As salam wbt,
sedar tak sedar dah dua bulan Cik Mai tak update blog. Haha. Ntahlah... sejak dua menjak ni tak terasa nak menulis. huhu. Sorry yer blog.
Hari ni terasa nak cerita pasal Ayah pulak.
Cik Mai tak berapa nak ingat sangat memori zaman kanak-kanak...
Tapi ada satu entah kenapa Cik Mai ingat sampai sekarang.
Cik Mai tak rapat pun dengan ayah Cik Mai...
Tapi sampai sekarang Cik Mai ingat masa kecik-kecik dulu...
Ayah ajak Cik Mai pergi makan ais krim. Hanya kami berdua. Cik Mai dan Ayah.
Cik Mai ingat ayah nak bawak pergi kedai depan rumah je. Rupa-rupanya dia bawak pergi restoran. Makan Banana Split.
Haha. Cik Mai masa tu naif lagi. Banana Split tu Cik Mai cakap bukan ais krim. Adoilaa lawak betul. Ais krim bagi Cik Mai HANYA AISKRIM BATANG & CONE SAJA. Lol!
Dan dalam dua tiga bulan lepas...
Majalah Ujang & Apo? dah tak ada keluaran baru...
Cik Mai ingat lagi, bila Cik Mai mintak ayah belikan Majalah Ujang, edisi Raya Korban. Sebab comel sangat lembu-lembu atas pokok dalam cover majalah tu. Haha. Sebab tu je pon.
Tapi ayah tak kisah, dia bagi je.
Nah, bila dah baca tak berapa paham pulak. Yelah, budak sekolah rendah lagi kan. Mana nak paham ejaan bahasa pasar. Huhu.
Bila dah dikenang balik, Ayah tak macam ayah orang lain...
Ayah tak kisah melabur untuk bahan bacaan dan makanan... walaupun Majalah yang orang pandang tak ada faedah tu...
Alhamdulillah.
Ada kartun yang Cik Mai ingat.
1. Workshop, dalam episod pencuci muka kot. Cupin beli produk tu daripada direct seller. Lepas tu muka dia berseri je. haha. Sampailah dia garu sikit muka dia sebab gatal, habis calar muka dia. Hahaha.
2. Kartun lukisan kartunis Bawang. Pasal rasuah. Kisahnya ada seorang usahawan ni makan rasuah. pastu bila dia dah sedar... setiap inci hartanya sekecil-kecil selipar jamban sampailah ke rumah besar, semuanya hasil rasuah, Jadi, macam mana dia nak tebus balik kesalahan dia tu...??
3. Tak ingat kartun lukisan sapa, tapi Bawang jugak kot. Kisah budak lari rumah pastu lapar, pastu curi kambing jiran, sembelih sendiri, masak dalam hutan. Lol. Punya gigih nak lari rumah baqhang! haha!
Itu antara memori zaman kanak-kanak Cik Mai. hmm, entahlah...
yang lain semua macam kabur-kabur lagi...
Sekian- Cik Mai
Thursday, November 12, 2015
Ayah, Majalah Ujang & Memori
Posted by Cik Mai at 12:30 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Sunday, August 9, 2015
Cerpen: Lepaskanlah!
Posted by Cik Mai at 12:08 AM 0 comments
Labels: Coretan Pena
Wednesday, July 29, 2015
Novel Thriller & Seram dalam hidupku
As salam wbt,
lama noh CIk Mai menyepi. hehe. Entahlah, feeling nak menulis tu dah makin kurang. tapi, insyaAllah sekurang-kurangnya sebulan ada satu entri baru.
Cuti Cik Mai ni pon tak lama lagi nak habis. Jadi, marilah membantai novel-novel thriller & seram. haha
Dalam hidup Cik Mai, novel yang Cik Mai rasa 'worth' untuk beli ialah novel islamik, kreatif dan thriller.
Kat malaysia ni bersepah novel bertemakan romantik & angan-angan. Walaupun sesetengah orang akan cakap membazir ja beli buku novel ni, tapi pada Cik Mai, setiap orang ada definisi 'pembaziran' masing-masing.
