BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 26, 2014

Soalan yang dijawab dengan izin-Nya

As salam wbt,
Lama betul Cik Mai tak update blog sejak dua menjak ni. Hehehe...
Di samping kemalasan, Cik Mai pon sebenarnya tak pasti apa sebenarnya punca tak update blog lama sangat. Hahaha...

Ok, berbalik pada topik kita hari ini...
Alhamdulillah Allah swt izinkan Cik Mai memiliki buku ini;

Dan Cik Mai dalam proses membaca lagi. Buku ni buat Cik Mai teringat pula pada buku tulisan Dr MAZA yang Cik Mai pernah beli tahun lepas (ke dua tahun ntah...ingat-ingat lupa).

Alhamdulillah, pada pendapat Cik Mai secara peribadinya, kedua-dua buku ini telah menjawab serba sedikit persoalan Cik Mai tentang kenapa berlakunya peperangan di zaman Saidina Ali RA dan salah faham terhadap Saidina Muawiyah RA.

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal.
Moga Allah swt memimpin kita semua dalam mendalami ilmu dan sejarah Islam.

Sekian, Cik Mai.

Sunday, December 14, 2014

Perjuangan Ayahnya


Thursday, November 27, 2014

Seruan Presiden Erdogan


Tuesday, November 25, 2014

Are you ready for next sem?


Sunday, November 23, 2014

Hentikan Jualan Arak!


Selamat Pagi Dhuha!


Pesanan Syeikh Nuruddin


Friday, November 21, 2014

Mesir Kini (Nov 2014)


Monday, November 17, 2014

Adikku, la tahzan!


Wednesday, November 5, 2014

Tiga Buku

As salam wbt,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Cik Mai berpeluang menghabiskan bacaan ketiga-tiga buku ini.



Bagi Cik Mai, buku tentang Hamas tu memang memuaskan hati lepas baca. Baru kenal siapa Hamas dan prinsip diorang. Buku pasal Presiden Amerika tu pulak, tajuk jelah yang kureng sikit. Cik Mai ada terbaca dalam blog orang lain pasal komen tentang buku ni. Dan penulis sendiri akui yang tajuk sebenarnya lain. Apa-apa pun, buku ini bagus untuk pengetahuan am tentang presiden Amerika. Dan buku tentang Mossad lebih banyak menceritakan tentang kes-kes yang terlibat dalam rancangan Mossad.

Pada pandangan Cik Mai, 'teori konspirasi' dan 'New World Order' itu memang wujud. Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang, kan?

Walaubagaimanapun, tetap kita tak perlu paranoid. Itu pandangan penulis buku pasal Presiden Amerika yang Cik Mai sangat setuju. Satu lagi, sebenarnya, kalau kita berpegang pada tali Allah, semua musuh-musuh Islam akan gentar. Kalau tak, takkan Syeikh Ahmad Yaasin cuba dibunuh beberapa kali kan? Beliau hanya seorang lumpuh, kenapa susah sangat Zionis nak hapuskan dia? Dan tentunya kerana kegerunan mereka terhadap insan yang dipilih Allah ini.

Hamas dan Briged Al-Qassam membuktikan bahawa hanya dengan kembali kepada Allah, kita akan memperoleh kejayaan. Satu hal lagi, Mossad tak perlu melakukan misi-misi diorang kalau diorang tak gerun dengan umat Islam. Diorang taknak umat Islam kembali kepada zaman khilafah yang kuat. Sebab tu diorang ada perancangan tersendiri. Bahkan, mereka turut meramalkan senarai negara-negara yang bakal hancur. Dah tentunya majoritinya negara yang didiami oleh ramai Muslim.

Tentang Presiden Amerika pula, kita maklum bahawa dunia sekarang ialah dunia yang dikuasai oleh Barat baik dari sudut kemajuan teknologi, ilmu dan kenegaraan. Fenomena Barack Obama atau Obama Mania banyak dikupas dalam buku yang telah dibaca oleh Cik Mai ini. Pada pandangan Cik Mai, segempak mana pon manifesto pilihan raya presiden Amerika, selepas dilantik, diorang tak mampu nak laksanakan semua yang bercanggah dengan kehendak 'tangan-tangan ghaib'. Sebab tu, sampai hari ini, isu keganasan Amerika tak pernah surut. Berundur dari Iraq, negara lain pula yang sengaja di 'cari pasal' oleh mereka.

Apa-apa pon, Cik Mai tak boleh telan bulat-bulat fakta dalam buku-buku ini. Kalau nakkan ketepatan dan kebenaran fakta, kena buat kajian dan perbandingan. Buku-buku ini sekadar untuk pengetahuan am bagi Cik Mai saja.

Kalau nak tahu lebih, silakan baca.

Sekian, Cik Mai.

Monday, November 3, 2014

Misi Menghabiskan Bacaan

As salam wbt,
Memandangkan cuti sem dah nak habis, maka dengan ini Cik Mai mengisytiharkan 'perang' menghabiskan bacaan. Haha!

Alhamdulillah, dengan izin Allah Cik Mai dapat membeli buku-buku yang diidamkan. Doakan usaha Cik Mai ini akan berhasil. :)

Wednesday, October 29, 2014

Ceriakan Pagi Kita!

As salam wbt,
selamat pagi semua!!


Hehe...

Cik Mai tak taulah orang lain macam mana tapi setiap kali bangun pagi dengan tidur yang cukup itu satu nikmat yang sangat ebst bagi Cik Mai.

Alhamdulillah,
Allah hadirkan orang-orang yang membimbing Cik Mai dalam hidup ini.

Mereka lah yang memberi tips yang sangat menceriakan pagi-pagi Cik Mai ini.

1. Tidur Cukup
Benda yang Cik Mai paling tak suka tapi tetap hadir dalam hidup sehari-hari ini (tambah-tambah zaman sekolah asrama dulu!)... MENGANTUK!! haha! Ya, mengantuk boleh rosakkan mood dalam hari-hari kita. Jadi, tidurlah cukup-cukup. hehe.

2. Lepas subuh baca Al-Quran
Ini tips daripada ustaz Cik Mai. Al-Quran itu kalam Allah. Jadi, insyaAllah, hari-hari kita akan indah sekiranya perkara yang pertama yang kita buat ialah mendekatkan diri pada Allah. Kita selalu berdoa pada Allah, selalu bercakap kepada Allah. Jadi, kan bagus kalau kita pula yang mendengar firman Allah pada permulaan hari kita, kan? :) Sesungguhnya Allah itu dekat, kita je yang selalu lari daripada-Nya.

3. Sunat Dhuha
Inilah solat sunat yang dicintai Nabi SAW. Masihkah kita ingat bagaiman turunnya Surah Dhuha? Ketika para musyrikin Makkah menuduh bahawa Allah telah melupakan baginda, Surah ini yang menjadi bukti betapa Allah tidak meninggalkan hamba-hamba yang dicintaiNya.

Cik Mai dapat tips ini daripada motivator zaman SPM dulu. Tapi, tak adalah selalu amal masa tu. Sejak masuk Universiti ni, kita berdamping dengan orang-orang soleh, jadi, kita pun terikut sekali. Alhamdulillah. Bagi Cik Mai, solat dhuha macam bagi semangat untuk kita terus bekerja/belajar setiap hari. Tak silap Cik Mai, solat sunat dhuha ini akan murahkan rezeki kita. Dengan izin Allah. :)

4. Sarapan
Bagi Cik Mai, 'a happy tummy is a happy soul'. Hehe. Cik Mai paling ringan pun minum kopi pagi-pagi. Tak silap Cik Mai juga, minum kopi pun salah satu sunnah Nabi (betulkan kalau silap) tapi yang pastinya para ulama silam suka kopi. Cik Mai pernah terbaca blog junior Cik Mai dulu,, yang kopi ni dalam bahasa arab ialah 'Qahwah'.

