BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 5, 2013

Sekurang-kurangnya?

As salam wbt,
ok, sekarang ni dah masuk bulan Ogos.
Trololo~ Raya lagi berapa hari nak tiba, tak kurang juga trial spm menjelang tiba... jadi, selamat menghadapi Trayal (Trial+Raya) Cik Mai....hoho

Itu bermakna Ramadan kan melabuhkan tirai....
Hmm....

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling kureng pon,
Kalau kita ni jenis tak ambil tahu bila masuknya waktu solat,
Sekurang-kurangnya kita ambil kisah bila masuk Maghrib, kan?

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling tak boleh blah pon,
Kita ingat tarikh bulan Islam hari ini...
Atau mungkin kita tahu berapa hari lagi 1 Syawal, kan?

Sekurang-kurangnya,
Ramadan ini,
paling elok sikit suasananya,
Hiburan tak melampau sangat,
ada la juga program ilmiah & agama di kaca TV....

Sekurang-kurangnya.
Ramadan ini,
Kita letih dan penat, serta malas,
banyak tidur dan berehat tapi insyaAllah
dosa-dosa daripada mulut ini pon 'berehat' juga...

Itu sekurang-kurangnya....
Ternyata sekurang-kurangnya Ramadan ini,
Allah gandakan setiap amal kita walaupun sedikit...
Rahmat di bulan berkat ini,
datang setahun sekali...

Semoga kita beroleh paling sikit pon 'sekurang-kurangnya' tu...
boleh tolong di akhirat kelak...

Cik Mai pon lebih kurang juga...
Amal ibadat tak banyak mana,
tapi semoga 'sekurang-kurangnya' itu ada nilai,
InsyaAllah...

Amin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...