BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 19, 2015

Buku Indie Bukan Sekadar Trend

As salam wbt,
agak lama Cik Mai menyepi dan jarang-jarang menulis di blog ni. Huhu. Sorry dear blog. Al maklumlah, minggu-minggu lepas sibuk dengan final exam untuk final semester. Jadi sekarang Cik Mai dah memang free habis la ceritanya. Haha.

oh ya, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti Daurah Ilmu baru-baru ni. Dan alhamdulillah ada soalan-soalan Cik Mai yang dijawab dengan baik dan tepat.

Tapi itu bukanlah fokus Cik Mai di sini.Intro ni sekadar nak cerita kisah hidup Cik Mai sebelum ini je. Kenapa lama tak muncul. Haha..Ok, back to the topic.

1. Genre Indie dan anak muda

Kalau kita perasan la kan...syarikat-syarikat penerbitan karya Indie sekrang makin lama makin banyak. Kenapa? Mungkin sebab genre ni mengisi lompang-lompang dalam industri penulisan yang dekat di hati golongan muda. Pada hemat Cik Mai, kita dah jemu atau orang Penang cakap "cemuih" dengan jalan cerita yang cliche dan boleh diagak. Kahwin kontrak la... Kahwin paksa la... "Suamiku Encik dot dot dot...". Karya indie membawa jalan cerita yang kreatif dan evergreen. Macam penulis Nadia Khan, dalam novelnya "Kelabu"... Cik Mai takmau la cerita nanti pembaca yang nak beli tak jadi beli terus sebab dah tahu kejutan dalam jalan ceritanya. hahaha...



Apa yang Cik Mai perhatikan, karya Hlovate menjadi pencetus trend ini. Jalan cerita dan bahasa yang kena pada jiwa remaja ini telah menjadi satu fenomena dalam dunia penulisan novel. Karyanya tak sekadar memfokuskan tema "Cinta". Boring. Hlovate dalam karya-karyanya berjaya meng'intergrasi'kan budaya hip macam skateboard dan jalan ceritanya seakan memujuk remaja pulang kepada agama tanpa perlu membuang habis-habisan identiti kita. Kalau kita seorang penggemar skateboard, teruskan bermain skateboard tapi perkara asas dalam agama seperti solat tak diabaikan. 


2. Karya Indie mengubah persepsi Masyarakat
Karya Indie memberi nafas baru dalam penulisan. Karya yang realistik. Cik Mai ambil contoh antologi cerpen "Diagnosis" dan buku "Prognosis". Dunia kedoktoran memanglah glamour, mulia dan macam-macama lagi sisi pandangan awam terhadap golongan doktor. Tapi, hakikatnya, hidup sebagai doktor bukan seindah sangkaan masyarakat. Karya Indie telah memecahkan mindset terhadap kerjaya ini.

3. Karya Indie ni Ilmiah ke?
Cik Mai tak katakan semua, tapi ada. Sebagai contohnya, buku-buku terbitan Dubook Press & Thukul Cetak banyak membicarakan perkara-perkara ilmiah. Dan sudah tentulah suasana di Malaysia ni lebih terdorong untuk mengupas isu politik. Kadang-kadang Cik Mai hairan jugak la... Orang Malaysia ni tak "cemuih" ka dengan politik? Hahaha... 


Cuma, karya Indie Ilmiah ni kalau dibaca, tak perlulah dihadam 100%. Sudah sampai masanya sebagai seorang pembaca, kita menilai apa yang dibaca. Kita patut jadi seorang pembaca yang kritis. Apa yang menariknya lagi, karya Indie memberi ruang kepada golongan-golongan yang sering dipandang serong oleh masyarkat. Golongan 'drop out' umpamanya. Contohnya macam saudara Benz Ali. 

Jadi, kita boleh melihat sudut pandang orang macam dia dan kadang-kadang, apa yang ditulisnya ada nilai. Ada kebenaran. Cuma agak pahitlah sikit nak ditelan. Tak semua tapi ada la isinya yang boleh diambil.

Dan ada juga karya indie yang mengupas isu pendidikan. Tak sangka kan? Pada Cik Mai, ini satu suasana yang sihat. Kenapa? Kalau penerbit indie yang menerbitkan buku, akan lebih ramai orang muda yang membacanya. Tapi, kalau isu-isu ilmiah ini diterbitkan oleh Dewan Pustaka dan Bahasa, agak-agak mereka tertarik tak? Jadi, Cik Mai melihat penerbitan Indie bijak mengambil peluang ini. 

3. Ada tak karya Indie versi Islamik?
Oh, ada ja. Nak Cik Mai bagi contoh ke? haha...okay di bawah ni antara karya-karya Indie Islamik.

Inilah karya Indie yang Islamik. Penulis-penulis ini banyak mengupas isu agama dalam kalangan remaja dan masyarakat. Jadi, karya-karya ini amat dekat di hati pembaca. Kadangkala, ada juga kritik sosial yang dihidangkan dalam buku-buku ini. Cumanya, dari segi bahasa itu ada kurangnya sikit la. Ada yang kasar sikit, ada yang istilah diubah agar nampak lebih hipster..acehh... mcm perkataan Cinta jadi Chenta. walaubagaimanapun, itulah tarikan penulis indie islamik ini.


5. Cuma, apa yang Cik Mai rasa ralat sikit pasal Karya Indie?
Dua je yang Cik Mai rasa macam erm... Sebenarnya unsur-unsur ini tak elok dalam penulisan, sebab Cik Mai percaya "you are what you read"...tapi mungkinlah sebab golongan remaja ni lebih tertarik dengan unsur-unsur tu...

Lucah. Bahasa Kasar.
Bukan semua la. Ulang sekali lagi. Bukan semua. Contoh buku? Err... tak payahla...hahahaha...
Tapi, sepanjang Cik Mai hidup sebagai pembaca ni, buku novel selain indie pon ada je unsur lucah.Hakikatnya, pandai-pandailah nak pilih buku.

Okayla, setakat itu je kot. -Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...