BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 12, 2015

Ayah, Majalah Ujang & Memori

As salam wbt,
sedar tak sedar dah dua bulan Cik Mai tak update blog. Haha. Ntahlah... sejak dua menjak ni tak terasa nak menulis. huhu. Sorry yer blog.

Hari ni terasa nak cerita pasal Ayah pulak.
Cik Mai tak berapa nak ingat sangat memori zaman kanak-kanak...

Tapi ada satu entah kenapa Cik Mai ingat sampai sekarang.
Cik Mai tak rapat pun dengan ayah Cik Mai...

Tapi sampai sekarang Cik Mai ingat masa kecik-kecik dulu...
Ayah ajak Cik Mai pergi makan ais krim. Hanya kami berdua. Cik Mai dan Ayah.
Cik Mai ingat ayah nak bawak pergi kedai depan rumah je. Rupa-rupanya dia bawak pergi restoran. Makan Banana Split.

Haha. Cik Mai masa tu naif lagi. Banana Split tu Cik Mai cakap bukan ais krim. Adoilaa lawak betul. Ais krim bagi Cik Mai HANYA AISKRIM BATANG & CONE SAJA. Lol!

Dan dalam dua tiga bulan lepas...
Majalah Ujang & Apo? dah tak ada keluaran baru...
Cik Mai ingat lagi, bila Cik Mai mintak ayah belikan Majalah Ujang, edisi Raya Korban. Sebab comel sangat lembu-lembu atas pokok dalam cover majalah tu. Haha. Sebab tu je pon.
Tapi ayah tak kisah, dia bagi je.
Nah, bila dah baca tak berapa paham pulak. Yelah, budak sekolah rendah lagi kan. Mana nak paham ejaan bahasa pasar. Huhu.

Bila dah dikenang balik, Ayah tak macam ayah orang lain...
Ayah tak kisah melabur untuk bahan bacaan dan makanan... walaupun Majalah yang orang pandang tak ada faedah tu...

Alhamdulillah.

Ada kartun yang Cik Mai ingat.

1. Workshop, dalam episod pencuci muka kot. Cupin beli produk tu daripada direct seller. Lepas tu muka dia berseri je. haha. Sampailah dia garu sikit muka dia sebab gatal, habis calar muka dia. Hahaha.

2. Kartun lukisan kartunis Bawang. Pasal rasuah. Kisahnya ada seorang usahawan ni makan rasuah. pastu bila dia dah sedar... setiap inci hartanya sekecil-kecil selipar jamban sampailah ke rumah besar, semuanya hasil rasuah, Jadi, macam mana dia nak tebus balik kesalahan dia tu...??

3. Tak ingat kartun lukisan sapa, tapi Bawang jugak kot. Kisah budak lari rumah pastu lapar, pastu curi kambing jiran, sembelih sendiri, masak dalam hutan. Lol. Punya gigih nak lari rumah baqhang! haha!

Itu antara memori zaman kanak-kanak Cik Mai. hmm, entahlah...
yang lain semua macam kabur-kabur lagi...

Sekian- Cik Mai


Sunday, August 9, 2015

Cerpen: Lepaskanlah!

Cerpen: Lepaskan
                “Hello, assalamualaikum! Ni puan Zahra, isteri Ayub ke?” aku memulakan salam selepas talian dijawab. Rasa geram masih ada dalam hati ini. Tadi, aku hampir-hampir saja nak buat laporan polis. Entah kenapa fikiranku berubah. Argh!
                “Waalaikumsalam, ye saya… Nak order kuih raya ke?”
                “Tak, saya bukan nak order kuih raya. Saya nak bagitau puan pasal suami puan ni. Puan tau tak suami puan dah tipu mak saya?!”  Nadaku meninggi.
                “Sabar dulu cik… Saya tak faham ni. Apa suami saya dah buat?” suaranya ada sedikit getar.
                “Macam mana saya nak sabar? Suami puan dah tipu duit mak saya sampai sepuluh ribu. Duit ni bukan senang tau mak saya nak dapat. Penat lelah mak saya menabung dari muda sampai ke tua semata-mata nak pergi Mekah. Saya call suami puan berkali-kali dai tak angkat! Nasib baik saya ada kawan yang bagi nombor puan ni. Kalau tak…” aku belum sempat habis membebel lagi dah kedengaran esak tangis si Zahra ini.
                Errm, aku terdiam. Tiba-tiba aku rasa bersalah kerana memarahi orang yang tak bersalah. Sepatutnya aku telefon Zahra untuk cari si Ayub penipu saja.
                “Cik… Saya betul-betul minta maaf. Saya sendiri pun tak sangka suami saya boleh menipu orang lain sampai macam itu sekali. Lagipun dah lama suami saya tak balik rumah. Jadi saya tak tahu apa-apa…” sebak.
                “Macam inilah puan… Kita berjumpa malam ni selepas buka puasa kat Sunway. Sampai sana nanti saya mesej puan. Senang sikit bila kita jumpa depan-depan.” Aku member kata putus.
                Mak pun satu hal. Tak sabar-sabar nak pergi Mekah. Mungkin salah aku juga selalu bertangguh nak carikan pakej Haji untuk dia. Aku tak nak mak pergi haji dengan muasasah. Jadi, alang-alang Ayub dah datang rumah dan promote macam-macam pakej, mak pun percaya bulat-bulat dengan promosi itu. Selepas mak dah bayar sampai sepuluh ribu, senyap saja si Ayub ni. Kemudian barulah mak beritahu aku pasal hal ini. Mula-mulanya aku rasa nak marah Mak! Tapi, bila difikirkan balik… semuanya berpunca daripada aku juga.
------------
                “Tolonglah jangan report polis, cik! Kalau Ayub kena tangkap, macam mana dengan anak-anak kami?” Zahra merayu.
                “Puan patut bersyukur saya tak report polis lagi ni. Sekarang, macam mana?” aku memandang tajam terhadapnya. Aku tak mahu termakan simpati! Sedangkan si Ayub tergamak tipu mak aku, takkan aku nak biarkan saja?
                “Saya akan usahakan untuk ganti balik duit tu…”
                “Puan cakap Ayub dah lama tak balik rumah, kan? Macam mana puan nak minta balik duit tu dari Ayub?”
                “Buat masa ni, saya akan usahakan dulu… Nanti kalau Ayub dah balik saya akan pujuk dia…”
                “Puan, maaflah kalau saya ni macam menyibuk hal rumah tangga puan. Sebenarnya puan tau tak Ayub kerja apa?”
                “Sebenarnya, dia tak ada kerja tetap. Balik rumah pun jarang-jarang. Sebab itu saya cari duit sendiri, berniaga kuih raya macam sekarang ini. Kalau saya tak berniaga, macam mana saya nak sara empat orang anak saya?”
                “Ayub tak bagi nafkah ke?” jahatnya soalan aku. Tapi, lantaklah! Aku nak korek juga perangai Ayub ni!
                “Kalau ada duit, dia bagilah…”
                “Hmm… kenapa puan tak bercerai saja dengan Ayub tu?”
                “Saya kesiankan anak-anak saya,” jawapan yang aku dah agak dah. Jawapan cliché kenapa ibu-ibu seperti Zahra ini enggan bercerai.
                “Sekali lagi, saya minta maaf. Saya simpati dengan nasib puan. Tapi, puan… itu bukan alasan untuk puan seksa diri sendiri dengan lelaki macam Ayub! Dia sendiri jarang balik rumah, dia sendiri abaikan keluarga. Suap pula dengan duit yang entah halal atau tidak. Sekarang ini, dia menyorok dekat mana pon puan tak tau. Puan pula yang kena tanggung semua salah dia. Puan, saya bukan nak menghasut tau. Tapi, ini hakikat yang puan kena sedar. Bercerai atau tidak, anak-anak puan dah pun terabai!”
                “Cik, sudahlah! Duit cik saya boleh ganti, tapi jangan menghina suami saya sampai macam ni sekali!” Zahra meninggikan suara bersama air matanya yang laju mengalir. Lalu, dia meminta diri.
                Ah, kenapa cinta selalu membutakan mata seorang wanita?
-------------- 
                Hari ini, mak dah selamat tiba di Mekah. Zahra dah bayar sepenuhnya duit mak aku yang ditipu oleh suaminya. Katanya, dia dah jual tanah pusaka untuk bayar balik duit mak aku. Entahlah, aku bukan nak berlaku zalim pada Zahra. Tapi, adakah aku zalim??
                Tidak! Ayub yang zalim dalam hal ini! Aku simpati dengan nasib Zahra. Tapi, kalau dia sendiri yang membiarkan dirinya dizalimi, apa aku boleh buat?
                Zahra… Nama aku juga Zahra. Kami berkongsi nama yang sama, tapi, aku harap aku tak buta seperti dia. Kalaulah aku di tempatnya, aku biarkan saja Ayub dipenjarakan. Kalaulah aku di tempatnya, dah lama aku bercerai dengan Ayub. Tuhan, sesungguhnya Engkau tidak mencipatkan cinta untuk membinasakan tapi manusia itu sendiri yang berTuhankan cinta yang menyeksa mereka!