Kenapa tetiba sembang pasal novel thriller ni? haha... sebab bosan satu hal. Satu lagi, Cik Mai baru khatam novel thriller lah! hahahaha. okay, ni antara novel yang Cik Mai dah habis baca;
1. Rosmoh Perempuan Puaka
Posted by Cik Mai at 3:01 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Tuesday, June 30, 2015
Bedah Buku: Dunia Melayu
1. Melayu Pendatang ke?
Sebenarnya, jalur bangsa melayu ni sangatla luas. Sampai mempunyai kelompok2 tersendiri. Bahkan, orang asli di Tanah Melayu pon sebenarnya Melayu, atau lebih tepat lagi Proto Melayu. Mungkin sebab sempadan negara moden yang buat kita rasa, Indonesia bukan melayu, Brunei bukan melayu, padahal kita serumpun.
Satu lagi missing link dalam sejarah yang kita belajar, kita tak didedahkan dengan empayar Nagara Sri Dharmaraja, empayar selepas kejatuhan Srivijaya. Yang ohsemnya, sampai ke Sri Langka pengaruhnya! Wow kan?
Macam Cina jugak, ada yang sesama depa yang tak boleh bersembang sebab mungkin sorang sembang dalam Hokkien, sorang lagi dalam Mandarin. Jadi, tuduhan Melayu sebagai pendatang, hanya orang Asli pribumi sebenar tak logiklah berdasarkan fakta yang ada disebutkan dalam buku ni. Apa-apa pon, Cik Mai lebih suka kalau sikap racis ni kita buang ja jauh2.
Sedangkan Allah tidak menilai kita berdasarkan ras, bangsa atau status, tapi TAQWA.
2. Hang Tuah orang cina?
Disebabkan gelaran "Hang", ada yang menganggap Hang Tuah orang cina. Sebab? Puteri Hang Li Po dari China pon ada pangkal nama "Hang". Tak betul tu. Sebab gelaran "Hang" diberikan kepada Puteri Li Po oleh Sultan Melaka. Lagipun, surname "Li" tu sendiri yang menjelaskan keturunan dia.
Satu fakta yang menarik, selain Hang Tuah Lima Bersaudara & Hang Nadim, ada ja tokoh-tokoh yang diberi gelaran "Hang". Contohnya, Hang Husin & Hang Hasan. Ada dibuktikan dalam manuskrip dalam buku ni.
3. Keris senjata dari luar? Orang Melaka perang guna sumpit, tak ada senjata api?
Dalam buku ni dikupaskan pasal keris sebagai senjata alam Melayu. Ya, keris memang asli daripada Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah ada dalam buku ni. Pasal perang Melaka lawan Portugis tu, fakta yang paling menarik, Melaka sebenarnya mempunyai simpanan senjata api melebihi 8000 unit. Portugis berjaya rampas beberapa ribu daripadanya. Hampa jangan ingat tamadun Melaka ni lekeh sangat weh~
Senapang dan pistol versi Melayu pon wujud kot!!! Mungkin dibawa dari Empayar Turki. Mengikut teori la. Sebab tu, lama jugak Barat nak tawan Tanah Melayu ni. Sebab tamadun Melayu masa tu canggih. Yelah, takkanlah sebuah tamadun yang mengusahakan perdagangan sejauh Tanah Besar China sehinggalah ke Bumi India, mempertahankan negara hanya dengan sumpit dan keris kan?
4. Temagi bukan wakil Siam (Ayyuthaya)
Masih ingat dalam buku teks kita cakap Temagi wakil Siam yang memerintah Temasik? Haaa, sebenarnya, dalam sejarah Thai, depa tak sebut langsung pasal Temagi! Kenapa? Sebab kerajaan Ayyuthaya masa tu belum wujud! (Ni nak kena revise balik. Cik Mai lupa sama ada belum wujud ataupun pengaruhnya tak sampai pon sehingga ke Temasik). Jadi, Temagi ni asal daripada mana? Haaa, tu hampa kena baca la buku ni.
5. Pengaruh Melayu sampai ke benua Afrika
Melayu digelar the viking of the east. Memang tak dinafikan wujudnya bangsa berdarah Melayu di Afrika. Cer hampa google. Tapi, tak hairanlah, sebab kita sedia maklum bangsa Melayu dulu memang terlibat dalam pelayaran. Misalnya Panglima Awang.
