BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 1, 2012

Hidup ini Mujahadah

Salam wbt. Kali ini sekadar hendak berkongsi tentang apa yang Cik Mai dah baca dalam majalah Solusi isu 47.. Dalam banyak-banyak edition, rasanya yang kali memang menyentuh perasaan Cik Mai.

Dalam ruangan Beduk Diketuk, Haramain dan Tanbih.

Dalam hidup ini, kita tanpa sedar kita meneruskan hidup ini dengan mujahadah. Bahagia itu hadir dengan mujahadah. Ya, pada akhir zaman ini, bukan mudah melaksanakan syariat Islam. Walaupun negara kita berstatus negara Islam. Walaupun negara kita ini sudah merdeka. Hakikatnya, kita hanya Islam pada nama. Jadi, apabila ada sebilangan daripada kita yang ingin melaksanakan, dicemuh dan dipandang serong. Dalam ruangan Beduk Diketuk, Ustaz Pahrol menceritakan pengalamannya mendengar luahan hati seorang isteri yang suaminya berpoligami. Tapi, yang menariknya, si isteri mengatakan bahawa ini ialah 'rezeki' bukan macam sesetengah muslimat kita yang menganggap itu sebagai ujian, musibah dan sebagainya. Melalui situasi yang diceritakan, si suami berpoligami bertempat tetapi yang meenjadi masalahnya ialah sanak saudara si isteri yang terus menerus mencemuh dan mengata.

Itu baru satu contoh.
Photo: Photography by: Mustafa Muhammad Julani
Place: Jerusalem Palestine 
Date: July 22, 2012
Title: Jerusalem Ramadan moon
Image story: I was simply on my way to pray trawee7 at Al Aqsa mosque and I noticed that great shot it shows the east side of Al Aqsa mosque with the hilal and part of Jerusalem walls.
Dalam ruangan Haramain, satu saja ayat yang menyentuh perasaan Cik Mai... Penulis telah melawat Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya. Ketika beliau solat subuh di masjid berdekatan hotel penginapannya, imam di masjid itu membaca doa qunut berserta doa untuk rakyat Syria... persoalannya, keadaan di Palestin sendiri belum aman, mereka juga mendoakan saudara seislam di Syria... tapi, di mana doa kita?

Untuk ruangan Tanbih, dalam isu 46 dan 47 sangat menraik hati Cik Mai.

Bayang-bayang Seorang Hamba

Jangan jadi orang yang membelakangkan cahaya dan mengejar bayang-bayang tapi, Jadilah orang yang berhadapan dengan cahaya, nescaya bayang-bayang akan mengikutmu
Dan edisi 47, 'Ibu Bapa, di manakah letaknya cintamu?'

Dalam mendidik generasi muda, janganlah mengajar mereka untuk bermatlamatkan kejayaan akedemik dan pekerjaan hebat apabila dewasa, tetapi didiklah untuk bermatlamatkan Allah, insyaAllah, walau tak hebat di dunia, mudah-mudahan hebat di akhirat. Kejayaan deretan A+ tidak menjamin ketinggian akhlak. Ya, itu memang apa yang Cik Mai saksikan di sekolah.

Bagi Cik Mai, apalah guna membangga diri dengan kejayaan di dunia yang belum tentu membawa bahagia dalam hidup ini....

Oh ya, sempena sambutan kemerdekaan kali ini, hanya satu saja Cik Mai nak komen, kita tidak lagi mengibarkan jalur gemilang~ fahamilah maksud tersirat, lihat di sepanjang jalan raya, apa yang berkibar? Jalur Gemilang tidak lagi semeriah dahulu....

p/s: Kita masih lagi belum merdeka sebenar-benarnya.... Merdeka hanya di syurga kelak, insyaAllah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...