BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 13, 2013

TV vs Internet

As salam wbt,
kali ni Cik Mai nak sentuh pasal pendekatan mendidik anak-anak.
Ya, Cik Mai belum anak pun lagi :P (umur pun tak layak lagi nak kahwin, SPM pun tak habis lagi~ haha)
tapi tu tak bermakna Cik Mai tak boleh meneroka alam keibubapaan, kan?

Pernah jumpa tak family yang memang kat rumah dia tak ada TV?
Cik Mai ada mak saudara yang amalkan cara macam tu....

Tapi, bagi Cik Mai...
sorry to say...
Cara tu memang sejujurnya agak kuno la...


Zaman sekarang ni, rasa-rasanya orang dah jarang tonton TV... semuanya di hujung jari...
kan?

Bila zaman dah beredar, daripada zaman TV, sekarang ni dah Zaman Tablet, Zaman Gadjet, Zaman Internet... sampai budak-budak sekarang ni nak tengok cerita boboiboy, Upin Ipin, semuanya ditaip saja di Youtube...

Walaupun tak ada TV, Internet tetap ada...
Ia tak menghalang langsung hiburan buat semua orang dalam rumah... kalau memang nak sangat tengok TV, LiveStreaming TV pon boleh ditonton terus di Internet...

Jadi, adakah bezanya ada atau tidak ada TV di rumah?
Sememangnya, tidak! Kerana hiburan tetap dapat diakses, bahkan pada bila-bila masa...

Adakah ibu bapa zaman sekarang perlu menyekat pula Internet di rumah?
Internet juga menjadi keperluan buat ibu bapa yang bekerja, juga menjadi sumber bahan untuk kerja-kerja kursus anak-anak...

Cara yang terbaik untuk mengurus perkara ini,
bukan dengan cara menyekat terus sumber hiburan...
Tapi, kawal... ya, mengawal...

Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...