BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 29, 2012

Sehari di Singapura

As salam wbt,
Alhamdulillah, Cik Mai dapat juga menjejakkan kaki ini ke seberang laut di selatan tanah air, Tanah Temasik atau nama sekarang ini Singapura...

Satu perkara yang menarik di sini sudah tentunya peraturan diorang la kan...
"Singapore is a FINE country!"

Sejarah nama
Sang Nila Utama(daripada Palembang) datang ke tanah Singapura ni dan benda pertama yang dia nampak ialah Singa. Jadi dia namakan sebagai SingaPura(Kota Singa).

Sudut Sosial & Geografi
Itu salah satunya la kan... Juga sedih hati Cik Mai dengar tour guide kata hanya 14% saja Orang Melayu, 74% pula ialah Cina dan 8% India, yg selebihnya orang bangsa asing... tapi, Bahasa Melayu  pula bahasa kebangsaan diorang. Ada sebab-sebabnya rupanya... kan Singapura ni diapit dengan Malaysia & Indonesia. Jadi, urusan antara negara senanglah. Menteri-menteri diorang pon wajib tahu Bahasa Melayu. Anak-anak lelaki diorang pula cukup 18 tahun kena hantar ke latihan ketenteraan macam PLKN la kot... dan di sana diorang wajib bercakap bahasa melayu...
 Betullah kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia! (Eh?)

Diorang bertutur dalam SingLish(Singaporean English). 

Setiap jalan di sana dinamakan dengan nama tuan tanah tu. Dan ada satu kawasan yang dibangunkan atas tanah yang ditambak (Ocean Drive). Diorang cucuk besi dasar laut lepas tu mendapkan pasir selama 15 tahun sebelum boleh dibangunkan.

Dan dari pemerhatian kumpulan lawatan Cik Mai, Singapore ni taklah se'busy' KL. Katanya diorang berjalan di bawah tanah... hmm, menarik juga sistem ni...

Dan ada satu pulau yang dinamakan pulau sampah!! Semau sampah yang dikumpulkan akan diasingkan mengikut kategori Kitar Semula & bukan kitar semula. Jadi, yang tak boleh dikitar semula akan dibakar dan abu tu diorang kumpul dan tanam rumput di atasnya. Jadilah pulau sampah~~

Pemerintah & Rakyat

Selepas berpisah dengan Malaysia, Lee Kuan Yew ni dia kata kat rakyat dia, diorang tak ada hasil bumi. Jadi kalau nak bangunkan negara kenalah rajin bekerja. Sebab tu diorang maju beberapa langkah daripada kita... Sistem perumahan pula diorang ada 'public housing' & 'private housing'. Dulu, bila ada arahan supaya rakyat berpindah ke public housing... ramai la yang bising, kan? Siapa yang sanggup tinggalkan kampung. Tapi, Lee Kuan Yew kata, kalau diorang masih nak setia di kampung, tak semua orang akan ada rumah, sebab tanah diorang kan kecil... jadi, nak tak nak kenalah pindah public housing (rumah kondo).

Rakyat Singapura berbangga dengan pemerintah diorang... tapi, apa-apa pun, kalau Malaysia nak maju macam diorang, hurmm... semuanya bermula dengan pemerintah dan rakyat...

Leganya bertemu Masjid!

Alhamdulillah, nasib baik jumpa masjid. Satu-satunya tempat yang tandasnya ada pili air yang Cik Mai jumpa... (Kalau tempat lain nak buang air kena tadah air dengan botollah jawabnya~~). Tapi sayanglah sebab Cik Mai tak sempat nak solat tahiyyatul masjid di masjid ni.

Di sekelilingnya ialah Arab Streets. kat situlah Cik Mai dapat beli barang souvenir murah sikit. Dan di situlah makanan paling murah di kedai Zam-Zam restaurant. Nasi Beriyani dengan Murtabak dia besarrr sangat!!! 7 dollar je! (kali 2.5 duit malaysia). Boleh kongsi dua orang (tu pon tak boleh nak habis, besar sangat!)

Ada lagi tempat menarik, Sentosa Island. Cik Mai singgah sekejap saja untuk tengok "Song of The Sea". Try la search di youtube...

Harga Singapura vs Danga Bay

Danga Bay...
Janganlah sesuka hati order makanan... sangatlah mahal!!! air Teo 'O harganya RM4!! what the... memang cekik darah kak!!! Kalau di Sinagpura harga Air Bandung cuma 1.50 dollar (RM 3.75)... tapi taktaulah kenapa dengan Danga Bay ni mahal mengalahkan kualiti jerr... ni fakta yer, orang kaya tak kisahlah nak makan apa pun... 

Menatng-mentanglah nampak Singapura depan mata, senang-senang saja harga naik mendadak... Mungkin harga sewa tapak mahal kot?

Legoland, I-City vs USS

Setakat ini, Legoland belum siap sepenuhnya... tapi bagi Cik Mai la kan... Legoland cuma ada buildings dengan Roller Coaster saja... Kalau Malaysia nak beat Singapura, kita kena buat tempat yang berbaloi! Yup, berbaloi yer... bukan baham duit, LOL!!

Macam I-City, memang tak berbaloi pergi sana. Cik Mai sekadar pergi ambil gambar jelah... Nak main, semau kena duit... Macam di USS ni, masuk saja kena bayar, yang nak main apa-apa semua tanpa bayaran sebab dah bayar untuk tiket masuk. Oklah tu... 

Kalau di Singapura ada USS, kita patut ada DisneyLand!! Hoho!! 

Tidak semua baik
Ada yang Cik Mai tulis di sini mungkin nampak macam nak angkat sangat Singapura. Tapi, Cik Mai cuma nak kita contohi apa yang boleh kita contohi. Untuk membangunkan negara, kita kena ubah cara kita... Baru dapat jadi maju...

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baiklah Negeri Sendiri.
Disebabkan Singapura ni majoritinya orang Cina, jadi Kasino banyaklah... Cik Mai tak berapa berkenanlah dengan suasana kasino merata-rata ni. Tambahan pula, ada je kedai jual arak di pusat tarikan pelancong... Tapi, dah namanya negara bukan Islam... chill sudahlah kan...

Cik Mai cuma harap, kita maju dengan cara yang benar-benar membangun. Bukan hanya pada harga tetapi pada kualiti.

pssttt: Perkara pelik yang amat apabila Di Malaysia sendiri sudah ada tandas tanpa pili air!! Apekah?? Nak tiru benda yang tak sepatutnya!!! Grr... majulah tak basuh berak yer? 

sekian-Cik Mai


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...