BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 21, 2012

Serik Jadi Baik~?


Salam wbt.

     Dalam hidup ini, setiap perkara adanya positif dan negatif. Adanya pro dan kontra. Malah, kadangkala, yang positif dengan negatif, dunia hari ini lebih menjunjung nilai yang negatif.

     Teringat pula kata-kata Cikgu Geografi dalam kelas semasa di tingkatan dua dahulu, katanya:

"Antara syurga dengan neraka, yang mana murah lagi?" Soalan tersebut membuatkan seisi kelas bingung seketika. Tak tahu apa hendak dijawab. Masing-masing hanya menjawab "Entah".
"Masuk syurga la yang murah. Kalau kita puasa, jimat belanja makan. Kalau nak masuk neraka, modal kena banyak... nak pergi beli arak berbotol-botol, main judi sikit kalau kalah rugi banyak..." jawapan Cikgu tersebut tak terlintas langusng dalam fikiran remaja yang masih muda macam kami semua.
Buat baik, tak perlu modal
   
     Ya, perbuatan baik sebenarnya tidak memerlukan kos seperti melakukan perbuatan jahat. Jikalau merompak, ditangkap, masuk penjara, kena bayar denda... semuanya perlukan duit. Berbeza dengan bersedekah, walaupun duit yang dikeluarkan, tapi, pulangannya seolah-olah lebih berganda lagi.

    Mungkin tidak ramai yang tidak berpendapat seperti ini. Walaubagaimanapun, kenapa kebaikan atau perkara positif atau yang makruf amat sukar diamalkan? Kenapa pula, yang negatif mudah saja berlaku...

Antara Dua Jalan

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.” – HR. Bukhari dan Muslim
Benar bukan? Tambahan pula, pada akhir zaman seperti sekarang, kebaikan sering di-anak-tiri-kan. Apabila ada saja insan yang ingin berubah, penghijrahan itu bukanlah mudah diterima malah dipandang serong oleh yang lain. Maka, dek tekanan dan tiada bimbingan, niat berhijrah hanya separuh jalan.

Oleh sebab itu, tak perlu hairan kenapa yang positif itu sukar, yang negatif itu mudah. Nabi SAW sendiri sudah bersabda seperti hadith yang tertera di atas.

Semoga jalan kebaikan dapat kita tempuh dan harungi dengan ketabahan. Kuatlah untuk diri sendiri, kita hidup di atas muka bumi Allah sebagai pemimpin, khalifah, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Justeru, layakkah kita mengikut telunjuk yang lain dalam berhijrah? Kita Adalah kita. Kita bukan mereka. Marilah, kita sama-sama jadi baik. Be The One.
-sekian, wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...