BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 30, 2015

Cerita McD dari Faisal Tehrani

As salam wbt. Hohoho... Selamat Hari Pekerja...
Tahun 2015 ni memang banyak cuti 'long weekend' kan? Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Okla, sebenarnya Cik Mai nak review buku baru Faisal Tehrani, terbitan Dubook. Tapi nak ulas satu buku macam malas la pulak. Hahaha. Jadi, Cik Mai nak ulas bab yang Cik Mai paling suka jelah ye. Pasal McD. Oh, jap... lupa nak bagitau tajuk bukunya.

Tadaaa... inilah dia

Okla, dalam buku ni ada satu bab pasal McD bertajuk 'Menyukai Kentang McDonalds'.

Mesti ramai antara kita yang boikot jenama ni kan? Cik Mai pon salah seorang yang memboikot jenama ni. Tapi... kita boikot untuk apa?

Pada Cik Mai, mungkin sebelum ini boikot, selepas baca buku ni pon tetap nak boikot jugak. Hahaha... Alaa, apa bezanya? Apa yang buku ni bagi impak untuk Cik Mai kalau tak ada perubahan apa-apa pon? Haaa... rilek dulu.... tak habis lagi Cik Mai nak ulas ni...

Boikot Tetap Boikot!
Tapi sebab apa boikot? Ok, sebab untuk boikot dah berubah...
Dulu Cik Mai boikot sebab isu Palestin, sekarang Cik Mai lebih suka boikot sebab alasan 'junk food'.

Kenapa?
Dalam buku Dr.Faisal Tehrani yang baru ni, beliau ada cerita pasal McD ni sebenarnya di Israel pon kena boikot. Hahaha... 'Eh, bukan McD pon puak-puak depa ka? Yahudi?'

Ya, McD ada beri sumbangan pada IDF (tentera Israel) sebab nak bertapak di Israel. Tak hairanlah kita boikot McD sebab sumbangan dia ni. (Alaa, kalau boikot sebab Palestin macam orang Malaysia yang perangai macam pisang goreng ni... sekejap jelah... bila perang dah berhenti makan balik...)

McD memperkenalkan menu McFalafel di Israel. Tapi, disebabkan menu ni, orang Israel marah McD konon macam provok depa la...
Kenapa? Ok, Cik Mai ambil bulat-bulat ye ayat dalam artikel tu... sebenarnya isi kandungan dalam buku tu ada je di ruangan beliau dalam website MalaysiaKini.
( http://www.malaysiakini.com/columns/271493 )
"Warga Israel merasakan Amerikanisasi terhadap falafel versi Israel sebagai keterlaluan. Tentu, Palestina ada di situ sebagai puncanya. Sedikit ‘kesilapan’ dilakukan oleh McDonald's apabila ia memperkenalkan McFalafel. McDonald's menggunakan daun selada dalam produk tersebut. Daun selada adalah ciri penting dalam salad versi Palestina. Untuk berbeza, lama dahulu Israel telah menggantikan daun selada dengan timun dalam salad mereka.

McDonald's dituduh sengaja melakukan provokasi. McDonald's dituduh anti-Yahudi dan pro-Palestina. McFalafel menimpa kontroversi. Pada bulan Julai 2010, McFalafel dihentikan pengeluarannya dari restoran McDonald's di Israel. Daun selada dianggap melampaui batas."
Kisah McD diboikot di Israel (Biar betul???)
Ok, part ni best. Sebab Cik Mai pon tak sangka jugaklah...haha... tapi ini takkan buat Cik Mai berhenti boikot McD la. Panjang ni... ikut sukalah nak baca ke nak skip sampai perenggan akhir entri ni. Haha.
Dr Omri Padan pemegang hak McDonald's di Israel membuat satu keputusan. Dia menyekat usaha Rami Levy dan Mega-Or. Dr Padan bertegas tidak membuka cawangan McDonald's di Ariel. Kerana status wilayah tersebut yang kabur (sebenarnya haram!). Pilihan Omri Padan ini memang ‘padan dan serasi’ dengan peribadi beliau.

