BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 20, 2013

Paksa VS Rela

As salam wbt.
Alhamdulillah,
Cik Mai ada peluang lagi nak update blog kali ni...


hurmm...
Antara Paksa dengan Rela,
kita pilih mana?
Dah tentu-tentu nya kita pilih kerelaan kerana dah memang fitrah kita pon...

Cik Mai agak terkilan apabila perkara yang sunat dipaksa dilakukuan...
Mesti orang akan kata macam ni kalau Cik Mai buat kenyataan seperti itu...

"Eh, Mai... eloklah buat macam tu... kalau tak buat .... bla....bla..bla..."
Bagi Cik Mai,
kenapa harus kita memaksa kalau orang dah tak sudi?
Kenapa nak kena paksa orang yang tak mahu bertadarus, tak mahu solat terawih.... Kenapa harus dimarah, disindir orang yang tak mahu?
Adakah paksaan dalam islam?

ok...
kalau perkara yang WAJIB, memang patutlah kita kena tekankan untuk dilaksanakan....
contohnya, solat fardhu, puasa, zakat...

Ada juga kawan Cik Mai yang sependapat dengan Cik Mai...
 Katanya...
"Sebaik-baik amal ialah yang sikit tetapi berterusan.... kalau bulan ramadhan kita boleh pulun tak mau-mau sampai 20 rakaat terawih tiap-tiap hari... tapi lepas raya subuh pon tinggal... apa maknanya?"
 Isu yang lebih penting ialah istiqamah bukan sekadar 'pulun'....
Realitinya sekarang, kita terlalu memaksa dengan peraturan yang sebenarnya sunat tetapi diwajibkan...
Kita membuatkan orang yang mempunyai fahaman agama cetek membenci agama...

Apa pentingnya dakwah?
Dakwah ialah mengajak ke arah kebaikan. Fahami erti AJAK bukan PAKSA kerana hakikatnya dakwah menawan hati seseorang, bukan memaksa hati seseorang untuk menerima.
Utamakan yang utama. Cik Mai tak hairan sangat kalau ada dalam kalangan masyarakat kita, berpuasa TAPI TAK SOLAT, berpuasa TAPI BERBUKA DENGAN ARAK....

Kerana apa?
Kita mendidik anak-anak berpuasa lebih utama daripada solat...
Atau mentaliti kita macam ni..."Alah, puasa sebulan je, solat tiap-tiap waktu tiap-tiap hari!"
Sedangkan  RasulAllah SAW mengajar kita supaya mendidik anak-anak bersolat seawal usia 7 tahun, kan?

Apa kata kita ubah perkara ini dengan mengajak, bukan memaksa?
Bukankah lebih mudah mereka menerima agama dalam diri mereka?

Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...