BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 21, 2012

21 Disember 2012: Apa cerita?

As salam wbt.
Ok, Cik Mai tulis entri ini setelah seharian hidup pada tarikh kononnya 'keramat'... kiamat la apa benda ntah...

Sesuatu yang amat melucukan. Setakat ini, tak ada langsung kenyataan rasmi pihak NASA dan yang ada hanya igauan masyarakat filem '2012'. Sesungguhnya kiamat itu bakal wujud, tetapi bukan hak kita untuk tahu bila masanya. Hakikatnya, baginda SAW sendiri tidak tahu bila kejadian kiamat.

Yang tambah lawaknya, golongan yang asyik mempersoalkan takdir dan penetapan agama (Atheist, Islam Liberal dll) pulak yang terlebih-lebih percaya benda karut ni. Haha... Diaorang pertikai kenapa Allah wujudkan neraka dan syurga padahal Dia dah tahu siapa yang akan masuk syurga dan neraka... itu salah satunya. Tapi diaorang tak rasa pulak nak pertikai 'igauan penduduk dunia' hari ini.

Itulah namanya penyakit akidah...
semoga kita dijauhkan daripadanya! Amin!
sekian-Cik Mai





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...