BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 28, 2013

Bukan lagi budak sekolah, tapi masih lagi seorang pelajar

As salam wbt,
Alhamdulillah, Cik Mai pun habis SPM. dan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi sebab tak ada sakit demam selesema sepanjang SPM.

Cuma,
sekarang ni tengah free. Tapi insyaAllah, 16 Disember ni dapat pergi Educamp UTP. Interview. Cik Mai tak adalah minat sangat nak jadi engineer cuma nak pengalaman. kalau tak ada rezeki nak masuk UTP, kena la juga pergi PLKN. haha.

Hurmm,
walaupun dah jadi alumni dah pon, tapi, kita semua masih tetap akan belajar sepanjang hayat, walaupun sampai ke liang lahad sekali pun, kan?

Jadi, tak ada istilah "I'm no longer a student".

Apa-apa pon, Cik Mai nak hadam puas-puas buku-buku yang Cik Mai teringin sangat daripada dulu lagi.
Sekian- Cik Mai.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...