Padan adalah pengasas NGO Peace Now, yang sering memilih untuk memihak kepada rakyat Palestina dan sentiasa menyuarakan solusi ‘two-state solution within secure borders’ (solusi dua negara iaitu Palestina dan Israel sebagai dua entiti rasmi).

Malah Omri Padan mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan mengapa McDonald's tidak akan dibuka di Ariel; “referring to the decision not to open restaurants in Ariel, the Golan Heights, which Israel captured from Syria in 1967, or even East Jerusalem, which Israel has annexed” (tidak membuka restoran di Ariel, Bukit Golan yang ditawan Israel dalam tahun 1967, atau Timur Baitul Maqdis yang diserobot Israel).

Keputusan tersebut membuka gelombang anti-McDonald's yang kedua. Sebanyak 170 cawangan McDonald's di Israel diserbu dengan stiker ‘Kosher tapi busuk’ dan ditampal khususnya di cawangan McDonald's di Hertzeliya Pituach, Utara Israel. Pemilik McDonald's di Israel, Omri Padan dituduh sebagai puak kiri.

Ahli Knesset (Parlimen Israel), Miriam Regev, yang merupakan jurucakap tentera Israel sebelum menyertai parti Likud mengisytiharkan Omri Padan ‘golongan yang rugi’. Dan Margalit, tokoh kewartawanan Israel mengesan McDonald's diboikot.

Keadaan menjadi lebih buruk. Ahli Knesset, Shula Mu’alem-Rafaeli dari ‘The Jewish Home’, mengarahkan anggota Bnei Akiva, gabungan ‘Religious-Zionist Youth Movement’ untuk memboikot McDonald's. Hana Golan, salah seorang ahli politik di Ariel melancarkan slogan “Kita Pernah Lepas Dari Firaun, Kita Akan Lepas Dari McDonald's”.

McDonald's di Israel dilontar batu, dipulau dan menjadi mangsa kemarahan. Pekerja McDonald's Israel dikasari dan kontroversi McFalafel kembali dibuka orang dan dijaja sebagai cerita; McDonald's dianggap anti semitik

Cik Mai suka pandangan dari sudut lain. Jadi, artikel ini salah satunya. Bila baca komen di situ, ermm... kenapa la kita suka komen tak kena pada tajuk? Hahaha, berbicara pasal McD, isu syiah sunni yang dikomennya.

Memanglah fahaman Dr Faisal Tehrani berbeza dengan Cik Mai, tapi sekadar nak baca dari sudut lain, tak salah kan? Kita pegang prinsip kita sudahlah...

Cik Mai cuma nak ceritanya, kenapa faktor Cik Mai boikot McD dah berubah. Ini antara perkongsiannya. Kadangkala, dengan mengubah sebab tindakan tak mengubah tindakan kita. Bukanlah nak kata, Cik Mai dah tak boikot sebab dah tak bersama orang Palestin. Tapi, itu dah jadi faktor yang kedua. Faktor yang paling utama untuk boikot McD bagi Cik Mai ialah kesihatan.

Bukankah menjaga kesihatan itu sebahagian daripada sunnah?

Faktor yang lebih kukuh dan berpanjangan.
Agar Cik Mai dapat menghalang diri daripada menjadi 'pisang goreng'.

sekian-Cik Mai

Tuesday, April 28, 2015

Setelah Aku Khatamkan 'Agong Tanpa Tengkolok'

As salam wbt.
Alhamdulillah Cik Mai berkesempatan pulang dari Pesta Buku Antarabangsa semalam. Cik Mai pilih hari Isnin untuk ke sana sebab hujung minggu terlalu ramaiiiiiii!!! Hahaha...

Baiklah, kali ni Cik Mai nak review sikit pasal buku 'Agong Tanpa Tengkolok'.


Entah kenapa Cik Mai dah mula minat buku-buku Thukul Cetak. Hahaha...setakat ni dah ada semua buku terbitan syarikat ini.

