BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 12, 2013

Limau & RasulAllah?

As salam wbt.
Cik Mai rasa bertanggungjawab atas apa yang Cik Mai pernah sebarkan dulu, tak silap tahun lepas pasal Kisah RasulAllah dengan buah limau...

Baru-baru ni baru Cik Mai terfikir, takkan kat Arab ada buah oren kan?
Jaid Cik Mai dah buat research setakat yang mampu dan ternyata hadis tu "seolah-olah" rekaan (Cik Mai tak berani nak kata pasal hadis ni, takut silap)... taktau la status sebenarnya apa...

Allahu robbi....
Berdosanya Cik Mai sebarkan benda yang tak jelas sumbernya... dah jadi virus dah Hadis Palsu/Rekaan zaman sekarang ni...

Semoga Allah Ampunkan kita~ Amin!!!

Bagi yang tak tahu lagi, ni dia hadisnya:
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Sekian-Cik Mai
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...