Fakta ohsem dalam bab ni, bangsa Cina belajar buat kapal daripada empayar Melayu/ Srivijaya.
Apa-apa pon, fakta yang dikemukakan dalam buku ni lebih kepada menjawab kontroversi. Ada juga yang Cik Mai tak berapa nak yakin, mungkin kena cari lagi fakta yang kukuh. Tu pun kalau rajin la. hewhew. Prinsip dalam membaca, jangan telan bulat-bulat.
Buku ni ada 12 bab, dan Cik Mai hanya ulas separuh daripadanya.
So, apa lagi, pi la try cari buku ni. Pinjam ka. Kalau nak beli, pada Cik Mai la, Cik Mai akan suruh hampa pakai baucer buku ja. Agak mahal sebab material kertas dia macam kertas majalah. Licin. Tapi okla. Buku Hijjaz Records Publishing banyak jugak yang best. Pasal UFO la, Commitee 300 la, Holocaust la, Kitab Talmud la...
Tapi, nak beli tunggu baucar buku tahun depan la pulak. haha. Kbye,
sekian-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 8:34 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Sunday, June 28, 2015
Antara Dua Benua
As salam wbt,
sedar tak sedar dah dekat sebulan lebih Cik Mai tak update blog. huhuhuhu...
Busy?
ermm, tak jugak...cuti lama kot. herghhh, mereput~
tapi entahlah kenapa tak perasan dah lama tak update blog.
Alhamdulillah, sekali lagi Cik Mai berpeluang ke negara orang.
Benua Eropah. Bermula dari German, singgah melawat kakak di Frankfrut... ke switzerland,perancis,belanda, dan last ke UK.
Boleh dikatakan sistem kat eropah ni hampir sama. Pengangkutan la yang paling Cik Mai rasa hampir sama. Yelah, kali ni Cik Mai pi dengan family bukan dengan agen pelancongan. Sendiri-sendiri. Backpack la kononnya.
Cuma nasihat Cik Mai, tak payahlah pergi backpack dengan family. Sangaaatttt la tak sesuai!!! haha...
Ermm, kalau cerita pasal tempat pelancongan... rasanya dah banyak orang cerita, kan? Apa yang Cik Mai nak kongsi hari ni, bukan kisah melancong, tapi hakikat kehidupan kat negara orang. Macam Cik Mai cakap tadi, Cik Mai ke German melawat kakak, dia buat master kat sana.
Kadang-kadang kan, Cik Mai terdetik la kat hati ni... kenapalaaa susah-susah sangat nak sambung master kat german sana tu? dah la jauh... Pakai duit sendiri pulak tu... Dia kerja selama tujuh tahun, kumpul duit dan berhenti untuk ke German. Mungkin dia rasa dah cukup, dah puas kot kerja? Hmm...
Dalam hidup ni, yang kita cari adalah sesuatu yang buat kita 'happy', bukan yang buat kita rasa 'empty'.
Amboi, berojak pulak bahasa hang ni Cik Mai oii~ padahal kat Europe tu bahasa Inggeris tak la berguna sangat pon. Hahah, seriesss kott~
Tapi, sebenarnya, German jadi pilihan kakak Cik Mai sebab 'free education'. Jadi, dia cuma kena ada duit untuk makan minum tempat tinggal je. Transportation freee!!! Sebab dah include dalam yuran universiti. Wow kan? Cik Mai rasa masa sem terakhir kat kolej dulu, Cik Mai spend about RM150 kott untuk transport! huhuhu... Untungnya study kat German.
Pastu Cik Mai pi la jugak jenguk-jenguk rumah dia. Apartment yang memang dikhaskan untuk student, tapi bukan under university la. Syarikat luar yang bina apartment tu tapi hanya untuk students. Thats mean, kena ada bukti la kalau nak dok situ. Dari luar ingat ermm, not bad la.
Masuk2 rumah dia, rupanya cuma sebuah bilik muat2 untuk seorang, dengan satu bilik air ja!
Jauhhh bezaaaa dengan kolej Cik Mai! Dah la kena bayar mahal.
