BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 24, 2013

24 Disember Ini

As salam wbt,
tarikh hari ni di skrin komputer Cik Mai tertera 25 Disember tapi Cik Mai bukan nak cerita pasal hari ini tapi semalam, 24 Disember.

1. Ikan naik ke pantai Lahad Datu


Ada pendapat yang katakan ini tanda2 tsunami (memang sebelum bencana alam, haiwan-haiwan akan jadi lain macam sikit dalam ilmu geografi. So, pendapat ini boleh diterima)

Ada juga penduduk tempatan yang komen macam ni:

Cik Mai sertakan sekali pesanan ekoran kejadian ini daripada founder Rusydee Art

Jadi, kita doakan keselematan negara kita ini. Ameen. Itu yang sebaik-baiknya daripada kita cakap perkara yang tak elok, takut jadi doa. Tapi, yang terbaik ialah, marilah kita kembali kepada Allah. Dia Maha Tahu segala-galanya. Kepada Dialah kita semua akan kembali. Mungkin inilah peringatan daripada Allah.

2. Banjir Kilat di Rawang

Cik Mai tak sangka pula hari ini banjir kilat menimpa Rawang. Doakan keadaan di sana segera pulih. Ameen.
(credit to page FB "King Jason")

Cik Mai nak bagi pendapat pula pasal isu semasa sekarang ini... harap tak ada pihak yang anggap Cik Mai cuba berpolitik... Ini sekadar pendapat, anda boleh menyangkal Cik Mai atau sebaliknya.

Kita semua sayangkan negara kita. Bukan bermakna kita racist, kan? Begitu juga dengan isu hangat sekarang ini, segala barang naik... bukan kita tak bersyukur, tapi selagi kita boleh bantah/ minta perkara tersebut tak dijalankan, itu adalah hak kita. Umpamanya, kalau kita nak beli barang, harga mahal, kita berhak minta dikurangkan harga, kan? 

Dengar cerita ada himpunan 31 Dismeber ni. Harapnya tak jadilah rusuhan atau perbalahan yang mengancam keselamatan negara. Harap kedua-dua pihak tak cetuskan perkara ini. Rakyat, berhimpunlah dengan aman. Kerajaan, polis dan pihak berkuasa, selagi mereka tak melampaui batas, janganlah dileraikan dengan semburan gas pemedih mata. Kita tak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang lagi.


24 Disember juga, ada lagi berita tergembar dari Gaza. Daerah Khan younis dibom! Menurut berita yang Cik Mai dapat, 4 orang syahid termasuk seorang kanak-kanak perempuan. Doakan mereka!


A Palestinian man cradles the lifeless body of his niece, 3-year-old Hala Abu Sebakha, who medics said was killed by shrapnel during an Israeli air strike on the Al Maghazi camp, at the morgue of Al-Aqsa hospital in Deir Al Balah, central Gaza Strip, Tuesday, Dec. 24, 2013. Israeli air and ground forces launched a series of attacks Tuesday on targets across the Gaza Strip, killing the young girl and wounding 10.

Di samping kita mendoakan keselamatan negara, jangan lupa Syria, Mesir, Palestin dan seluruh umat Islam hari ini. Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...