Ini syair seorang ulama yang Cik Mai jumpa.
"
Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir kantuk
Dengan pertolongan Alloh, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.
[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir kantuk).
Janganlah kau mencelaku karena aku minum kopi, sebab kopi adalah minuman para junjungan yang mulia."

5. Dengar lagu yang menaikkan semangat

Bagi Cik Mai, lagu-lagu yang menaikkan semangat memang menjadi kegemaran Cik Mai. Masa nak pergi kelas pagi-pagi Cik Mai suka dengar lagu. hehe. Series rasa bersemangat. Ni Cik Mai punya tips la. Mungkin korang punya lain-lain kan. Ada sesetengah orang tak boleh bising-bising waktu pagi.

Apa-apa pun, Cik Mai ambil pesan Ustaz Don. Dia kata, kalau boleh, lakukanlah sesuatu yang akan mengingatkan kita pada baginda SAW setiap hari. Jadi, insyaAllah, doakan Cik Mai istiqamah dengan pesan ini, ya?

Sekian, salam pagi, salam ceria~ Cik Mai

Monday, October 27, 2014

Apa Yang Kita Perjuangkan Sebenarnya?

As salam wbt,
Hari ini Cik Mai nak kupaskan sedikit tentang isu malam tadi. Apa lagi kalau bukan isu tentang politik.

Bagi Cik Mai, suka Cik Mai nak ambil pandangan Dr Maszlee Malik tentang isu ini.


Walaubagaimanapun, ada sedikit pandangan Cik Mai yang mungkin berbeza daripada orang lain.

Cik Mai sebagai rakyat biasa, baru bergelar seorang mahasiswa melihat isu ini dengan satu persoalan "Sampai bila kita hendak berjuang atas nama seorang tokoh? Kita perjuangkan hak dan nasib kita atau hak dan nasib tokoh?"

Bagi Cik Mai, semua tokoh ada sumbangannya. Dato Seri Anwar Ibrahim ada sumbangannya. Tuan Guru Nik Aziz ada sumbangnya. Tun Dr Mahathir ada sumbangannya. Mereka sudah pun berkhidmat untuk kita dengan cemerlangnya. Zaman mereka sudah berlalu.

Berkaitan isu keadilan, Cik Mai sendiri sokong keadilan patut ditegakkan, tidak kira untuk sesiapa pun, sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. 

Tapi soalnya sekarang, bagaimana anak muda sekarang? Kalau seorang 'Anwar Ibrahim' hilang, sepatutnya kita melahirkan lebih ramai 'Anwar Ibrahim'. Kalau seorang 'Nik Aziz' bersara sepatutnya lebih ramai 'Nik Aziz' yang lahir menggantikannya. Kalau seorang 'Tun M' meninggalkan kerusi Perdana Menteri, sepatutnya lebih ramai 'Tun M' yang lahir menggantikannya.

Tapi lihatlah pemimpin mahasiswa sendiri pada hari ini. Lihatlah mahasiswa hari ini. Manifesto apakah yang dijanjikan oleh para calon? Atas dasar apakah mereka mengundi calon-calon pada pilihan raya kampus?

Cik Mai percaya mereka mengundi atas dasar rupa dan gaya, bukan atas karisma calon pemimpin mahasiswa. Mungkin tidak semua tetapi kebanyakannya.

Banyak isu yang boleh diselesaikan di tangan pemimpin mahasiswa. Tapi, di mana kepemimpinan mereka menguruskan isu-isu ini? Sebagai contohnya, isu sticker parking yang sangat terhad dan saman-menyaman yang bermaharajalela di dalam kawasan kampus. Kenapa pemimpin mahasiswa tidak cuba untuk berunding dengan pihak pentadbiran kampus? Kenapa dibiarkan kebajikan rakan-rakan anda sedemikian rupa? Ini sekadar contoh. (Contoh ye. Cik Mai memang tak tahu kalau isu ini benar-benar wujud).

Jadi, persoalannya, di samping kita asyik melaungkan keadilan, kenapa kita sendiri tidak berlaku adil pada nasib kita sendiri? Maksud Cik Mai, dalam konteks seorang mahasiswa, kenapa kita tidak mengundi calon yang berwibawa (bukan atas dasar rupa)? Kenapa sebagai seorang calon kita tidak peka akan isu semasa dan kebajikan warga kampus?

Tidakkah kita sedar bahawa kita yang akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang? Adakah sikap sebegini yang akan membela nasib kita? Nasib anak-anak kita?

Kesimpulannya, hari ini kita melihat satu demi satu tokoh yang hilang. Tapi, kenapa kita tidak bertekad untuk optimis melahirkan tokoh yang baru? Tidak salah membela seorang tokoh, tapi atas dasar apa? Taksub? Atau harapan yang diberikan oleh tokoh itu? Sekiranya harapan agar seseorang tokoh itu mampu membela nasib kita, itulah yang sepatutnya menjadi matlamat kita. Bukan taksub.

Sekian-Cik Mai

Sunday, October 26, 2014

Islam: Hakikat Sebenar

As salam wbt

berikut merupakan babak daripada filem-filem yang menerangkan hakikat sebenar Islam. Islam bukan agama pengganas. Sebaliknya, makna Islam sendiri bermaksud 'damai'.

Jadi, sebagai muslim, janganlah kita tambahkan lagi pandangan negatif terhadap Islam dengan akhlak mazmumah yang melampau!


Ya, perbuatannya salah. Tapi dia dah minta maaf. Semua dah maklum pun tentang permohonan maafnya.(link : permohonan maaf penganjur 'I want to touch a dog' )Kenapa sampai hendak ancam bunuh? Islam tidak mengajar kita begini. Janganlah bertindak melampau sebegini.

Dunia semakin buka mata tentang Islam. Makin ramai yang sedar akan hakikat sebenar Islam bukan seperti yang dicanang-canangkan media barat. Tidakkah kita akan menanggung dosa sekiranya kita yang mejadi faktor 'Islamophobia' ini?

Lihatlah dengan mata hati. Lihat bagaimana mereka pun berperikemanusiaan. Aneh ya, zaman sekarang yang mengamalkan akhlak muslim bukan muslim sendiri tetapi golongan yang belum bergelar muslim. Tidakkah kita rasa malu?







Muslim semua, mari menjadi Muslim yang sebenar-benar Muslim

Sekian, wassalam-Cik Mai

Tuesday, October 21, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 3

"Ira, nak tau 'something' tak?" suamiku menyoal ketika dia mengajak aku keluar.

"Taknak. Nak tau ke mana awak nak bawa saya ni, je," balasku. Muka toya. Tak adalah geram sangat cuma aku tak suka berada dalam keadaan tertanya-tanya macam ini. Sudahlah waktu-waktu macam ini, aku cepat naik angin. Biasalah, wanita. PMS mungkin.

"Marah ke?" usiknya. Aku tak hiraukan. Dia senyum segaris.

"Umi tak pernah cerita pasal anak-anak usrah dia kecuali Ira," katanya, menarik perhatian aku.

"I pun pelik. Kenapa umi tetiba cerita pasal you. Suka tolong orang, sentiasa cari jalan untuk perbaiki diri, dan yang paling penting, tak macam gadis-gadis lain. Mungkin penampilan sesetengah anak usrah umi tu bertudung labuh, menutup aurat sempurna, dari sekolah agama, tapi ada sesuatu yang tak ada pada diorang ada pada diri you. Umi cakap, you tak pernah sentuh topik cinta islamik ke, baitul muslim ke. Umi kata the only thing yang berkaitan cinta pun, cinta pada Allah yang you buru. I was impressed to hear that." sambungnya lagi.