Sebelum Cik Mai beli buku 'Agong Tanpa Tengkolok', ada la juga usha-usha cover buku ni. Menarik. Dan dalam kepala Cik Mai, "mesti buku kritik Tun M habis-habis ni." hahaha. Jadi Cik Mai pun cari maklumat pasal buku ni. Rupa-rupanya penulisnya antara kru web MalaysiaKini. Seingat Cik Mai, ada la dalam beberapa tahun lepas Cik Mai kerap baca website tu. Mungkin dalam tahun 2008 kot... kemudian Cik Mai jarang baca dah. Jadi Cik Mai teruja nak memiliki buku ini. Ya ampunnnn, semua kedai-kedai online sama ada di instagram mahupun bookcafe dah habis stok! Mujurlah, ada di GerakBudaya. Siap ada diskaun lagi!
Hahahahah....

Apa yang menariknya? Ungkapan 'don't judge a book by its cover' memang sesuai dengan buku ini. Buku ini bukan mengkritik semua sisi negatif Tun M saja (macam sesetengah kritikan pembangkang). Buku ini ditulis melalui perspektif seorang wartawan dalam dunia politik di Malaysia.

Cik Mai bukanlah peminat setia Tun M tapi sebagai golongan muda yang lahir pada saat akhir pentadbiran Tun M (Cik Mai budak 90-an. hehehe), apalah yang Cik Mai ingat dan faham tentang situasi waktu itu. Buku ini bolehlah dikatakan 'flashback' isu-isu politik, agama dan budaya sekitar awal tahun 2000.

1. Bahagian Politik:
 Cik Mai paling tertarik dengan bab paling awal iaitu 'Mahathir Agong Tanpa Tengkolok'. Cik Mai akui, selama ini apa yang Cik Mai tahu tentang Tun M semuanya dari perspektif pembangkang. Pernah Cik Mai jadi fanatik pembangkang (zaman remaja mudah terpengaruh! haha). Tapi setelah makin dewasa ini, kesedaran mula timbul bahawa tidak semua pembangkang betul dan tidak semua pihak lawannya salah.

Part yang paling tersentuh ialah ucapan beliau di dewan rakyat pd 18/1/1993. Pindaan rang undang-undang yang dibentangkan bukanlah tujuan untuk menghapuskan kuasa raja-raja, tetapi untuk memelihara institusi beraja di Malaysia sendiri.

Ya, banyak pandangan negatif terhadap Tun M yang Cik Mai pernah baca. Tapi, untuk berlaku adil, kita kena lihat juga sisi positif beliau. 

Dan kupasan tentang politik dalam buku ini pada bahagian lain tentang reformasi dan sebagainya menarik juga bagi Cik Mai. Apa yang kita perlu sedar dalam masyarakat kita, generasi muda mudah tersangkut dengan fanatik. Ya, sangat fanatik. Generasi muda tidak bebas mindanya. Kalau disebut reformasi, pastinya dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya, reformasi itu lebih luas, tidak hanya bersandarkan sesuatu pihak semata-mata. 

Bacalah buku ini untuk meluaskan pandangan. InsyaAllah bermanfaat.

2. Bahagian Agama

Dalam bahagian ini, yang paling terkesan dalam hati Cik Mai, ialah apabila penulis mengulas bencana Tsunami. 

Kita sering anggap, "bala semua ini Tuhan hantar sebab maksiat!"

Tak kiralah isu musibah apa pun, seperti kehilangan MH370. Juga dikaitkan dengan maksiat.

Sampai kita lupa, musibah semua ini, juga berpunca daripada tangan-tangan kita....

3. Budaya

Dalam bahagian ini, tidak seperti dua bahagian tadi, ada satu bab yang Cik Mai agak terkesan di hati juga, tapi bukanlah bersetuju 100% tindakan individu yang diceritakan. Individu yang menjadi mangsa KDN.

