Dua Benua
Oleh Maisarah Mohamed Pauzi
Ustaz
Iqbal meraup wajahnya. Kena lagi. Semuanya gara-gara artikel baru tulisannya di
majalah Islah dan juga blog peribadinya. Memang begitulah ragam masyarakat,
tambah-tambah di media sosial. Teringat gurauan hambar Yusuf tentang media
sosial.
“Hang
tau pasai apa media sosial ni banyak mudarat?”
“Pasal
apa?”
“Sebab
nama dia sosial, so- sangat... jadi media sosial ni nama pon dah sangat sial...
hahaha”
Ya,
memang hambar. Tapi ada juga sisi kebenarannya.
Dia
yakin artikelnya releven. Tapi biasalah, bukan semua pandangan kita akan
diterima. Cuma, yang pedihnya apabila kita mula dilabel dengan gelaran-gelaran
negative.
Ustaz Liberal!
Wahabi!
Orientalis!
Agen yahudi!
Orang
kita suka pada dakwah, pada ceramah agama, tapi akhlak masih tak seiring dengan
minat terhadap ilmu agama. Kenapa akhlak tidak seiring dengan keghairahan
mereka? Adakah akhlak bukan sebahagian
daripada agama?
Dia
membaca kembali artikelnya. ‘Menyantuni Liberalis’. Padahal artikelnya sebelum
ini tentang menyantuni non-Muslim berlainan amat sambutannya. Adakah masyarakat
kita elergik pada liberalis melebihi golongan lain?
“Itulah
hang. Hang kena peka la sikit sensitivity masyarakat...” teringat kata-kata Yusuf.
“Aku
Cuma nak mencerahkan masyarakat kita. Itu saja,”luah Ustaz Iqbal.
“Lepas
ni, lebih baik hang tulis artikel pasal cinta selepas nikah ka, budaya couple
ka... Confirm dapat sambutan! Hahaha!”
Menyampah.
Sememangnya hal-hal semacam itu yang akan mencerahkan masyarakat, menjauhi
ekstremisme? Argh! Sabar sajalah!
“Hang
tak rasa benda-benda macam tu akan menambahkan kegedikan, tambah-tambah dalam
kalangan budak-budak so-called islamist?”
“Eh,
apa pulak. Isu macam ni la yang akan mengurangkan kes zina,”
“Kes
cerai?” Ustaz Iqbal menyerang balas hujah Yusuf.
“Maksud
hang?”
“Maksud
aku, adakah kahwin muda akan mengurangkan kes cerai?”
“Kahwin
muda ka, kahwin tua ka... orang bercerai jugak. Tak ada kena mengena okay...”
“Tak
ada kena-mengena kata kau? Ya allah... Macam inilah,aku setuju, memang bagus
kahwin muda, tapi kau kena sedar yang kes cerai muda pon makin hari makin
bertambah,”
“Eh,
sekurang-kurangnya kes maksiat zina semua tu berkurang kan?”
“Jadi,
kahwin semata-mata untuk elakkan zina dan maksiat? Bukan sebab ibadah?”
“Elak
zina dan maksiat itu bukan ibadah ke?”
“Ya
allah, itu definisi ibadah kau?”
“Yelah,
amar makruf nahi munkar kan?”
“Yusuf,
kau kena faham konsep perkahwinan dalam islam ni ada elemen mawaddah dan
rahmah. Ish, kalau aku membebel ni dah jadi ceramah pulak kat kau. Tapi, aku
harap kau hadam dulu elemen mawaddah dan rahmah tu. Yang penting, aku nak
bagitau kau, perkahwinan bukan berasaskan nafsu semata-mata,”
Sebenarnya
pertengkaran itu tak berakhir di situ. Ada lagi kisahnya. Tapi cukuplah setakat
itu dulu. Kepala Ustaz Iqbal berdenyut-denyut mengenangkan hal tersebut. Islam
di Malaysia ini Islam Trend.
Telefon
bimbit berdering. Cikgu Yasmin.
“Assalamualaikum,
Iqbal. Maaflah cikgu mengganggu waktu-waktu begini,”ucap Cikgu Yasmin.
“Waalaikumsalam.
Eh, tak adalah mengganggu pon, cikgu. Ada apa ye cikgu call saya ni?”
“Cikgu
ingat nak jemput Iqbal datang rumah esok. Ada la cikgu masak-masak sikit. Sofea
dah balik Malaysia!” kedengaran suara teruja Cikgu Yasmin. Ustaz Iqbal tersenyum.
“InsyaAllah
esok saya datang. Lagipun esok saya tak ada hal”
“Alhamdulillah!
Datang yer Iqbal. Jangan lupa,” semakin gembira Cikgu Yasmin mendengar janji
Ustaz Iqbal itu.
CIkgu
Yasmin...
Dia
sudah seperti ibu bagi Ustaz Iqbal dan juga arwah Insyirah. Kadangkala, ada
sebak yang tersimpan apabila terkenangkan zaman remajanya. Mujur Tuhan hadirkan
Cikgu Yasmin dalam hidup mereka berdua. Pada siapa lagi mereka hendak menumpang
kasih, sudahlah ayah dan ibu pergi meninggalkan mereka sekelip mata.
----
Imbas Kembali
“Abang,
kenapa Allah ambik ayah dan ibu dari kita?”Insyirah teresak-esak.
Dia tak
mampu menjawab. Dalam hatinya juga terbit soalan yang sama. Tapi iman masih
ada. Didikan ayah dan ibu masih kuat dipegang.