Aku diam untuk mendengar. Papan tanda di tepi jalan yang menjadi  tumpuan utamaku dari tadi diabaikan saja. Perhatianku bukan lagi pada lokasi yang kami akan sampai tapi pada cerita suamiku itu. Ya Allah, aku rasa sukar nak percaya kata-katanya. Selama ini aku rasa kerdil sangat pada pandangan semua orang.

"Umi tanya, dah ready ke nak bina masjid," dia cerita sambil tersengih. Aku faham bagaimana keadaannya apabila kita terimbau kenangan lalu.

"Mesti tak, kan?" aku meneka.

"Eh, mana tau?"

"Yelah, awak kan handsome, mesti ramai makwe. Mestilah taknak pilihan keluarga," aku membuat andaian secara rambang.

"Eh, suka-suka hati je teka macam tu. Tak, itu bukan sebab utama..."

"Habis tu, sebab apa?" aku begitu teruja nak tahu.

"Lagu ni lah. Kita turun dulu naaa?" dia cuba bercakap telor utara. Sebelah mata dikenyitkan.

Eh, dah sampai? Pantai? Ya Allah, ni nak buat drama romantika macam lagu Cinta Kita Di Pantai Merdeka ke?

"Eleh, cakap utagha pon tak jadi! Haha!" sindirku. Tahulah isteri dia ni orang utara. Isk-isk!

"Dah. Turun cepat. Nak tahu cerita penuh kan? Meh sini, kita layan cerita sambil pekena cendol!" Ajaknya. Pintu kereta dibuka. Dia menghulurkan tangan.

"Jom," ajaknya. Kening sebelah terangkat. Aku keluar dari kereta. Tapi, tak menyambut huluran tangannya.

"Ehem-ehem," dia berdehem. Mengharap aku faham isyaratnya.

"Kata nak ke syurga..."usiknya.

"Mestilah!!" Nah, aku terus menyambut dengan teragak-agak. Aku sebenarnya segan. Tempat awam kut!!!

"Kita kan halal. Apa nak risau? Tu kat tepi pantai tu... belum tentu lagi,"ujarnya. Apabila difikirkan balik, benar juga cakapnya.

Kami menjejakkan kaki ke gerai cendol itu. Angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa amat mendamaikan. Tenang hati melihat alam. Benarlah kata orang, alam ini sentiasa berzikir kepada Allah. Laut, pokok, haiwan, semuanya setia bersama zikir mereka. Kita yang manusia ini, belum tentu sesetia itu.

"Enjoy ke tengok laut?" soalannya memecah kebisuanku yang terpukau dengan keindahan alam ini.

"Tenang. Alam kan tak pernah berhenti berzikir pada Allah?" soalan berbalas soalan.

"Sebab itulah I taknak kahwin awal-awal sangat. I nak menjelajah dunia ni. Backpack." dia melunaskan janjinya terhadap soalan yang kutanya sebentar tadi.

 Cendol yang sudah dihidang kuhirup perlahan. Sedapnya!

"Jadi, awak dah puas merantau la ni? Kalau tak, takkan kahwin dengan saya, kan?" soalku. Sebenarnya aku sendiri tahu tak logik. Kita takkan pernah habis merantau dunia ini. Hakikatnya.

"Hahaha! Tak adalah. Itu namanya jodoh. Ajal, rezeki, jodoh kan di tangan Allah? Kalau cakap tak bersedia, siapa je yang betul-betul bersedia?" katanya.

"Awak tak menyesal korbankan angan-angan awak tu sebab kahwin dengan saya?" soalan cepumas daripadaku.

"Kenapa kita nak rasa menyesal sedangkan Allah bagi peluang untuk kita lengkapkan separuh agama kita? Ira, sejujurnya, saya nak rasa apa yang saya rasa sekarang lebih daripada kepuasan backpack selama ini," luahnya.

"Rasa apa?"

"Rasa tenang. Rasa sakinah. Lagipun, lepas ni kita boleh backpack berdua, kan? Tak adalah I sunyi macam dulu. Hehe," sengihnya.

Dalam kelekaanku menikmati cendol itu, dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. Dua keping kertas. Aku amati kertas itu. Macam tiket. Eh, tiket kapal terbang? Spain?

"Jom, kita travel?" Dia tersengih lagi. Oh, inikah agendanya bawa cik isteri jalan-jalan petang ni? Aku agak terharu. Tak sangka. Tapi, backpack? Macam menarik. Huhu. Terbayang pula di mindaku, kami mengembara berjalan kaki melihat persekitaran bandar eropah begitu. Seronoknya!!!

"Nak?" kening sebelahnya terangkat.

"Mestilah naaak!!!" Aku teruja. Ya Allah, kalau bukan kami di tempat awam sekarang ini, rasa nak peluk saja Encik Suami ni. Terima kasih ya rabb.

-----------------------------------

Monday, October 20, 2014

Kegilaan Buku

Cik Mai memang tengah gila mencari buku sekarang ini. Tapi, amanah terhadap buku-buku yang dibeli sebelum ini belum terlunas. huhu. apa-apa pon, Cik Mai berhajat memiliki buku-buku ini.


Thursday, October 16, 2014

Hikmah Dhuha

As salam wbt,
hari ini dengan izin Allah, Cik Mai tak jadi burung hantu dah. Hehe

Maklumlah, cuti sem macam ni, tidur siang, malam berjaga tu macam satu bad habit yang tak dapat dielakkan oleh insan serba kerdil macam Cik Mai.

Kadangkala rasa malu dengan mereka yang malamnya ditemani tahajud dan siangnya setia bersama dhuha.


Teringat pula mak Cik Mai pernah cerita tentang waktu dhuha.
Di pejabatnya, ada staf-staf muda yang selalu 'take five' dalam pukul 10 pagi macam tu. Setiap kali 'take five', diorang akan masuk dalam satu bilik kosong berdekatan bilik mak Cik Mai.

Tahu apa diorang buat?
Rupa-rupanya diorang sedang solat sunat dhuha.
MashaAllah, patutlah mereka ini tak pernah nampak sempit hidupnya.
Walaupun gaji tak seberapa, tak pernah lagi nampak diorang berhutang.

Mungkin inilah rahsia mereka.

Kecukupan dalam rezeki itu tak semestinya kemewahan.
Sesungguhnya, di sebalik mentari dhuha yang memancar ada rezeki yang disediakan buat hamba-hambaNya yang soleh.

Kisah ini cukup buat Cik Mai rasa..mungkin tersentap?
Sebab waktu rezeki murah macam ni la asyik nak qada' tidur.

Ya Allah, sungguh aku ini hambaMu yang tidak sempurna amalnya.

Jadi, apa lagi, moh ler kite amalkan dhuha! Hehe

Sekian- Cik Mai

Tuesday, October 14, 2014

Hakikat Rindu Yang Parah

As salam wbt,
apa khabar semua? Moga-moga kita semua dalam perlindungan dan rahmat Allah Taala. Ameen.

Semua orang pernah alami perasaan rindu.
Tapi, rindu yang paling parah, bukanlah merindui orang sedang kita cinta, dan bukanlah juga rindu yang lain.
Hakikatnya, rindu yang amat parah ialah apabila kita pernah rapat dengan seseorang, tetapi, sekarang tak mungkin akan sama dengan dahulu.

