Monday, December 31, 2012
Rumah Kemabli Sunyi
bila kami adik beradik masing-masing balik asrama,balik kampus, pergi kerja... mak dan ayah juga bekerja, Tok dok sorang-sorang je dalam rumah...
Kalau time cuti sekolah best la kan... semua pakat balik...
Hurmm... rumah ini kembali sunyi...
Posted by Cik Mai at 8:44 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Diana Amir
Posted by Cik Mai at 8:42 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Wajah Jernih tanda hati bersih
Posted by Cik Mai at 8:38 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto, Tips Bersama
Sunday, December 30, 2012
Ada apa dengan Padang Pasir?
Posted by Cik Mai at 11:07 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto, Teladan Zaman
Himpunan Gambar:Kuharap Ini Bukan Yang terakhir...
Posted by Cik Mai at 9:55 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Saturday, December 29, 2012
Sehari di Singapura
As salam wbt,
Alhamdulillah, Cik Mai dapat juga menjejakkan kaki ini ke seberang laut di selatan tanah air, Tanah Temasik atau nama sekarang ini Singapura...
Satu perkara yang menarik di sini sudah tentunya peraturan diorang la kan...
"Singapore is a FINE country!"
Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baiklah Negeri Sendiri.
Posted by Cik Mai at 10:42 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Ilham Musafir, Renungan Foto
Wednesday, December 26, 2012
Cita-Cita Mengarut
Cita-cita mengarut...
Ya, orang yang tidak percaya agama & tuhan berkata mengimpikan syurga itu cita-cita mengarut lagi mustahil...
tapi seorang muslim menjawab
"Lebih baik ada cita-cita mengarut daripada tak ada cita-cita langsung!"
Posted by Cik Mai at 10:18 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Budak Sekolah Kena Balik Sekolah!
As salam wbt.
Hari ini Cik Mai tengah mengira hari je nak balik sekolah...uhuk-uhuk!!! Nampaknya, blog ini akan kesepian buat seketika waktu....sedih... ya memang sedihlah, sebab apa? Tahun depan SPM, tahun depan the real senior... dan study menjadi prioriti... sedap dah duduk kat rumah... tapi apa yang best? Haa!! Tunggu detik habis SPM, tunggu detik nak kembali ke rumah balik...pejam celik je sebenarnya...
Bagi Cik Mai, Cik Mai sejujurnya memang tak suka sekolah... sebab apa? Sebab sekolah satu beban dari sudut yang tidak zahir... Cik Mai lebih suka kalau jadi orang yang 'free'... macam duduk rumah dan belajar di rumah melalui guru yang diupah, atau ibu bapa sendiri dan baca buku... Kita bebas untuk terokai apa yang kita memang nak tahu... apa yang memuaskan semangat inkuiri dalam diri kita...
Tapi itu hanya mimpi kerana setiap perkara yang kita lalui dalam hidup ini adalah PENGORBANAN! Dan yang nikmat hanyalah di syurga Ilahi...
Dunia kalau dikejar, pasti tak dapat, kalau dapat pasti tak puas, kalau puas, pasti tak kekal...Teruskan Mujahadah duhai diri ini! Doakan diri ini menempuh liku-liku kehidupan, ya? Sekian-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 9:31 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Kisah Si Tok(Nenek)
Dahulu dia tidak belajar tinggi, berkahwin awal pula... tapi dia jaga anak-anaknya sampai smeuanya mampu pijak menara gading...
Ini kisah si nenek... ketika dahulu sebelum arwah ibu dan suaminya meninggal, dialah yang menjaga kedua-duanya yang terlantar sakit, siang dan malam tanpa mengambil kisah akan diri sendiri...
Ini kisah si nenek yang cekal, ketika kehilangan dua insan penting dalam hidupnya, dia terus memujuk si anak-anak dan si cucu agar bersabar sedangkan dalam hatinya sendiri punyai gelora yang hanya tuhan saja yang tahu...
Ini kisah si nenek yang berharap keampunan dan keredhaan Tuhannya~
(Gambar Hiasan saja)
Posted by Cik Mai at 12:25 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto, Teladan Zaman
Tuesday, December 25, 2012
Jangan kau goda wanita dengan wajahmu!
"Begitulah"jawab Hassan.
"Bagaimana dengan diriku?" rupanya wanita itu sempat melihat wajah Hassan yang tampan semasa bertanya.
"Wahai Abu Said, (seraya mengalihkan pandangan) Usah kau goda wanita dengan wajahmu!"
