala Cik Mai rasa serba salah sangat... kita di sini, makan pun memilih...
bukan setakat memilih tapi membazir!

Kalau dulu, kita tahu yang negara yang mengalami kebuluran ialah negara-negara seperti Somalia, sekarang ni, Syria juga mengalami keadaan yang sama.

Apa pula komen kita dengan fakta dan video di bawah ni?




p/s: rupa-rupanya, rasa kenyang pun ada hukumnya! CIk Mai baru terbaca di Majalah Solusi keluaran ke 60. Hmm... HARAM kenyang melebihi sepertiga hingga membahayakan.MAKRUH makan melebihi sepertiga sehingga menyebabkan badan menjadi berat dan banyak tidur. HARUS makan sehingga memenuhi sepertiga. Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal...

Ada hikmahnya sampai tahap kenyang pun Allah bagi hukumnya. Kita jangan terlalu mewah sampai membazir dan memudaratkan kesihatan bahkan memudaratkan orang lain... sekian- Cik Mai

Saturday, September 28, 2013

Mereka yang mendorong impianku

As salam wbt.
Lama sangat rasanya tak update blog. Alhamdulillah, dapat balik ke rumah kali ini sebagai persiapan ke Bukit Merah minggu depan. Hurmm... sedar tak sedar dah tinggal lebih kurang 40 hari saja lagi sebelum SPM.

Apa-apa pun,
Cik Mai rasa teruja sangat bila jumpa buku-buku kajian sejarah & isu semasa kat Kedai Buku Syarikat Adam minggu lepas masa curi-curi outing kat Kompleks Kailan.

Antaranya:



Dan penulis macam Muhammad Alexander pun menarik hati Cik Mai sampai rasa nak promote buku dia macam Jerry D Gray. Hoho, tapi malas la nak buat entri asing-asing. Cik Mai promote dalam entri kali ni jelah.




Buku ni rasanya Abang Cik Mai dah beli..haihh, dulu tak berminat sangat nak baca, sekarang baru nak cari...adododoiii... 

Tak lupa juga kawan Cik Mai dah introduce abang saudara dia yang juga seorang blogger cuma tak terkenal lagi la, namanya Imran Rasid... tapi, perbicangan ilmiah dia menarik juga. Kat bawah ni ada videonya. 






Cik Mai ingat nak sambung dalam bahagian ala-ala Saudara Imran Rasid ni la juga.

Yang penting ada kaitan dengan sejarah dan masyarakat.

So, sekarang Cik Mai dah ada list orang-orang yang menjadi inspirasi Cik Mai untuk mengejar impian Cik Mai...hoho

1. Jerry D Gray
2. Muhammad Alexander
3. Imran Rasid

InsyaAllah, kalau ada individu yang menarik, Cik Mai update pasal diorang pulak. Oklah, sekian saja, dah nak SPM ni tak boleh rehat lama-lama. Hehe. Doakan Cik Mai. - wassalam -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...