BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 12, 2012

Makkah Lembah Barakah

Salam wbt. Ini kisah Makkah.


Makkah, tempat yang pertama sekali dicipta oleh Allah SWT. Sewaktu diciptakan Makkah, kawasan ini bergoncang hebat lalu Allah pasakkan gunung-gunung untuk menstabilkannya. Oleh sebab itulah, kawasan Makkah kawasan yang berbukit.


Hikmah Bukit Sebagai Saksi Peristiwa
Pernahkah kita terfikir kenapa setiap peristiwa dalam Islam,

Jabal Tsur: Terletaknya Gua Tsur di mana Nabi SAW dan Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi ketika dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

Jabal Nur: Terletaknya Gua Hira', tempat baginda menerima wahyu yang pertama.

Jabal Uhud: Berlakunya Perang Uhud

Jabal Rahmah: Tempat pertemuan Adan dan Hawa

Gunung Himalaya: Tempat Nabi Adan AS diturunkan

Bukit Tursina: Tempat Nabi Musa AS terima wahyu

Kenapa ya?
Inilah jawapannya,

Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. 
Supaya agama ini kukuh...itulah jawapan yang diberikan oleh mutawif.

Hikmah Puasa Isnin
Hari Isnin:

1. Hari Nabi SAW Dilahirkan
2.Hari Nabi SAW wafat
3. Hari Nabi SAW berhijrah ke Madinah
4. Hari Nabi SAW menerima wahyu pertama
5. Hari Nabi SAW isra' dan mikhraj

Oleh itu, kita disarankan berpuasa Isnin kerana Hari Isnin merupakan hari yang berlakunya pelbagai peristiwa dalam sirah Nabi SAW.

Kisah Wahyu Pertama


Ketika Nabi SAW sedang berada dalam Gua Hira', Nabi SAW dapat melihat satu kelibat di Bukit sebelah. Kelibat itu ialah kelibat Jibrail. Ketika Nabi SAW melihat kelibat itu, baginda tertanya-tanya dan terasa ingin sekali bersahabat dengan kelibat yang bercahaya itu. Oleh itu, tempat di mana Jibril turun dinamakan Jabal Jibril.

Jibril datang kepada baginda SAW dan menyuruhnya membaca. "Iqra'".
Nabi SAW menyatakan bahawa baginda tidak tahu lalu Jibril memeluknya. Begitulah jadinya sehingga Nabi SAW melafazkan kalimah wahyu pertama daripada Surah Al-Alaq. Ketika pelukan pertama itulah, Jibril telah meletakkan dalam hati Nabi SAW Al-Quran. Maka, Nabi SAW pun akhirnya mampu membaca.

Kisah Kasih Seornag Sahabat
Ketika Saidina Abu Bakar As-Siddiq menemani baginda SAW ke Madinah, beliau akan berjalan di belakang, kemudian di sisi baginda SAW, kemudian di depan dan begitulah seterusnya agar dapat melindungi baginda SAW.

Sebelum masuk ke dalam gua Hira', belia mengoyakkan baju-bajunya supaya dapat menutup semua lubang dalam gua supaya selamat. Dan, apabila masuk saja, rupa-rupanya ada dua lagi lubang yang belum ditutup. lalu beliau menutup dengan kedua-dua belah kaki. Baginda SAW tidur di atas peha beliau. Ketika beliau disengat oleh ular dalam lubang tersebut, beliau sedaya upaya tidak berganjak walau sedikit, menahan suara dan kesakitan agar tidak mengganggu baginda SAW sehingga peluh dingin menitis atas tubuh baginda Rasulillah SAW. Begitulah kasihnya Saidina Abu Bakar kepada baginda SAW. Akhirnya baginda SAW sedar dan bangun merawatnya.

Tempat wukuf
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami sempat melawat tempat wukuf. Walaupun belum menunaikan Haji, Cik Mai dah dapat gambarna bagaimana perjalanannya. Di antara Tanah Haram dan Tanah Halal, terletaknya Wadi Uranah. Wadi ini bukan Tanah Haram dan bukan juga Tanah Halal. Kata mutawif, Tanah Neutral...

Tidak dapat dibayangkan bagaimana sesaknya suasana di Arafah, Mina dan Mudzalifah ketika musim Haji. Pastinya sesak dengan jutaan umat Islam seluruh dunia. Andainya kita bersatu, MashaAllah, pasti akan tumpas tentera kafir. Malangnya, masjid di Malaysia sendiri susah hendak penuh, kan? Cik Mai mengaku Cik Mai juga bukanlah orang yang rajin ke masjid/ surau... tetapi, semoga Cik Mai dan kita semua dapat berusaha mencintai masjid/surau... di sinilah terbinanya kekuatan Islam... runtuhnya perpaduan, tiadalah lagi masjid... lihat saja sejarah masjid-masjid di Speanyol yang dahulunya megah dengan jemaahnya tetapi ketika ditawan tentera kafir Castile, ditukar menjadi gereja. Nauzubillah...

Niat ihram di tiga miqat
Alhamdulillah, Cik Mai sempat menunaikan tiga kali umrah di tiga miqat berbeza

1. Masjid Zulhulaifah (Bir Ali)
2. Masjid Jaaranah
3. Masjid Tan'iem

Ibadah Umrah
Umrah sangat-sangatlah seronok. Tetapi, yang paling penting ilaha tawaf kerana tidak sah saie seandainya tidak sah tawaf. Maka, Cik Mai nasihatkan agar sesiapa yang ingin mengerjakan umrah, buat tawaf betul-betul. Dan yang Cik Mai paling suka ialah ibadah saie. Tidak terasa penatnya walaupun jauhnya mungkin kira-kira tiga kilometer kalau tak silap.

Ladang Unta & Masjid Hudaibiyah
Sempat juga melawat unta-unta di ladang mereka.
Unta ini sifatnya penyabar, pemalu, taat, mudah ingat, dan bahagian tubuhnya bermanfaat

Tentang Unta


Akhirnya, sampailah masanya untuk berangkat pulang. Semoga Allah sampaikan lagi Cik Mai ke sana. Mudah-mudahan juga, dapat melawat Al-Quds, insyaAllah. Sekian-Cik Mai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...