Bersyukurlah. Itu yang Cik Mai cakap kat diri sendiri. Sebab belajar kat Malaysia kemudahan kolej dalam kawasan universiti, nak pi kelas senang... ada pro and cons tapi bagi Cik Mai, German better banyak la dari segi kos sara hidup. Makanan murah, bagi penduduk kat sana la. Kalau pi melancong memang sakit la oii, dah la nilai matawang ringgit jatuh~
Gambar? haha, malas pulak nak upload, sebab dah letak kat instagram. huhu.
https://instagram.com/maisarah.mohdpauzi/
Sekian,
Salam Antara Dua Benua.
-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 6:56 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Ilham Musafir
Thursday, April 30, 2015
Cerita McD dari Faisal Tehrani
As salam wbt. Hohoho... Selamat Hari Pekerja...
Tahun 2015 ni memang banyak cuti 'long weekend' kan? Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Okla, sebenarnya Cik Mai nak review buku baru Faisal Tehrani, terbitan Dubook. Tapi nak ulas satu buku macam malas la pulak. Hahaha. Jadi, Cik Mai nak ulas bab yang Cik Mai paling suka jelah ye. Pasal McD. Oh, jap... lupa nak bagitau tajuk bukunya.
Tadaaa... inilah dia
Mesti ramai antara kita yang boikot jenama ni kan? Cik Mai pon salah seorang yang memboikot jenama ni. Tapi... kita boikot untuk apa?
Pada Cik Mai, mungkin sebelum ini boikot, selepas baca buku ni pon tetap nak boikot jugak. Hahaha... Alaa, apa bezanya? Apa yang buku ni bagi impak untuk Cik Mai kalau tak ada perubahan apa-apa pon? Haaa... rilek dulu.... tak habis lagi Cik Mai nak ulas ni...
Boikot Tetap Boikot!
Tapi sebab apa boikot? Ok, sebab untuk boikot dah berubah...
Dulu Cik Mai boikot sebab isu Palestin, sekarang Cik Mai lebih suka boikot sebab alasan 'junk food'.
Kenapa?
Dalam buku Dr.Faisal Tehrani yang baru ni, beliau ada cerita pasal McD ni sebenarnya di Israel pon kena boikot. Hahaha... 'Eh, bukan McD pon puak-puak depa ka? Yahudi?'
Ya, McD ada beri sumbangan pada IDF (tentera Israel) sebab nak bertapak di Israel. Tak hairanlah kita boikot McD sebab sumbangan dia ni. (Alaa, kalau boikot sebab Palestin macam orang Malaysia yang perangai macam pisang goreng ni... sekejap jelah... bila perang dah berhenti makan balik...)
McD memperkenalkan menu McFalafel di Israel. Tapi, disebabkan menu ni, orang Israel marah McD konon macam provok depa la...
Kenapa? Ok, Cik Mai ambil bulat-bulat ye ayat dalam artikel tu... sebenarnya isi kandungan dalam buku tu ada je di ruangan beliau dalam website MalaysiaKini.
( http://www.malaysiakini.com/columns/271493 )
Kisah McD diboikot di Israel (Biar betul???)"Warga Israel merasakan Amerikanisasi terhadap falafel versi Israel sebagai keterlaluan. Tentu, Palestina ada di situ sebagai puncanya. Sedikit ‘kesilapan’ dilakukan oleh McDonald's apabila ia memperkenalkan McFalafel. McDonald's menggunakan daun selada dalam produk tersebut. Daun selada adalah ciri penting dalam salad versi Palestina. Untuk berbeza, lama dahulu Israel telah menggantikan daun selada dengan timun dalam salad mereka.
McDonald's dituduh sengaja melakukan provokasi. McDonald's dituduh anti-Yahudi dan pro-Palestina. McFalafel menimpa kontroversi. Pada bulan Julai 2010, McFalafel dihentikan pengeluarannya dari restoran McDonald's di Israel. Daun selada dianggap melampaui batas."
Ok, part ni best. Sebab Cik Mai pon tak sangka jugaklah...haha... tapi ini takkan buat Cik Mai berhenti boikot McD la. Panjang ni... ikut sukalah nak baca ke nak skip sampai perenggan akhir entri ni. Haha.