Wednesday, July 29, 2015

Novel Thriller & Seram dalam hidupku

As salam wbt,
lama noh CIk Mai menyepi. hehe. Entahlah, feeling nak menulis tu dah makin kurang. tapi, insyaAllah sekurang-kurangnya sebulan ada satu entri baru.

Cuti Cik Mai ni pon tak lama lagi nak habis. Jadi, marilah membantai novel-novel thriller & seram. haha

Dalam hidup Cik Mai, novel yang Cik Mai rasa 'worth' untuk beli ialah novel islamik, kreatif dan thriller.

Kat malaysia ni bersepah novel bertemakan romantik & angan-angan. Walaupun sesetengah orang akan cakap membazir ja beli buku novel ni, tapi pada Cik Mai, setiap orang ada definisi 'pembaziran' masing-masing.

Kenapa novel-novel thriller lebih bagus daripada novel-novel cinta 'kawen paksa','hero kaya keturunan raja' dan seangkatan dengannya?

1. Melatih kita dengan lebih banyak berfikir.

 Novel thriller banyak menimbulkan persoalan kepada kita. Dalam masa yang sama, sangat berguna untuk kita berlatih berfikir daripada asyik berangan! 

2.  Jalan cerita kreatif

Tak ada la bosan macam novel cinta yang jalan cerita lebih kurang ja. Kan? 

3. Meluaskan perspektif

Memang Cik Mai tak tipulah, baca novel-novel thriller ni lebih mendekatkan kita dengan ilmu psikologi, penyakit-penyakit yang berkaitan, cara masyarakat berhadapan dengan perkara-perkara macam ni. 

Macam novel tulisan Tuan Ramlee Awang Murshid, di sebalik penceritaan dalam novel karangannya, di akhir novel ada sudut ilmu. Jadi, 'worth' la kan keluarkan duit untuk ilmu?

Dengan kebangkitan  trend novel-novel kreatif dan penerbitan indie, CIk Mai bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita ada bahan bacaan yang berkualiti.

Kenapa tetiba sembang pasal novel thriller ni? haha... sebab bosan satu hal. Satu lagi, Cik Mai baru khatam novel thriller lah! hahahaha. okay, ni antara novel yang Cik Mai dah habis baca;

1. Rosmoh Perempuan Puaka

2. Bayangan Clarisa

3. Badut

Komen-komen pasal novel ni ada di goodreads. Cik Mai malas nak taip balik. hehe-sekian, CIk Mai

Tuesday, June 30, 2015

Bedah Buku: Dunia Melayu

As salam wbt. Alhamdulillah, hari ni berjaya mengkhatamkan buku ni. Sebenarnya susah bila kita dah stop aktiviti harian, nak start balik yallahhh, sampai 2 minggu. hahaha. Ok, straight to the point. Mari kita membedah buku~ yeayy!!
Antara sisi menarik buku ni:
1. Melayu Pendatang ke?

Sebenarnya, jalur bangsa melayu ni sangatla luas. Sampai mempunyai kelompok2 tersendiri. Bahkan, orang asli di Tanah Melayu pon sebenarnya Melayu, atau lebih tepat lagi Proto Melayu. Mungkin sebab sempadan negara moden yang buat kita rasa, Indonesia bukan melayu, Brunei bukan melayu, padahal kita serumpun.

Satu lagi missing link dalam sejarah yang kita belajar, kita tak didedahkan dengan empayar Nagara Sri Dharmaraja, empayar selepas kejatuhan Srivijaya. Yang ohsemnya, sampai ke Sri Langka pengaruhnya! Wow kan?

Macam Cina jugak, ada yang sesama depa yang tak boleh bersembang sebab mungkin sorang sembang dalam Hokkien, sorang lagi dalam Mandarin. Jadi, tuduhan Melayu sebagai pendatang, hanya orang Asli pribumi sebenar tak logiklah berdasarkan fakta yang ada disebutkan dalam buku ni. Apa-apa pon, Cik Mai lebih suka kalau sikap racis ni kita buang ja jauh2.

Sedangkan Allah tidak menilai kita berdasarkan ras, bangsa atau status, tapi TAQWA.

2. Hang Tuah orang cina?

Disebabkan gelaran "Hang", ada yang menganggap Hang Tuah orang cina. Sebab? Puteri Hang Li Po dari China pon ada pangkal nama "Hang". Tak betul tu. Sebab gelaran "Hang" diberikan kepada Puteri Li Po oleh Sultan Melaka. Lagipun, surname "Li" tu sendiri yang menjelaskan keturunan dia.

Satu fakta yang menarik, selain Hang Tuah Lima Bersaudara & Hang Nadim, ada ja tokoh-tokoh yang diberi gelaran "Hang". Contohnya, Hang Husin & Hang Hasan. Ada dibuktikan dalam manuskrip dalam buku ni.

