Buat
kesekian kalinya, aku membelek semula buku ‘Cinta Yusuf’, karangan seorang ahli
politik, Dato Husam Musa. Aku memang gemar berbicara isu politik. Tapi buku ini
bukan tentang politik, tapi tentang cinta yang membinasakan. Buku ini pemberian
Citra. Sebenarnya, aku tahu Citra sayang buku ini. Tapi aku yang beriya-iya
sangat nak pinjam. Masih belum dipulangkan. Teringat pula saat aku nak pinjam
buku ini dulu.
“Buku
ni bukan pasal politiklah!” tegas Citra.
“Tak
kisahlah pasal politik ke tak. Tapi yang tulis tu ahli politik, kan?
Bolehlah... aku nak pinjam...”rayuku.
“Memanglah...Tapi
buku ni tak ada langsung cerita pasal politik weh! Lainlah kalau buku Dr Mujahid
Yusuf Rawa ke, Tun M ke... buku ni bedah Kisah Nabi Yusuf dalam Al Quran
jelah...”terang Citra lagi.
“Tak
kisahlah! Aku nak pinjam jugak! Pinjam je...”
“Hmm...
yelah... tapi nanti jangan lupa bagi balik...”tegas Citra. Aku sengih lebar.
“Thanks
weh! Nanti aku belanja kau!” janjiku.
“Tak
payah belanja apa-apa. Asalkan kau hadam buku tu. Jangan lupa buat review
pulak, k?”
“Beres!”
aku mengankat symbol ‘OK’. Dan aku
Berjaya memegang naskah buku ini mulai hari itu.
Aneh
kan? Cinta itu sesuatu yang sangat indah, sesuatu yang didamba segenap insan,
tapi... membinasakan. Itulah tema buku ini. Memang buku ini membedah Surah
Yusuf, tapi bukanlah keseluruhan surah, sekadar sejarah Nabi Yusuf AS.
Aku
teringat lagi, semasa menghabiskan bacaan pada bab pertama buku ini, tidak
sabar-sabar aku hantar mesej pada Citra melalui Whatsapp. Teruja. Sebab selama
ini, cara aku menilai kisah Nabi Yusuf sangat berbeza berbanding ulasan penulis
buku ini.
Aku
menganggap kasih sayang Nabi Yaakub AS sebagai kasih sayang yang sangat indah,
antara seorang ayah dengan anaknya. Benar. Memang tidak dinafikan. Tapi, menurut
penulis, cinta inilah yang membinasakan. Menyebabkan hidup Nabi Yusuf susah.
Dicemburui, dibuang ke dalam telaga, dipisahkan daripada keluarga angkara hasad
abang-abangnya.
Itu
baru permulaan kisah. Aku jadi terpegun. Cinta itu indah, tapi membinasakan.
Memang...
Aku:Citra! Best la buku ni!
Citra: Eh, kau minat ke kisah-kisah cinta ni?
Aku: Alah, novel HAMKA pon aku layan pe? Tapi, buku ni best
sebab aku tak pernah terfikir dari perspektif macam Dato Husam ni...
Citra: Kau baca takat mana dah?
Aku: Sampai Nabi Yusuf dianiaya abang-abang dia...
Citra: Hmm... teringat pulak pandangan Dato Husam ni pasal
pakaian Nabi Yusuf. Aku rasa kau tak baca lagi kot part tu...
Aku: Belum kot...
Citra: Jap aku snap pasal baju Nabi Yusuf ni. Tapi petikan
ni bukan dari buku yang kau tengah baca tu, tapi buku baru Matluthfi. Time ni
dia jumpa Dato Husam...jap eh...
Bab: Sehelai Kain
M embaca kertas kerja YB Husam Musa bertajuk Cinta Yusuf, aku belajar tentang baju. Yusuf AS telah menyarung pelbagai jenis baju. Baginda pernah memakai baju biasa sebagai rakyat awam, pernah tidak berbaju ketika dibuang di dalam sumur, pernah berbaju hamba semasa dilelong di pasar, juga pernah menyarung baju bangsawan ketika menjadi menteri. Tetapi baju hanyalah baju, selagi manusia tidak lupa apa fungsinya baju, dia tidak gusar untuk menyalin apa jua jenis baju.
Baju marhaen, baju elit, baju UMNO, baju PAS, baju Sosialis, baju Syiah merupakan sehelai persalinan yang tidak harus cuak disarung dengan kesedaran bahawa si penyarungnyalah yang bertanggungjawab mengawal cara dandanannya; seperti menutup aurat dan menjaga kebersihan.
Bilamana ada suara-suara sumbang yang tidak senang dengan banyaknya pilihan baju yang kamu ada, mereka cuba menarik-narik baju yang kamu pakai, kerana mereka pikir kamu jahil berbusana, ketahuilah ketaksuban mereka itu akan terserlah sepertimana koyaknya belakang baju Yusuf diganyang Zulaikha sehingga wanita itu tidak mampu lagi menutup rahsia berahinya.