Dr Omri Padan pemegang hak McDonald's di Israel membuat satu keputusan. Dia menyekat usaha Rami Levy dan Mega-Or. Dr Padan bertegas tidak membuka cawangan McDonald's di Ariel. Kerana status wilayah tersebut yang kabur (sebenarnya haram!). Pilihan Omri Padan ini memang ‘padan dan serasi’ dengan peribadi beliau.Padan adalah pengasas NGO Peace Now, yang sering memilih untuk memihak kepada rakyat Palestina dan sentiasa menyuarakan solusi ‘two-state solution within secure borders’ (solusi dua negara iaitu Palestina dan Israel sebagai dua entiti rasmi).Malah Omri Padan mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan mengapa McDonald's tidak akan dibuka di Ariel; “referring to the decision not to open restaurants in Ariel, the Golan Heights, which Israel captured from Syria in 1967, or even East Jerusalem, which Israel has annexed” (tidak membuka restoran di Ariel, Bukit Golan yang ditawan Israel dalam tahun 1967, atau Timur Baitul Maqdis yang diserobot Israel).Keputusan tersebut membuka gelombang anti-McDonald's yang kedua. Sebanyak 170 cawangan McDonald's di Israel diserbu dengan stiker ‘Kosher tapi busuk’ dan ditampal khususnya di cawangan McDonald's di Hertzeliya Pituach, Utara Israel. Pemilik McDonald's di Israel, Omri Padan dituduh sebagai puak kiri.Ahli Knesset (Parlimen Israel), Miriam Regev, yang merupakan jurucakap tentera Israel sebelum menyertai parti Likud mengisytiharkan Omri Padan ‘golongan yang rugi’. Dan Margalit, tokoh kewartawanan Israel mengesan McDonald's diboikot.Keadaan menjadi lebih buruk. Ahli Knesset, Shula Mu’alem-Rafaeli dari ‘The Jewish Home’, mengarahkan anggota Bnei Akiva, gabungan ‘Religious-Zionist Youth Movement’ untuk memboikot McDonald's. Hana Golan, salah seorang ahli politik di Ariel melancarkan slogan “Kita Pernah Lepas Dari Firaun, Kita Akan Lepas Dari McDonald's”.McDonald's di Israel dilontar batu, dipulau dan menjadi mangsa kemarahan. Pekerja McDonald's Israel dikasari dan kontroversi McFalafel kembali dibuka orang dan dijaja sebagai cerita; McDonald's dianggap anti semitik
Cik Mai suka pandangan dari sudut lain. Jadi, artikel ini salah satunya. Bila baca komen di situ, ermm... kenapa la kita suka komen tak kena pada tajuk? Hahaha, berbicara pasal McD, isu syiah sunni yang dikomennya.
Memanglah fahaman Dr Faisal Tehrani berbeza dengan Cik Mai, tapi sekadar nak baca dari sudut lain, tak salah kan? Kita pegang prinsip kita sudahlah...
Cik Mai cuma nak ceritanya, kenapa faktor Cik Mai boikot McD dah berubah. Ini antara perkongsiannya. Kadangkala, dengan mengubah sebab tindakan tak mengubah tindakan kita. Bukanlah nak kata, Cik Mai dah tak boikot sebab dah tak bersama orang Palestin. Tapi, itu dah jadi faktor yang kedua. Faktor yang paling utama untuk boikot McD bagi Cik Mai ialah kesihatan.
Bukankah menjaga kesihatan itu sebahagian daripada sunnah?
Faktor yang lebih kukuh dan berpanjangan.
Agar Cik Mai dapat menghalang diri daripada menjadi 'pisang goreng'.
sekian-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 11:54 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Tuesday, April 28, 2015
Setelah Aku Khatamkan 'Agong Tanpa Tengkolok'
As salam wbt.
Alhamdulillah Cik Mai berkesempatan pulang dari Pesta Buku Antarabangsa semalam. Cik Mai pilih hari Isnin untuk ke sana sebab hujung minggu terlalu ramaiiiiiii!!! Hahaha...
Baiklah, kali ni Cik Mai nak review sikit pasal buku 'Agong Tanpa Tengkolok'.