Insyirah sudah terkulai di sisinya. Siapa yang tak sedih, pabila orang
yang paling dicintai dalam dunia ini pergi dijemput Ilahi?
Cikgu
Yasmin menghampiri mereka di tanah perkuburan itu. Talkin sudah tamat. Orang
ramai pun sudah beransur pergi. Yang tinggal hanya mereka bertiga.
“Iqbal,
Insyirah... “ panggil Cikgu Yasmin. Dia menatap kedua-dua anak muridnya itu.
Ada simpati yang terbuku di hati mengenangkan nasib mereka berdua.
Iqbal
menoleh. Ada air mata yang cuba ditahan-tahan bertakung di tubir mata. Dia
lelaki. DIa abang. Dia harus tabah. Dia harus kuat untuk satu-satunya adiknya.
“Sudahlah
sayang. Ikut cikgu balik, ya?” pujuk Cikgu Yasmin.
“Taknak!
Nak ayah dan ibu balik! CIkgu... tolong gali balik kubur ni!” Tangisan Insyirah
makin lebat. Dia memberontak dan mula menggali tanah kubur yang masih merah
dengan tangannya sekuat mungkin.
“Adik...
jangan macam ni!” Iqbal menarik adiknya ke belakang.
Insyirah
terpempan. Seketika dia tersedar kelakuannya yang melampau. Yang ada hanya
tangisan.
----
“Amboi
jauh termenung kau, Iqbal! Sampai tak dengar aku panggil dari tadi. Haha,” sapa
Sofea.
“Eh,
bila masa kau ada kat sini? Haha... takde la termenung pun... teringat masa
dulu je,” balas Ustaz Iqbal.
“Yelah
tu... Jom la makan weh! Umi dah hidang spageti tu! Kau kan tekak western kan...
mesti suka! Hahaha,” usik Sofea.
“Eleh.
Aku ni bukan macam kau, selalu hadap western food. Maklumlah belajar kat US
kan...”
“Aku
ingat kau ni ustaz yang progresif. Rupa-rupanya cliché jugak eh... tak adanya
aku makan western hari-hari kat sana. Masak Ayam Penyet ada lah! Haha!” balas
Sofea.
“Kau
dah baca artikel aku?”soal Ustaz Iqbal. Belum sempat Sofea nak menjawab,
kedengaran suara uminya memanggil dari dapur.
“Iqbal,
Sofea, mari sini makan!” panggil CIkgu Yasmin.
“Ye
Cikgu!” sahut Ustaz Iqbal.
“Sambung
lepas makan lah. Jangan sebut langsung apa-apa pasal liberal ni. Umi tak berapa
suka...” pesan Sofea.
“Hah?”
Ustaz Iqbal terkesima seketika.
“Oh,
tenang je. Tak ada kena mengena dengan artikel kau. Umi tak baca lagi
rasanya... kalau dia membebel kejap lagi maknanya dia dah baca,”terang Sofea.
“Amboi,
sakannya bersembang. Taknak makan ke?” bebel Cikgu Yasmin pula.
“Eh,
nak makanlah ni, cikgu. Hehehe...”balas Ustaz Iqbal sambil menuju ke meja
makan.
----
Semasa menceduk kuah spageti ke dalam mangkuk,
Sofea perasan tangan Ustaz Iqbal ada kesan luka.
“Tangan
kau ni kenapa?” soal Sofea.
“Erm...
aku tumbuk meja,”
“Kau
mengamuk dekat sapa pulak ni?” soal Cikgu Yasmin pula.
“Hmmm...
ada lah...”
“Mujur
kau tak pukul orang. Haish,” Cikgu Yasmin kesal. Diurut-urut dadanya.
“Hmm,
dah la. Kita tak payah cakap pasal ni ye, Umi? Iqbal, kau tu ustaz,” Sofea
mengingatkan.
“Ye...
aku tau...hmm...” keluh Ustaz Iqbal.
‘Tapi
aku juga manusia. Aku bukan malaikat. Aku ada perasaan’.
Setelah
diabaikan isu tangan Ustaz Iqbal itu, suasana kembali ceria. Macam-macam cerita
si Sofea ni. Maklumlah, dah lama tak balik Malaysia. Habis makan, mereka tak
beralih lagi tempat duduk dari kerusi makan. Beriya-iya Sofea nak berkongsi
gambar-gambarnya sepanjang zaman belajar. Gambarnya di Air Terjun Niagara lah,
gambar dia di United Nations, New York dan entah apa lagi tempat-tempat di
Amerika Syarikat yang dia dah pergi. Ustaz Iqbal dan Cikgu Yasmin layankan
saja.
“Sakan
kau berjalan, Sofea!” komen Ustaz Iqbal.
“Eh, mestilah!
Bukan senang nak ke sana. Alhamdulillah, rezeki kata orang,” sengih Sofea.
“Mujurlah
kau ingat lagi kau tu orang Melayu, orang Islam, Sofea. Kadang-kadang umi risau
juga kau di sana,” luah Cikgu Yasmin.
“Alah,
umi ni. Umi tau tak, muslim kat sana lagi kuat pegangan diorang daripada di
Malaysia ni. Umi bayangkanlah, diorang berhijrah dari Negara asal ke US,
wujudkan komuniti muslim, buka perniagaan makanan halal di sana. Kumpul dana
bina masjid dari poket sendiri. Macam kat Malaysia ni kita bertuah, nak bina
masjid, nah dana dari kerajaan. Serba serbi senang nak amalkan Islam di sini.”
Sofea menyangkal perasaan uminya.
