BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 7, 2013

Kala Banjir melanda Malaysia

As salam wbt,
Al fatihah untuk mangsa banjir yang maut akibat lemas.


Cik Mai sedih tengok sikap segelintir orang yang tak bertanggungjawab langsung masa banjir macam ni... isk2... mula-mula Cik Mai ingatkan bila dah timpa musibah macam ni, sepatutnya semua pakat berganding bahu... tapi ada juga spesies manusia macam ni... Allah Taala sajalah yang Maha Tahu bagaimana perasaan mangsa banjir ni...



Tapi, dalam keadaan macam ni pun, masih ada yang tabah.... masih tetap mencari rezeki yang halal macam kat bawah ni...
Tak kurang juga yang meraikan perkahwinan dalam suasana bah yang melanda ni...bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana, ye tak?
Dan, paling best, Makcik yang kreatif lagi inovatif ni buat 'rumah rakit'. Tabik springggg ar makcik!

Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk, Jerantut Pahang sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir."

Ko ade? Hehe~

Dan kita sangat hargai keprihatinan pemimpin rakyat yang mengambil berat keadaan mangsa banjir. Tidak kiralah kerabat diraja ke, pembangkang ke, kerajaan ke... yang peenting, amanh yang dipikul hanya Allah yang mampu membalasnya!
Bekas MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz turun padang.
YB Fuziah, MP Kuantan ketika melawat kawasan banjir
YB Dato Shabery Cheek ketika melawat kawasan banjir.



Semoga ujian banjir ini berakhir dengan segera... tanpa kita sedar, di Gaza juga sedang banjir... semoga Allah memakbulkan doa kita semua. AMEEN!!
#Gaza is sinking in #sewage and #rainwater due to#fuel shortage

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...