BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 4, 2012

Tuding Jari



Salam wbt,
kalau kita lihat gambar yang tertera di atas, mesti kita tau apa maknanya, kan? Sebuah gambar dapat memberitahu seribu perkataan (a picture is worth a thousand words).

Agak-agaknya entri kali ini mesti tentang apa ya...?
Mungkin, tuduh menuduh...
Mungkin juga, salah menyalahkan...

Kedua-duanya benar.
Sikap manusia. Suka tuduh-menuduh, salah-menyalahkan. Kadangkala, objek juga dipersalahkan.

Jangan salahkan sesuatu perkara atau sesuatu benda, padahal yang salah ialah orang yang menyalahgunakannya.
Ya, kita memang selalu menyalahkan sesuatu perkara. Tapi, tanpa kita sedar, semuanya kembali kepada kita.

Pusat rekreasi. Pelbagai lapisan masyarakat datang ke sini. Ada yang bersama keluarga. Ada yang bersama rakan-rakan. Ada yang bersiar-siar. Ada yang beriadah untuk kesihatan diri. tak kurang juga yang datang bersama teman istimewa. Ber'dating.

Kemudian, kita katakan, dengan adanya pusat rekreasi inilah, tercetusnya maksiat.Maka, kita pun protes supaya pusat rekreasi tersebut ditutup dek aktiviti sumbang di situ.

Logikkah menyalahkan pusat rekreasi itu? Sudah tentulah tidak. Maka, tidak sewajarnya kita mengambil keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu. Yang salah ialah orang yang melakukan aktiviti tersebut di tempat itu. Oleh itu, ambillah tindakan dengan menegur mereka. Paling kurang, membenci perbuatan mereka setelah tak mampu mencegah perkara tersebut.

Itu kalau menyalahkan objek atau sesuatu perkara. Bagaimana pula dengan manusia?
Mudah saja. Tak perlu menuduh atau menyalahkan sesiapa tanpa ada bukti yang kukuh. Apabila kita tidak menyiasat dengan teliti dan tiada bukti, tuduhan yang kita lemparkan boleh menjadi fitnah. Bahkan kita menuduh melulu berpunca daripada bahana hasad dengki dalam diri kita.

Ya, hasad dengki akan membawa kepada fitnah. Oleh yang demikian, apabila datang perasaan hasad dengki, cemburu dan sebagainya, kita perlu mngawal perasaan kita. Tenangkan fikiran dan beristighfar banyak-banyak. Cakap memang mudah. Tapi, nak buat sendiri susah. Tak mengapa. Belum cuba belum tahu, kan? Apalah salahnya andai kita mencuba menahan diri daripada nafsu dengki tersebut. Apabila kita menahan diri, kita akan berfikir secara rasional baik dan buruknya akibat tindakan kita.

Elakkan diri daripada tuduh-menuduh.
 Sesungguhnya, fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
Marilah sama-sama hindari hasad dengki.
wassalam-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...