3. Keris senjata dari luar? Orang Melaka perang guna sumpit, tak ada senjata api?

Dalam buku ni dikupaskan pasal keris sebagai senjata alam Melayu. Ya, keris memang asli daripada Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah ada dalam buku ni. Pasal perang Melaka lawan Portugis tu, fakta yang paling menarik, Melaka sebenarnya mempunyai simpanan senjata api melebihi 8000 unit. Portugis berjaya rampas beberapa ribu daripadanya. Hampa jangan ingat tamadun Melaka ni lekeh sangat weh~

Senapang dan pistol versi Melayu pon wujud kot!!! Mungkin dibawa dari Empayar Turki. Mengikut teori la. Sebab tu, lama jugak Barat nak tawan Tanah Melayu ni. Sebab tamadun Melayu masa tu canggih. Yelah, takkanlah sebuah tamadun yang mengusahakan perdagangan sejauh Tanah Besar China sehinggalah ke Bumi India, mempertahankan negara hanya dengan sumpit dan keris kan?

4. Temagi bukan wakil Siam (Ayyuthaya)

Masih ingat dalam buku teks kita cakap Temagi wakil Siam yang memerintah Temasik? Haaa, sebenarnya, dalam sejarah Thai, depa tak sebut langsung pasal Temagi! Kenapa? Sebab kerajaan Ayyuthaya masa tu belum wujud! (Ni nak kena revise balik. Cik Mai lupa sama ada belum wujud ataupun pengaruhnya tak sampai pon sehingga ke Temasik). Jadi, Temagi ni asal daripada mana? Haaa, tu hampa kena baca la buku ni.

5. Pengaruh Melayu sampai ke benua Afrika

Melayu digelar the viking of the east. Memang tak dinafikan wujudnya bangsa berdarah Melayu di Afrika. Cer hampa google. Tapi, tak hairanlah, sebab kita sedia maklum bangsa Melayu dulu memang terlibat dalam pelayaran. Misalnya Panglima Awang.

Fakta ohsem dalam bab ni, bangsa Cina belajar buat kapal daripada empayar Melayu/ Srivijaya.

Apa-apa pon, fakta yang dikemukakan dalam buku ni lebih kepada  menjawab kontroversi. Ada juga yang Cik Mai tak berapa nak yakin, mungkin kena cari lagi fakta yang kukuh. Tu pun kalau rajin la. hewhew. Prinsip dalam membaca, jangan telan bulat-bulat.

Buku ni ada 12 bab, dan Cik Mai hanya ulas separuh daripadanya.
So, apa lagi, pi la try cari buku ni. Pinjam ka. Kalau nak beli, pada Cik Mai la, Cik Mai akan suruh hampa pakai baucer buku ja. Agak mahal sebab material kertas dia macam kertas majalah. Licin. Tapi okla. Buku Hijjaz Records Publishing banyak jugak yang best. Pasal UFO la, Commitee 300 la, Holocaust la, Kitab Talmud la...

Tapi, nak beli tunggu baucar buku tahun depan la pulak. haha. Kbye,
sekian-Cik Mai

Sunday, June 28, 2015

Antara Dua Benua

As salam wbt,
sedar tak sedar dah dekat sebulan lebih Cik Mai tak update blog. huhuhuhu...
Busy?

ermm, tak jugak...cuti lama kot. herghhh, mereput~
tapi entahlah kenapa tak perasan dah lama tak update blog.

Alhamdulillah, sekali lagi Cik Mai berpeluang ke negara orang.
Benua Eropah. Bermula dari German, singgah melawat kakak di Frankfrut... ke switzerland,perancis,belanda, dan last ke UK.

Boleh dikatakan sistem kat eropah ni hampir sama. Pengangkutan la yang paling Cik Mai rasa hampir sama. Yelah, kali ni Cik Mai pi dengan family bukan dengan agen pelancongan. Sendiri-sendiri. Backpack la kononnya.

Cuma nasihat Cik Mai, tak payahlah pergi backpack dengan family. Sangaaatttt la tak sesuai!!! haha...

Ermm, kalau cerita pasal tempat pelancongan... rasanya dah banyak orang cerita, kan? Apa yang Cik Mai nak kongsi hari ni, bukan kisah melancong, tapi hakikat kehidupan kat negara orang. Macam Cik Mai cakap tadi, Cik Mai ke German melawat kakak, dia buat master kat sana.

Kadang-kadang kan, Cik Mai terdetik la kat hati ni... kenapalaaa susah-susah sangat nak sambung master kat german sana tu? dah la jauh... Pakai duit sendiri pulak tu... Dia kerja selama tujuh tahun, kumpul duit dan berhenti untuk ke German. Mungkin dia rasa dah cukup, dah puas kot kerja? Hmm...

Dalam hidup ni, yang kita cari adalah sesuatu yang buat kita 'happy', bukan yang buat kita rasa 'empty'.

Amboi, berojak pulak bahasa hang ni Cik Mai oii~  padahal kat Europe tu bahasa Inggeris tak la berguna sangat pon. Hahah, seriesss kott~


Tapi, sebenarnya, German jadi pilihan kakak Cik Mai sebab 'free education'. Jadi, dia cuma kena ada duit untuk makan minum tempat tinggal je. Transportation freee!!! Sebab dah include dalam yuran universiti. Wow kan? Cik Mai rasa masa sem terakhir kat kolej dulu, Cik Mai spend about RM150 kott untuk transport! huhuhu... Untungnya study kat German.

Pastu Cik Mai pi la jugak jenguk-jenguk rumah dia. Apartment yang memang dikhaskan untuk student, tapi bukan under university la. Syarikat luar yang bina apartment tu tapi hanya untuk students. Thats mean, kena ada bukti la kalau nak dok situ. Dari luar ingat ermm, not bad la.

Masuk2 rumah dia, rupanya cuma sebuah bilik muat2 untuk seorang, dengan satu bilik air ja!
Jauhhh bezaaaa dengan kolej Cik Mai! Dah la kena bayar mahal.

Bersyukurlah. Itu yang Cik Mai cakap kat diri sendiri. Sebab belajar kat Malaysia kemudahan kolej dalam kawasan universiti, nak pi kelas senang... ada pro and cons tapi bagi Cik Mai, German better banyak la dari segi kos sara hidup. Makanan murah, bagi penduduk kat sana la. Kalau pi melancong memang sakit la oii, dah la nilai matawang ringgit jatuh~

Gambar? haha, malas pulak nak upload, sebab dah letak kat instagram. huhu.

https://instagram.com/maisarah.mohdpauzi/

Sekian,
Salam Antara Dua Benua.
-Cik Mai

Thursday, April 30, 2015

Cerita McD dari Faisal Tehrani

As salam wbt. Hohoho... Selamat Hari Pekerja...
Tahun 2015 ni memang banyak cuti 'long weekend' kan? Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Okla, sebenarnya Cik Mai nak review buku baru Faisal Tehrani, terbitan Dubook. Tapi nak ulas satu buku macam malas la pulak. Hahaha. Jadi, Cik Mai nak ulas bab yang Cik Mai paling suka jelah ye. Pasal McD. Oh, jap... lupa nak bagitau tajuk bukunya.

