BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2015

Cerita McD dari Faisal Tehrani

As salam wbt. Hohoho... Selamat Hari Pekerja...
Tahun 2015 ni memang banyak cuti 'long weekend' kan? Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Okla, sebenarnya Cik Mai nak review buku baru Faisal Tehrani, terbitan Dubook. Tapi nak ulas satu buku macam malas la pulak. Hahaha. Jadi, Cik Mai nak ulas bab yang Cik Mai paling suka jelah ye. Pasal McD. Oh, jap... lupa nak bagitau tajuk bukunya.

Tadaaa... inilah dia

Okla, dalam buku ni ada satu bab pasal McD bertajuk 'Menyukai Kentang McDonalds'.

Mesti ramai antara kita yang boikot jenama ni kan? Cik Mai pon salah seorang yang memboikot jenama ni. Tapi... kita boikot untuk apa?

Pada Cik Mai, mungkin sebelum ini boikot, selepas baca buku ni pon tetap nak boikot jugak. Hahaha... Alaa, apa bezanya? Apa yang buku ni bagi impak untuk Cik Mai kalau tak ada perubahan apa-apa pon? Haaa... rilek dulu.... tak habis lagi Cik Mai nak ulas ni...

Boikot Tetap Boikot!
Tapi sebab apa boikot? Ok, sebab untuk boikot dah berubah...
Dulu Cik Mai boikot sebab isu Palestin, sekarang Cik Mai lebih suka boikot sebab alasan 'junk food'.

Kenapa?
Dalam buku Dr.Faisal Tehrani yang baru ni, beliau ada cerita pasal McD ni sebenarnya di Israel pon kena boikot. Hahaha... 'Eh, bukan McD pon puak-puak depa ka? Yahudi?'

Ya, McD ada beri sumbangan pada IDF (tentera Israel) sebab nak bertapak di Israel. Tak hairanlah kita boikot McD sebab sumbangan dia ni. (Alaa, kalau boikot sebab Palestin macam orang Malaysia yang perangai macam pisang goreng ni... sekejap jelah... bila perang dah berhenti makan balik...)

McD memperkenalkan menu McFalafel di Israel. Tapi, disebabkan menu ni, orang Israel marah McD konon macam provok depa la...
Kenapa? Ok, Cik Mai ambil bulat-bulat ye ayat dalam artikel tu... sebenarnya isi kandungan dalam buku tu ada je di ruangan beliau dalam website MalaysiaKini.
( http://www.malaysiakini.com/columns/271493 )
"Warga Israel merasakan Amerikanisasi terhadap falafel versi Israel sebagai keterlaluan. Tentu, Palestina ada di situ sebagai puncanya. Sedikit ‘kesilapan’ dilakukan oleh McDonald's apabila ia memperkenalkan McFalafel. McDonald's menggunakan daun selada dalam produk tersebut. Daun selada adalah ciri penting dalam salad versi Palestina. Untuk berbeza, lama dahulu Israel telah menggantikan daun selada dengan timun dalam salad mereka.

McDonald's dituduh sengaja melakukan provokasi. McDonald's dituduh anti-Yahudi dan pro-Palestina. McFalafel menimpa kontroversi. Pada bulan Julai 2010, McFalafel dihentikan pengeluarannya dari restoran McDonald's di Israel. Daun selada dianggap melampaui batas."
Kisah McD diboikot di Israel (Biar betul???)
Ok, part ni best. Sebab Cik Mai pon tak sangka jugaklah...haha... tapi ini takkan buat Cik Mai berhenti boikot McD la. Panjang ni... ikut sukalah nak baca ke nak skip sampai perenggan akhir entri ni. Haha.
Dr Omri Padan pemegang hak McDonald's di Israel membuat satu keputusan. Dia menyekat usaha Rami Levy dan Mega-Or. Dr Padan bertegas tidak membuka cawangan McDonald's di Ariel. Kerana status wilayah tersebut yang kabur (sebenarnya haram!). Pilihan Omri Padan ini memang ‘padan dan serasi’ dengan peribadi beliau.

Padan adalah pengasas NGO Peace Now, yang sering memilih untuk memihak kepada rakyat Palestina dan sentiasa menyuarakan solusi ‘two-state solution within secure borders’ (solusi dua negara iaitu Palestina dan Israel sebagai dua entiti rasmi).

Malah Omri Padan mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan mengapa McDonald's tidak akan dibuka di Ariel; “referring to the decision not to open restaurants in Ariel, the Golan Heights, which Israel captured from Syria in 1967, or even East Jerusalem, which Israel has annexed” (tidak membuka restoran di Ariel, Bukit Golan yang ditawan Israel dalam tahun 1967, atau Timur Baitul Maqdis yang diserobot Israel).

Keputusan tersebut membuka gelombang anti-McDonald's yang kedua. Sebanyak 170 cawangan McDonald's di Israel diserbu dengan stiker ‘Kosher tapi busuk’ dan ditampal khususnya di cawangan McDonald's di Hertzeliya Pituach, Utara Israel. Pemilik McDonald's di Israel, Omri Padan dituduh sebagai puak kiri.

Ahli Knesset (Parlimen Israel), Miriam Regev, yang merupakan jurucakap tentera Israel sebelum menyertai parti Likud mengisytiharkan Omri Padan ‘golongan yang rugi’. Dan Margalit, tokoh kewartawanan Israel mengesan McDonald's diboikot.

Keadaan menjadi lebih buruk. Ahli Knesset, Shula Mu’alem-Rafaeli dari ‘The Jewish Home’, mengarahkan anggota Bnei Akiva, gabungan ‘Religious-Zionist Youth Movement’ untuk memboikot McDonald's. Hana Golan, salah seorang ahli politik di Ariel melancarkan slogan “Kita Pernah Lepas Dari Firaun, Kita Akan Lepas Dari McDonald's”.

McDonald's di Israel dilontar batu, dipulau dan menjadi mangsa kemarahan. Pekerja McDonald's Israel dikasari dan kontroversi McFalafel kembali dibuka orang dan dijaja sebagai cerita; McDonald's dianggap anti semitik

Cik Mai suka pandangan dari sudut lain. Jadi, artikel ini salah satunya. Bila baca komen di situ, ermm... kenapa la kita suka komen tak kena pada tajuk? Hahaha, berbicara pasal McD, isu syiah sunni yang dikomennya.

Memanglah fahaman Dr Faisal Tehrani berbeza dengan Cik Mai, tapi sekadar nak baca dari sudut lain, tak salah kan? Kita pegang prinsip kita sudahlah...

Cik Mai cuma nak ceritanya, kenapa faktor Cik Mai boikot McD dah berubah. Ini antara perkongsiannya. Kadangkala, dengan mengubah sebab tindakan tak mengubah tindakan kita. Bukanlah nak kata, Cik Mai dah tak boikot sebab dah tak bersama orang Palestin. Tapi, itu dah jadi faktor yang kedua. Faktor yang paling utama untuk boikot McD bagi Cik Mai ialah kesihatan.

Bukankah menjaga kesihatan itu sebahagian daripada sunnah?

Faktor yang lebih kukuh dan berpanjangan.
Agar Cik Mai dapat menghalang diri daripada menjadi 'pisang goreng'.

sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...