Hassan mengulas keagungan dan keberanian wanita solehah dengan berkata
"Andai kata di rumah lelaki ada wanita solehah sepertimu, nescaya dia tidak lagi memerlukan dunia."
(Petikan dari buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu", m/s 89. Terbitan PTS.)
Posted by Cik Mai at 3:15 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto, Teladan Zaman
Monday, December 24, 2012
Sunday, December 23, 2012
Kebanggaan Ibu
Posted by Cik Mai at 4:11 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Saturday, December 22, 2012
Semangat Si Kecil
As salam wbt.
Ini gambar yang senasib dengan gambar pemuda naungan Allah sebelum ni...
Budak kecil perempuan ni special tau gambar dia... dia macam nak jaga je tudung dia tu...heee... geram Cik Mai tengok... kebetulan ada download gambar muslimah tudung labuh dengan gadis yang sepatutnya di'edit' untuk gambar sebelum ini. Memandangkan ada yang lagi lawa Cik Mai reject la..hehe..
Apa-apa pon... budak ekcil pon semangat nak ikut syariat Islam..huhu.. kita? Semoga bersemangat juga!- Cik Mai
Posted by Cik Mai at 12:04 PM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Pemuda Naungan Allah
As salam wbt.
Yang sebenarnya Cik Mai ada download banyak la juga gambar.. jadi ada antaranya tak digunakan untuk kerja edit ni... jadi, sayang nak delete, Cik Mai gagah juga cari idea. Alhamdulillah, dapat ilham pasal pemuda.. asyik wanita berduri, solehah lah bagai kan? Ni giliran pemuda pula..hehe
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah
Posted by Cik Mai at 12:00 PM 0 comments
Labels: Renungan Foto
Qanaah Di Sudut Hati
As salam wbt.
Cik Mai suma nak kongsi rahsia kebahagiaan hati seseorang manusia...
hanya satu dan terpencil tetapi ramai yang tidak memilikinya...
semoga Allah hadirkan Qanaah dalam diri kita, InsyaAllah, Amin!!
-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 7:51 AM 0 comments
Labels: Renungan Foto, Tips Bersama
Subuh...
As salam wbt.
Solat Subuh...
Siapa yang tak pernah terbabas? Malahan tertinggal?
Semoga selepas ini kita sama-sama dapat perbaiki diri...
Tak ada perkara yang lebih dikesali selain tertinggal solat...
Tidur, sangat enak sekali..tapi kerana tidurlah azab yang menanti kita... T.T
Allahu rabbi...
Ampuni kami...
-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 7:49 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Mawar Berduri VS Bidadari
As salam wbt.
Hari ini Cik Mai teringat pulak kisah wanita solehah dan bidadari. Kebetulan pula, Cik mai dalam proses membaca buku " Biar Bidadari Mencemburui Dirimu"...
Bila cakap pasal Bidadari, semua orang akan etrfikir... mesti ohsem gila kan? Tapi rupa-rupanya ada yang lebih ohsem daripada bidadari... jeng-jeng... Itulah Dia Wanita Solehah!!
Hurmm, semoga kita semua dapat jadi lebih ohsem daripada Bidadari... insyaAllah! Amin! -sekian, Cik Mai
Posted by Cik Mai at 7:47 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Friday, December 21, 2012
21 Disember 2012: Apa cerita?
As salam wbt.
Ok, Cik Mai tulis entri ini setelah seharian hidup pada tarikh kononnya 'keramat'... kiamat la apa benda ntah...
Sesuatu yang amat melucukan. Setakat ini, tak ada langsung kenyataan rasmi pihak NASA dan yang ada hanya igauan masyarakat filem '2012'. Sesungguhnya kiamat itu bakal wujud, tetapi bukan hak kita untuk tahu bila masanya. Hakikatnya, baginda SAW sendiri tidak tahu bila kejadian kiamat.
Itulah namanya penyakit akidah...
semoga kita dijauhkan daripadanya! Amin!
sekian-Cik Mai
Posted by Cik Mai at 3:09 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto
Al-Quran Itu Mukjizat
As salam wbt.
Cik Mai nak kongsi perasaan kagum tahap tabik spring lepas tengok gambar graduan tahfiz Yayasan Kelantan di page Tuan Guru Nik Aziz.... MasyaAllah... ramainya tahfiz, kita je yang masih ketinggalan...huhu T.T
ok, ni gambarnya.
Dan inilah hasil ilham gambar di atas.
Posted by Cik Mai at 3:01 AM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Renungan Foto