Tadaaa... inilah dia

Okla, dalam buku ni ada satu bab pasal McD bertajuk 'Menyukai Kentang McDonalds'.

Mesti ramai antara kita yang boikot jenama ni kan? Cik Mai pon salah seorang yang memboikot jenama ni. Tapi... kita boikot untuk apa?

Pada Cik Mai, mungkin sebelum ini boikot, selepas baca buku ni pon tetap nak boikot jugak. Hahaha... Alaa, apa bezanya? Apa yang buku ni bagi impak untuk Cik Mai kalau tak ada perubahan apa-apa pon? Haaa... rilek dulu.... tak habis lagi Cik Mai nak ulas ni...

Boikot Tetap Boikot!
Tapi sebab apa boikot? Ok, sebab untuk boikot dah berubah...
Dulu Cik Mai boikot sebab isu Palestin, sekarang Cik Mai lebih suka boikot sebab alasan 'junk food'.

Kenapa?
Dalam buku Dr.Faisal Tehrani yang baru ni, beliau ada cerita pasal McD ni sebenarnya di Israel pon kena boikot. Hahaha... 'Eh, bukan McD pon puak-puak depa ka? Yahudi?'

Ya, McD ada beri sumbangan pada IDF (tentera Israel) sebab nak bertapak di Israel. Tak hairanlah kita boikot McD sebab sumbangan dia ni. (Alaa, kalau boikot sebab Palestin macam orang Malaysia yang perangai macam pisang goreng ni... sekejap jelah... bila perang dah berhenti makan balik...)

McD memperkenalkan menu McFalafel di Israel. Tapi, disebabkan menu ni, orang Israel marah McD konon macam provok depa la...
Kenapa? Ok, Cik Mai ambil bulat-bulat ye ayat dalam artikel tu... sebenarnya isi kandungan dalam buku tu ada je di ruangan beliau dalam website MalaysiaKini.
( http://www.malaysiakini.com/columns/271493 )
"Warga Israel merasakan Amerikanisasi terhadap falafel versi Israel sebagai keterlaluan. Tentu, Palestina ada di situ sebagai puncanya. Sedikit ‘kesilapan’ dilakukan oleh McDonald's apabila ia memperkenalkan McFalafel. McDonald's menggunakan daun selada dalam produk tersebut. Daun selada adalah ciri penting dalam salad versi Palestina. Untuk berbeza, lama dahulu Israel telah menggantikan daun selada dengan timun dalam salad mereka.

McDonald's dituduh sengaja melakukan provokasi. McDonald's dituduh anti-Yahudi dan pro-Palestina. McFalafel menimpa kontroversi. Pada bulan Julai 2010, McFalafel dihentikan pengeluarannya dari restoran McDonald's di Israel. Daun selada dianggap melampaui batas."
Kisah McD diboikot di Israel (Biar betul???)
Ok, part ni best. Sebab Cik Mai pon tak sangka jugaklah...haha... tapi ini takkan buat Cik Mai berhenti boikot McD la. Panjang ni... ikut sukalah nak baca ke nak skip sampai perenggan akhir entri ni. Haha.
Dr Omri Padan pemegang hak McDonald's di Israel membuat satu keputusan. Dia menyekat usaha Rami Levy dan Mega-Or. Dr Padan bertegas tidak membuka cawangan McDonald's di Ariel. Kerana status wilayah tersebut yang kabur (sebenarnya haram!). Pilihan Omri Padan ini memang ‘padan dan serasi’ dengan peribadi beliau.

Padan adalah pengasas NGO Peace Now, yang sering memilih untuk memihak kepada rakyat Palestina dan sentiasa menyuarakan solusi ‘two-state solution within secure borders’ (solusi dua negara iaitu Palestina dan Israel sebagai dua entiti rasmi).

Malah Omri Padan mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan mengapa McDonald's tidak akan dibuka di Ariel; “referring to the decision not to open restaurants in Ariel, the Golan Heights, which Israel captured from Syria in 1967, or even East Jerusalem, which Israel has annexed” (tidak membuka restoran di Ariel, Bukit Golan yang ditawan Israel dalam tahun 1967, atau Timur Baitul Maqdis yang diserobot Israel).

Keputusan tersebut membuka gelombang anti-McDonald's yang kedua. Sebanyak 170 cawangan McDonald's di Israel diserbu dengan stiker ‘Kosher tapi busuk’ dan ditampal khususnya di cawangan McDonald's di Hertzeliya Pituach, Utara Israel. Pemilik McDonald's di Israel, Omri Padan dituduh sebagai puak kiri.

Ahli Knesset (Parlimen Israel), Miriam Regev, yang merupakan jurucakap tentera Israel sebelum menyertai parti Likud mengisytiharkan Omri Padan ‘golongan yang rugi’. Dan Margalit, tokoh kewartawanan Israel mengesan McDonald's diboikot.

Keadaan menjadi lebih buruk. Ahli Knesset, Shula Mu’alem-Rafaeli dari ‘The Jewish Home’, mengarahkan anggota Bnei Akiva, gabungan ‘Religious-Zionist Youth Movement’ untuk memboikot McDonald's. Hana Golan, salah seorang ahli politik di Ariel melancarkan slogan “Kita Pernah Lepas Dari Firaun, Kita Akan Lepas Dari McDonald's”.

McDonald's di Israel dilontar batu, dipulau dan menjadi mangsa kemarahan. Pekerja McDonald's Israel dikasari dan kontroversi McFalafel kembali dibuka orang dan dijaja sebagai cerita; McDonald's dianggap anti semitik

Cik Mai suka pandangan dari sudut lain. Jadi, artikel ini salah satunya. Bila baca komen di situ, ermm... kenapa la kita suka komen tak kena pada tajuk? Hahaha, berbicara pasal McD, isu syiah sunni yang dikomennya.

Memanglah fahaman Dr Faisal Tehrani berbeza dengan Cik Mai, tapi sekadar nak baca dari sudut lain, tak salah kan? Kita pegang prinsip kita sudahlah...

Cik Mai cuma nak ceritanya, kenapa faktor Cik Mai boikot McD dah berubah. Ini antara perkongsiannya. Kadangkala, dengan mengubah sebab tindakan tak mengubah tindakan kita. Bukanlah nak kata, Cik Mai dah tak boikot sebab dah tak bersama orang Palestin. Tapi, itu dah jadi faktor yang kedua. Faktor yang paling utama untuk boikot McD bagi Cik Mai ialah kesihatan.

Bukankah menjaga kesihatan itu sebahagian daripada sunnah?

