BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 28, 2013

Di sebalik Al-Matsurat

As salam wbt...

InsyaAllah, dalam dua hari lagi Cik Mai akan balik asrama semula.
Jadi, Cik Mai teringat pulak kat Al-Matsurat yang selalu dibaca budak-budak asrama petang-petang...
Dulu, tiap-tiap hari pagi dan petang baca... sekarang ni petang je.. mungkin kesuntukan masa, kot?
Entahlah...
Cik Mai akui, Cik Mai kadang-kadang je join baca sekali... selalunya dengar jelah... tak tau la kenapa jadi macam tu..hehe.. Tapi, setakat ni jarang lagilah tertidur masa bacaan Al-Matsurat berkumandang dalam surau setiap petang...Alhamdulillah...

Cik Mai mula kenal Al-Matsurat dalam darjah 5 atau 6 dulu la...
Itu pun melalui novel "Salju Sakinah". Dan Cik Mai masih ingat lagi pemberian seorang kawan lama, Nadzirah... Cik Mai panggil dia Nad je..

Dia suka bagi sesuatu yang bermakna kat Cik Mai.
Antaranya, Al-Matsurat & buku "Tafsir Surah Ar-Rahman & Fakta Saintifik"
Semoga Allah merahmatinya sebab buku-buku yang dia bagi kat Cik Mai juga dibaca oleh ahli keluarga Cik Mai. Walaupun Cik Mai dah habis baca, tapi hadiah tu dibaca pula oleh orang lain. MasyaAllah...

Ok, berbalik pada kisah di sebalik Al-Matsurat.
Di sebalik Al-Matsurat, Cik Mai kenal tokoh penyusunnya, Imam Hassan Al-Banna.

Sebelum ni, Cik Mai memang series la tak kenal beliau kan. Apa-apa pun, Cik Mai 'respect' la Imam Hassan Al-Banna sebab dalam usia yang muda, beliau mampu menggerakkan pemuda-pemuda Islam di bawah satu organisasi "Ikhwanul Muslimin".


Beliau syahid kerana dibunuh. Tentang kisah kesyahidannya, Cik Mai ingat-ingat lupa la. Tapi, kalau tak silap beliau dibunuh oleh satu pakatan yang rasa terancam dengan perkembangan pemuda-pemuda Islam di Mesir. Hurmm, benarlah orang kata:
"Jadi baik pun orang benci tapi kalau jahat orang tutup mata pulak"
Apabila syiar Islam nak ditegakkan, maka orang yang mengikut jejak langkah Iblis takkan senang duduk.

Imam Hassan Al-Banna juga ada mewasiatkan 10 perkara. Dan Cik Mai jumpa video yang comel ni di FB hasil perkongsian kawan-kawan FB.



InsyaAllah, dengan inisiatif yang diambil Pertubuhan IKRAM-Mesir ni dapat menarik minat lebih ramai orang untuk melaksanakan cara hidup Islam.

Kalau ada yang layan novel Ustazah Fatimah Syarha, mesti akan jumpa kata-kata hikmah Imam Hassan Al-Banna ni:
"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya"
 Lebih kurang begitulah kata-katanya.
Hurmm...

Kalau kita imbas kembali dalam sejarah ummah ni, golongan muda memberi impak yang sangat besar seperti Imam Hassan Al-Banna, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, Saidina Ali KW dan lain-lain lagi...

Sebab itu, musuh-musuh Islam menyerang golongan muda secara halus melalui hedonisme.
Mesti ayat ni kita selalu dengar, kan?
"Ala, muda-muda enjoy dulu... nanti dah tua-tua baru taubat..."
Sayangnya, sehingga hari ini, orang-orang muda yang berpendirian begini apabila dah menginjak usia senja pun masih leka...  jadi, bila janji "taubat bila dah tua" itu akan terlaksana?
Tidak semua yang begitu tapi tetap ada yang begitu...

Sebab itu, pada hari ini,
Kita dapat lihat usaha dakwah lebih tertumpu pada generasi muda...
Lihat sajalah berapa ramai anak-anak muda berkonvoi semata-mata hendak mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus?

Hari ini zaman sudah berubah, anak-anak mudah juga begitu...
Sayangnya, kenapa masih ada pihak yang tidak senang dengan perubahan ini?

Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...