Hidup ini, biasalah, mesti ada konflik.
Tapi apa lagi yang lebih menyakitkan selain merindui saat-saat memori bersama mereka terlayar kembali di minda ini?


Benarlah kata-kata ini;
Jangan terlalu sayang, nanti benci. 
Jangan terlalu benci, nanti sayang.
Pentingnya mengeratkan ukhuwwah.
Pentingnya 'Give & Take' dalam hubungan sesama manusia.
Pentingnya sifat 'Forgive & Forget'.
Kadangkala, face-to-face juga perlu. Mengikut keadaan.
Adakalanya lebih baik pendam.


Orang beriman itu, hubungannya dengan Allah erat,
Hubungannya dengan manusia mantap.

Ya rabbi,
Sungguh aku bukan muslim yang baik.
T_T

Sekian-Cik Mai
 

Saturday, October 11, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 2

Imbas kembali.

Usai usrah berakhir, umi mendapatkan diriku. Dia mengajak aku ke cafe berdekatan kolej kediaman. Aku akur lantaran masa yang kumiliki tika itu sangat senggang. Tidak kusangka pada hari itu, umi membawa berita tergempar buatku.

"Umi, saya bukan sempurna. Saya ada masa silam. Saya pernah lalui zaman jahiliyyah," jujur kuakui. Saat itu, umi yang datang kepadaku membawa hasrat daripada anak terunanya. Ingin melamarku.

"Ira, yang penting bukan masa lalu, tapi sekarang. Umi dah kenal Ira lama dah. Sejak pertama kali Ira jejakkan kaki di universiti ini." Umi tersenyum.

Umi, insan yang kutemui saat aku ingin mencari cinta Ilahi. Pertemuan tidak sengaja ketika aku hampir dilanggar kereta dalam kawasan kampus. Matahari yang menyegat teriknya seakan satu panahan di kepalaku. Keluar saja dari perpustakaan yang sejuk berhawa dingin, teriknya matahari menyapa diriku. Ya Allah, migraine menyerang lagi! Tanpa kusedar, aku melintas ke tengah jalan dalam keadaan sakit kepala yang menggila. Nasib baik seseorang lekas menarik aku ke seberang.

"Ya Allah, kamu ok ke ni? Kalau sakit, jangan jalan seorang diri!" wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu bersuara.

"Maafkan saya, puan! Saya tak sedar..." kesakitan yang menggila itu buat aku rasa nak ketuk kepala di dinding.

"Kamu ada kelas tak lepas ni?" soalnya lagi.

"Tak ada. Cuma saya nak balik ke kolej," ujarku.

"Kita ke Unit Kesihatan, ya?" aku akur dengan pelawaannya. Saat ini, dengan tak ada ubat, tak ada pilihan lain melainkan ke situ.

Itulah pertemuan pertama dengan Umi. Pada mulanya, aku agak segan bila tahu yang menolongku tempoh hari ialah pensyarah di kampus ini. Professor pula tu! Malunya aku sebab panggil dia dengan gelaran 'puan'. Tapi dia tak kisah. Tambahan pula, dia suruh panggil 'umi' saja. Dia merupakan salah seorang pensyarah yang mengendalikan usrah. Dia mengajak diriku ini yang serba kekurangan. Alhamdulillah, Allah mengabulkan doaku untuk mencari kumpulan usrah yang bertauliah. Bukanlah aku merendahkan kumpulan-kumpulan usrah yang lain, tapi, hatiku lebih tenang sekiranya yang mengendalikan usrah itu, golongan yang bertauliah. Bukan apa, akhir zaman ini macam-macam fitnah boleh datang kepada kita.

 Masih segar di ingatanku betapa segannya diriku nak ikuti usrah, yang semua ahlinya bertudung labuh, sedangkan aku dengan shawl yang sekadar menutupi dada. Tak setanding mereka. Namun, umi tetap meraikan diriku.

"Kita sama di sisi Allah, sayangku," itulah ungkapan Umi yang menguatkan semangatku untuk terus istiqamah mengamalkan sunnah baginda ini, Usrah.

"Ira..." Teguran umi mematikan imbauan masa lalu.

"Umi, Ira rasa..."aku keliru. Aku serba salah untuk memberi kata putus.

"Ira, jangan risau. Umi tak mendesak. Ira fikirkan dulu, ya?" Umi memotong kata-kataku. Dia seakan faham keadaanku saat itu.
_----------

Umi, mana mungkin aku akan menghampakanmu. Tidak mungkin aku tergamak melupakan jasamu membimbing diriku ini. Dulu, selepas sesi usrah yang pertama kalinya, aku ada berbual dengan umi. Masih segar di layar minda ini.

"Keluarga saya biasa-biasa saja. Saya mula pakai tudung pun semasa tinggal di asrama..." Aku memulakan cerita.

"Alhamdulillah, Ira. Baguslah kalau macam itu Tuhan takdirkan hidup Ira,"balas umi.

"Maksud umi?"

"Cuba teka bila umi mula bertudung?" Soalan berbalas soalan.

"Mestilah dari kecil kan?"aku cuma menyangka.

"Tak... Umi mula bertudung semasa mula belajar di kolej dulu. Lebih lambat berbanding Ira," dia tersengih.

"Biar benar..."aku seakan tak percaya. Berkelip-kelip mataku. Susah nak hadam kenyataan umi itu.

"Zaman dulu tak sama dengan sekarang, sayang. Ira bertuah tau, muda-muda dah diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah," ujar umi.

"Tapi saya orang biasa je, umi. Ini pun, saya bertekad sebab satu peristiwa yang sangat menyentuh sanubari saya, umi," kataku. Kemudian aku ceritakan tentang insan bernama Yayah.

"Subhanallah. Hebatnya kawan Ira tu." Puji umi.

"Sebab tu lah, umi... Ira sangat harapkan bimbingan umi." Aku meluahkan rasa yang terbuku di hati. Air mata ini tak mampu ditahan lagi.

"InsyaAllah, umi hanya menjadi asbab. Allah Taala jugalah yang memberi segalanya. Ira, selangkah kita dekat padaNya, seribu langkah Dia dekat pada kita," umi menyeka air mataku. Lalu tangannya menggenggam erat tanganku, bersama sebuah harapan, mengejar redho Ilahi.
---------------------
Dan selama empat tahun di alam universiti ini, umilah tempat aku mengadu, tempat meminta pandangan, seolah-olah menggantikan tempat ibu nun jauh di utara tanah air sana. Umi, pensyarah matematik yang berjiwa daie. Semoga Allah memberkahi hidupnya.

Setelah puas bermusyawarah bersama keluarga dan istikharah, ternyata, hati ini tenteram memilih jalan ini. Nikah khitbah. Mengenali umi, cukup untukku yakin bagaimana anak teruna didikannya. InsyaAllah, moga Allah panjangkan jodoh ini sehingga ke syurga. Ameen.

Cuti semester akhir tahun ketiga, aku sah diijabkabulkan. Biarpun kekok, aku cuba untuk menyesuaikan diri. Kami terpisah selama setahun lebih kerana pengajianku dan kerjayanya.

Wednesday, October 8, 2014

Ukhwah Islamiyyah Barbarossa

As salam wbt,
kali ni Cik Mai nak kongsi sikit apa yang Cik Mai dapat daripada hasil bacaan Cik Mai dalam buku "Hayereddin Barbarossa" karangan Al-Ghazali. Sungguhnpun buku tersebut ialah dalam katogeri 'Fiksyen Sejarah', pada hemat Cik Mai, ada ibrah yang boleh kita ambil.