Faktor yang lebih kukuh dan berpanjangan.
Agar Cik Mai dapat menghalang diri daripada menjadi 'pisang goreng'.

sekian-Cik Mai

Tuesday, April 28, 2015

Setelah Aku Khatamkan 'Agong Tanpa Tengkolok'

As salam wbt.
Alhamdulillah Cik Mai berkesempatan pulang dari Pesta Buku Antarabangsa semalam. Cik Mai pilih hari Isnin untuk ke sana sebab hujung minggu terlalu ramaiiiiiii!!! Hahaha...

Baiklah, kali ni Cik Mai nak review sikit pasal buku 'Agong Tanpa Tengkolok'.


Entah kenapa Cik Mai dah mula minat buku-buku Thukul Cetak. Hahaha...setakat ni dah ada semua buku terbitan syarikat ini.

Sebelum Cik Mai beli buku 'Agong Tanpa Tengkolok', ada la juga usha-usha cover buku ni. Menarik. Dan dalam kepala Cik Mai, "mesti buku kritik Tun M habis-habis ni." hahaha. Jadi Cik Mai pun cari maklumat pasal buku ni. Rupa-rupanya penulisnya antara kru web MalaysiaKini. Seingat Cik Mai, ada la dalam beberapa tahun lepas Cik Mai kerap baca website tu. Mungkin dalam tahun 2008 kot... kemudian Cik Mai jarang baca dah. Jadi Cik Mai teruja nak memiliki buku ini. Ya ampunnnn, semua kedai-kedai online sama ada di instagram mahupun bookcafe dah habis stok! Mujurlah, ada di GerakBudaya. Siap ada diskaun lagi!
Hahahahah....

Apa yang menariknya? Ungkapan 'don't judge a book by its cover' memang sesuai dengan buku ini. Buku ini bukan mengkritik semua sisi negatif Tun M saja (macam sesetengah kritikan pembangkang). Buku ini ditulis melalui perspektif seorang wartawan dalam dunia politik di Malaysia.

Cik Mai bukanlah peminat setia Tun M tapi sebagai golongan muda yang lahir pada saat akhir pentadbiran Tun M (Cik Mai budak 90-an. hehehe), apalah yang Cik Mai ingat dan faham tentang situasi waktu itu. Buku ini bolehlah dikatakan 'flashback' isu-isu politik, agama dan budaya sekitar awal tahun 2000.

1. Bahagian Politik:
 Cik Mai paling tertarik dengan bab paling awal iaitu 'Mahathir Agong Tanpa Tengkolok'. Cik Mai akui, selama ini apa yang Cik Mai tahu tentang Tun M semuanya dari perspektif pembangkang. Pernah Cik Mai jadi fanatik pembangkang (zaman remaja mudah terpengaruh! haha). Tapi setelah makin dewasa ini, kesedaran mula timbul bahawa tidak semua pembangkang betul dan tidak semua pihak lawannya salah.

Part yang paling tersentuh ialah ucapan beliau di dewan rakyat pd 18/1/1993. Pindaan rang undang-undang yang dibentangkan bukanlah tujuan untuk menghapuskan kuasa raja-raja, tetapi untuk memelihara institusi beraja di Malaysia sendiri.

Ya, banyak pandangan negatif terhadap Tun M yang Cik Mai pernah baca. Tapi, untuk berlaku adil, kita kena lihat juga sisi positif beliau. 

Dan kupasan tentang politik dalam buku ini pada bahagian lain tentang reformasi dan sebagainya menarik juga bagi Cik Mai. Apa yang kita perlu sedar dalam masyarakat kita, generasi muda mudah tersangkut dengan fanatik. Ya, sangat fanatik. Generasi muda tidak bebas mindanya. Kalau disebut reformasi, pastinya dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya, reformasi itu lebih luas, tidak hanya bersandarkan sesuatu pihak semata-mata. 

Bacalah buku ini untuk meluaskan pandangan. InsyaAllah bermanfaat.

2. Bahagian Agama

Dalam bahagian ini, yang paling terkesan dalam hati Cik Mai, ialah apabila penulis mengulas bencana Tsunami. 

Kita sering anggap, "bala semua ini Tuhan hantar sebab maksiat!"

Tak kiralah isu musibah apa pun, seperti kehilangan MH370. Juga dikaitkan dengan maksiat.

Sampai kita lupa, musibah semua ini, juga berpunca daripada tangan-tangan kita....

3. Budaya

Dalam bahagian ini, tidak seperti dua bahagian tadi, ada satu bab yang Cik Mai agak terkesan di hati juga, tapi bukanlah bersetuju 100% tindakan individu yang diceritakan. Individu yang menjadi mangsa KDN.

Pada Cik Mai, kenapa dia hendak berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan tabloid di pedalaman sekalipun tanpa permit, ditangkap, kena masuk mahkamah dan sebagainya. Bagi Cik Mai, dia gila untuk masyarakatnya!!

Pengorbanannya... pada Cik Mai, memang sangat bernilai. Berkorban untuk masyarakat. Tapi, entahlah... kalau Cik Mai berada dalam keluarganya, Cik Mai akan suruh dia berhenti meskipun dia tak mahu. Kalaupun dia tak mahu, carilah jalan lain... bukan jalan ini...

Ada rasa simpati pada individu yang digelar penulis sebagai 'unsung hero'. Kita hidup dalam suasana yang mana masyarakatnya umpama 'pisang goreng'. Panasnya sekejap. Kemudian sejuk balik. 

Seolah-olahnya, masyarakat sendiri redha dengan apa yang berlaku dalam negaranya. Masyarakat yang sudah penat. Penat untuk menuntut haknya habis-habisan....


Nota: Mungkin ulasan buku ini kurang memuaskan. Maafkan Cik Mai sebab dah lama baca baru nak ulas. Hahaha... Apa yang Cik Mai ulas ini, adalah bahagian yang mendapat tempat di hati Cik Mai.  Kalau Cik Mai ulas buku ini betul-betul lepas khatam, mungkin ulasannya lebih terperinci. 


Sekian-Cik Mai

Wednesday, April 22, 2015

Aku, Drama dan Filem Korea

As salam wbt,
Kembali lagi Cik Mai kali ini. Amboi, rajin bebenor update blog! Hahahaaha... Dah Cik Mai cuti sampai bulan September kot! Tak kerja ke? Hmm, nak kerja tu nak juga tapi rasa nak buat benda lain selain bekerja. Macam cuti sem lepas ada la Cik Mai pergi mengajar tuisyen. Kali ni rasa macam nak benda lain... adalah benda yang Cik Mai target nak buat. Hehehe...

Apa-apa pon, hari ni Cik Mai nak berkongsi la cerita Korea yang best. Ehem, ehem, ehem... sejak bila Cik Mai minat Korea ni? Hahahahah....

 Cik Mai mengaku la sejak masuk alam universiti ni ada pengaruh kawan-kawan yang menjebakkan Cik Mai ke kancah ni. Ayat macam teruk sangat je pakai perkataan "kancah". Haha. Sebenarnya, Cik Mai rasa makin kita dewasa ni, makin minda kita terbuka untuk jadi lebih adil pada diri sendiri. Dulu Cik Mai selalu la pandang serong dengan majoriti peminat karya seni dari Korea ni. Tapi Cik Mai sendiri, tak cuba nak teroka kenapa diorang minat Korea.

Pabila kita dah bergaul dengan ramai orang yang bermacam ragam dan pendirian, baru kita faham kenapa diorang macam tu. Tak dinafikan ada peminat Korea yang fanatik. Fanatik memang tak elok. Bahkan dalam agama sekali pon, fanatik tu dilarang, kan?

Jadi, apa yang best sangat Korea ni?
Bagi Cik Mai la... kreativiti dan jalan cerita tu yang menarik. Yang tak ada pada drama-drama Melayu. Tambahan pulak, retis-retis Korea ni pandai main mimik muka. Kadang kita boleh faham cerita tu melalui body languange dan mimik muka. Tak perlu subtitle pon boleh agak.

Dan bukan semua la cerita Korea Cik Mai layan. Tapi, kalau Cik Mai layan tu, mesti ada something yang Cik Mai rasa, "drama/filem ni ada nilai". Ada sudut ilmiahnya.Contohnya?

1. Doctor Stranger

Ni drama korea yang pertama sekali Cik Mai tonton. Mula-mula tengok tajuk macam, errmm, kisah dokter ni. Tapi bila dah start tengok, ada unsur-unsur fiksyen sejarah. Jadi Cik Mai kan minat sejarah... Cik Mai pon tertarik la nak tengok sampai habis. hehehe.

Dalam cerita ni fokuskan bidang pembedahan. Memang menarik la. Banyak pengetahuan tentang bidang medik dalam cerita ni. Dan cerita dia tak la fantasi sangat. Dalam dunia ni, bukan semua benda kita boleh buat dengan jayanya. Ada part yang surgeon ni nak selamatkan mak dia. Kita mesti ingat "surgeon ni hebat kot... mesti selamat laa mak dia tu.." tapi tak... pembedahan tu tak berjaya...

2. Miracle in cell no. 7

Kisah Anak & Bapak. Filem ni memang menyentuh hati la habaq hang! Ada juga part lawak dalam cerita ni. Kisahnya bapak budak dlm cerita ni kena fitnah bunuh budak lain. Pastu ditempatkan dalam sel penjara no 7. Malaslah Cik Mai nak cerita lebih-lebih. hahaha, pi la tengok kat youtube tu~

3. Good Doctor
Kisah seorang lelaki penghidap autisme yang jadi dokter. Ohsem kan? Cerita ni banyak fokuskan bidang perubatan kanak-kanak. Dan Cik Mai rasa wow!! Idea orang Korea ni boleh tahan jugak la. Lain  daripada yang lain. Cik Mai malas nak ulas panjang-panjang... kalau nak tengok, bolehla hampa semua Google drama ni.

3. Pinocchio

Ini bukan kisah dongeng Pinocchio. Tapi kisah pasal sebuah family yang teraniaya sebab media dan melibatkan seorang penghidap sindrom Pinocchio. Fokus tentang bidang kewaratawanan. Yang bestnya cerita ni, walaupun drama ni mengkritik media massa... tak pulak kena banned. Hahaha. Dan ada la segelintir orang cakap media massa kat Malaysia ni macam dalam cerita Pinocchio. Lulz. Apa-apa jelah... yang penting jalan cerita dia menarik.

4. I Hear Your Voice

Kisah seorang budak lelaki yang dapat kelebihan boleh dengar suara hati orang lain. Menarik kan? Drama  ni fokuskan bidang kehakiman. Dan kalau kita tonton drama ni, boleh dapat gambaran macam mana sistem undang-undang di Korea dan kehidupan peguam seharian. Apa kaitannya dengan budak lelaki yang ada kelebihan istimewa tu? Budak laki tu jadi peguam ke? Tak...budak laki tu bukan peguam pon. Haaaa...kalau  nak tau kena la tengok~~ lulzz

5. Kill Me Heal Me
Drama ni berkisarkan kehidupan seorang lelaki yang menghidap penyakit psikologi, D.I.D. Dia ada banyak personaliti. Memang lawak laa time personaliti dia berubah-ubah tu. Series tak tipu! Hahaha... part sedih pon ada jugak. Yelah, sapa ja yang bahagia kalau hidup ada penyakit macam tu kan? Cerita ni ada kait mengait dengan dunia korporat juga macam drama Melayu. Huhu. So macam mana dia boleh sembuh daripada penyakit ni? Haa yang tu kena tengok la. Cari kat Youtube.



Saat kita melihat sesuatu perkara dari satu sudut pandang saja, ternyata kita ini berpandangan tidak menyeluruh. Cik Mai tak nafikan ada pro dan kontranya kalau layan cerita Korea. Tapi, ada sesuatu yang ada pada mereka tak ada pada kita. Macam cerita-cerita di atas ni... Cik Mai rasa kat Malaysia tak ada jalan cerita yang kreatif macam ni.....

Sekian-Cik Mai


Tuesday, April 21, 2015

Tidakkah kita rasa malu?

Jika seorang yang belum Muslim menyoal, "benarkah Islam itu agama yang benar, agama yg sejahtera? Jika benar, kenapa umatnya saling berbalah?"

Sejujurnya saya tidak punya jawapan untuk dia. Kita menyuruh mereka melihat Islam tetapi jangan dilihat pada umatnya... Tetapi tidakkah kita rsa malu untuk menuturkannya?

Akhirnya saya hanya menjawab;
"Kebenaran itu kamu akan temuinya melalui pencarianmu sendiri. Dan apa yg kamu temui itulah kebenaran bagimu"

Bukan tak mahu berdakwah tetapi saya malu untuk menyatakan;
"Jangan lihat Islam pada umatnya"

Kerana dia akan menyoal kembali;
"Jadi apa guna kamu beragama Islam kalau kamu sebagai umat Islam sendiri tidak mencerminkan Islam?"

*Entri ini sengaja Cik Mai tidak bahasakan diri seperti biasa....

Sunday, April 19, 2015

Buku Indie Bukan Sekadar Trend

As salam wbt,
agak lama Cik Mai menyepi dan jarang-jarang menulis di blog ni. Huhu. Sorry dear blog. Al maklumlah, minggu-minggu lepas sibuk dengan final exam untuk final semester. Jadi sekarang Cik Mai dah memang free habis la ceritanya. Haha.

oh ya, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti Daurah Ilmu baru-baru ni. Dan alhamdulillah ada soalan-soalan Cik Mai yang dijawab dengan baik dan tepat.

Tapi itu bukanlah fokus Cik Mai di sini.Intro ni sekadar nak cerita kisah hidup Cik Mai sebelum ini je. Kenapa lama tak muncul. Haha..Ok, back to the topic.

