BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 11, 2012

Hadiah Buat Sang Perindu


Salam wbt.
Alhamdulliah... akhirnya, semalam, Cik Mai diizinkan Allah untuk berpuasa 6 Syawal...
Sesungguhnya, Cik mai akui memang Cik mai jenis orang yang susah sikit nak puasa.

Tetapi,
entah kenapa, perasaan nak berpuasa itu terbit pada sehari sebelum Cik Mai memulakan puasa 6 ini,
pada waktu maghrib itu, Cik Mai duduk di kaki lima surau sekolah. Majoriti yang duduk di situ ialah rakan-rakan aspuri yang menunggu azan maghrib untuk berbuka. Cik mai teringat suasana di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.... Suasana orang menunggu azan maghrib untuk berpuasa. Tanpa sedar, rindu itu datang lagi... Allah...

Alangkah indahnya kalau dapat lagi ke sana, apatah lagi kalau memang menetap di sana, kan?

Tambahan pula,
Ramadhan tak sampai sebulan pun meninggalkan kita.
Dengan kekuatan yang diberikan Allah, kerana satu rindu yang terbit, Cik Mai mendapat kekuatan entah dari mana untuk meneruskan puasa sehingga tamat semalam....

Semoga tahun depan dapat lagi peluang macam ni...

Ada satu hadith yang Cik mai dengar di surau,

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi)
Semoga selepas ini, Cik Mai dapat berpuasa Isnin Khamis selalu...insyaAllah...

psttt: ada satu berita sedih buat Cik Mai... apabila pihak sekolah melarang pemakaian kopiah putih untuk solat jumaat... Nak membantah, dalam hati sajalah... Bukankah itu sunnah? Kenapa harus dipolitikkan isu kopiah? Konon-konon alasan yang diberikan, meyalahi kod etika pemakaian... sedihlah, nak ikut sunnah paling mudah pun pon payah akhir zaman ni... walaupun Cik Mai bukan lelaki, tetapi tempiasnya sebagai umat Islam terkena jugak...kerana kita ini umat baginda SAW...biarlah masa berlalu dan kesedaran timbul bagi mereka yang melarang untuk kita ikut sunnah...Amin~

Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...