Posted by Cik Mai at 1:07 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Wednesday, April 22, 2015
Aku, Drama dan Filem Korea
As salam wbt,
Kembali lagi Cik Mai kali ini. Amboi, rajin bebenor update blog! Hahahaaha... Dah Cik Mai cuti sampai bulan September kot! Tak kerja ke? Hmm, nak kerja tu nak juga tapi rasa nak buat benda lain selain bekerja. Macam cuti sem lepas ada la Cik Mai pergi mengajar tuisyen. Kali ni rasa macam nak benda lain... adalah benda yang Cik Mai target nak buat. Hehehe...
Apa-apa pon, hari ni Cik Mai nak berkongsi la cerita Korea yang best. Ehem, ehem, ehem... sejak bila Cik Mai minat Korea ni? Hahahahah....
Cik Mai mengaku la sejak masuk alam universiti ni ada pengaruh kawan-kawan yang menjebakkan Cik Mai ke kancah ni. Ayat macam teruk sangat je pakai perkataan "kancah". Haha. Sebenarnya, Cik Mai rasa makin kita dewasa ni, makin minda kita terbuka untuk jadi lebih adil pada diri sendiri. Dulu Cik Mai selalu la pandang serong dengan majoriti peminat karya seni dari Korea ni. Tapi Cik Mai sendiri, tak cuba nak teroka kenapa diorang minat Korea.
Pabila kita dah bergaul dengan ramai orang yang bermacam ragam dan pendirian, baru kita faham kenapa diorang macam tu. Tak dinafikan ada peminat Korea yang fanatik. Fanatik memang tak elok. Bahkan dalam agama sekali pon, fanatik tu dilarang, kan?
Jadi, apa yang best sangat Korea ni?
Bagi Cik Mai la... kreativiti dan jalan cerita tu yang menarik. Yang tak ada pada drama-drama Melayu. Tambahan pulak, retis-retis Korea ni pandai main mimik muka. Kadang kita boleh faham cerita tu melalui body languange dan mimik muka. Tak perlu subtitle pon boleh agak.
Dan bukan semua la cerita Korea Cik Mai layan. Tapi, kalau Cik Mai layan tu, mesti ada something yang Cik Mai rasa, "drama/filem ni ada nilai". Ada sudut ilmiahnya.Contohnya?
1. Doctor Stranger
Posted by Cik Mai at 9:51 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Tuesday, April 21, 2015
Tidakkah kita rasa malu?
Jika seorang yang belum Muslim menyoal, "benarkah Islam itu agama yang benar, agama yg sejahtera? Jika benar, kenapa umatnya saling berbalah?"
Sejujurnya saya tidak punya jawapan untuk dia. Kita menyuruh mereka melihat Islam tetapi jangan dilihat pada umatnya... Tetapi tidakkah kita rsa malu untuk menuturkannya?
Akhirnya saya hanya menjawab;
"Kebenaran itu kamu akan temuinya melalui pencarianmu sendiri. Dan apa yg kamu temui itulah kebenaran bagimu"
Bukan tak mahu berdakwah tetapi saya malu untuk menyatakan;
"Jangan lihat Islam pada umatnya"
Kerana dia akan menyoal kembali;
"Jadi apa guna kamu beragama Islam kalau kamu sebagai umat Islam sendiri tidak mencerminkan Islam?"
*Entri ini sengaja Cik Mai tidak bahasakan diri seperti biasa....
Posted by Cik Mai at 4:44 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Sunday, April 19, 2015
Buku Indie Bukan Sekadar Trend
As salam wbt,
agak lama Cik Mai menyepi dan jarang-jarang menulis di blog ni. Huhu. Sorry dear blog. Al maklumlah, minggu-minggu lepas sibuk dengan final exam untuk final semester. Jadi sekarang Cik Mai dah memang free habis la ceritanya. Haha.
oh ya, Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mengikuti Daurah Ilmu baru-baru ni. Dan alhamdulillah ada soalan-soalan Cik Mai yang dijawab dengan baik dan tepat.
Tapi itu bukanlah fokus Cik Mai di sini.Intro ni sekadar nak cerita kisah hidup Cik Mai sebelum ini je. Kenapa lama tak muncul. Haha..Ok, back to the topic.