1. Genre Indie dan anak muda

Kalau kita perasan la kan...syarikat-syarikat penerbitan karya Indie sekrang makin lama makin banyak. Kenapa? Mungkin sebab genre ni mengisi lompang-lompang dalam industri penulisan yang dekat di hati golongan muda. Pada hemat Cik Mai, kita dah jemu atau orang Penang cakap "cemuih" dengan jalan cerita yang cliche dan boleh diagak. Kahwin kontrak la... Kahwin paksa la... "Suamiku Encik dot dot dot...". Karya indie membawa jalan cerita yang kreatif dan evergreen. Macam penulis Nadia Khan, dalam novelnya "Kelabu"... Cik Mai takmau la cerita nanti pembaca yang nak beli tak jadi beli terus sebab dah tahu kejutan dalam jalan ceritanya. hahaha...



Apa yang Cik Mai perhatikan, karya Hlovate menjadi pencetus trend ini. Jalan cerita dan bahasa yang kena pada jiwa remaja ini telah menjadi satu fenomena dalam dunia penulisan novel. Karyanya tak sekadar memfokuskan tema "Cinta". Boring. Hlovate dalam karya-karyanya berjaya meng'intergrasi'kan budaya hip macam skateboard dan jalan ceritanya seakan memujuk remaja pulang kepada agama tanpa perlu membuang habis-habisan identiti kita. Kalau kita seorang penggemar skateboard, teruskan bermain skateboard tapi perkara asas dalam agama seperti solat tak diabaikan. 


2. Karya Indie mengubah persepsi Masyarakat
Karya Indie memberi nafas baru dalam penulisan. Karya yang realistik. Cik Mai ambil contoh antologi cerpen "Diagnosis" dan buku "Prognosis". Dunia kedoktoran memanglah glamour, mulia dan macam-macama lagi sisi pandangan awam terhadap golongan doktor. Tapi, hakikatnya, hidup sebagai doktor bukan seindah sangkaan masyarakat. Karya Indie telah memecahkan mindset terhadap kerjaya ini.

3. Karya Indie ni Ilmiah ke?
Cik Mai tak katakan semua, tapi ada. Sebagai contohnya, buku-buku terbitan Dubook Press & Thukul Cetak banyak membicarakan perkara-perkara ilmiah. Dan sudah tentulah suasana di Malaysia ni lebih terdorong untuk mengupas isu politik. Kadang-kadang Cik Mai hairan jugak la... Orang Malaysia ni tak "cemuih" ka dengan politik? Hahaha... 


Cuma, karya Indie Ilmiah ni kalau dibaca, tak perlulah dihadam 100%. Sudah sampai masanya sebagai seorang pembaca, kita menilai apa yang dibaca. Kita patut jadi seorang pembaca yang kritis. Apa yang menariknya lagi, karya Indie memberi ruang kepada golongan-golongan yang sering dipandang serong oleh masyarkat. Golongan 'drop out' umpamanya. Contohnya macam saudara Benz Ali. 

Jadi, kita boleh melihat sudut pandang orang macam dia dan kadang-kadang, apa yang ditulisnya ada nilai. Ada kebenaran. Cuma agak pahitlah sikit nak ditelan. Tak semua tapi ada la isinya yang boleh diambil.

Dan ada juga karya indie yang mengupas isu pendidikan. Tak sangka kan? Pada Cik Mai, ini satu suasana yang sihat. Kenapa? Kalau penerbit indie yang menerbitkan buku, akan lebih ramai orang muda yang membacanya. Tapi, kalau isu-isu ilmiah ini diterbitkan oleh Dewan Pustaka dan Bahasa, agak-agak mereka tertarik tak? Jadi, Cik Mai melihat penerbitan Indie bijak mengambil peluang ini. 

3. Ada tak karya Indie versi Islamik?
Oh, ada ja. Nak Cik Mai bagi contoh ke? haha...okay di bawah ni antara karya-karya Indie Islamik.

Inilah karya Indie yang Islamik. Penulis-penulis ini banyak mengupas isu agama dalam kalangan remaja dan masyarakat. Jadi, karya-karya ini amat dekat di hati pembaca. Kadangkala, ada juga kritik sosial yang dihidangkan dalam buku-buku ini. Cumanya, dari segi bahasa itu ada kurangnya sikit la. Ada yang kasar sikit, ada yang istilah diubah agar nampak lebih hipster..acehh... mcm perkataan Cinta jadi Chenta. walaubagaimanapun, itulah tarikan penulis indie islamik ini.


5. Cuma, apa yang Cik Mai rasa ralat sikit pasal Karya Indie?
Dua je yang Cik Mai rasa macam erm... Sebenarnya unsur-unsur ini tak elok dalam penulisan, sebab Cik Mai percaya "you are what you read"...tapi mungkinlah sebab golongan remaja ni lebih tertarik dengan unsur-unsur tu...

Lucah. Bahasa Kasar.
Bukan semua la. Ulang sekali lagi. Bukan semua. Contoh buku? Err... tak payahla...hahahaha...
Tapi, sepanjang Cik Mai hidup sebagai pembaca ni, buku novel selain indie pon ada je unsur lucah.Hakikatnya, pandai-pandailah nak pilih buku.

Okayla, setakat itu je kot. -Cik Mai

Wednesday, April 1, 2015

Study la...


                Pabila musim final exam menjelma, maka bertungkus lumuslah para mahasiswa mahasiswi study bagai nak rak. Normal la. Siapa yang tak nak Berjaya kan?
                Teringat zaman Cik Mai sekolah dulu, bagi Cik Mai, diri ini hanyalah insan biasa je sebenarnya. Cuma kadang-kadang rezeki Allah bagi melalui jalan akademik tu lebih sikit. Lepas tu ada la mulut-mulut konon jet-jet jeles keluarkan ayat ni “Mai, hang tak payah study la… dunia ja semua ni!!!” kemudian gelak konon sinis habis la…
                Dunia je semua ni? Study tu amanah, kawan-kawan. Kalau amanah kat dunia pon tak selesai, macam mana nak Berjaya di akhirat? Bukan Berjaya dalam erti kata lulus dan cemerlang dalam exam amanah kita, tapi belajar! Memang ada je orang yang tak study tapi pass exam… tapi dia amanah ke sebagai seorang pelajar yang tugasnya belajar? Study bukan untuk Berjaya saja, study itu amanah. Hakikatnya.
                Study, untuk Berjaya di akhirat. Kerana nanti Tuhan akan Tanya satu persatu amanah kita kat dunia ni. Sekian-Cik Mai.


Psstt: Salam Final Exam. =D

Thursday, March 5, 2015

Novel Pencarian Tuhan

As salam wbt,
Cik Mai teringat pula zaman sekolah dulu, ada seorang kawan Cik Mai ni pernah baca dua buah novel ketuhanan ini "Wo Ai Ni Allah" & "Cogito Allah Sum".
MashaAllah, Cik Mai sempat baca sikit "Cogito Allah Sum" dan pernah khatam novel "Wo Ai Ni Allah". Pada hemat Cik Mai, korang patut baca kedua-dua novel ini.