Selama ni, Cik Mai tertanya-tanya juga, ke mana muslim Andalusia selepas peristiwa Reconquista. Pernah dengar pasal 'Sejarah April Fool'? kalau pernah, mesti korang semua dengar pasal yang Muslim di Tanah Espana tu ditipu. Mereka diberi peluang untuk meninggalkan Tanah Andalusia melalui kapal-kapal yang disediakan malangnya, kapal-kapal tersebut dibakar hidup-hidup.

Tapi, setakat ini, Cik Mai belum jumpa sumber, melainkan artikel di internet pasal sejarah april fool tu. 
Walaubagaimanapun, Cik Mai rasa bertuah, alhamdulillah, dipertemukan dengan buku pasal tokoh ini.

Yang paling menarik perhatian Cik Mai dah tentunya kaitan tokoh ini dengan Tanah Andalusia. Ya, Aruj Barbarossa(abang Hayreddin) ialah orang yang bertanggungjawab menyelamatkan Muslim di Tanah Andalusia yang ditindas. Dibantu oleh Hayreddin dan pasukan privatir mereka.

Selepas kehilangan Aruj, Hayreddin meneruskan legasi abangnya. MasyaAllah, indanhnya ukhwah islamiyyah. Muslim dibela saudaranya sendiri. 

Tapi kini....
Masih wujudkah Hayreddin Barbarossa?

InsyaAllah.
Cik Mai perhatikan, Presiden Turki yang baru, Erdogan setakat ini memainkan peranan yang sepatutnya semua pemimpn Islam lakukan. Mungkin sahabatnya, Dr Morsi digulingkan, tapi itu bukan titik noktahnya. Semoga Allah pelihara mereka. Ameen Ya Rabbal Alamin!

Sekian-Cik Mai


Tuesday, September 30, 2014

Tangisan Sebuah Cinta 1

Dia menangis sedang aku hanya memerhati. Kala itu sepertiga malam. Bilik gelap lagi suram. Dia tak sedar aku sedang memerhatinya, mungkin sangkaannya, aku sudah lena. Kutahu dia sebenarnya sedang rindu. Rindu yang teramat.

Siapa yang tidak rindu pada insan yang paling kita cinta, tapi pergi meninggalkan kita? Ibunya sudah pergi. Saat ini, kalau aku di tempatnya, kakiku takkan sekuat dia untuk melangkah kembali ke sini menghadapi final exam, semester akhir.

Dalam sayup kedengaran suaranya, kudengar rintihan dalam doa kudusnya. Hatiku sebak. Tapi aku tak mampu buat apa-apa. Aku tak nak ucapkan ucapan dan perkataan yang sama buatnya. Dia tabah. Dia tenang di hadapan kami semua, teman serumah, teman sekuliah.

"Be strong, yayah"
"Tabahkan hati, yayah. Kami sentiasa dengan kau"

Tak... aku tak sanggup paksa dia untuk terus kuatkan hati ketika saat ini, kekuatan itu sedang diuji. Entah kenapa malam ini, aku terjaga seketika. Aku tahu dia sedaya upaya mengawal dirinya daripada membiarkan aku terjaga.

Betapa tersentuhnya hatiku pabila dia menuturkan ayat cinta ini;

"Ya Allah, kutahu kau rindu padaku, pada kami semua Ya Allah, imanku tak sempurna. Aku belum mencintai kekasihMu sehebat aku cinta pada ibuku.Ya Allah, aku malu padaMu, pada kekasihMu... Ketika kekasihMu merinduiku sedang aku belum lagi wujud, aku pula menyanjung cinta terhadap manusia selainnya.Ya Allah, ampuni aku kerana selama ini aku menganggap ibuku segala-galanya...."
 Aku tak mampu lagi bertahan. Kukalihkan badan ke arah lain. Yayah, bagaimana kau sehebat ini?

--------------------------------------------------------

Bak kata orang putih, 'turning point'. Ya, memori aku pada malam itu menjadi 'turning point' dalam hidup aku. Kejadian empat atau lima tahun lepas, ketika zaman pra universiti dulu (asasi). Aku percaya, malam itu aku terjaga bukan secara kebetulan, tapi itulah saatnya Tuhan menyedarkan aku tentang hakikat iman dan cinta.

Aku rindu Yayah. Bagaimana agaknya dia sekarang ini? Hari ini, hari graduasiku. Cepat benar masa berlalu.Suasana sekeliling meriah dengan para graduan bersama keluarga mereka. Aku yang baru keluar dari dewan masih tercari-cari di mana keluargaku.

"Ira," sapa seseorang bersama senyuman di wajahnya. Mungkin dia bangga denganku. Entah, aku sendiri tak pasti. Dia menghulurkan tangannya padaku. Kusambut tangannya, lalu kusalam. Dia mengalihkan 'mortarboard' di atas kepalaku seketika. Dia kucup dahiku.

"I am proud of you, my love," aku terkesima. Dia meletakkan kembali mortarboard itu. Bahuku diraih. Ternyata. Ya rabbi, inilah insan yang tak pernah lelah mencintaiku.

Air mata terharu bertakung di tubir mata. Bermula dengan peristiwa malam itu yang menjadikan aku yang sekarang. Aku, yang suamiku cinta... walaupun sehingga saat ini aku masih berusaha membalas kasih sayangnya itu.

Hidup ini bukan mudah. Ya, aku berkahwin muda. Saat aku masih lagi dahagakan ilmu, dan cinta Ilahi. Aku ingin menjadi seperti Yayah. Tapi, aku sedar bagaimana aku hendak meraih cinta Allah, sedang aku seorang anak derhaka?

"Kak Irah, awat tercegat lagi dengan abang kat situ? Mai sini kita tangkap gambaq," panggil Sya, satu-satunya adik aku yang semangat bukan main lagi. Aku yang dapat ijazah, dia pula terlebih gembira. Aku menuju ke arah keluargaku dan mentua bersama suamiku.

Hari ini, hari bahagiaku. Ermm, walaupun aku tak pernah sangka akan bersama dua buah keluarga dalam satu gambar sempena graduasiku.

-------------------------------------
Hujan gerimis di luar rumah. Angin dingin berhembus ke dalam ruang dapur dari tingkap yang sedikit terbuka. Aroma Nescafe Caramel Latte menyapa deria bauku. Kegemarannya. Juga kegemaran Yayah. Ah, kenapa sejak akhir-akhir ini, aku asyik teringatkan Yayah?

Pukul 4.30 pagi. Mimpi apakah aku terbangun... bancuh nescafe pula... Aku tak berniat hendak minum nescafe pun. Entahlah, kenapa ya?

"Assalamualaikum, cinta," bisiknya kepadaku.

"astaghfirullah!! ya Allah, kut yer pon janganlah bagi salam macam nih!" terkejut aku dibuatnya. Dan, aku terr-bebel pula. 'Ter'...maksudnya tak sengaja.

"Buat apa tengah-tengah malam ni?" Sengihnya. Bersih pula mukanya. Baru cuci muka agaknya. Dalam aku tak sedar, wajahnya ini buat aku rasa sejuk pula mata memandang.
"Terjaga..." balasku sepatah. Tanganku menghulurkan nescafe yang sudah dibancuh.

"Eh, tak nak minum ke?" dia hairan melihat responku. Siapa yang tak hairan, dah bancuh kopi tak nak minum pula.

"Saya tahu awak suka air ni." Aku senyum segaris. Aku ingin meminta diri tapi dia sempat menghalangku.

"Nak ke mana?"soalnya sambil kening sebelah terangkat.

"Nak ke syurga," selorohku. Saja berkias. Sebenarnya nak tahajud.

"Kenapa nak ke syurga seorang diri je? Taknak pergi dengan I?" alahai... dia pun nak berkias. Sengih lebar pula tu.