1. Genre Indie dan anak muda
Posted by Cik Mai at 4:57 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Wednesday, April 1, 2015
Study la...
Posted by Cik Mai at 4:26 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Thursday, March 5, 2015
Novel Pencarian Tuhan
As salam wbt,
Cik Mai teringat pula zaman sekolah dulu, ada seorang kawan Cik Mai ni pernah baca dua buah novel ketuhanan ini "Wo Ai Ni Allah" & "Cogito Allah Sum".
MashaAllah, Cik Mai sempat baca sikit "Cogito Allah Sum" dan pernah khatam novel "Wo Ai Ni Allah". Pada hemat Cik Mai, korang patut baca kedua-dua novel ini.
Cerita Atheist yang mencari Tuhan. Cik Mai rasa nak tebus balik 'bacaan sekerat-sekerat' novel Cogito Allah Sum tu. Hmm tapi tak diterbitkan lagi dah...sedihnya..huhuhu..takpelah takder rezeki.
Posted by Cik Mai at 11:35 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Monday, March 2, 2015
macam-macam spec~
As salam wbt,
hohoii, bertemu lagi kita yer kat blog ni. Hahaha. Okaylah, kali ni nak share lagi produk-produk yang kadang-kadang entah-apa-apa tapi menarik jugak la...hehe... tema kali ni spec mata pulak!
1. Lazy glasses
Posted by Cik Mai at 5:19 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Revolusi Pen
As salam wbt,
Hehe, sejak dua menjak ni Cik Mai rajin pulak nak update blog ni. Sebenarnya sekarang ni masa lagi busy daripada selalu. Mungkin dengan sharing2 benda awesome kat blog ni je cara Cik Mai nak luahkan angan-angan DAN RELEASE TENSION... haha.
Okayla, straight to the point, Cik Mai ada terbaca kat FB, blog pasal pen-pen yang rare. Haaa... macam kat bawah ni:
1. Polar Pen.
2. 3D Pen
3. Scribble Pen
4. Chameleon Pen
Wow!!! Kann?? hahaha... rasanya Cik Mai tak perlu ulas la kot. Dah boleh tengok dalam video tu.
Okaylah, babai~ sekian, wassalam -Cik Mai
Posted by Cik Mai at 5:06 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati
Tuesday, February 24, 2015
Konsep & Kreativiti (part 2)
As salam wbt,
Nak share sikitla review yang Cik Mai terbaca tadi masa nak update blog pasal Magic Mug tu. Mug tu boleh tahan 2 bulan je. Hermm, jadi kalau teringin, beli satu cukup. Haha. Tak belimpon tak ape.
Okla, nak sambung entri lepas.
------
2. Tabung "Curi"
Hahaha. sebenarnya bukan la tabung yang dicuri pastu orang jual balik. Tapi, tabung ni unik sebab ada kucing, panda dll yang akan ambil duit kita bila letak di tempatnya.
Posted by Cik Mai at 7:32 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Konsep & Kreativiti (Part 1)
As salam wbt,
seperti yang dijanjikan. Cik Mai akan tulis pasal barang-barang menarik. Cik Mai memang sukaaa gilaaa tengok barang-barang 'rare'. Tapi akan ada satu sebab kenapa Cik Mai rasa nak stop suka barang-barang tu. Antaranya, sebab konsep yang sama walaupun semuanya kreatif.
1. Magic Mug
Mug ini akan bertukar selepas kita letak air panas. Haha. Comel dan kreatif tapiiii... hmm, banyak sangat pulak la coraknya.
Posted by Cik Mai at 7:10 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Era 2015
As salam wbt,
sedar tak sedar dah hampir tiga bulan 2015 membuka tirainya.
Dulu, mesti kita selalu terfikir kan yang tahun 2011++ ni mesti ada teknologi yang canggih gila...kadang-kadang tak logik dek akal. hehehe. Tapi, setakat ini, boleh tahan juga la teknologi yang dah wujud sekarang.
antaranya
1. Smartphone, Tablet, Ipad (malas la Cik Mai nak sertakan gambar. heheehe)
2. Keyboard laser
Posted by Cik Mai at 6:05 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto