BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 16, 2012

Ringkas tapi padat!

Salam wbt.
Dah tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirai... sesungguhnya masa sangat cepat berlalu...tak sedar pun Cik Mai...

hmm, kali ni, sekadar terdetik di hati nak menulis entri selepas ada perkongsian ilmu dengan rakan-rakan facebook tentang Yahudi, Kristian dan Islam.

Apa yang membezakan kita dengan mereka walaupun ketiga-tiga agama ini digelar agama Samawi (agama langit)?

Sebenarnya banyak, tapi cukuplah Cik Mai ulas tentang salah satu daripadanya ialah konsep akidah. Orang yahudi dan nasrani (yakni kristian) telah mencemarkan agama mereka dengan mengatakan bahawa Allah ada anak. Tetapi Islam telah menolak sekeras-kerasnya dengan dalil dalam surah Al-Ikhlas.

Surah Al-Ikhlas: surah yang ringkas. Pada hakikatnya, tafsir dan intipatinya sangatlah luas. Subhanallah....
buat renunagn bersama, Cik Mai kongsikan status fb dalam entri kali ini..

Antara perkara yang membezakan Yahudi, Kristian dengan Islam ialah: Surah Al-Ikhlas

yang mana tafsir dan intipati surah tersebut menolak fahaman yahudi dan kristian bahawasanya Allah mempunyai anak.... semoga surah yang ringkas ini, mampu menjadi pegangan akidah kita... no wonder kenapa even surah seringkas ini mampu membuatkan para muallaf yg agama asalnya yahudi atau kristian menitiskan air mata... kalau kita? imam baca surah ini, kita anggap imam ni "tak majulah, tak hebatlah... nampak sangat imam pemalas...imam tau nak cepatlah..."

pada hakikatnya, surah-surah yg kita anggap ringkas sebenarnya, intipati di sebaliknya sangat luas spt surah al-fath, surah al-asr...

renung2kan wahai diri sendiri yg masih lg terkapai-kapai dalam solat berjemaah...-Status FB
Jadi, seharusnya kita bersyukur kerana pada hari ini, kita dinaungi kasih sayang Allah dengan akidah dan agama yang benar... kenapa masih ada antara kita tidak menghargainya? Hargailah, walaupun sekadar Surah yang sangat ringkas~ sekian-Cik Mai

Salam Aidilfitri, selamat kembali kepada fitrah.
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...