BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 12, 2012

Perjalanan Sebuah Kesabaran

Salam wbt.
Lama rasanya tak update blog. Mungkin dah 13 tahun...atau lebih. Alhamdulillah, sudah selamat pergi dan pulang. Sesungguhnya, rindu masih menyengat di hati. Andainya ada peluang lagi, mudah-mudahan Allah perkenankan... Mana tahu nanti selepas nikah boleh terus buat haji...

Satu perkara tentang perjalanan umrah, ia memberi satu pakej yang amat bernilai dalam diri seorang muslim. Bukanlah pakej umrah itu seperti yang kita sangkakan, Pakej Tabung Haji, Pakej Andalusia dan sebagainya. Hakikatnya, pakejnya ialah SSR.

Sabar
Syukur
Redho
 Subhanallah... Tiga perkara ini, walaupun nampak mudah tetapi sangat rumit untuk berada dalam hati kita...



Baiklah, sepanjang menjalankan umrah ini, Cik Mai dapat rasakan perbezaan keadaan, suasana dan budaya di sana. Yang paling penting, kehidupan yang mengagumkan.

Biar apapun, bukanlah jalan pintas meminta sedekah
Di sana, walaupun miskin, mereka tidak terus meminta sedekah, sebaliknya mereka akan berniaga... tidak kiralah apa-apapun, walaupun kita lihat benda yang dijual seolah-olah tak memberi faedah, sekurang-kurangnya mereka berniaga untuk sesuap nasi.

Sesungguhnya, bumi suci Mekah dan Madinah memang tempat yang barakah. Dengan kunjungan silih berganti umat Islam seluruh dunia, membuka peluang rezeki buat rkayat tempatan atau imigran yang menetap di sana. Boleh katakan, kalau tak kerja pun tak apa rasanya...

Sebab?
Siang boleh berpuasa, maghrib berbuka di masjid Nabawi/ Masjidil Haram... ada orang sedekahkan kurma dan sedikit makanan...Tidur? dalam masjid saja...

Bagi jemaah yang tidak berkemampuan untuk tinggal di hotel atau pakej haji... mereka akan tinggal di masjid. Contohnya dari negara India.  Mereka bermusafir kadangkala hany sekadar berjalan kaki sedikit demi sedikit sehingga sampai ke sini.

Ya, benarlah miskin mendahului yang kaya memasuki syurga kerana mereka meraih lebih banyak pahal apabila berusaha untuk beribadat kerana mereka berkorban lebih. Itulah dia konsep Syukur Sabar Redho...

Semasa Cik Mai jalan untuk pulang ke hotel di Madinah, di tengah-tengah jalan ada jemaah (mungkin dari India) menghulurkan bauh tamar. Kemudian, orang lain juga diberkannya. MashaAllah... dia tidak punya tempat tinggal yang selesa, sekadar di luar masjid beratapkan payung automatik Masjid Nabawi tetapi, demi meraih barakah, dia membeli satu plastik kurma dan dihulurkan kepada sesiapa yang lalu lalang sama ada hendak ke  dalam masjid mahupun ke luar masjid. Indahnya amalan sedekah...

Membudayakan Ibadah
Rakyat tempatan dua kota suci ini memang sangat mendahului kita dalam hal-hal ibadah. Kalau si kaya sangat pemurah, sanggup bawa masuk selori makanan untuk disedekahkan, si ibu-ibu pula tidak segan membawa anak-anak kecil ke masjid. Ya, asuhan yang hebat. kalau kita di Malaysia ni, budak-buda bising di luar masjid dihambat keluar, dimaki dan sebagainya, tetapi di sana, walaupun solat sedang didirikan, si ibu-ibu ini tidak kisah anak-anaknya menangis. Kadang-kadang, si anak kecil merangkak masuk di celah-celah saf yang tidak rapat... Mereka tidak peduli... bahkan masyarakatnya juga tidak marah jikalau semasa mereka solat, si anak-anak kecil menangis... Ya, bacaan imam berselang-seli dengan teriakan dan suara anak-anak kecil...

Dan, usai solat saja, Al-Quran sudah di tangan... Iktikaf dalam masjid sudah menjadi rutin harian. Usrah dan Halaqah secara kecil-kecilan juga mengisi suasana masjid dua kota suci ini. Mereka mengimarahkan masjid dengan cara tersendiri. Ada yang berpuasa dan berbuka di masjid. Suasana yang paling membuatkan Cik Mai rasa nak tergelak pun ada... ada sati pasangan anak-beranak ni, berbuka di tingkat atas Masjidil Haram. Dibawanya satu bekas kurma dan satu bekas air. Selepas mereka makan, mereka mengagih-agihkan air dan kurma tersebut. Mereka bawa tempat sandar belakang (macam kerusi picnic) dan memang nampak macam berkelah pun ada...haha...

Ya, tidak kisahlah mereka buat macam itu kerana memang ada tukang cuci masjid yang bergerak dari saf ke saf mengambil cawan plastik yang sudah kosong dan biji-biji tamar. Tapi, Cik Mai rasa memang kalau kat Malaysia, suasana dalam masjid tak sama... sebab skema sangat... cara kita mengimarahkan masjid terlalu tegas berbanding cara di sana.

Cik Mai rasa kita perlu kreatif dalam mengimarahkan masjid... err, sebelum tu, masjid tu mesti kena ada jemaah tetap dulu...hehe

Dan yang paling Cik Mai rasa rindu ialah dengan kedamaian hati saat berada dalam Masjidil Haram. Indahnya pemandangan Kaabah... biarpun menara jam yang megah berdiri lebih tinggi, tetapi tidak mampu menandingi kemgehaan Kaabah di tengah-tengah Masjid Kiblat 360 darjah ini...

Under Construction

Hmm, Mekah sekarang ni berstatus 'under construction'...  Cik Mai dimaklumkan bahawa sepanjang 2013, umrah tidak dapat dijalankan kerana kerajaan Saudi sedang membangunkan Mekah. Hanya Haji yang dapat dilakukan tahun depan. Dan, mungkin bilangan jemaah dihadkan.

Kegigihan Kerajaan Arab Saudi
Semasa melawat tempat wukuf (Arafah), Cik Mai sedar zaman sekarang tidak sesukar dahulu. Khemah-khemah yang didirikan bukan saja dapat memberi teduhan kepada para jemaah tetapi di dalamnya dilengkapi dengan air-cond cukupp!! Cuma, tandas saja yang tidak dapat keselesaan. Berdasarkan penerangan mutawif, sesiapa yang hendak ke tandas kena beratur sejam paling cepat pun...

Dan, yang paling best, ibadah saie... Rasa penat, berhenti tadah air zam-zam... sambung balik berjalan... Cuba bayangkan kalau Siti Hajar dahulu bagaimana? Ulang-alik dari Safa ke Marwah sampai tujuh kali cari air... kita yang saie sekarang, tak sampai satu kali pun dah boleh berhenti rehat sekejap minum air zam-zam...

hmm... setakat ini sajalah kisah pengalaman Cik Mai di Tanah Suci... nanti sambung balik...hhehe-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...