Cerita Atheist yang mencari Tuhan. Cik Mai rasa nak tebus balik 'bacaan sekerat-sekerat' novel Cogito Allah Sum tu. Hmm tapi tak diterbitkan lagi dah...sedihnya..huhuhu..takpelah takder rezeki.

sekian-wassalam


Monday, March 2, 2015

macam-macam spec~

As salam wbt,
hohoii, bertemu lagi kita yer kat blog ni. Hahaha. Okaylah, kali ni nak share lagi produk-produk yang kadang-kadang entah-apa-apa tapi menarik jugak la...hehe... tema kali  ni spec mata pulak!

1. Lazy glasses


*Nampak mengarut dan pemalas gilaaa tapi baik untuk kesihatan! hahahaha

2. Pinhole glasses (kalau kat Daiso jual RM5 je! hewhew)

okayla..tu je... nanti kalau ada spec mata yang rare lagi Cik Mai share naa... hahaha. Tapi entri sebelum ni pun ada je pasal spec yang rare (3D spec).

okayla babai~~~ sekain, wassalam-Cik Mai





Revolusi Pen

As salam wbt,
Hehe, sejak dua menjak ni Cik Mai rajin pulak nak update blog ni. Sebenarnya sekarang ni masa lagi busy daripada selalu. Mungkin dengan sharing2 benda awesome kat blog ni je cara Cik Mai nak luahkan angan-angan DAN RELEASE TENSION... haha.

Okayla, straight to the point, Cik Mai ada terbaca kat FB, blog pasal pen-pen yang rare. Haaa... macam kat bawah ni:

1. Polar Pen.


2. 3D Pen

3. Scribble Pen

4. Chameleon Pen


Wow!!! Kann?? hahaha... rasanya Cik Mai tak perlu ulas la kot. Dah boleh tengok dalam video tu.
Okaylah, babai~ sekian, wassalam -Cik Mai

Tuesday, February 24, 2015

Konsep & Kreativiti (part 2)

As salam wbt,
Nak share sikitla review yang Cik Mai terbaca tadi masa nak update blog pasal Magic Mug tu. Mug tu boleh tahan 2 bulan je. Hermm, jadi kalau teringin, beli satu cukup. Haha. Tak belimpon tak ape.

Okla, nak sambung entri lepas.

------
2. Tabung "Curi"
Hahaha. sebenarnya bukan la tabung yang dicuri pastu orang jual balik. Tapi, tabung ni unik sebab ada kucing, panda dll yang akan ambil duit kita bila letak di tempatnya.

Menarik kan? Hahaha... Mak-mak yang nak galakkan anak-anak menabung kalau beli produk ni, alamatnya anak jelah yang menabung, maknya pula duit habis beli tabung. Hohoho, apa-apa pon, berbelanja la ikut kemampuan. Sebab tu Cik Mai dah tak minat tabung jenis ni, sebab konsep sama walaupun kreatif. Jadi, CikMai teringin nak tabung 'makan duit' tu. ahahaha. Refer previous entry.

Bagi Cik Mai, berbaloi kalau ada barang 'rare'. Sebab susah nak jumpa, dan sangat menarik. Mungkin ada sesetengah orang ada pendapat masing-masing. Tapi, jangan pernah memperkecilkan minat orang lain.

Sekian-Cik Mai. 

pstt: Kalau ada lagi barang seangkatan dengan entri ni, Cik Mai update part 3 yer. Hahahah.






Konsep & Kreativiti (Part 1)

As salam wbt,
seperti yang dijanjikan. Cik Mai akan tulis pasal barang-barang menarik. Cik Mai memang sukaaa gilaaa tengok barang-barang 'rare'. Tapi akan ada satu sebab kenapa Cik Mai rasa nak stop suka barang-barang tu. Antaranya, sebab konsep yang sama walaupun semuanya kreatif.

1. Magic Mug
Mug ini akan bertukar selepas kita letak air panas. Haha. Comel dan kreatif tapiiii... hmm, banyak sangat pulak la coraknya.





Banyakk kann???
Hahahah... tak mampu la Cik Mai nak kesemuanya. Cukup sekadar enjoy the idea, Tapi yang mug couple growing old tu comellah!! ahahaha. 

ok, sekian.-Cik Mai









Era 2015

As salam wbt,
sedar tak sedar dah hampir tiga bulan 2015 membuka tirainya.
Dulu, mesti kita selalu terfikir kan yang tahun 2011++ ni mesti ada teknologi yang canggih gila...kadang-kadang tak logik dek akal. hehehe. Tapi, setakat ini, boleh tahan juga la teknologi yang dah wujud sekarang.

antaranya
1. Smartphone, Tablet, Ipad (malas la Cik Mai nak sertakan gambar. heheehe)
2. Keyboard laser


Keyboard ni digunakan untuk smartphone, tablet, dan gajet-gajet yang seangkatan dengannya. Menarik, kan? Sekurang-kurangnya imaginasi kita dulu-dulu ada juga yang terbukti wujud pada era baru ni. Haha.

3. Cermin mata 3D (untuk smartphone)

cara nak gunanya; masukkan smartphone di bahagian depan alat ini. Kemudian sarung terus ke kepada. Hoho. Mungkin lenguh tengkuk la.. sebab berat kan? tapi kalau baring mungkin lebih ok? Apa-apa pon 

4.Google Glass

Malangnya Google Glass hany dijual secara terhad iaitu 2000 unit saja setakat ini. Tak kurang juga, ada kontroversi tentang produk ni yang menganggu privasi individu. hmmm... apa-apa pon, ini salah satu angan-angan kita dulu yang dah pun wujud sekarang. huhu

5. Gabungan kereta dan kapal terbang (kereta terbang)
sangat canggih kan? Tapi Cik Mai yakin kereta ni bukan sebarangan orang boleh pandu. Beli mungkin, nak memandu ...hohoiiii, kena lepas Akademi Pilot dulu kot!! hahaaha

6. Tablet bersama projektor

Bagi Cik Mai, idea tablet Lenovo agak futuristik juga. Mungkin bagi korang tak kot... Tapi Cik Mai pernah terfikir juga, payah betul la haii nak pasang projektor lagi, nak angkat lagi masa zaman sekolah dulu. Cik Mai yang uruskan program tayangan kat surau, jadi terasa lecehnya di situ la. Kan senang kalau macam ni. Haha.

Tak kurang juga produk-produk untuk orang malas. Haha. Cawan malas lah, cermin mata malas la... Nanti Cik Mai update pasal semua tu. Sekali dengan kreativiti orang zaman sekarang ni....(tapi sejujurnya, ideanya datang dari satu pihak je tapi orang lain ubah sikit-sikit.)

Okla, takat tu je. Wassalam.-Cik Mai






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...