BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 12, 2012

Madinah: Saksi Perkembangan Islam

Salam wbt. Baiklah, ini kisah tentang Madinah.

Madinah, sebuah kota di tengah-tengahnya berdirinya sebuah masjid seorang nabi, Nabi Muhammad SAW. Di dalamnya, terdapat makan Baginda SAW, Makan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, dan Saidina Umar bin Al-Khattab.Masjid An-Nabawi.Di sisinya, Perkuburan Baqi'; di mana dimakamkan para ummul mukminin, para sahabat nabi SAW.  Dan Bukit Uhud yang menjadi latar belakangnya. Berdiri dengan sejarahnya yang mampu menyentuh hati nurani kita.

Sedangkan Uhud mencintai baginda


Rasa-rasanya, kita sudah tahu tentang kisah bukit ini. Di sinilah terjadinya sebuah peperangan iaitu Perang Uhud. Di mana, Allah memberi pengajaran buat kita supaya mentaatiNya dan RasulNya. Seperti yang lain, Cik Mai hanya tahu tentang itu saja mengenai Uhud. Tetapi, sebenarnya, Uhud ini bukan sekadar Kisah Perang.

Rupa-rupanya, Bukit Uhud ini sangat mencintai baginda SAW. Dengan rasa kasihnya Uhud terhadap baginda SAW, RasulAllah selamat dalam perang tersebut. Dan, Bukit Uhud juga akan masuk ke syurga dan berada di dalamnya.  Bukit Uhud ialah salah satu daripada Bukit-bukit di syurga. Ketika sampai di sini, entah kenapa, hati Cik Mai rasa sayu... hanya Allah saja yang tahu kenapa...

Di minda Cik Mai terbayang bagimana keadaan para pejuang Islam sedang berperang dan ketika para sahabat mengelilingi Baginda SAW untuk mempertahankannya. Dan, bagaimana Nusaibah, seorang wanita, turut serta dan menerima hampir 60 luka di badannya...

Ketika berlaku banjir di sini, makam-makam para shuhada telah hanyut bersama aliran airnya lalu menampak tubuh para syuhada'. Subhanallah, walaupun sudah hampir seribu tahun mereka telah dimakamkan, tetapi, tubuh mereka seolah-olah masih lagi bernyawa. Da, mereka dimakamkan semula di makam yang ada sekarang ini.

Benarlah firman Allah;


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
Dan, satu ayat yang keluar daripada mulut mutawif yang membuatkan Cik Mai tersentak seketika...

"Sedangkan Bukit Uhud mencintai baginda Rasulillah SAW, apatah lagi kita..."
Malulah kita sebagai sebaik-baik makhluk yang Allah cipta andai diri sendiri enggan mencintai baginda Rasulillah SAW...

Mengenali Tokoh-Tokoh yang bersama RasulAllah


Salman Al-Farisi: Pencari Kebenaran, Membenarkan seorang Rasul Allah
Mendengar ceritanya saja, pasti kita akan rasa bertuahnya kita dilahirkan sebagai Islam...
Kisah Salman Al-Farisi

Hanzalah: Pengantin Baru Yang Syahid
Kisah Hanzalah

Abu Dzar Al-Ghifari: Utusan Pencari Rasul Allah
Beliau sanggup datang ke Mekah semata-mata untuk mengetahui siapa Rasul Allah yang membawa kebenaraqn dan sanggup duduk di Kaabah menanti baginda SAW tanpa makan selama tiga hari dan hanya minum air zam-zam.
Kisah Abu Dzar Al-Ghifari

Masjid Sekitar Madinah


Masjid Quba': Masjid yang pertama sekali dibina oleh Nabi SAW. Bersolat di sini 2 rakaat dengan wudu' dari kediaman akan memperoleh pahala satu umrah.

Masjid Qiblatain: Masjid yang asalnya bernama Masjid Bani Salamah. Ketika Baginda SAW solat Zohor, Allah memerintahkan supaya mengalihkan ke arah Kaabah.
*Kisah kiblat
Orang Yahudi mengutuk Nabi SAW kerana kiblat Islam sama seperti mereka iaitu mengadap ke Masjidil Aqsa (Al-Quds). lalu baginda SAW selalu berdoa agar kiblat dapat diubah. Akhirnya, Allah makbulakn ketika solat zohor di masjid ini.


Masjid Jumuah: Baginda SAW selalu menunaikan solat jumaat di sini

Telaga Bersejarah


Telaga Aris/ Cincin: Telaga ini terletak di laman Masjid Quba'. Di sinilah tempat Nabi SAW selalu berkumpul dengan para sahabat dan bermusyawarah. Ketika Zaman Saidina Utsman, cincin yang diwarisi daripada RasulAllah terjatuh dalam telaga ini dan sehingga kini tidak dijumpai.

Telaga Utsman: Telaga yang dibeli oleh Saidina Utsman. (rujuk sejarahnya dalam buku teks Pendidikan Islam tingkatan 2...)

Kurma Nabi
Kurma Nabi ada kisahnya. Orang selalu panggil kurma ini kurma Ajwa. Harganya mengikut gred dan kerajaan Arab Saudi hanya menetapkan harga termahal ialah 150 riyal.

Kisahnya begini, seorang wanita musyrik ingin menguji kalaulah benar baginda seorang Rasul. Dia merebus biji buah kurma tersebut lalu diberikan kepada RasulAllah supaya ditanam. Dengan kuasa Allah, baginda SAW menanam sambil membaca doa, lalu tumbuhlah pohon kurma. Lalu baginda bersabda : Kurma ini ialah kurmaku.

Khasiatnya: sesiapa yang makan 7 biji setiap pagi akan terhindar daripada sihir.

Sedih yang menimpa diri
Cik Mai sedih sangat ketika nak meninggalkan Madinah. Cik Mai tak berkesempatan masuk ke Raudah dan sekadar melambai ke kubah hijau dari jauh sebagai ziarah wada'. Mungkin, adalah sebabnya kenapa Cik Mai tidak dapat ke sana. Mudah-mudahan, Allah izinkan lagi untuk ke sana.

Raudah ialah salah satu taman syurga. Tetapi, jangan risau, di Malaysia juga ada taman syurga... iaitu Majlis Ilmu...

Itu sajlah yang mampu memujuk hati Cik Mai.

Allahumma solli ala muhammad.
Semoga kecintaan kepada Baginda SAw akan terus subur di hati.InsyaAllah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...