BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 13, 2016

Cerpen: Citra & Cinta Yusuf


                Buat kesekian kalinya, aku membelek semula buku ‘Cinta Yusuf’, karangan seorang ahli politik, Dato Husam Musa. Aku memang gemar berbicara isu politik. Tapi buku ini bukan tentang politik, tapi tentang cinta yang membinasakan. Buku ini pemberian Citra. Sebenarnya, aku tahu Citra sayang buku ini. Tapi aku yang beriya-iya sangat nak pinjam. Masih belum dipulangkan. Teringat pula saat aku nak pinjam buku ini dulu.

                “Buku ni bukan pasal politiklah!” tegas Citra.

                “Tak kisahlah pasal politik ke tak. Tapi yang tulis tu ahli politik, kan? Bolehlah... aku nak pinjam...”rayuku.

                “Memanglah...Tapi buku ni tak ada langsung cerita pasal politik weh! Lainlah kalau buku Dr Mujahid Yusuf Rawa ke, Tun M ke... buku ni bedah Kisah Nabi Yusuf dalam Al Quran jelah...”terang Citra lagi.

                “Tak kisahlah! Aku nak pinjam jugak! Pinjam je...”

                “Hmm... yelah... tapi nanti jangan lupa bagi balik...”tegas Citra. Aku sengih lebar.

                “Thanks weh! Nanti aku belanja kau!” janjiku.

                “Tak payah belanja apa-apa. Asalkan kau hadam buku tu. Jangan lupa buat review pulak, k?”
                “Beres!” aku mengankat symbol ‘OK’.  Dan aku Berjaya memegang naskah buku ini mulai hari itu.
                Aneh kan? Cinta itu sesuatu yang sangat indah, sesuatu yang didamba segenap insan, tapi... membinasakan. Itulah tema buku ini. Memang buku ini membedah Surah Yusuf, tapi bukanlah keseluruhan surah, sekadar sejarah Nabi Yusuf AS.

                Aku teringat lagi, semasa menghabiskan bacaan pada bab pertama buku ini, tidak sabar-sabar aku hantar mesej pada Citra melalui Whatsapp. Teruja. Sebab selama ini, cara aku menilai kisah Nabi Yusuf sangat berbeza berbanding ulasan penulis buku ini.

                Aku menganggap kasih sayang Nabi Yaakub AS sebagai kasih sayang yang sangat indah, antara seorang ayah dengan anaknya. Benar. Memang tidak dinafikan. Tapi, menurut penulis, cinta inilah yang membinasakan. Menyebabkan hidup Nabi Yusuf susah. Dicemburui, dibuang ke dalam telaga, dipisahkan daripada keluarga angkara hasad abang-abangnya.

                Itu baru permulaan kisah. Aku jadi terpegun. Cinta itu indah, tapi membinasakan. Memang...

Aku:Citra! Best la buku ni!

Citra: Eh, kau minat ke kisah-kisah cinta ni?

Aku: Alah, novel HAMKA pon aku layan pe? Tapi, buku ni best sebab aku tak pernah terfikir dari perspektif macam Dato Husam ni...

Citra: Kau baca takat mana dah?

Aku: Sampai Nabi Yusuf dianiaya abang-abang dia...

Citra: Hmm... teringat pulak pandangan Dato Husam ni pasal pakaian Nabi Yusuf. Aku rasa kau tak baca lagi kot part tu...

Aku: Belum kot...

Citra: Jap aku snap pasal baju Nabi Yusuf ni. Tapi petikan ni bukan dari buku yang kau tengah baca tu, tapi buku baru Matluthfi. Time ni dia jumpa Dato Husam...jap eh...

Bab: Sehelai Kain
M embaca kertas kerja YB Husam Musa bertajuk Cinta Yusuf, aku belajar tentang baju. Yusuf AS telah menyarung pelbagai jenis baju. Baginda pernah memakai baju biasa sebagai rakyat awam, pernah tidak berbaju ketika dibuang di dalam sumur, pernah berbaju hamba semasa dilelong di pasar, juga pernah menyarung baju bangsawan ketika menjadi menteri. Tetapi baju hanyalah baju, selagi manusia tidak lupa apa fungsinya baju, dia tidak gusar untuk menyalin apa jua jenis baju. 

Baju marhaen, baju elit, baju UMNO, baju PAS, baju Sosialis, baju Syiah merupakan sehelai persalinan yang tidak harus cuak disarung dengan kesedaran bahawa si penyarungnyalah yang bertanggungjawab mengawal cara dandanannya; seperti menutup aurat dan menjaga kebersihan.

Bilamana ada suara-suara sumbang yang tidak senang dengan banyaknya pilihan baju yang kamu ada, mereka cuba menarik-narik baju yang kamu pakai, kerana mereka pikir kamu jahil berbusana, ketahuilah ketaksuban mereka itu akan terserlah sepertimana koyaknya belakang baju Yusuf diganyang Zulaikha sehingga wanita itu tidak mampu lagi menutup rahsia berahinya.

