BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 26, 2012

Pesanan Teristimewa


Salam wbt,
InsyaAllah, hari Rabu nanti, Cik Mai akan bertolak ke Madinah bagi program ziarah sebelum umrah. Seperti kebiasaan bagi sesiapa yang akan berangkat ke sana, pasti ada saja pesanan tidak kiralah harapan supaya mendoakan dan barangan seperti celak dan inai mekah. Cik Mai hanya mampu tersenyum.

Cuma, apa yang benar-benar tersemat di dalam hati Cik Mai,
dua pesanan yang sangat istimewa buat Cik Mai daripada dua orang kenalan Cik Mai.

"Kirim salam kepada Baginda SAW, ya?"-ex-classmate: Quratul Ain
"Jaga iman ya? Doakan kami dapat pergi macam hampa jugak..."-my senior aka Naib Presiden AMAN, Kak Adibah Adnan
Semoga Allah permudah segala urusan untuk menuju kepadaNya, AMIN!

Tersentuh

Salam wbt,

Kali ni Cik Mai ada perkara nak dikongsikan semasa Cik Mai melalui lorong kaki lima Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelate...

Ada seorang lelaki tua ni duduk di kaki lima dengan sebuah kereta sorong bayi yang bersaiz besar. Apabila dilihat dalam kereta sorong tu, rupa-rupanya ada anaknya yang menghidap hydrocephalus (kepala besar). Mak Cik Mai ceritalah pasal Pak Cik tu...

Yang buat Cik Mai tersentuh sangat-sangat, pak cik tu menjaga anaknya itu selama 43 tahun! Ya, 43 tahun sejak anaknya lahir. Kalau sebelum ini kita selalu mendengar kisah pengorbanan seorang ibu, ini pula adalah kisah benar pengorbanan seorang bapa. Bayangkanlah, pak cik tu tak mampu nak cari kerja lain kerana nak jaga anaknya tu...betapa ujian Allah terhadapnya membuka mata Cik tentang kasihnya ayah selamanya. Sebelum ini, Cik Mai tak hairan langsung terhadap orang peminta sedekah yang tunjuk kaki atau tangan patah, mata buta sebab kadangkala diaorang semua ni ada sindiket... tapi, berlainan dengan pak cik ni... tidak mungkin dia juga merupakan sindiket sebab dia betul-betul tak mampu nak cari kerja lain... kalau dia bekerja, siapa yang akan jaga anaknya tu, kan? Adakah orang yang sanggup menjaga anaknya barang seketika?

Cik Mai try la search di Google tentang penyakit hydrocephalus. Penyakit kepala besar ni berlaku pada bayi yang baru lahir tetapi majoritinya akan meninggal dunia pada usia muda.... berlainan dengan anak pak cik tu, Allah takdirkan dia hidup selama 43 tahun.

Dan hasil carian tu, terjumpa sebuah entri dalam blog seorang pelajar perubatan yang juga terjumpa pak cik itu dan anaknya di kaki lima pasar tersebut.

Aku lihat kamu*
Diam di situ
Mengharap belas kasih
Orang sekeliling


Aku lihat kamu lagi
Tetap diam di situ
Memerhati kiri dan kanan
Manusia-manusia duniawi


Aku penasaran
Apa yang ada di sebelahmu
Yang kau jaga
Sambil mengharap ehsan orang?


Takut-takut aku mendekat
Ya Rabb,
Seorang anak kecil ada di dalamnya
Sebuah kereta sorong buatan sendiri
Kepalanya besar
Istilah perubatannya, Hydrocephalus


Kau pandang aku
Aku pandang kau
Apa yang boleh aku tolong?


Dan matamu
Matamu itu ganggu malam-malam aku


Kau bilang terima kasih sambil mata berkaca-kaca
Buat aku runtun hiba di situ juga


Aku bilang
Apa yang boleh aku tolong?


Matamu jelasin segalanya
Derita yang kau ada
Bersama anak yang kau bawa.


Peristiwa di Persimpangan Pasar Siti Khadijah, April 2005


* Kamu yang bangkitkan niat dan emosiku.-http://chemisto.blogspot.com/2011/12/kamu.html
 Semoga kita mengambil iktibar akan kisah ini, sekian-Cik Mai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...