BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 28, 2015

Setelah Aku Khatamkan 'Agong Tanpa Tengkolok'

As salam wbt.
Alhamdulillah Cik Mai berkesempatan pulang dari Pesta Buku Antarabangsa semalam. Cik Mai pilih hari Isnin untuk ke sana sebab hujung minggu terlalu ramaiiiiiii!!! Hahaha...

Baiklah, kali ni Cik Mai nak review sikit pasal buku 'Agong Tanpa Tengkolok'.


Entah kenapa Cik Mai dah mula minat buku-buku Thukul Cetak. Hahaha...setakat ni dah ada semua buku terbitan syarikat ini.

Sebelum Cik Mai beli buku 'Agong Tanpa Tengkolok', ada la juga usha-usha cover buku ni. Menarik. Dan dalam kepala Cik Mai, "mesti buku kritik Tun M habis-habis ni." hahaha. Jadi Cik Mai pun cari maklumat pasal buku ni. Rupa-rupanya penulisnya antara kru web MalaysiaKini. Seingat Cik Mai, ada la dalam beberapa tahun lepas Cik Mai kerap baca website tu. Mungkin dalam tahun 2008 kot... kemudian Cik Mai jarang baca dah. Jadi Cik Mai teruja nak memiliki buku ini. Ya ampunnnn, semua kedai-kedai online sama ada di instagram mahupun bookcafe dah habis stok! Mujurlah, ada di GerakBudaya. Siap ada diskaun lagi!
Hahahahah....

Apa yang menariknya? Ungkapan 'don't judge a book by its cover' memang sesuai dengan buku ini. Buku ini bukan mengkritik semua sisi negatif Tun M saja (macam sesetengah kritikan pembangkang). Buku ini ditulis melalui perspektif seorang wartawan dalam dunia politik di Malaysia.

Cik Mai bukanlah peminat setia Tun M tapi sebagai golongan muda yang lahir pada saat akhir pentadbiran Tun M (Cik Mai budak 90-an. hehehe), apalah yang Cik Mai ingat dan faham tentang situasi waktu itu. Buku ini bolehlah dikatakan 'flashback' isu-isu politik, agama dan budaya sekitar awal tahun 2000.

1. Bahagian Politik:
 Cik Mai paling tertarik dengan bab paling awal iaitu 'Mahathir Agong Tanpa Tengkolok'. Cik Mai akui, selama ini apa yang Cik Mai tahu tentang Tun M semuanya dari perspektif pembangkang. Pernah Cik Mai jadi fanatik pembangkang (zaman remaja mudah terpengaruh! haha). Tapi setelah makin dewasa ini, kesedaran mula timbul bahawa tidak semua pembangkang betul dan tidak semua pihak lawannya salah.

Part yang paling tersentuh ialah ucapan beliau di dewan rakyat pd 18/1/1993. Pindaan rang undang-undang yang dibentangkan bukanlah tujuan untuk menghapuskan kuasa raja-raja, tetapi untuk memelihara institusi beraja di Malaysia sendiri.

Ya, banyak pandangan negatif terhadap Tun M yang Cik Mai pernah baca. Tapi, untuk berlaku adil, kita kena lihat juga sisi positif beliau. 

Dan kupasan tentang politik dalam buku ini pada bahagian lain tentang reformasi dan sebagainya menarik juga bagi Cik Mai. Apa yang kita perlu sedar dalam masyarakat kita, generasi muda mudah tersangkut dengan fanatik. Ya, sangat fanatik. Generasi muda tidak bebas mindanya. Kalau disebut reformasi, pastinya dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya, reformasi itu lebih luas, tidak hanya bersandarkan sesuatu pihak semata-mata. 

Bacalah buku ini untuk meluaskan pandangan. InsyaAllah bermanfaat.

2. Bahagian Agama

Dalam bahagian ini, yang paling terkesan dalam hati Cik Mai, ialah apabila penulis mengulas bencana Tsunami. 

Kita sering anggap, "bala semua ini Tuhan hantar sebab maksiat!"

Tak kiralah isu musibah apa pun, seperti kehilangan MH370. Juga dikaitkan dengan maksiat.

Sampai kita lupa, musibah semua ini, juga berpunca daripada tangan-tangan kita....

3. Budaya

Dalam bahagian ini, tidak seperti dua bahagian tadi, ada satu bab yang Cik Mai agak terkesan di hati juga, tapi bukanlah bersetuju 100% tindakan individu yang diceritakan. Individu yang menjadi mangsa KDN.

Pada Cik Mai, kenapa dia hendak berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan tabloid di pedalaman sekalipun tanpa permit, ditangkap, kena masuk mahkamah dan sebagainya. Bagi Cik Mai, dia gila untuk masyarakatnya!!

Pengorbanannya... pada Cik Mai, memang sangat bernilai. Berkorban untuk masyarakat. Tapi, entahlah... kalau Cik Mai berada dalam keluarganya, Cik Mai akan suruh dia berhenti meskipun dia tak mahu. Kalaupun dia tak mahu, carilah jalan lain... bukan jalan ini...

Ada rasa simpati pada individu yang digelar penulis sebagai 'unsung hero'. Kita hidup dalam suasana yang mana masyarakatnya umpama 'pisang goreng'. Panasnya sekejap. Kemudian sejuk balik. 

Seolah-olahnya, masyarakat sendiri redha dengan apa yang berlaku dalam negaranya. Masyarakat yang sudah penat. Penat untuk menuntut haknya habis-habisan....


Nota: Mungkin ulasan buku ini kurang memuaskan. Maafkan Cik Mai sebab dah lama baca baru nak ulas. Hahaha... Apa yang Cik Mai ulas ini, adalah bahagian yang mendapat tempat di hati Cik Mai.  Kalau Cik Mai ulas buku ini betul-betul lepas khatam, mungkin ulasannya lebih terperinci. 


Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...