BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 29, 2013

Hikmah Kecewa


Salam wbt,
Cik Mai nak kongsi rasa kecewa sejak belakangan ni...

Tau tak kenapa?
1. Cik Mai dah dicalonkan sebagai wakil sekolah untuk kuiz sejarah sejak tingkatan tiga lagi... tapi akhirnya orang lain pulak yang jadi wakil... sedih tak?

2. Cik Mai dah lama sangat tak buat program tayangan video kat surau sekolah... tapi bila tiba je hari tu,Cik mai dah bersedia nak mulakan program... Timbalan Presiden AMAN( sekolah lain digelar sebagai BADAR) kunci bilik imam hilang dan akhirnya tak dapat tayang video...

Tapi semuanya terubat...
untuk kes yang pertama, hari kuiz tu berjalan, Cik Mai ikut rombongan pergi lawatan ke Universiti Teknologi Petronas.... ada la peserta yang tarik diri sebab memang tak nak masuk, dia orang suruh Cik Mai ganti... tapi, Cik Mai tolak sebab kecewa dengan keputusan cikgu tu... alhamdulillah, Allah ubat hati ini dengan peluang yang lebih bermakna dapat keluar sekolah walaupun sehari~~

Untuk kes kedua tu,
Cik Mai geram sangat dah terus keluar surau... yelah, dah tahu kunci hilang, bagitau lerr awal-awal, tak la susah-susah Cik Mai bawa laptop berat tu ke sana sini... dah la Cik Mai tengah terkejar-kejar masa nak habiskan laporan PEKA yang banyak tu... tapi, disebabkan kehilangan kunci tu jugak la (dengan izin Allah), Cik Mai dapat habiskan sisa-sisa kerja yang menimbun tu...

Heh, betullah, setiap perkara pasti ada hikmah...
yang penting, kalau kita berani menaruh harapan,
bersedialah menerima kekecewaan!

sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...