Jika mereka cuba memalsukan baju kamu, dengan liciknya mereka menokok-tambah benda-benda yang selain apa yang sedia ada pada baju itu, dan menuduh benda-benda baharu itu sebagai kepunyaan kamu, ketahuilah Ya'kob AS tidak pernah tertipu dengan darah hewan pada baju Yusuf walau dikempen dan dicanang anak-anaknya yang lain bahwa ia kepunyaan putera ketujuhnya itu.
Jauhari yang pernah mengenal manikam akan terus mengenalinya.
Setelah itupun jika masih ada manusia yang terus mengejek,
"Jangan perasan kamu ini seperti Yusuf,"
Maka jawablah sepertimana Husam menjawab apabila diajukan provokasi yang sama
“Bukanlah saya seperti Yusuf, cukuplah jika tidak seperti abang-abangnya.”
-Momen2 Mathlutfi
Aku: Uish, deep nya!
Citra: Tau takpa!
Aku: Lepas ni nak pinjam buku tu pulak...hehe...boleh kan?
Citra: Mengada. Takder nye aku nak bagi pinjam. Kau habiskan
dulu buku Cinta Yusuf tu...
Aku: Eleh, kedekut!
Citra: Eh, aku ambik balik kang buku tu...haaa...
Aku: Okay-okay! Sorry! Ampun!
Citra: Tau cuak...
Aku tersenyum membaca semula
perbualan Whatsapp dengan Citra tentang buku ini. Aku meneruskan lagi bacaan.
Aku sudah khatam buku ini sebelum ini. Tapi aku mengulang baca lagi.
Entahlah... buku ini sangat sentimental bagiku.
“Man?
Eh, kau tak move on lagi ke?” tegur Sofyan. Aku tak sedar bila dia balik dari
masjid. Segera aku menyorokkan buku di bawah bantal.
“Takde
la... aku belek-belek je buku ni...”
“Kau
tak payah berdalih lah... aku kenal kau... tu handphone kau menyala lagi... kau
baca balik Whatsapp dia kan?”
Aku
diam. Sebenarnya, aku bukan tak mahu pulangkan buku ini. Tapi, aku tak sempat.
Citra dah pergi, tinggalkan aku. Kalau dia pergi ke mana-mana tempat dalam
dunia ini, sudah tentu aku akan cari dia. Aku akan pulangkan buku ini. Aku akan
luahkan segala yang terpendam. Malangnya, dia dah pergi... mengadap Ilahi.
Aku
termenung. Selepas pengebumiannya, aku nak serahkan buku ini pada adiknya...
“Ini
buku arwah... aku... tak sempat nak pulangkan sebelum ni...”
“Kau
simpanlah. Arwah dah pesan. Dia bagi terus. Man, akak aku sayang gila buku-buku
dia. Walaupun aku adik dia... dia tak pernah bagi aku pinjam buku dia. Kalau
dia nak bagi, dia akan beli lain untukku. Man, simpanlah buku tu. Kau, orang
yang paling istimewa dalam hidup dia. Cuma dia tak pernah luahkan...”kenyataan
itu bagaikan halilintar menyambar tepat ke jantungku!
Dan
sehingga hari ini, aku tak pernah rasa menyesal sepertimana sesalnya aku,
menyimpan rasa dalam hati ini padahal Citra juga sama... Cinta yang
membinasakan...
“Man,
sudahlah... kita kena teruskan hidup! Citra bukan Zalikha dan kau bukan Yusuf!”kata
Sofyan.
Aku
menumbuk mukanya. Aku geram. Hati aku sakit! Dan air mataku akhirnya jatuh dari
tubir mata. Ada amarah bercampur hiba dari hatiku.
“Kau
tumbuklah aku berapa banyak kali pun, Man! Tapi aku nak kau sedar, kau tak
boleh terus-terusan macam ni! Man... Citra dah tak ada. Tapi dia tinggalkan kau
buku ni, Man, bukan untuk kau meratap. Tapi supaya kau jadi macam Yusuf, yang
derita jiwanya kerana cinta tapi kerana iman, dia tetap tabah, tetap sabar.
Man, sabar seperti Yusuf!” kata Sofwan sambil mencapai buku tersebut dan
diangkat, ditunjukkan padaku.
Aku
tunduk. Aku terduduk. Demi Allah, saat itu aku sangat rindu pada Citra yang aku
cinta. Demi Allah, saat itu menangis teresak-esak. Tak pernah air mataku
selebat ini. Ternyata aku memenjarakan diri dalam kenangan dan perasaan. Dan
aku lupakan Dia, Tuhan yang sedang mengujiku. Tuhan yang disembah oleh Yusuf.
Tuhanku.
“Man,
kita mesti terus hidup... Kau takkan jumpa Citra sepertimana Yusuf jumpa
Zalikha semula di dunia... Tapi, kau akan jumpa dia semula di akhirat sana,
Man... ” Sofwan menenangkanku.
Benar,
aku bukan Yusuf dan Citra bukan Zalikha...
--------
*last seen 10:45 PM 29/6/2016
Citra, aku dah habis baca buku tu.
Citra, aku dah buat review buku macam kau suruh.
Citra, aku ulang baca balik.
Citra, kan bagus kalau aku Nampak bluetick kau... at least
double tick ke sekarang ni...
Citra, aku rindu kau! T_T
0 comments:
Post a Comment