BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 5, 2012

Anak-Anak Palestin

As salam wbt,
Cik Mai dok stalk FB Aflin Shauki tadi memandangkan beliau and the gang dah sampai Gaza... Anak-anak kecil Gaza...hurmm.. hanya tuhan yang tahu apa rasanya walaupun sekadar melihat gambar-gambar di bawah...sumber: Dr Zainur Rasyid, Aflin Shauki, Ikram Mesir dll

Aflin Shauki & Anak-anak yatim Gaza

Anak-anak Palestin yang berani~ Peace yo!!



Rasa macam tak nak balik... cikgu mereka kata mereka nak Ammu Afdlin datang ke tadika mereka hari-hari.... berat betul nak meninggalkan mereka. Insyaa allah Ammu akan kembali.

Hari ni Ammu Afdlin jadi kudalah...

Anak anak ni meraikan kita dengan membaca ayat ayat quran dan lagu-lagu semangat palestin. Tersentuh betul hati, meruntun jiwa saya melihat keikhlasan mereka.




Lukisan Saudara Afdlin untuk anak-anak yatim di tadika anak yatim, Gaza

Dr Zainurrasyid's pic:

menjelang umur mereka 12 tahun, puluhan ribu di kalangan remaja seumpama mereka di Gaza ini telah pun berjaya menghafaz 30 juzu al Qur'an dan juga 500 buah hadith

Semangat jihad di hati mereka

Gambar dari sumber lain:

Perdana Menteri Palestin, Dr.Ismail Haniyehmengatakan anak-anak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi.

Tidak hairanlah jika anak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Allahuakhbar!
 



Solidariti pada anak2 Gaza yang telah Syahid...

Hari pertama persekolahan selepas Konflik, Pelajar2 Sekolah Rendah di Gaza melepaskan belon putih bersama ikatan kertas tertulis nama rakan2 sekelas mereka yang telah Syahid dibunuh Rejim Yahudi Zionis...



Di Malaysia ada Padang permainan yg cantik tetapi di Gaza hanya permainan ini yg membahagiakan mereka.

walauapapun yg berlaku mereka tetap mengukir senyuman :)





4 orang anak keluarga Ad Dalwu yang shahid...
Gambar lain semasa peperangan:

Menyedihkan....
Minggu lepas, kawannya itulah yang bermain bersama-sama di sekolah....
Sekarang...... ?

Asy-Syaheedah > Sarah Ad-Dalu

Moga Allah merahmati rohnya...
Serangan yang tak berperikemanusiaan Zionis itu telah meragut nyawa kanak-kanak sepertinya.....



"Ahmad...."
"Syahid Cikgu"
"Muhammad...."
"Kena tembak semalam Cikgu"
"Yusuf..."

"Terkena peluru berpandu Cikgu"

Suasa harian pelajar sekolah di Gaza.
Rakan sekelas makin berkurangan kerana masing-masing sudah melangkah ke Syurga.






Si kecil tidak berdosa...

Seorang kakak yg cedera cuba menenangkan adik kecilnya.
adik: mana ibu dan ayah kita?
kakak: sabar dik, mereka di syurga
adik: T_T



Anak kecil di atas menangis tak berhenti sehinggalah diletakkan di sebelah ibunya yang sudah syahid...sambil mengharapkan ibunya akan terjaga semula...T.T

#Pray4Gaza-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...