BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 4, 2012

Si Pencuri



Cuti sekolah tiba lagi, dan pulang ke rumah lagi~
Ya, saya dah dapat cuti sempena Maulud Nabi SAW~Alhamdulillah...

Entah kenapa, teringat pula tentang kisah pencuri.
Dulu, ketika Cik Mai berusia lebih kurang 5 tahun, ada segerombolan pencuri pecah masuk rumah. Waktu tu, ayah tak ada di rumah, kerja outstation. Mujurlah kami sekeluarga tak diapa-apakan oleh si pencuri. Hmm, sebenarnya bukan nak cerita pasal pencuri itu.

Tapi, ada kena mengena la juga entri kali ni dengan pencuri. Tapi, pencuri ni pencuri yang baik la juga. Hah, ada ke pencuri baik?

Ada...

Pencuri yang baik ialah orang yang mencuri masa untuk sesuatu yang berfaedah.
Macam mana tu?

Dia tahu dia tak cukup masa yang 24-jam Allah bagi kepadanya untuk menyelesaikan masalah dalam hidup ini. Jadi, dia curi masa yang ada untuk menyelesaikan masalahnya. Sebagai contoh, dia merupakan seorang pemain bola sepak yang terpaksa mewakili sekolah. Walaubagimanapun, dia perlu mengambil peperiksaan selepas tamat perlawanan keesokan harinya. Jadi, dia terpaksa mencuri masa rehatnya untuk mengulangkaji.

Itulah dia pencuri masa. Mencuri masa yang ada.

Contoh yang lain:

Dia seorang pengarah syarikat yang sering mendapat projek mega. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Dalam masa yang sama, dia perlu bijak mencari masa bersama keluarga. Oleh itu, dia mencuri masa untuk bersama keluarga dengan membawa keluarganya bercuti ke tempat di mana-mana yang dia perlu pergi untuk menyelesaikan kerjanya bak kata pepatah:
Sambil menyelam minum air
Dengan cara tersebut, dia dapat meluangkan masa bersama keluarganya di sana ketika dia tidak menguruskan kerjanya.

Kesimpulannya,curilah masa dengan bijak untuk menyelesaikan masalah kita.

Jangan hairan kalau orang yang sibuk dapat berjaya dalam akedemik dan kerjayanya walaupun kita lihat mereka tidak berusaha seperti kita. Padahal, kita sendiri tidak nampak di mana dan bagaimana mereka mengurus masa mereka.

Berjaya di dunia tidak sesukar berjaya di akhirat~ Curilah masa untuk roh kita juga. Kalau kita mampu mencuri masa demi keluarga, demia pelajaran, mengapa tidak dengan Allah?

Cukuplah sekadar kita mencuri masa dengan mengingatinya dalam hati dan berzikir semasa kita sedang menjalani apa-apa aktiviti.

Sekian,
Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...