Pada Cik Mai, kenapa dia hendak berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan tabloid di pedalaman sekalipun tanpa permit, ditangkap, kena masuk mahkamah dan sebagainya. Bagi Cik Mai, dia gila untuk masyarakatnya!!

Pengorbanannya... pada Cik Mai, memang sangat bernilai. Berkorban untuk masyarakat. Tapi, entahlah... kalau Cik Mai berada dalam keluarganya, Cik Mai akan suruh dia berhenti meskipun dia tak mahu. Kalaupun dia tak mahu, carilah jalan lain... bukan jalan ini...

Ada rasa simpati pada individu yang digelar penulis sebagai 'unsung hero'. Kita hidup dalam suasana yang mana masyarakatnya umpama 'pisang goreng'. Panasnya sekejap. Kemudian sejuk balik. 

Seolah-olahnya, masyarakat sendiri redha dengan apa yang berlaku dalam negaranya. Masyarakat yang sudah penat. Penat untuk menuntut haknya habis-habisan....


Nota: Mungkin ulasan buku ini kurang memuaskan. Maafkan Cik Mai sebab dah lama baca baru nak ulas. Hahaha... Apa yang Cik Mai ulas ini, adalah bahagian yang mendapat tempat di hati Cik Mai.  Kalau Cik Mai ulas buku ini betul-betul lepas khatam, mungkin ulasannya lebih terperinci. 


Sekian-Cik Mai

Wednesday, April 22, 2015

Aku, Drama dan Filem Korea

As salam wbt,
Kembali lagi Cik Mai kali ini. Amboi, rajin bebenor update blog! Hahahaaha... Dah Cik Mai cuti sampai bulan September kot! Tak kerja ke? Hmm, nak kerja tu nak juga tapi rasa nak buat benda lain selain bekerja. Macam cuti sem lepas ada la Cik Mai pergi mengajar tuisyen. Kali ni rasa macam nak benda lain... adalah benda yang Cik Mai target nak buat. Hehehe...

Apa-apa pon, hari ni Cik Mai nak berkongsi la cerita Korea yang best. Ehem, ehem, ehem... sejak bila Cik Mai minat Korea ni? Hahahahah....

 Cik Mai mengaku la sejak masuk alam universiti ni ada pengaruh kawan-kawan yang menjebakkan Cik Mai ke kancah ni. Ayat macam teruk sangat je pakai perkataan "kancah". Haha. Sebenarnya, Cik Mai rasa makin kita dewasa ni, makin minda kita terbuka untuk jadi lebih adil pada diri sendiri. Dulu Cik Mai selalu la pandang serong dengan majoriti peminat karya seni dari Korea ni. Tapi Cik Mai sendiri, tak cuba nak teroka kenapa diorang minat Korea.

Pabila kita dah bergaul dengan ramai orang yang bermacam ragam dan pendirian, baru kita faham kenapa diorang macam tu. Tak dinafikan ada peminat Korea yang fanatik. Fanatik memang tak elok. Bahkan dalam agama sekali pon, fanatik tu dilarang, kan?

Jadi, apa yang best sangat Korea ni?
Bagi Cik Mai la... kreativiti dan jalan cerita tu yang menarik. Yang tak ada pada drama-drama Melayu. Tambahan pulak, retis-retis Korea ni pandai main mimik muka. Kadang kita boleh faham cerita tu melalui body languange dan mimik muka. Tak perlu subtitle pon boleh agak.

Dan bukan semua la cerita Korea Cik Mai layan. Tapi, kalau Cik Mai layan tu, mesti ada something yang Cik Mai rasa, "drama/filem ni ada nilai". Ada sudut ilmiahnya.Contohnya?

1. Doctor Stranger

Ni drama korea yang pertama sekali Cik Mai tonton. Mula-mula tengok tajuk macam, errmm, kisah dokter ni. Tapi bila dah start tengok, ada unsur-unsur fiksyen sejarah. Jadi Cik Mai kan minat sejarah... Cik Mai pon tertarik la nak tengok sampai habis. hehehe.