"Jomlah.Sekejap lagi dah nak azan subuh dah,"sahutku. Malas nak melayan babak romantik ala-ala drama cinta Islamik TV3 ini. Segera aku mengambil wudhu' tanpa menghiraukan ketawa kecilnya sambil menggeleng sedikit. Terhibur mungkin?

--------------------------------

Tasik di depan mata sangat damai. Sedamai hati ini. Hujung minggu begini, baru kutahu dia suka ke sini. Kami masih dalam tempoh berkenalan. Aneh bukan? Orang lain sebelum berkahwin dah kenal, malah mungkin ada yang lebih dari kenal.

Dulu, sebelum menggenggam segulung ijazah di tangan, aku dan dia terpisah antara dua benua. Dia bekerja di sana, aku belajar di sini. Mungkin itulah sebabnya dia ingin segera berkahwin... entahlah, aku sendiri tidak pasti.

Dia meneguk air mineral setelah penat berjogging. Peluh merenik di mukanya. Aku pula lebih suka melihat panorama alam dengan berjalan saja. Aku dah berhenti berjalan setengah jam yang lalu. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku capai tuala kecil di dalam beg tanganku. Kuhulurkan kepadanya. Senyum saja kerjanya.

"Penat pun boleh senyum, eh?" soalku dengan selamba.

"Hahahahaha..." tergelak pula dia.

"Aik, tanya macam ni pun gelak ke?" berkerut dahiku. Apa-apa jelah.

"Kenapa you ni cute sangat tanya soalan macam tu? Muka pun tak boleh blah," terus terang dia menuturkan kata-katanya.

Aku membuat mimik muka macam emoji dalam whatsapp. Lebih kurang macam ini---> (-_-)

"Emm, terima kasih,"ucapnya setelah habis mengelap muka.

"Sama-sama kasih," balasku. Memang tabiatku ucap begitu kalau orang berterima kasih kepada kita. Ibulah yang ajar jawab begitu. Sya pun akan jawab macam tu.

"Amboi, dah pandai yer balas kasih-kasih bagai sekarang ni," usiknya. Ya Allah, bertambah-tambah sengihnya. Eee, geram pula aku.

"Saya kan nak ke syurga, kenalah buat cara nak ke syurga Allah. Kena sayang suami saya nih," tuturku dalam nada geram.

"Syurga Allah..." dia mengulang perkataan itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah tasik. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Seketika, kami senyap. Mungkin masing-masing sedang berfikir sesuatu.

"Kenapa awak pilih saya? Okay, saya rasa tak patut saya tanya macam ni... tapi, dari hari pertama saya bergelar isteri awak, inilah soalan yang saya nak sangat tanya..." luahku.

"Kerana Allah," ringkas. Padat. Dia tenung mataku dalam-dalam. Dia menyentuh tanganku. Kemudian digenggamnya dengan lembut.

"Kahwin kan ibadah? I pun nak ke syurga Allah juga, macam you," ujarnya. Aku dapat rasakan keihklasan dalam ucapannya.

Ya Allah, aku percaya Engkau tak pernah silap dalam mengatur hidupku ini. Terima kasih kerana mengurniakan suami sebaik ini untukku.

----------------------------

Monday, September 29, 2014

Sementara Kita Masih Punya Masa...

As salam wbt,
Cik Mai ambil kesempatan sikit nak update blog kali ni, walaupun gelombang final exam tak surut lagi. Hehe. Nak rehatkan minda sekejap.

Sementara kita masih punya masa...

Sebenarnya, batchmate Cik Mai zaman sekolah dulu baru saja kehilangan ayahandanya.
Masih segar di ingatan Cik Mai, bagaimana dia bercerita tentang ayahandanya zaman duduk hostel dulu. Cik Mai suka buku falsafah dan ilmiah, dia cakap ayah dia pun macam tu. Dia cerita lagi pasal gurauan ayah dia, maklumla dia satu-satunya anak perempuan dalam famili. Tapi, hari ini, ayahandanya dah pergi mengadap Ilahi.

Masa terlalu cepat...

Walaupun Cik Mai tak pernah bersua muka, bertegur sapa dengan ayahandanya, tapi ... I am speechless... bila dapat tahu pemergiannya. Seorang yang kita selalu dengar cerita tentang dia...

Cik Mai doakan supaya Allah Taala tempatkan ayahandanya dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Ameen.

Sementara kita masih punya masa...
Kita belum tentu hidup esok, atau mungkin esok kita akan kehilangan orang yang kita sayang...

Tidak kiralah terpisah dengan cara apa pun...
Hargai, syukuri saat ini,

Sekian, Cik Mai.


Sunday, September 21, 2014

Saat Tuhan pertemukan aku :')

Salam wbt,
lama sgt Cik Mai tak update blog. huhu. Maklumla, makin dewasa, makin busy la katakan.

Dan, makin dewasa, makin ramai yang kita akan jumpa.
Ada orang yang mukanya ceria, senyumnya bahagia, sedangkan sepanjang hidupnya, dia tempuhi dengan penuh ujian.

"Mai, hidup aku complicated sebenarnya..."
Dan dia terus cerita sesuatu yang buat Cik Mai rasa... Allahu, sungguh kita tak tahu di sebalik wajah seseorang yang menceriakan kita, wujudnya kisah yang dipendam.

"Hang tau tak sebenarnya, dia tu sangat kuat. Ujian yang di terima saat nak final exam dulu bukan kecil..."
Ini kisah yang abang Cik Mai khabarkan.

Allah, kau hadirkan insan-insan hebat di sekelilingku, membuktikan padaku betapa Engkau mengasihi hamba-hambaMu. Engkau kurniakan kekuatan dan ketabahan buat mereka, sedang aku masih merungut di saat rezekiMu melimpah ruah.

Allah, ampuni daku.
Allahu, ampuni aku, selama hayatku...
T_T.

Sekian, Cik Mai.
 

