BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 25, 2013

Dia yang bernama Jerry D Gray

As salam wbt,
semalam Cik Mai pergi kedai buku Popular di Pacific Penang...
Tengah-tengah jalan tu ternampak karya Jerry D Gray: The Art of Deception & The Deadly Mist...

Dulu selalu juga nampak kat Hasani dan Popular cuma entah kenapa kali ni terasa macam nak kumpul je karya beliau...

Haa, nilah Jerry D Gray...
Alhamdulillah, dia dah memeluk Islam...
Dan cerita hidup dia best jugak untuk dibaca... memang awesome jugaklah beliau ni...
ni link kalau hampa semua nak baca: http://kalam-musafir.blogspot.com/2012/06/jerry-d-gray-art-of-deception.html

ni antara buku dia:


Tapi setakat ni yang Cik Mai tahu, karya beliau yang diterbitkan PTS je yang ada kat Malaysia sekarang ni..hmm...

setakat ni jelah yang Cik Mai nak kongsi, sekian-Cik Mai



Saturday, July 20, 2013

Paksa VS Rela

As salam wbt.
Alhamdulillah,
Cik Mai ada peluang lagi nak update blog kali ni...


hurmm...
Antara Paksa dengan Rela,
kita pilih mana?
Dah tentu-tentu nya kita pilih kerelaan kerana dah memang fitrah kita pon...

Cik Mai agak terkilan apabila perkara yang sunat dipaksa dilakukuan...
Mesti orang akan kata macam ni kalau Cik Mai buat kenyataan seperti itu...

"Eh, Mai... eloklah buat macam tu... kalau tak buat .... bla....bla..bla..."
Bagi Cik Mai,
kenapa harus kita memaksa kalau orang dah tak sudi?
Kenapa nak kena paksa orang yang tak mahu bertadarus, tak mahu solat terawih.... Kenapa harus dimarah, disindir orang yang tak mahu?
Adakah paksaan dalam islam?

ok...
kalau perkara yang WAJIB, memang patutlah kita kena tekankan untuk dilaksanakan....
contohnya, solat fardhu, puasa, zakat...

Ada juga kawan Cik Mai yang sependapat dengan Cik Mai...
 Katanya...
"Sebaik-baik amal ialah yang sikit tetapi berterusan.... kalau bulan ramadhan kita boleh pulun tak mau-mau sampai 20 rakaat terawih tiap-tiap hari... tapi lepas raya subuh pon tinggal... apa maknanya?"
 Isu yang lebih penting ialah istiqamah bukan sekadar 'pulun'....
Realitinya sekarang, kita terlalu memaksa dengan peraturan yang sebenarnya sunat tetapi diwajibkan...
Kita membuatkan orang yang mempunyai fahaman agama cetek membenci agama...

Apa pentingnya dakwah?
Dakwah ialah mengajak ke arah kebaikan. Fahami erti AJAK bukan PAKSA kerana hakikatnya dakwah menawan hati seseorang, bukan memaksa hati seseorang untuk menerima.
Utamakan yang utama. Cik Mai tak hairan sangat kalau ada dalam kalangan masyarakat kita, berpuasa TAPI TAK SOLAT, berpuasa TAPI BERBUKA DENGAN ARAK....

Kerana apa?
Kita mendidik anak-anak berpuasa lebih utama daripada solat...
Atau mentaliti kita macam ni..."Alah, puasa sebulan je, solat tiap-tiap waktu tiap-tiap hari!"
Sedangkan  RasulAllah SAW mengajar kita supaya mendidik anak-anak bersolat seawal usia 7 tahun, kan?

Apa kata kita ubah perkara ini dengan mengajak, bukan memaksa?
Bukankah lebih mudah mereka menerima agama dalam diri mereka?

Sekian-Cik Mai

Saturday, July 13, 2013

Kita yang berbeza~

Salam wbt...
Hari ni Cik Mai sekadar nak berkongsi pengalaman dengan kawan dorm sebelah Cik Mai...

Apa agaknya yang istimewanya kisah kami?
Hurmmm...
Mungkin bagi anda semua pembaca blog ni, perbezaan dalam setiap diri tu normal la kan tapi bagi Cik Mai... benda ni sesuatu yang istimewa...

Ok.... yang sebenarnya jiran dorm Cik Mai seorang bekas pelajar SMKA tapi Cik Mai pula bekas pelajar sekolah premier (high school bm). Tapi kami berdua masing-masing tak mau masuk sekolah yang ditakdirkan untuk kami dulu.

Situasi kami sama tapi keadaannya yang berbeza. Dan ada hikmah rupanya...

Ya... hikmah..
Kami saling bertukar kisah kami tu...

Bagi Cik Mai...
Setiap perbezaan ada persamaan tanpa kita sedar...
Yang paling penting....ada hikmah yang terselit di dalamnya...

Kini, kami berada di sekolah yang sama...

Setakat tu jelah Cik Mai nak cerita...
Maklumlah laptop abang pinjam jadi hp jelah tempat nak update blog pon..
Sekian....

Tuesday, July 9, 2013

Antara realiti...

Salam wbt.
Ini entri pertama Cik Mai guna android. Jadi kalau ada typo tu harap maaf lah yer...

Hmm...
Cik Mai tak tahulah apa hikmahnya tahun ini berlaku banyak sangat isu dalam negara kita dan dalam dunia islam.

Dan saat ini, hanya berdoa yang Cik Mai mampu lakukan...

Dan Cik Mai tak lama jer lagi nak trial spm...
Pada saat ini Cik Mai teringat kata-kata Nik Nur Madihah...
"Sampai bila kita nak lihat Islam dipandang rendah kalau umat macam kita tak berusaha bersungguh-sungguh... sampai bila kita nak lihat orang hina nabi kita, hina agama kita sedangkan kita tak mampu buat apa-apa???

Antara realiti...
Kita masih lagi lena...

Remaja muslim di Malaysia ... dan Cik Mai salah seorang daripadanya...

Jalan mana lagi yang kami mampu tempuh untuk membela ummah???
Hanya belajar dan doa sedangkan di seberang sempadan negara ini, remaja muslim yang lain turut serta di medan jihad...

Sudah-sudahlah berjiwang karat...
Result exam kita pon tak hebat mana, tak perlu hebat sangat nak bercinta...

Antara realiti...
Kadangkala pedih dan pahit untuk ditelan.

Sekian, Cik Mai

Sunday, July 7, 2013

Jom Tembak Doa!!!

As salam wbt,

Mari kita tembak doa untuk saudara-saudara kita!
-Doakan Presiden Morsi mendapat keadilan bersama rakyatnya-
-Doakan semoga kerajaan Turki tetap teguh memperjuangkan syariat Islam biarpun dihalang puak-puak sekular-
-Doakan kebebasan Syria dari regim Syiah Bashar Al-Assad-
-Doakan kemenangan tanah suci kita, Palestin-

Bulan Ramadhan yang bakal tiba kurang 48 jam lagi... jangan sia-siakannya tanpa doa untuk mereka...sekian-Cik Mai




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...