Dalam cerita ni fokuskan bidang pembedahan. Memang menarik la. Banyak pengetahuan tentang bidang medik dalam cerita ni. Dan cerita dia tak la fantasi sangat. Dalam dunia ni, bukan semua benda kita boleh buat dengan jayanya. Ada part yang surgeon ni nak selamatkan mak dia. Kita mesti ingat "surgeon ni hebat kot... mesti selamat laa mak dia tu.." tapi tak... pembedahan tu tak berjaya...

2. Miracle in cell no. 7

Kisah Anak & Bapak. Filem ni memang menyentuh hati la habaq hang! Ada juga part lawak dalam cerita ni. Kisahnya bapak budak dlm cerita ni kena fitnah bunuh budak lain. Pastu ditempatkan dalam sel penjara no 7. Malaslah Cik Mai nak cerita lebih-lebih. hahaha, pi la tengok kat youtube tu~

3. Good Doctor
Kisah seorang lelaki penghidap autisme yang jadi dokter. Ohsem kan? Cerita ni banyak fokuskan bidang perubatan kanak-kanak. Dan Cik Mai rasa wow!! Idea orang Korea ni boleh tahan jugak la. Lain  daripada yang lain. Cik Mai malas nak ulas panjang-panjang... kalau nak tengok, bolehla hampa semua Google drama ni.

3. Pinocchio

Ini bukan kisah dongeng Pinocchio. Tapi kisah pasal sebuah family yang teraniaya sebab media dan melibatkan seorang penghidap sindrom Pinocchio. Fokus tentang bidang kewaratawanan. Yang bestnya cerita ni, walaupun drama ni mengkritik media massa... tak pulak kena banned. Hahaha. Dan ada la segelintir orang cakap media massa kat Malaysia ni macam dalam cerita Pinocchio. Lulz. Apa-apa jelah... yang penting jalan cerita dia menarik.

4. I Hear Your Voice

Kisah seorang budak lelaki yang dapat kelebihan boleh dengar suara hati orang lain. Menarik kan? Drama  ni fokuskan bidang kehakiman. Dan kalau kita tonton drama ni, boleh dapat gambaran macam mana sistem undang-undang di Korea dan kehidupan peguam seharian. Apa kaitannya dengan budak lelaki yang ada kelebihan istimewa tu? Budak laki tu jadi peguam ke? Tak...budak laki tu bukan peguam pon. Haaaa...kalau  nak tau kena la tengok~~ lulzz

5. Kill Me Heal Me
Drama ni berkisarkan kehidupan seorang lelaki yang menghidap penyakit psikologi, D.I.D. Dia ada banyak personaliti. Memang lawak laa time personaliti dia berubah-ubah tu. Series tak tipu! Hahaha... part sedih pon ada jugak. Yelah, sapa ja yang bahagia kalau hidup ada penyakit macam tu kan? Cerita ni ada kait mengait dengan dunia korporat juga macam drama Melayu. Huhu. So macam mana dia boleh sembuh daripada penyakit ni? Haa yang tu kena tengok la. Cari kat Youtube.



Saat kita melihat sesuatu perkara dari satu sudut pandang saja, ternyata kita ini berpandangan tidak menyeluruh. Cik Mai tak nafikan ada pro dan kontranya kalau layan cerita Korea. Tapi, ada sesuatu yang ada pada mereka tak ada pada kita. Macam cerita-cerita di atas ni... Cik Mai rasa kat Malaysia tak ada jalan cerita yang kreatif macam ni.....

Sekian-Cik Mai


Tuesday, April 21, 2015

Tidakkah kita rasa malu?

Jika seorang yang belum Muslim menyoal, "benarkah Islam itu agama yang benar, agama yg sejahtera? Jika benar, kenapa umatnya saling berbalah?"

Sejujurnya saya tidak punya jawapan untuk dia. Kita menyuruh mereka melihat Islam tetapi jangan dilihat pada umatnya... Tetapi tidakkah kita rsa malu untuk menuturkannya?

Akhirnya saya hanya menjawab;
"Kebenaran itu kamu akan temuinya melalui pencarianmu sendiri. Dan apa yg kamu temui itulah kebenaran bagimu"

Bukan tak mahu berdakwah tetapi saya malu untuk menyatakan;
"Jangan lihat Islam pada umatnya"

Kerana dia akan menyoal kembali;
"Jadi apa guna kamu beragama Islam kalau kamu sebagai umat Islam sendiri tidak mencerminkan Islam?"

*Entri ini sengaja Cik Mai tidak bahasakan diri seperti biasa....

Sunday, April 19, 2015

Buku Indie Bukan Sekadar Trend

As salam wbt,
agak lama Cik Mai menyepi dan jarang-jarang menulis di blog ni. Huhu. Sorry dear blog. Al maklumlah, minggu-minggu lepas sibuk dengan final exam untuk final semester. Jadi sekarang Cik Mai dah memang free habis la ceritanya. Haha.

oh ya, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti Daurah Ilmu baru-baru ni. Dan alhamdulillah ada soalan-soalan Cik Mai yang dijawab dengan baik dan tepat.

Tapi itu bukanlah fokus Cik Mai di sini.Intro ni sekadar nak cerita kisah hidup Cik Mai sebelum ini je. Kenapa lama tak muncul. Haha..Ok, back to the topic.

1. Genre Indie dan anak muda

Kalau kita perasan la kan...syarikat-syarikat penerbitan karya Indie sekrang makin lama makin banyak. Kenapa? Mungkin sebab genre ni mengisi lompang-lompang dalam industri penulisan yang dekat di hati golongan muda. Pada hemat Cik Mai, kita dah jemu atau orang Penang cakap "cemuih" dengan jalan cerita yang cliche dan boleh diagak. Kahwin kontrak la... Kahwin paksa la... "Suamiku Encik dot dot dot...". Karya indie membawa jalan cerita yang kreatif dan evergreen. Macam penulis Nadia Khan, dalam novelnya "Kelabu"... Cik Mai takmau la cerita nanti pembaca yang nak beli tak jadi beli terus sebab dah tahu kejutan dalam jalan ceritanya. hahaha...



Apa yang Cik Mai perhatikan, karya Hlovate menjadi pencetus trend ini. Jalan cerita dan bahasa yang kena pada jiwa remaja ini telah menjadi satu fenomena dalam dunia penulisan novel. Karyanya tak sekadar memfokuskan tema "Cinta". Boring. Hlovate dalam karya-karyanya berjaya meng'intergrasi'kan budaya hip macam skateboard dan jalan ceritanya seakan memujuk remaja pulang kepada agama tanpa perlu membuang habis-habisan identiti kita. Kalau kita seorang penggemar skateboard, teruskan bermain skateboard tapi perkara asas dalam agama seperti solat tak diabaikan. 


2. Karya Indie mengubah persepsi Masyarakat
Karya Indie memberi nafas baru dalam penulisan. Karya yang realistik. Cik Mai ambil contoh antologi cerpen "Diagnosis" dan buku "Prognosis". Dunia kedoktoran memanglah glamour, mulia dan macam-macama lagi sisi pandangan awam terhadap golongan doktor. Tapi, hakikatnya, hidup sebagai doktor bukan seindah sangkaan masyarakat. Karya Indie telah memecahkan mindset terhadap kerjaya ini.

3. Karya Indie ni Ilmiah ke?
Cik Mai tak katakan semua, tapi ada. Sebagai contohnya, buku-buku terbitan Dubook Press & Thukul Cetak banyak membicarakan perkara-perkara ilmiah. Dan sudah tentulah suasana di Malaysia ni lebih terdorong untuk mengupas isu politik. Kadang-kadang Cik Mai hairan jugak la... Orang Malaysia ni tak "cemuih" ka dengan politik? Hahaha... 


