BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 2, 2012

Asas Hidup Ini : Tanggungjawab & Cinta

Salam wbt. Kali ini, Cik Mai terasa nak ulas tentang cinta. Cinta dan tanggungjawab, kedua-duanya ada dalam diri semua orang. Cuma, kita perlu faham status mereka dalam hidup ini.

Selalu orang kata, kalau nak kahwin, mestilah dengan adanya cinta. Barulah hidup bahagia. Kalau difikirkan balik, kita meletakkan cinta sebagai asas bagi sesebuah perkahwinan.

hayatilah satu part dalam klip video di bawah pesanan watak Adura.


Cik Mai lebih rasa nak tumpu kepada soal kisah cinta yang 'terdesak' sehingga sanggup kahwin lari.

Kerana cinta,
orang sanggup kahwin lari.
Kerana cinta,
hubungan sesama manusia menjadi renggang.
Bukanlah salah cinta itu sendiri tetapi orang yang meletakkan cinta sebagai asas yang paling utama.
 Sedarkah kita?
Asas dalam hidup kita ini ialah amanah atau dalam erti kata lain, tanggungjawab. Tanggungjawab akan membuatkan seseorang lebih realistik akan apa ertinya sebuah kehidupan. Jika seseorang itu rasa bertanggungjawab, dia akan mempersiapkan diri dan memilih jalan yang mulia.

Kalau sekadar cinta, kita akan jadi tidak rasional dan bertindak melulu. Kita akhirnya terjunam ke lembah 'perhambaan kepada cinta'. Jika kita bertanggungjawab akan diri sendiri, kita akan sedar siapa kita sebenarnya.

Misalnya, jikalau kita tiada jodoh dengan seseorang, kita bertanggungjawab untuk melepaskan dia pergi setelah kita berusaha mendekatkan jodoh kita. Kita akan bertanggungjawab, kita tidak akan membuat tindakan yang berisiko merosakkan masa depan kita seperti berkahwin di sempadan negara (kahwin lari). Itulah tanggungjawab sebagai manusia yang mempunyai pegangan agama, mempunyai rasional dalam diri.

Bertanggungjawablah dalam soal cinta. Kerana tanggungjawab itu asas sesebuah kehidupan. Amanah itu sendiri merupakan salah satu sifat utama para nabi, sifat terpuji kekasih kita, RasulAllah SAW.

Jikalah kita seorang yang bertanggungjawab, barulah segala nilai pelengkap itu akan hadir. Percayalah dan terimalah takdir dengan rasa tanggungjawab.


Sekian-Cik Mai.

psttt: penangan menonton filem 'Untuk Tiga Hari', terasa nak ulas pasal topik ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...