Sunday, August 10, 2014

Gaza 2014

Gaza 2014

Friday, August 8, 2014

Cari Agama Sendiri

                Berkata imam as-syafie,  "Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku". Cik Mai baru tahu yang silibus kimia SPM tu teori yang salah pasal atomic structure semua tu. Baru kenal orbital, s,p,d,f…baru kenal Lewis structure… Benarlah kata imam syafie tu.
Cik Mai tak sangka hidup lepas SPM ni lebih sibuk, lebih banyak kerja, lebih terkejar-kejar… senang cerita, lebih susah la. Ya, lepas SPM ni bukan zaman honeymoon. Mungkin ya, sebelum masuk matrik, asasi, A-Level, IB dan setaraf dengannya. Zaman menunggu result SPM.
            Cabaran sebenarnya masuk ke alam baru ni. Kenapa? Waktu macam nilah, kita sebagai remaja nak bebas, lari dari segala peraturan sekolah. Yang ketat, yang tegas. Bila dah masuk university ni, kita memang bebas. Tak ada siapa nak halang kita pergi keluar dari kampus bila-bila masa. Wow, bestnya!!! Tapi di sebalik semua tu, kita yang kena kawal diri sendiri, kita yang kena study sendiri(bukan spoon feed dah, satu chapter habis dalam masa satu sesi kuliah), kita yang kena ‘cari agama’ sendiri. Tak ada dah peraturan macam di hostel dulu… Solat dalam dorm pon dah langgar peraturan katanya. Kat U ni, kalau kawan serumah/sebilik jaga solat tu, Alhamdulillah… walaupun tak join solat di surau berjemaah langsung. Kenapa? Ingat senang ke nak cari orang yang jaga solat?
            ‘Cari agama’. Kalau Cik Mai dulu, walaupun bukan sekolah agama, tapi tinggal di asrama, memang dah jadi rutin amalan sunat macam baca quran selepas maghrib setiap hari, solat hajat dan lain-lain. Di university ni, nak cari masa untuk baca Al-Quran tu…hmmm…memang ada je masa terluang, tapi, diri sendiri rasa malas, lebih suka nak melangho tengok tv (kat asrama dulu tengok tv hujung minggu je. Hehe)… Apa yang nak disimpulkan di sini… iman kita akan terbukti kuat ke tidak, mujahadah ke kita ni.. Dengan persekitaran yang bebas macam ni. Hujung minggu pulak, memang sakan la budak-budak U keluar…
            Hakikatnya, zaman sekolah/asrama dulu… iman kita terjaga sebab peraturan. Bukan sebab diri kita sendiri. Dan lebih teruji dengan persekitaran yang tak islamik (kalau korang masuk UIA, USIM, kolej islam swasta ke… lain la sikit kot...). Jadi Cik Mai terfikir, macam mana kakak senior Cik Mai yang dulunya kat sekolah memang alim la… ada yang maintain alim walaupun dah masuk U. Rupa-rupanya, tak mudah. Dia cari usrah, dia ‘cari agama’. Yang paling buat Cik Mai rasa terkesan… mujahadah dan istiqamah dalam diri tu…
            Contoh ujian iman kat U nih, ramai lelaki kacak gitu. Mata dah teruji dah… asyik usha2 diorang. Kemudian, kawan-kawan lagi… daripada perangai tak pernah-pernah selfie lepas masuk U rajin pulak join sekaki. Hehe… (Cik Mai lettew).
            Apa pon, nak cerita dalam entri kali ni… adik-adik yang nak melangkah keluar dari alam sekolah tu… pandai-pandai la ‘cari agama’ yer. –Sekian, Cik Mai.


Thursday, June 26, 2014

Sakit Ujian Allah

As salam wbt,
Dah lama benar Cik Mai tak menulis kat blog ni. Kesian blog...huhu T.T

Almaklumlah, Cik Mai baru je jadi siswi. Hewhew. Jadi, memang sibuknya... Ya Robbi, hujung minggu pun kena study. Hohoii!! haha

Tapi, di sebalik semua ini... ada ujian yang menimpa Cik Mai. Mula-mula balik dari usrah, tersilap ambil bas balik kolej kediaman. Naiklah bas rapid tu sampai balik kampus semula. Haha.... Balik je bilik, tidur sekejap (tak pastilah "sekejap" tahap mana). Bangun-bangun, demam panas.

Nak dijadikan sejarah dalam hidup Cik Mai lagi... esoknya dah kebah la demam panas... Masalah cirit-birit pulak! Sampai 2-3 hari jugaklah baru sembuh sikit.

Jadi, Cik Mai memang rasa down, rasa stress dan sedih jugaklah. Entah kenapa homesick menyerang. Tanpa Cik Mai sedar... rasa lapar yang Cik Mai tanggung saat sakit hari tu, tak sama macam mana sakit dan peritnya saudara seagama kita di Syria sana menanggung lapar.

Ada juga berita dari Gaza yang sangat mengejutkan!!! Disebabkan tiga kanak-kanak zionis hilang, si tentera laknatullah tu serang Gaza pulak! Tapi, ternyata tentera Al-Qassam penuh kesabaran dan stratergi dalam memerangi Yahudi kali ini. Tidak terburu-buru membalas serangan. Subhanallah... iman mereka... kerdilnya Cik Mai rasa... baru sakit sikit, dah lemau, lembik~~~

Apa-apa pon, marilah kita ambil ibrah daripada segala ujian yang melanda. Sekian-Cik Mai

Friday, May 2, 2014

Wanita Hiasan Dunia


Thursday, May 1, 2014

Ish, Ish, Ish Media Malaysia Nih!

As salam wbt,
Hari ni buka FB je rasa terkilan sangat-sangat dengan akhbar di negara kita...hmm... sanggup mereka menuduh para mujahid yang berjuang di Syria sebagai pengganas/militan! Tak sedarkah mereka dengan penderitaan rakyat Syria? Takkan kita hanya berjihad dengan menghulurkan bantuan makanan dan wang semata-mata? Adakah setakat itu saja skop jihad?

Benarlah, akhir zaman penuh dengan fitnah!




Semoga Allah Taala kurniakan hidayah buat mereka. Ameen! -Cik Mai

Tuesday, April 15, 2014

Tiada Duka Yang Abadi Di Dunia


Tuesday, April 1, 2014

Short Film yg memang realiti!

As salam wbt,
silakan la tonton short films mcm ni... ini memang realiti! :D



Kerana realiti itu... bukanlah semanis madu semuanya, tapi tidaklah sepahit hempedu sangat...eh, apa Cik Mai cakap nih? haha, abaikan. Ambil pengajaran! -sekian, Cik Mai

Monday, March 24, 2014

Albert Einstein's Quote


Saturday, March 8, 2014

Pray 4 MH370

As salam wbt,
hari ini kita dikejutkan dengan kes kehilangan pesawat MH370. Pray 4 them, not fooling with this serious matter!

Cuba bayangkan kita di tempat keluarga mangsa?

Dan untuk masalah penyampaian berita, ini ada penjelasannya.

Hmmm... marilah sama2 doakan yg terbaik. -Cik Mai

Friday, March 7, 2014

DSAI Quote


Monday, March 3, 2014

Sampai bila?


Saturday, March 1, 2014

Cikgu, Anak Murid & Hukuman Dari perspektif seorang pelajar

As salam wbt,
dah lama Cik Mai tak menulis dalam blog nih. Entri-entri sebelum nih Cik Mai lebih tumpukan perhatian pada graphic editing. Hehe. Maklumlah, software photoshop Cik Mai dah habis trial versionnya. Lepas tu, jumpa pula website pixlr.com. Boleh tahan la jugak cuma best lagi la pakai photoshop. Hehe.

Sejak belakangan ini,
golongan cikgu menjadi tumpuan masyarakat dengan beberapa isu macam PBS, cikgu disaman bapa sebab anak tak siap kerja sekolah, cikgu suruh makan rumput, cikgu muallaf pakai tudung ditukarkan sekolah.

Cikgu, Cikgu, Cikgu....

1. Hukuman & Keadilan

Pada pandangan Cik Mai, kadangkala sebagai manusia kita memang akan buat silap. Tak dinafikan, cikgu-cikgu juga buat silap. Kerajaan buat silap. Ibu Bapa buat silap... apatah lagi anak-anak.

Kalau dahulu, hukuman yang adil mungkin tak diamalkan sangat. Contohnya, zaman dulu, terlupa sifir 3 x 6, dah dipulas perut. Balik rumah mengadu, bapak pula rotan punggung. Padahal, si anak cuma LUPA 3 x 6, BUKAN SEMUA SIFIR 6. Hukuman macam ni tak adil.... kerana ini bukan salah laku... ini soal kemampuan. Tapi, dari sudut positifnya, si anak memperoleh nilai survival, ketabahan dalam meneruskan hidup. Bahkan, mungkin memori seperti ini diceritakan kepada anak cucu dengan senyuman.

Tapi itu dulu, sekarang semuanya sudah terbalik.
Cikgu denda sikit dah mak bapak kecoh. Itu dah sangat melampau. Denda yang Cik Mai maksudkan ini yang ringan dan adil. Contohnya, Cikgu bagi kerja sekolah, anak murid tak buat. Jadi, Cikgu denda siapkan kerja sekolah di belakang kelas. Denda tanpa menyentuh (rotan, cubit dsb). Tapi, si anak bila balik mengeluh pada ibu bapa dan apa lagi, surat saman sampai.