Cuma, karya Indie Ilmiah ni kalau dibaca, tak perlulah dihadam 100%. Sudah sampai masanya sebagai seorang pembaca, kita menilai apa yang dibaca. Kita patut jadi seorang pembaca yang kritis. Apa yang menariknya lagi, karya Indie memberi ruang kepada golongan-golongan yang sering dipandang serong oleh masyarkat. Golongan 'drop out' umpamanya. Contohnya macam saudara Benz Ali. 

Jadi, kita boleh melihat sudut pandang orang macam dia dan kadang-kadang, apa yang ditulisnya ada nilai. Ada kebenaran. Cuma agak pahitlah sikit nak ditelan. Tak semua tapi ada la isinya yang boleh diambil.

Dan ada juga karya indie yang mengupas isu pendidikan. Tak sangka kan? Pada Cik Mai, ini satu suasana yang sihat. Kenapa? Kalau penerbit indie yang menerbitkan buku, akan lebih ramai orang muda yang membacanya. Tapi, kalau isu-isu ilmiah ini diterbitkan oleh Dewan Pustaka dan Bahasa, agak-agak mereka tertarik tak? Jadi, Cik Mai melihat penerbitan Indie bijak mengambil peluang ini. 

3. Ada tak karya Indie versi Islamik?
Oh, ada ja. Nak Cik Mai bagi contoh ke? haha...okay di bawah ni antara karya-karya Indie Islamik.

Inilah karya Indie yang Islamik. Penulis-penulis ini banyak mengupas isu agama dalam kalangan remaja dan masyarakat. Jadi, karya-karya ini amat dekat di hati pembaca. Kadangkala, ada juga kritik sosial yang dihidangkan dalam buku-buku ini. Cumanya, dari segi bahasa itu ada kurangnya sikit la. Ada yang kasar sikit, ada yang istilah diubah agar nampak lebih hipster..acehh... mcm perkataan Cinta jadi Chenta. walaubagaimanapun, itulah tarikan penulis indie islamik ini.


5. Cuma, apa yang Cik Mai rasa ralat sikit pasal Karya Indie?
Dua je yang Cik Mai rasa macam erm... Sebenarnya unsur-unsur ini tak elok dalam penulisan, sebab Cik Mai percaya "you are what you read"...tapi mungkinlah sebab golongan remaja ni lebih tertarik dengan unsur-unsur tu...

Lucah. Bahasa Kasar.
Bukan semua la. Ulang sekali lagi. Bukan semua. Contoh buku? Err... tak payahla...hahahaha...
Tapi, sepanjang Cik Mai hidup sebagai pembaca ni, buku novel selain indie pon ada je unsur lucah.Hakikatnya, pandai-pandailah nak pilih buku.

Okayla, setakat itu je kot. -Cik Mai

Wednesday, April 1, 2015

Study la...


                Pabila musim final exam menjelma, maka bertungkus lumuslah para mahasiswa mahasiswi study bagai nak rak. Normal la. Siapa yang tak nak Berjaya kan?
                Teringat zaman Cik Mai sekolah dulu, bagi Cik Mai, diri ini hanyalah insan biasa je sebenarnya. Cuma kadang-kadang rezeki Allah bagi melalui jalan akademik tu lebih sikit. Lepas tu ada la mulut-mulut konon jet-jet jeles keluarkan ayat ni “Mai, hang tak payah study la… dunia ja semua ni!!!” kemudian gelak konon sinis habis la…
                Dunia je semua ni? Study tu amanah, kawan-kawan. Kalau amanah kat dunia pon tak selesai, macam mana nak Berjaya di akhirat? Bukan Berjaya dalam erti kata lulus dan cemerlang dalam exam amanah kita, tapi belajar! Memang ada je orang yang tak study tapi pass exam… tapi dia amanah ke sebagai seorang pelajar yang tugasnya belajar? Study bukan untuk Berjaya saja, study itu amanah. Hakikatnya.
                Study, untuk Berjaya di akhirat. Kerana nanti Tuhan akan Tanya satu persatu amanah kita kat dunia ni. Sekian-Cik Mai.


Psstt: Salam Final Exam. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...