BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 5, 2012

Sukarnya Memutuskan Perasaan Itu



As salam wbt.
Hari ni Cik Mai sungguh tak sangka...
Video yang Cik Mai baru tengok beberapa hari lepas, jadi dalam real life ni...



Yeah, kawan Cik Mai sendiri PM kat FB... katanya dia dah cuba tanya-tanya pasal couple kat senior dia yang tengah sambung belajar di Mesir...

Dan, jawapan senior dia sangat tegas dan jujur membuatkan dia tersentak. Dia sedar apa yang dia buat selama ni salah dan berdosa... tapi, dia masih perlukan bimbingan.

Cik Mai tau, bukan senang nak melepaskan perasaan yang sebegitu rumit.

Cuma, Cik Mai cuma boleh kata, kalau dia sayang pakwe dia, Allah lebih sayangkan dia. 
Kami bukan pelajar Universiti yang dapat biasiswa macam dalam video AimanAzlan kat atas... tambahan pula, tahun 2013 ni la kami nak ambil SPM. Jadi, kawan Cik Mai kata parents dia sendiri suruh dia break up dengan BF dia tu kan... Dia minta nak skype dengan Cik Mai tapi Cik Mai takder skype so dia PM jelah kan... Cik Mai dapat rasa la bebola kristal tengah bertakung tunggu nak jatuh je kat tubir mata dia..just imagine that..hoho

Dia kata selama ni pon dia asyik deny saja apa yang Cik Mai cakap pasal cinta remaja dulu... Cik Mai cuma harap dia istiqomah dalam menghadapi masalahnya. Bukan senang kita nak melupakan orang yang kita sangat...ermm... sayang... (Cik Mai tak pernah la rasa macam mana sebab Cik Mai tak pernah rasa apa dia rasa selama ni...cuma, berdasarkan pengalaman orang lain, Cik Mai cuba ambil iktibar).

Apa-apa pon, bagi Cik Mai, dalam setiap ujian yang kita hadapi, kita kena kuat... Ya, kuat! Bagi perempuan, kekuatan dia terletak pada hati... Kuat hatinya, insyaAllah, akan kuatlah dia berdepan kehidupan ini.

Semoga dia bertemu keindahan takdir Allah. Ameen! Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...