Jika mereka cuba memalsukan baju kamu, dengan liciknya mereka menokok-tambah benda-benda yang selain apa yang sedia ada pada baju itu, dan menuduh benda-benda baharu itu sebagai kepunyaan kamu, ketahuilah Ya'kob AS tidak pernah tertipu dengan darah hewan pada baju Yusuf walau dikempen dan dicanang anak-anaknya yang lain bahwa ia kepunyaan putera ketujuhnya itu.
Jauhari yang pernah mengenal manikam akan terus mengenalinya.
Setelah itupun jika masih ada manusia yang terus mengejek,

"Jangan perasan kamu ini seperti Yusuf,"

Maka jawablah sepertimana Husam menjawab apabila diajukan provokasi yang sama

“Bukanlah saya seperti Yusuf, cukuplah jika tidak seperti abang-abangnya.”
-Momen2 Mathlutfi


Aku: Uish, deep nya!

Citra: Tau takpa!

Aku: Lepas ni nak pinjam buku tu pulak...hehe...boleh kan?

Citra: Mengada. Takder nye aku nak bagi pinjam. Kau habiskan dulu buku Cinta Yusuf tu...

Aku: Eleh, kedekut!

Citra: Eh, aku ambik balik kang buku tu...haaa...

Aku: Okay-okay! Sorry! Ampun!

Citra: Tau cuak...
              
Aku tersenyum membaca semula perbualan Whatsapp dengan Citra tentang buku ini. Aku meneruskan lagi bacaan. Aku sudah khatam buku ini sebelum ini. Tapi aku mengulang baca lagi. Entahlah... buku ini sangat sentimental bagiku.

                “Man? Eh, kau tak move on lagi ke?” tegur Sofyan. Aku tak sedar bila dia balik dari masjid. Segera aku menyorokkan buku di bawah bantal.

                “Takde la... aku belek-belek je buku ni...”

                “Kau tak payah berdalih lah... aku kenal kau... tu handphone kau menyala lagi... kau baca balik Whatsapp dia kan?”

               Aku diam. Sebenarnya, aku bukan tak mahu pulangkan buku ini. Tapi, aku tak sempat. Citra dah pergi, tinggalkan aku. Kalau dia pergi ke mana-mana tempat dalam dunia ini, sudah tentu aku akan cari dia. Aku akan pulangkan buku ini. Aku akan luahkan segala yang terpendam. Malangnya, dia dah pergi... mengadap Ilahi.

                Aku termenung. Selepas pengebumiannya, aku nak serahkan buku ini pada adiknya...

                “Ini buku arwah... aku... tak sempat nak pulangkan sebelum ni...”

                “Kau simpanlah. Arwah dah pesan. Dia bagi terus. Man, akak aku sayang gila buku-buku dia. Walaupun aku adik dia... dia tak pernah bagi aku pinjam buku dia. Kalau dia nak bagi, dia akan beli lain untukku. Man, simpanlah buku tu. Kau, orang yang paling istimewa dalam hidup dia. Cuma dia tak pernah luahkan...”kenyataan itu bagaikan halilintar menyambar tepat ke jantungku!

                Dan sehingga hari ini, aku tak pernah rasa menyesal sepertimana sesalnya aku, menyimpan rasa dalam hati ini padahal Citra juga sama... Cinta yang membinasakan...

                “Man, sudahlah... kita kena teruskan hidup! Citra bukan Zalikha dan kau bukan Yusuf!”kata Sofyan.

                Aku menumbuk mukanya. Aku geram. Hati aku sakit! Dan air mataku akhirnya jatuh dari tubir mata. Ada amarah bercampur hiba dari hatiku.

                “Kau tumbuklah aku berapa banyak kali pun, Man! Tapi aku nak kau sedar, kau tak boleh terus-terusan macam ni! Man... Citra dah tak ada. Tapi dia tinggalkan kau buku ni, Man, bukan untuk kau meratap. Tapi supaya kau jadi macam Yusuf, yang derita jiwanya kerana cinta tapi kerana iman, dia tetap tabah, tetap sabar. Man, sabar seperti Yusuf!” kata Sofwan sambil mencapai buku tersebut dan diangkat, ditunjukkan padaku.

                Aku tunduk. Aku terduduk. Demi Allah, saat itu aku sangat rindu pada Citra yang aku cinta. Demi Allah, saat itu menangis teresak-esak. Tak pernah air mataku selebat ini. Ternyata aku memenjarakan diri dalam kenangan dan perasaan. Dan aku lupakan Dia, Tuhan yang sedang mengujiku. Tuhan yang disembah oleh Yusuf. Tuhanku.

                “Man, kita mesti terus hidup... Kau takkan jumpa Citra sepertimana Yusuf jumpa Zalikha semula di dunia... Tapi, kau akan jumpa dia semula di akhirat sana, Man... ” Sofwan menenangkanku.
                Benar, aku bukan Yusuf dan Citra bukan Zalikha...

                --------   
*last seen 10:45 PM 29/6/2016
Citra, aku dah habis baca buku tu.
Citra, aku dah buat review buku macam kau suruh.
Citra, aku ulang baca balik.
Citra, kan bagus kalau aku Nampak bluetick kau... at least double tick ke sekarang ni...
Citra, aku rindu kau! T_T





               

                

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...