Itu isu denda yang adil. Dalam hal ini, Cikgu tak sepatutnya diperlakukan begini.
Tapi, dari sudut lainnya, cikgu-cikgu perlu peka dengan denda atau hukuman yang setimpal. Dan mengambil kira juga masalah si anak murid. Bagi kes terbaru, bapa saman cikgu denda anaknya yang  tak siap kerja sekolah padahal si anak murid tu buta sebelah mata.

Cik Mai sebagai anak murid pernah rasa apabila kesalahan kecil yang Cik Mai buat, sampai dipanggil sampai pihak pengetua. Cik Mai buat apa? Tumbuk cikgu ke? Bukan itu. Lompat pagar ke? Bukan jugak. Kena tangkap basah ke? Lagilah bukan. Cik Mai tak hadir kelas jawi sesi petang. Bukan tak hadir langsung, cuma sesi petang je. Sesi pagi Cik Mai hadir.Dan kelas tu, Cik Mai bayar ok? Cik Mai dah inform pon sebab apa tak datang kepada pengawas bertugas tapi tak taulah kenapa, maklumat tu sampai. Pergilah kau mengadap tuan pengetua dan kena marah, perli dan arghh, malas nak ingat.

Dalam hati Cik Mai waktu tu... rasa tak adil gila.Tapi tak apalah, Allah Maha Adil.  Kemudian, ada kes budak batch Cik Mai kena tangkap basah dalam toilet perempuan. Dan yang kena buang cuma budak lelaki je. Yang perempuan tak kena langsung malah cikgu percaya bulat-bulat alasan dia kena perangkap. Well hello, kau ingat ni novel ke ape?
Boleh bayangkan tak, kes yang sepatutnya dihadapkan ke peringkat pentadbiran sekolah, malah kena buang boleh senyap macam tu je. Tak tau la kenapa budak perempuan tu disayangi sangat.

Ya, part nih memang mengaibkan tapi korang semua tahu ke Cik Mai sekolah mana? Tak kan? Haha, so, takde istilah "buka aib". Ini realiti untuk renungan bersama.

Kesimpulan bagi isu ini, semua orang buat silap.

Tapi, lebih baik tersilap ampun daripada tersalah hukum.

2. Isu PBS
Dalam isu ni pulak, sama je macam PPSMI. Kalau kita nak bubarkan... bagi Cik Mai, memang patut dibubarkan dan dikaji semula. Saiz kelas jugak perlu dikecilkan supaya pelaksanaan lebih berkesan. Masalahnya sekarang, PBS yang dijalankan tak dirancang dengan teliti.

Tapi, tak ada bezanya dengan sistem lama kalau masih ada PBSMR. Dah masuk form 4, segala macam eviden, band2 tu dah tak dinilai dah. Jadi, sama jelah dengan sistem peperiksaan sebelum ni. Okay, Cik Mai bukan cikgu.

Jadi Isu ini, Cik Mai cuma tahu serba sedikit saja. Kalau ada yang silap fakta ke, mohon maaf la yer?

3. Cikgu SBP vs Cikgu sekolah biasa

Bagi Cik Mai, sejujurnya Cikgu yang sebenar-benar cikgu ialah cikgu sekolah biasa. Bukan nak merendahkan cikgu sekolah SBP, anda hebat. Tak dinafikan. Kebanyakan cikgu SBP ialah penggubal soalan, pemeriksa, guru cemerlang. Dan bukan semua cikgu SBP macam apa yang Cik Mai nak katakan ni. BUKAN SEMUA, ok? Cikgu sekolah biasa mengajar anak-anak murid bukan untuk mengejar A. Ya, kerana mereka dah dapat gred C daripada gagal itu sudah suatu kebanggaan. Cikgu sekolah SBP, ada yang macam ni.
"Kamu bacalah buku teks sejarah Bab 5 sendiri. Esok habiskan modul bab 5 terus. Lusa kita masuk bab 6"
 Cikgu-cikgu macam ni dah anggap "ala, budak SBP. Takkanlah tak reti. Sejarah je pon~"
Ya, memanglah subjek "Sejarah je pon". Tapi, di manakah tanggungjawab anda sebagai pengajar? Kenapa masih ada saja pelajar SBP yang gagal sejarah kalau benarlah dakwaan "Sejarah je pon"?

Kepada yang mendakwa budak SBP pon 'spoon feed'. I think, not really. Dengan adanya cikgu macam yang Cik Mai sebutkan, sebagai pelajar mereka berdiri di atas kaki sendiri. You rajin baca, you faham, you dapatlah. Tapi, ada yang, rajin baca tapi tak faham-faham. Kesian kan? Mengejar silibus tanpa mengejar kefahaman anak murid.

Keikhlasan dalam mengajar itu penting.

pssttt! Cik Mai budak SBP ke????
My answer: perlu jadi budak SBP ke untuk tau situasi dalam SBP? Awak tak ada jiran sekolah SBP? Atau sepupu sedara mara sekolah SBP? Heh. So, jangan berfikiran sempit yeah?

Kepada yang baca entri ini, ini pandangan daripada seorang pelajar. Cik Mai mohon maaf sangat-sangat kalau ada yang tak puas hati dalam hal ini. Tak layak Cik Mai nak memberi padangan dari sudut padangan seorang cikgu kerana itu tidak adil. Saya bukan cikgu.

Bukan niat Cik Mai nak merendahkan cikgu. Bahkan cikgu-cikgu insan yang sangat bermakna kepada Cik Mai, dan masyarakat. Apa yang disebut dalam entri kali ini hanyalah untuk kita sama-sama perbetulkan.

Sekian-Cik Mai, seorang bekas pelajar sekolah menengah dan rendah, masih lagi menganggur sementara menunggu result SPM.

Wednesday, February 26, 2014

Harapan Mereka Takkan Pudar


This Is Yarmouk

BETAPA TERDESAKNYA MEREKA UNTUK MAKAN
Kem Pelarian Palestin Yarmouk, Damsyik, 26 Februari 2014

Setelah berapa lama hidup dalam kepungan tentera rejim, hingga di ishtiharkan darurat, terpaksa makan apa saja untuk meneruskan kehidupan. Kini mereka bersesak dan sanggup beratur panjang bagi mendapatkan bantuan makanan.

Sumber: Green Project

Tuesday, February 25, 2014

Ucapan Dr Mursi

“Kirimkan salam saya kepada seluruh rakyat. Saya ingin nyatakan,
teruskan berdemonstrasi secara aman. Saya tetap bersama anda! Kita tetap berkuasa walaupun terdapat konspirasi bersekutu dengan Zionis”.

Bila kawan-kawan dah syahid...


Monday, February 24, 2014

Main Syahid2


Don't Expect Everyone to Understand You!


Sunday, February 23, 2014

Mawar Bermaruah


Fight For freedom


Saturday, February 22, 2014

Kelemahan Umat VS Kekuatan Musuh


Friday, February 21, 2014

Pemimpin Sejati


Thursday, February 20, 2014

Assad The Evil


Born With Hope


We Want Freedom!


Tuesday, February 18, 2014

Pornografi Kanak-Kanak

As salam wbt,
sekarang ni tengah kecoh di wall FB tentang berita kanak-kanak dan pornografi...
Di manakah silapnya???
Hmmm...

Generasi hari ini,
Jangan dibiarkan terus begini!!


Kita perlu buat sesuatu...mungkin? Tapi bagaimana???




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...