“Umi bukan
apa, umi ni takut kau jadi macam dalam filem Kurbaan, My Name Is Khan tu haa...
suami islam, bini Hindu. Hish, pluralisme agama!”
“Apa laa
umi merepek ni. Umi jangan terpengaruh sangat dengan filem Hindustan boleh
tak?” Sofea membebel. Ustaz Iqbal hanya ketawa. Aduhai, paranoid betul Cikgu
Yasmin ni.
“Yelah,
kalau tak berlaku dalam masyarakat, takkan diorang buat filem kan?” hujah Cikgu
Yasmin.
“Hmm
kalau berdebat dengan umi ni, memang umi lah yang menang...Yelah umi, saya
faham...”Sofea menggeleng. Terbit ketawa kecil. Diurut-urut bahu uminya, seakan
hendak memujuk. Inilah umi. Dia faham, umi sayangkan dia, satu-satunya anak
umi. Jadi, dia mengalah saja.
Sofea
memberi isyarat mata. Ustaz Iqbal seakan faham.
‘Ni
belum lagi kau sebut pasal artikel kau tu, umi dah membebel macam ni’.
‘Yelah,
aku faham’.
---
Malam
itu, seperti biasa, sesudah Isyak di masjid, Ustaz Iqbal singgah sebentar di
gerai berdekatan masjid. Sekadar memesan segelas teh o ais. Balik ke rumah pun
bukan ada sesiapa. Dia menyewa rumah seorang diri. Dulu ada juga seorang rakan
serumah. Tapi, dah berkahwin jadi dia berpindah. Tinggal Ustaz Iqbal seorang
saja sekarang.
“Assalamualaikum!”
sapa seorang wanita.
“Waalaikumsalam...
eh Sofea? Mana cikgu?” oh, Sofea rupanya.
“Umi
tak larat. Aku datang masjid sorang-sorang je,”balas Sofea.
“Berani
pulak kau...”
“Alah,
dah terbiasa. Lagipun, dah lama tak rasa suasana masjid kat Malaysia ni. Salah
ke?”
“Tak
adalah salah. Cuma, kau datang sorang-sorang, tak takut ke?”
“Hmm.
Kau ni patriaki jugak eh,”
“Haha.
Kau pun nak label aku jugak. Kau tengok orang kiri kanan dok pandang kita.
Lepas ni mesti orang label aku ustaz tak thiqah pulak...” Ustaz Iqbal meneguk
teh aisnya. Muka dah tak larat nak melayan segala macam label.
“Ah,
lantaklah. Tempat ni terbuka kot. Ni mesti sebab artikel kau kan?”
“Memang
pon.” Diteguk lagi teh o aisnya. Walaupun sebenarnya Ustaz Iqbal tak selesa
bila Sofea duduk semeja dengannya tapi nanti kecil hati pula kalau minta diri
terus.
“Aku
dah baca. Kau bukan menyokong liberalisme pon. Kau Cuma tulis pasal idea-idea
dan persoalan yang dibawa oleh golongan liberalis macam Sister In Islam.
Diorang ada juga sumbangan yang tak boleh dinafikan. Diorang bertindak sebagai
penyoal dan orang yang pakar dalam bidang agama ini sepatutnya menghargai
kewujudan diorang dan mencerahkan masyarakat dengan hujah yang kukuh, dan ada
kalanya apa yang mereka persoalkan memang patut. Macam isu poligami, orang kita
tak sedar yang hakikatnya poligami itu rukhsah. Yang menjadi fitnah terhadap
syariat ialah pengamalan masyarakat yang tak faham dan ambil agama
separuh-separuh. Dan aku rasa diorang bukanlah menolak agama sepenuhnya. Macam
isu fatwa negeri Perlis berkaitan hak jagaan anak tak mengambil kira faktor
agama. Diorang setuju dengan fatwa tu.” Panjang lebar Sofea mengulas, tanda
sokongan kepada artikel Ustaz Iqbal.
“Amboi,
kau ulas macam dah hafal satu persatu artikel aku. Haha...” Ustaz Iqbal sekadar
meraikan ulasan Sofea sebagai pembaca.
“Iyalah,
orang kita cepat betul melenting. Lagipun, kau ada tulis juga hujah-hujah
liberalist yang sememangnya kau tak setuju macam isu tudung, aurat. Bagi aku,
kau sekadar menyarankan budaya dialog atau debat yang harmoni dalam menghadapi
golongan liberalist. Bukannya kau sokong diorang pon,” tambah Sofea lagi.
“Kan
bagus kalau orang yang membaca artikel aku macam kau. Yelah, diorang cakap yang
dialog-debat ni tak bawa ke mana, tak ada hasil. Aku fikir, kalau orang yang
mendengar dengan hati yang terbuka, dah tentu diorang boleh tapis idea dan
ambil hujah yang releven bagi diorang.Bukan kita nak cari siapa menang atau
kalah, atau nak paksa pegangan kita pada orang lain. Hah, pasal isu fatwa hak
jagaan anak tu, aku teringat pula kes JAIS serbu wedding pasangan Hindu dulu,”
komen Ustaz Iqbal.
“Hmm...
yang tu aku ada follow jugak. Ayah pengantin perempuan ke yang masuk Islam tu?”
“Ha ah.
Ayah dia tukar status dan nama dia kepada Islam. Tapi, ayah dia tak jaga dia
pon. Dan dia tak pernah amalkan agama Islam seumur hidup dia. Dia dah cuba
tukar status agama di kad pengenalan tujuh tahun sebelum perkahwinan dia tapi
tak boleh. Selebihnya, aku dah tak ingat apa cerita kes tu...”
“Hmm...
berat betul kes ni. Pendapat kau?”
“Aku
tak tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kes ni. Jadi, aku taknak ulas. Cuma
aku teringat saja pasal kes ni bila kau sebut pasal fatwa negeri Perlis tu,
pasal hak jagaan anak dan agama anak. Itu saja, mungkin kisah sebenar di
sebalik kes ni boleh diselesaikan dari mula-mula ayah pengantin perempuan tu
memeluk Islam kalau fatwa ni dah wujud masa tu.” Ustaz Iqbal dah membelek jam
tangan. ‘Hmm, dia ni nak sembang lagi ke?’
“Aku
sebenarnya ada benda nak share kat kau ni. Nah,ada 2 jurnal pasal Hak Asasi
Manusia.” Sofea menghulurkan jurnal-jurnal tersebut kepada Ustaz Iqbal yang dicapai dari dalam beg tangannya.
“Kau ni
liberal ke? Haha,”
“Amboi
kau pun nak label aku jugak?”
“Takdelah,
gurau je,”
“Ustaz
tak thiqah! Haha,”
“Hek
eleh...” Ustaz Iqbal tak ambil pusing gurauan Sofea itu. Dia membaca sekilas
tajuk-tajuk jurnal itu.
“Erm...
satu lagi. Okay, first of all, aku tau kau sensitif dengan isu ini. Tapi,
percayalah ini mungkin akan jadi jawapan untuk soalan dalam hidup kau selama
ini...” Sofea menghulurkan satu lagi bahan bercetak, sebuah artikel.
Riak
muka Ustaz Iqbal sedikit berubah. Tapi dia sambut juga pemberian Sofea itu.
“Terima
kasih...” ucap Ustaz Iqbal. Ada rasa yang bercampur baur dalam hatinya.
“Aku
balik dulu, ya? Assalamualaikum,” Sofea meminta diri.
----
Sekarang,
ada 3 bahan yang Ustaz Iqbal perlu baca. Ya Allah, mujurlah esok hari Ahad.
Boleh bersengkang mata nak baca bahan-bahan tersebut. Haish, minah ni. Tak
apalah, ini semua pun ilmu juga. Tapi,
ada apa sebenarnya dengan Sofea? Beriya-iya sangat dengan liberalisme.
Hmm,
menarik juga tajuk jurnal-jurnal ini.
Pengatar Hak Asasi Manusia Moden & Hujah
Sangkalan Ia Bertentangan Dengan Islam.
Hak Asasi Manusia dalam Pepatah
Minang Terpilih
Ustaz
Iqbal lebih tertarik dengan jurnal pertama, memandangkan dia sendiri
berpandangan yang Hak Asasi Manusia ini sering diperjuangkan oleh golongan
liberal, dan seakan-akan sudah menjadi rukun dalam diri mereka untuk berbicara
soal Hak Asasi Manusia. Seperti agama baru mungkin?
‘Bismillah.
Dengan nama Allah, aku membaca’ ucap hatinya. Sambil membaca, dia mencatat nota
ringkas dalam buku notanya.
Human Right is the rights one has because
one is human. The idea of human rights ultimately is about improving the lives
of real, ordinary human being.
Gagasan Hak Asasi Manusia yang
moden yang diperjuangkan sebagai piawaian moral di Barat adalah hasil
‘persenyawaan’ pelbagai konsep keagamaan dan penerokaan terhadap falsafah
tradisional.
Perkembangan Hak Asasi Manusia
di Barat tercetus daripada beberapa peristiwa seperti :
·
-Magna
Carta 1215
·
-Konsep
Natural Law
·
-Revolusi
Perancis
·
-Deklarasi
Kemerdekaan & Perlembagaan Amerika Syarikat
·
-Industriialisasi
& bantahan terhadap eksploitasi Buruh
·
-Penubuhan
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
·
Universal
Declaration of Human Right 1948 (UDHR 1948)
Rukun UDHR 1948
-dignity
-liberty
-equality
-brotherhood
Generasi Hak Asasi Manusia
Pertama: Individual Liberties
-hak mengundi
-kebebasan beragama
-kebebasan bersuara
-Hak untuk dibicarakan dengan adil di mahkamah
Kedua: Layanan Setara
Ketiga: Tidak rasmi
Rukun-rukun
Hak Asasi Manusia Moden telah meminjam dari banyak agama dan tradisi lampau.
Misalnya,
-Pertahanan ekosistem (Hindu & Buddha)
-Pendidikan menyeluruh dan meluas (Confucianism)
-Natural Laws (Greek & Roman)
-Persaudaraan dan Kasih Sayang (Kristian & Islam)
Bukti-bukti dalam
sejarah Islam yang meraikan Hak Asasi
Manusia
1. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
a. “Manusia itu hanya 2 macam, pertama,
saudaramu seagama, kedua, saudaramu sesama manusia”
b. Menyarankan menyatakan sikap di hadapan
penindas & menawarkan bantuan kepada yang tertindas
2. Era kerajaan Moghul (India)
a. Enakmen kebebasan beribadat
b. Penukaran agama anak-anak akibat perceraian
adalah dilarang. Kanak-kanak dibenarkan memilih.
3. Era Tanzimat (Turki Uthmaniyyah)
a. Kemerdekaan beragama
b. Larangan penyeksaan dan kekejaman
c. Larangan kerja tidak berbayar
d. Kuasa Sultan dihadkan(penubuhan parlimen
rakyat)
e. Pencegahan perhambaan
Sumber Hak Asasi
Manusia dalam Islam
1. Piagam Madinah
2. Khutbah Terakhir Nabi SAW
3. Maqasid Syariah
Nilai-nilai hak asasi
manusia dalam Islam
- 1. Hak untuk hidup
- 2. Persamaan darjat
- 3. Perlindungan harta
Sumber: Pengatar Hak
Asasi Manusia Moden & Hujah Sangkalan Ia Bertentangan dengan Islam oleh Dr
Mohd Faisal Musa, UKM
Hmmm... Ustaz Iqbal meneguk kopi
yang sudah suam. Selesai membaca jurnal pertama. Ada sedikit pencerahan
terhadap persepsinya sebelum ini. Bila difikirkan semula, Barat sendiri
bukanlah pengamal Hak Asasi Manusia yang unggul. Misalnya, penjara Guantanamo
Bay sampai hari ini masih belum ditutup. Pencabulan hak terhadap umat Islam pun
masih berlaku. Bukanlah bererti penganut agama lain tidak ditindas, akan tetapi
umat Islam yang paling ketara.
Baginya, cukup sekadar pencerahan
ini. Dia bukan pakar dalam bidang ini. Dia hanya seorang ustaz. Cuma, selepas
ini dia takkan membantai apa-apa idealisme secara semborono dalam artikel
mahupun ceramah. Ada juga hujah yang kurang selesa baginya, apabila berkait
dengan kebebasan. Baginya, setiap perkara dalam dunia punya had. Bukan daya
kita untuk melampaui batas.
Hmm, nak diteruskan pula bacaan
untuk jurnal kedua. Hmm, pendahuluan saja dah ada perbandingan antara UDHR 1948
dengan Cairo Declaration on Human Rights
in Islam & ASEAN Human Right
Declaration 2012. Berbanding UDHR 1948, penulis menyatakan Cairo Declaration tidak cukup sejagat
kerana dikaitkan dengan cultural
relativism.
Hmm... bacaan diteruskan lagi.
Penulis turut memperkenalkan keistimewaan budaya Minang yang merupakan etnik
minoriti dalam suku besar Melayu. Adat
Minang bertunjangkan agama Islam. Menarik. Dapat juga ilmu baru.
Ustaz Iqbal mencatat lagi nota
ringkas dalam bukunya.
Antara pepatah Minang yang
terpilih dalam jurnal ini:
- 1. Hati Gajah samo dilapah, hati tungau samo
dicacah
- 2. ‘Hutan jauah baulangi, hutan dakek
bakundano’
- 3. ‘Asalai jio-jio patuang, asalai
anggok-anggok ikan, nan tidak dicari juo’
- 4. ‘dibilang kato nan ampek, partamo kato
pusako. Sanong hati santoso tampek, di sinan ado raso mardeko’
- 5. ‘nan buto pahambuie lasuang, nan pakak
pamasang badie, nan lumpuah paunyi rumah, nan patah pangajuik ayam, nan bingung
kadisuruah-suruah, nan cadiak bao baiyo, nan kayo bakeh batinggang’
- 6. ‘gadang jangan malendo, panjang jangan
malindih’
- 7. ‘nan landai batitih, nan candoang baraieh,
nan lamah baindiek’
- 8. ‘bajalan bagageh-gageh, kacondongan mato
rang banyak’
- 9. ‘di mato tidak dipiciangkan, di paruik tidak
dikampiahkan, di dado tidak dibusuangkan’
- 10. ‘diindang ditapi tareh, dipilieh atah
ciek-ciek, mahawai sahabih raso, mangauak sahabih gaung’
- 11. ‘dibilang kato nan ampek, partamo kato
pusako. Sanong hati santoso tampek, di sinan ado raso mardeko’
*maksud rujuk semula jurnal.
Tiga tunjang Hak Asasi Manusia terdapat dalam pepatah Minang yang
terpilih ini:
- 1. Kebebasan
- 2. Kesetaraan
3. Pemeliharaan maruah dan harga diri manusia
*sumber:
Hak Asasi Manusia dalam Pepatah Minang Yang Terpilih oleh Dr Mohd Faizal Musa,
UKM.
Mata Ustaz Iqbal sudah tak dapat
menahan kantuk. Hmm, kopi yang sudah habis diminum ternyata tidak berkesan pada
mala mini. Kepalanya berat. Tapi dia rasa puas. Semoga ilmu ini akan
membantunya pada masa akan datang.
Nampaknya tak sempat nak baca artikel lagi satu...
---
Pagi-pagi
lagi Sofea dah telefon. Dia ni tak jet lag ke baru sampai Malaysia? Entah
kenapalah dia semangat sangat. Ustaz Iqbal akur saja dengan kehendak Sofea.
Lagipun, Sofea dah macam adik sendiri. Kalaulah arwah Insyirah masih ada, dah
tentu Insyirah dah genggam ijazah macam Sofea.
“Amboi,
aku tak sampai kau dah jamah makanan. Huhu, lapar sangat ke?” sapa Sofea
mematikan lamunan Ustaz Iqbal.
“Amboi,
salam tak bagi. Terus terjah aku. Ish-ish...” keluh Ustaz Iqbal. Terkejut
sedikit.
“Macam
mana dengan jurnal-jurnal semalam? Artikel tu?”
“Sempat
habis dua jurnal tu je. Artikel hmm... aku dah mengantuk sangat semalam. Aku
sebenarnya musykil dengan kau nih. Kenapa beriya sangat dengan semua nih?”soal
Ustaz Iqbal.
“Hmm...
sebenarnya aku nak sambung postgrad. Jadi, semua yang aku bagi kat kau semalam
tu antara rujukan untuk kajian aku nanti,”
“Oh,
kau nak sambung belajar lagi? Kat mana?”
“Err,
USM...”
“Kenapa
tak di UM saja? Kau tak kesian dengan umi kau tinggal sorang-sorang?”
“Hmm...
masalahnya umi takkan setuju kalau dia tau aku berminat dengan bidang ni...”
“Tapi
kenapa kau nak buat research ni?” yaaa, soalan cepu emas.
“Hmm...
ada lah...”
“Kau
bila nak kahwin?” eh tukar topik pula?
“Alah,
kau ni macam umi aku lah! Kau tu bujang juga, sibuk je nak tanya aku...”
“Aku...
lain...” Ustaz Iqbal terdiam.
“Dah
tak ada jodoh. Apa aku boleh buat...”
“Eh,
kau ada boyfriend? Ooo dalam diam ubi berisi!”
“Bertepuk
sebelah tangan je...”
“Dia
ada makwe dah ke?”
“Tak.
Dia gay!”
Hampir
tersembur air jus oren yang diteguk oleh Ustaz Iqbal.
“Aku
tau kau ustaz. Tapi, sebagai manusia, bagi kau... patut ke orang macam dia
dihina?”
“Aku
tak rasa aku hina dia... Cuma aku terkejut... unexpected,”
“Aku
kenal dia masa zaman asrama lagi. Dia memang selalu kena buli. Aku kawan baik
dengan dia sampai la sekarang. Dan, aku baru tahu dia gay bila aku confess
perasaan aku kat dia. Selama ni, aku tak sangka yang dia... dah kena buang dari
family lepas SPM. Kau tau tak, orang kampung pukul dia separuh mati!”
“Kenapa...
sampai macam tu sekali?”
“Sebab
orang kampong jumpa dia ber dating dengan abang angkat di tepi sungai. Lepas
dah kena belasah separuh mati, diorang bawa dia dengan keadaan macam itu,
tunjuk depan ayah dia. Apa lagi, tak mengaku anaklah... ayah dia mengamuk halau
dia dari kampung. Kemudian dia pindah KL, kerja situ. Sampai dapat tawaran
sama-sama dengan aku. Sekarang dia stay US. Dia takkan balik Malaysia. Aku
sayang dia. Dari dulu lagi. Tapi, apa aku boleh buat, perasaan tak boleh
dipaksa...”luah Sofea. Wajahnya mendung.
“Iqbal,
tak ada tempat ke untuk orang macam dia dalam agama?” soal Sofea. Emosi.
“Bagi
aku, dia sedang diuji Tuhan...”
“Tak
layakkah orang macam dia untuk hidup dalam kasih sayang keluarga?”
“Sofea,
kasih dan sayang itu sifatnya tidak bersyarat... Sudahlah, Sofea. Move on...”
pujuk Ustaz Iqbal.
“Sebab
itu aku nak buat research ni...”
“Pasal
LGBT?” Ustaz Iqbal menelan liurnya.
“Ya.
Aku yakin nanti Malaysia akan iktiraf mereka juga,”
“Hmm...
Sofea... Sebelum kau bercita-cita macam itu, cuba kau fikir. LGBT ni ibarat
slippery slope...”
“Kau
tak setuju dengan aku? Tapi kau cakap kasih dan sayang itu sifatnya tidak
bersyarat!” bentak Sofea.
“Sofea,
tenang dulu... bagi aku habiskan ayat aku dulu... memang, kasih dan sayang itu
tidak bersyarat, supaya kita semua akan layan sesama manusia sebagai manusia.
Bukan objek, bukan binatang. Tapi, untuk
memberi hak hubungan diorang, itu bahaya, Sofea,”
“Apa
bahayanya?!”
“Aku
yakin semua Negara dalam dunia ni, termasuk Barat takkan biar pedhophile bebas
mencabul kanak-kanak. Kau bayangkan golongan pedhophile ni minta hak yang sama
macam LGBT?”
“Iqbal,
apa bezanya orang straight yang menindas orang perempuan? Macam arwah adik
kau?” Iqbal tak boleh tahan. Amarahnya mula timbul.
“Kau
jangan buat aku arghh!” Iqbal menumbuk meja makan itu. Sofea tergamam. Kemudian
dia beranikan diri...
“Iqbal,
aku tak perjuangkan jenayah! Aku perjuangkan kemanusiaan! Mereka berhubungan
kerana cinta yang tak bersyarat seperti kata kau. Mereka berhubungan atas
kerelaan sesama mereka. Kalau mereka mencabul hak orang lain sepertimana orang
yang menganiaya adik kau, mereka tetap penjenayah! Kau masih tak faham, Iqbal!” hujah Sofea.
“Sudahlah
Sofea!” Iqbal menutup telinganya. Ditahan amarahnya sekuat-kuat hati. Ya Allah,
ujian apakah ini?
Ya
Allah...
Ya
Allah...
Ya
Allah...
Iqbal
menitiskan air mata. Hatinya sakit. Perit sangat!
Sofea
terus meninggalkan Iqbal. Bersama bentak yang masih bersisa. Dia kecewa, kerana
sangkanya Ustaz Iqbal akan menyokongnya. Tapi ternyata... Ustaz Iqbal, tetap
seorang Islamist.
Tangannya
yang luka tempoh hari, luka lagi hari ini...
IMBAS KEMBALI
Pertengkaran
dengan Yusuf tak berakhir di situ saja.
“Hang
nak baik dengan liberalist, go on lah. Tapi, hang kena ingat, bukan semua benda
depa betul,”
“Eh,
kau cakap macam tak baca lagi artikel aku sampai habis,”
“Aku
dah baca. Dan aku setuju, pasal isu aurat dan tudung tu. Well, bagi aku, semua
benda Allah buat ada hikmahnya. Macam aurat ni, kalau terdedah sana sini,
memanglah kena rogol!”
“Kau cakap
apa?!” soal Ustaz Iqbal. Dia tak boleh terima... demi Allah, dia tak boleh
terima hujah itu!
“Aku
cakap perempuan tak tutup aurat memang minta kena rogol lah!” selamba Yusuf
menjawab.
“Hei!
Kau dengar sini! Bagi aku dalil Allah suruh hukum orang tak tutup aurat ni
dengan jenayah? Kau sebut lagi macam ni... muka kau aku pecahkan!” bentak Ustaz
Iqbal.
“Oh,
baran rupanya hang ni. Macam ni ka ustaz hah?”
“Hei!”
Ustaz Iqbal tahan amarahnya. Tapi tak mampu, dia tumbuk meja depan Yusuf.
“Dah
kau keluar sekarang!” halau Ustaz Iqbal.
Air
matanya tumpah. Ya Allah, adikku itu wanita solehah. Ya Allah, apa salah
adikku? Ya Allah, adikku itu patuh syariatMu! Auratnya terjaga, Ya Allah...
kenapa... kenapa... kenapa mesti adikku juga menjadi mangsa manusia syaitan
itu?
Ya
Allah...
Ya
Allah...
Ya
Allah...
Salah
aku kah Ya Allah?
Ustaz
Iqbal terduduk. Tangisannya lebat. Kesal di hatinya tak pernah surut. Dalam
dunia ini, ayah dan ibu sudah tiada, adiknya pula dirogol lalu dibunuh dengan
kejam. Hanya kerana iman, dia masih betah untuk teruskan hidup.
---
Malam.
Ustaz Iqbal duduk seorang diri dalam bilik bacaannya. Dia tidak ke masjid kali
ini. Hatinya berkecamuk. Dia rindukan
Insyirah. Kalau dia mampu kuat untuk kehilangan ibu dan ayah, tapi tidak untuk
Insyirah. Insyirah pergi dengan tragis.
Dalam
keheningan itu, dia cuba untuk memujuk diri. Betapa lemahnya dia, untuk
melindungi adik perempuan seorang pun tak mampu.
Kalaulah
dulu, dia cepat sikit mengambil adiknya di kampus, walaupun seminit, tentu adiknya
akan selamat. Takkan diculik. Takkan dirogol. Takkan dibunuh.
Dah 3
tahun adiknya pergi, meninggalkan dia seorang diri dalam dunia ini.
Meninggalkan bekas di hati. Demi Allah, siapakah dalam dunia ini dapat menerima
kejahatan manusia syaitan seperti itu? Siapa?
Dia
bangun. Sesal ini takkan pernah hilang. Entah bagaimana, dia terpandang satu
artikel pemberian Sofea. Dia cuba melapangkan dada. Hatinya beristigfar.
----
On rape, rape myths
and insulting women
By Syed Farid Alatas
MARCH 19 — One of the greatest insults to women is to say
that rape is a result of their being “provocatively” or “sexily” dressed. In
this way, the heinous and deplorable crime of rape is blamed on the victim. In
Malaysia, such views are trafficked not just by ignorant lay people but also
some Muslim religious leaders who have been known to make incredible claims
about the relationship between rape and a woman’s attire.
For example, it was recently reported that a Friday sermon
distributed to mosques by the Federal Territories Islamic Department (Jawi),
blamed social ills on the failure of women to conceal their intimate body parts
(aurat). Such women were likened to uncovered dishes which attracted flies and
became unappetizing to those who were fond of those dishes. It was also
suggested that women’s failure to cover their aurat would lead to the
committing of vices.
This perspective reminds me of certain rape myths that
illustrate how simplistic views about the relationship between a woman’s attire
and sexual crimes committed against her demean and insult women. It also
highlights the point that religious leaders, who claim to be ‘ulama’ (Arabic
for people of learning) ought to be learned in fields like sociology and
psychology before daring to comment on vice and sexual crimes against women.
This is so they make accurate statements about the issue and also refrain from
making remarks that are insulting to women.
The Southern Arizona Center Against Sexual Assault discusses
a number of rape myths. One myth is that most rapes are committed by “weirdo’s”
and strangers when in fact they are committed by people who are known to and
trusted by the victim. It is also assumed that when a man is sexually aroused
he has to have sex. This is not only untrue, but also deflects attention from
the fact that rape is not about the need to have sex but rather to control and
exert power over another. Another myth is that most rape victims are sexually
promiscuous women. The data shows, however, that most sexual violence against
women has little to do with sex and everything to do with power and control. It
has nothing to do with whether women are promiscuous or chaste.
Perhaps the most damaging myth is that women who dress
scantily, provocatively or sexily, are only inviting sexual violence against
them and are more likely to be raped. Again, the data suggests that the way a
women dresses has little to do with her being a victim of rape. The realty is
that women who are conservatively dressed get raped. Women who are “ugly” and
less good-looking by the standards of society also get raped. Rape is not a
crime of desire. Motivated by power and control, rapists rely on forced sexual
acts as a means of gaining power rather than sexual relief.
According to one theory of rape, the objective of the rapist
is to debase, hurt and humiliate the victim verbally and physically. According
to another theory, rape is a means for the perpetrator to compensate for their
sense of inferiority and inadequacy. The forced sexual act gives the rapist a
sense of dominance and mastery and helps him to develop a feeling of
competency.
In fact, it can even be claimed that provocative dressing
may actually save a women from sexual assault. To the extent that sexual
violence is about power and control, the perpetrator of sexual violence targets
victims that he feels he can dominate. A woman who is provocatively dressed may
send a message that she is full of self-confidence and assertiveness. Such a
woman is not the typical target of the rapist. Of course, I am not suggesting
that women dress provocatively or sexily. It is not my place to advise women
how to dress. What is important to stress is that the facts suggest that it is
not how women dress that account for their falling victims to sexual crimes.
Studies of rape victims in many countries prove this point.
To simply blame rape and other sexual crimes on the victims,
our mothers, sisters and wives, on the way they dress or carry themselves in
public is insulting, unjust and false. It is insulting because it makes them out
to be lewd, promiscuous and irreligious women. It is unjust because it tends to
dilute, however slightly, the attribution of pathological and criminal features
to the perpetrator of sexual crimes. It is false because it is neither based on
logic nor on the facts produced by research.
The religious leaders and so-called scholars ought not to
make statements that concern the traumatic and life-scarring experiences of
women unless they equip themselves with the knowledge that comes from domain
expertise. We would all agree that someone who has not studied psychology has
no business advising people how to deal with mental illness. We would be very
uncomfortable entrusting our wealth to fund managers who have no training or
practical experience in managing funds. Similarly, it would be irresponsible of
a religious leader to address the issue of sexual crimes unless he has studied
the sociological and psychological literature on the topic. Failure to do so
results in their making simplistic and erroneous statements about sexual crimes
and their victims that even junior undergraduate students know how to avoid
because they have been exposed to the right knowledge.
Religious leaders are in positions of responsibility. They
must be mindful of that responsibility and avoid misleading people with distortions.
This requires a sense of humility, the recognition that one does not know
everything and is not qualified to speak on every topic, but should rather rely
on the real experts.
* Syed Farid Alatas is Associate Professor of Sociology at
the National University of Singapore.
---
Kuliah
dhuha sudah berakhir. Ustaz Iqbal mula bangkit dari kerusi tempat dia memberi
ceramah. Ada seorang anak muda menghampirinya.
“Ustaz...
saya nak tanya soalan boleh?”
“Silakan,”
“Apa
hikmah Allah perintahkan....bla...bla...bla...”
Hikmah?
Ustaz Iqbal meraup wajahnya. Apa lagi dengan hikmah?
“Maaf.
Ustaz tak berapa jelas dengan soalan kamu. Tapi, bagi ustaz kalau tak ada dalil
hikmah dalam Al-Quran, ustaz taknak memandai-mandai bagi hujah. Ulang balik
soalan kamu boleh?”
“Apa
hikmah puasa?”
“Oh...
itu ada Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183, supaya kita jadi orang
bertaqwa...”
“Ooo..”
Mentari
dhuha menyinar terang pagi ini.
Sofea
dengan pilihannya.
Ustaz
Iqbal dengan pegangannya.
Dua
benua.
Tapi mereka masih lagi
bersaudara. Walaupun mereka tak tahu sebenarnya, Cikgu Yasmin ialah isteri
kedua ayah mereka. Malah, Cikgu Yasmin pernah menyusukan Ustaz Iqbal dulu. Mereka tak tahu. Sampai sekarang.
Cikgu Yasmin terkenang semula detik-detik pemergian suami dan madunya. Malam itu, Iqbal dan Insyirah dihantar ke kelas mengaji. Begitu juga dengan Sofea. Ketiga-tiga anak kecil itu tak terlibat langsung.
Arwah suaminya mempertemukannya dengan madunya.
Dalam diam, siapa sangka lelaki seperti suaminya sudah berkahwin sebelum berkahwin dengannya. Sebagai wanita biasa, yang punya rasa cemburu, rasa dikhianati apabila dimadukan, mereka berdua tak dapat menerima hakikat ini. Sepuluh tahun baru suaminya hendak berterus terang, bukan sekejap! Siapa sangka hubungan yang erat antara mereka semua akan retak pada malam itu.
Madunya menangis. Terus meninggalkan meja makan. Suaminya mengejar. Lalu... kedua-duanya menemui ajal akibat kemalangan. Ketiga-tiga anak kecil itu kini menjadi tanggungjawabnya. Walaupun ada rasa yang dicucuk-cucuk oleh syaitan supaya membalas dendam terhadap kedua-dua anak tirinya, Cikgu Yasmin terus melawan nafsu dan kekecewaan itu. Baginya, apalah dosa mereka yang tak mengerti langsung apa-apa yang berlaku sebenarnya.
Pernah dulu Iqbal meminta... untuk memanggilnya ‘umi’. Seperti Sofea. Tapi Cikgu Yasmin sekadar tersenyum segaris.
“Iqbal, cikgu tak sama dengan ibu kamu. Cikgu sayang kamu macam anak sendiri. Tapi, biarlah gelar ibu, mak, umi dan setaraf itu hanya layak untuk ibu kandung kamu, ya?” Cikgu Yasmin mengusap rambut anak tirinya itu.
Hakikatnya, Cikgu Yasmin tak mahu Iqbal menganggapnya sebagai ibu, kerana dia ibu tiri. Dia ibu tiri, yang berperang dengan perasaan sendiri dan kemanusiaan. Dia simpan rahsia ini kerana tak mahu mengenang kembali. Sakit.
Iqbal dan Sofea bukan sekadar Dua Benua, tapi dipisahkan oleh lautan rahsia sejarah silam yang hanya Tuhan dan Cikgu Yasmin saja yang tahu.
Dua Benua.